CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aizusan

Nike sponsor jersey malaysia!!

[Copy link]
irwan This user has been deleted
Post time 8-1-2007 09:26 AM | Show all posts
Dah confirm lah nie, Nike official sponsor/supplier baru utk team Malaysia :D

Where to buy?
Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd
FF016 & 017, First Floor,
Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur

LL3.01, Lower Level Three,
Sunway Pyramid, Bandar Sunway

Sportsland Sdn Bhd
Lot 332 & 332A, 3rd Floor,
Suria KLCC, Kuala Lumpur

T017, 3rd Floor,
Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Lot S-306, Level 2,
1 Utama Shopping Complex, Petaling Jaya


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2007 09:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by Stewie at 8-1-2007 08:52 AM
away mmg ugly giler
hopefully tukar lah design lain cepat cepat
takkan nike tak de template baru nak offer ?


mungkin sempena hari Merdeka yang ke 50.. macam team Malaya pakai tahun 1958 di Pesta Bola Merdeka


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 16-10-2010 11:14

Malaysia ke AFF tanpa sasaran


Oleh: ABDUL HAFIZ AHMAD dan NORZIE KHASBI


KUALA LUMPUR : Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) lebih berminat bekerjasama dengan jurulatih-jurulatih negara dalam mencari penyelesaian daripada mengenakan tindakan ke atas mereka setiap kali skuad kebangsaan gagal di pentas antarabangsa.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad berkata, pihaknya masih meyakini khidmat beberapa jurulatih tempatan ketika ini sekalipun persembahan skuad senior, Bawah 20 dan 23 Tahun negara kurang membanggakan sepanjang tahun lalu.

Kami telah mengenal pasti beberapa aspek yang boleh diperbaiki bersama termasuk tentang mengapa ketiga-tiga pasukan ini masih tidak setanding pasukan lain sekalipun pelbagai persediaan diatur ke pertandingan sebenar, katanya.

Serentak itu menurut Redzuan, FAM tidak akan menetapkan kata dua atau sasaran tertentu kepada skuad senior bimbingan Norizan Bakar yang akan menghadapi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Bangkok mulai Jumaat ini hingga 4 Februari.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal FAM, berkata demikian pada sidang akhbar majlis Perkongsian Strategik dengan Nike dan pengenalan jersi baru skuad kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Mengenai keluhan pegawai pasukan Liga Malaysia yang kehilangan ramai pemain tonggak kerana Kejohanan AFF, Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, mereka yang berkenaan mungkin tidak diberitahu setiausaha negeri masing-masing biarpun soal itu pernah dipersetujui bersama.

Dalam seminar di Kuching, tahun lalu, ia telah dibangkitkan dan dipersetujui semua pegawai pasukan setelah kami menyarankan sama ada mahu menangguhkan liga demi tugasan antarabangsa atau sanggup meneruskannya tanpa tonggak negara, katanya.

Jersi baru Nike Fit Dry untuk skuad Malaysia ini menampilkan tiga jalur menegak di hadapan dengan gambar keris berada di sudut bawah kirinya dengan dua warna pilihan iaitu kuning (pertama/tuan rumah) dan biru (kedua/pelawat).

Pengarah Pemasaran Nike Asia Tenggara, Tim Parkinson, pula berkata, Kulit pemakainya kekal kering kerana kualiti kainnya membolehkan peluh diresap, mengelakkan melekat dengan badan dan mengekalkan ruang udara antara kulit dan fabrik untuk pernafasan.

Jersi ini direka khusus untuk memberi penghormatan kepada era kegemilangan bola sepak negara, mengambil inspirasi jersi asal pasukan 1958 yang memenangi Pestabola Merdeka, memartabatkan seni dan budaya tempatan serta melambangkan warna kuning dan hitam haiwan kebangsaan, harimau, katanya.

Jersi baru ini akan mula dipakai oleh skuad bimbingan Norizan pada Kejohanan AFF di mana Malaysia menganggotai Kumpulan A dengan Thailand, Myanmar dan Filipina sebelum diteruskan oleh skuad Bawah 21 Tahun pada Kelayakan Olimpik, bulan depan.

Penyampaian jersi itu turut memperkenalkan kesebelasan utama Malaysia iaitu Syamsuri Mustafa, Kaironnisam Sahabuddin Hussain (kapten), Norhafiz Zamani Misbah, V. Thirumurugan, Irwan Fadli Idrus, Shukor Adan, Fauzi Nan, Safiq Rahim, Hardi Jaafar, Khyril Muhymeen Zambri dan Hairuddin Omar.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 8-1-2007 09:36 AM


bila tgk jersey malaysia yang baru ni teringat kat aku jaket selangor aku yg ni:-

*depan*


*belakang*
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:36 AM | Show all posts
Waa...tahniah ah...nmpk gah juga dgn jenama baru nih.
Kira dah setaraf dhn brazil dgn portugal tu,sama2 pki jenama yg sama.
Hehee...baru dpt sponsor baru,dah takut nk letak sasaran AFF ke FAM...?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2007 10:56 AM | Show all posts
harap dah dapat sponsor baru ni..main lah dengan lebih baik..kalu main tak bagus juga..figos akan sponsor team malaysia nti....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 11:36 AM | Show all posts

Reply #23 HangPC2's post

bila aku tengok belang2 terus terbayang jersi retro dolu2... :lol

kalo aku nak beli... tolong cadangkan numbering dgn nama player mana aku patut letak kat belakang... lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2007 11:55 AM | Show all posts
Aku tertarik juga dgn gaya belang2 nih..
Satu lagi sbb ade keris dkt area bawah baju tu..
Nmpk sikit pro nya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 04:43 PM | Show all posts
Originally posted by Nesta13 at 8-1-2007 11:36
bila aku tengok belang2 terus terbayang jersi retro dolu2... :lol

kalo aku nak beli... tolong cadangkan numbering dgn nama player mana aku patut letak kat belakang... lol

kalo ko biasa pegi stadium dan tgk malaysia main..mungkin ko segan nak letak nama pemain malaysia kat belakang baju ko tu nti...tp aku syorkan pemain yg agak bagus dalam team malaysia adalah hardi jaafar...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by apai99 at 8-1-2007 04:43 PM

kalo ko biasa pegi stadium dan tgk malaysia main..mungkin ko segan nak letak nama pemain malaysia kat belakang baju ko tu nti...tp aku syorkan pemain yg agak bagus dalam team malaysia adalah ha ...



biasa sgt tu.. itu pasal aku pening nak bubuh player mana..lol

nanti aku nak suruh al-ihsan buat numbering 10 MOKHTAR.. baru retro..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 05:40 PM | Show all posts

Reply #30 apai99's post

hehhe si hardi tu ke kwang2.. nko minat ke .. nanti aku ckp kat bini dia ... bini dia tu kerja sama dgn bini aku ...

aku taruk nama dollah ... dollah salleh pun ader... asbudollah awang pun boleh gak...

kalau nak retro lagik taruk arumugam.. the spiderman of malaya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 05:51 PM | Show all posts
Aku setuju letak name mokhtar.
Name santokh singh pn gempak juga...;)
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 05:59 PM | Show all posts
Originally posted by faiz_azrai at 8-1-2007 12:40 AM
Rilek la brader. Baru brand jersey jer. Kalau Mesia pakai brand cap ayam atau brand line7 ke, bata ker, tapi main power macam Brazil pun aku tak kisah. Ni karang pakai Nike pastu main macam hampe ...



aku setuju ngan ko.......:setuju: :setuju: :setuju: :setuju: :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by dollah_bedwi at 8-1-2007 05:40 PM
hehhe si hardi tu ke kwang2.. nko minat ke .. nanti aku ckp kat bini dia ... bini dia tu kerja sama dgn bini aku ...

aku taruk nama dollah ... dollah salleh pun ader... asbudollah awang pun bo ...



ko nak bubuh arumugam kena beli jersi long sleeve.. kaler pon dah lain.. lol
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 06:24 PM | Show all posts
NIKE Sponsor Indonesia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2007 06:32 PM | Show all posts
hehehe....ko org ni memang retro!!! aku dah beli jersi tu td....nanti aku tempek kat sini....best betul baju jersi tu!!!! Made In Portugal!!!! bukannya mcm baju jersi adidas team malaysia yg tahun lepas stakat Made In Malaysia :jeling::jeling:.....pastu memang retro dan saiznya fit!!!  dia ikut baju jersi dulu2....jersi dulu2 memang fit.....kalau badan tak macam football player, belila saiz besar skit.....kang kurang elok nampak perut tu :nyorok::nyorok: ...aku yg pkai saiz L ni pun angkut jersi tu saiz XL....badan aku bukannya fit macam football player :ketuk::ketuk:......baju tu kualiti memang ada dan yang paling cantik jersi Malaysia yg  home punya....memang retro dan cantik.....tp sayang, logo FAM dan keris tu stakat tampal ja :nerd::nerd:.....

jenuh aku menjelajah ke Pertama dan Campbell semata-mata nak cari jersi adidas team malaysia yg tahun lps punya.....sayangnya dah takda :geram::geram::geram:.....

pasni aku nak pasang no. 10, Mokhtar....nombor favourite aku tu.....tp utk nombor, kedai al-ikhsan dan butik NIKE takda supply sebab NIKE tak buat nombor untuk fans tampal kat jersey...pelik2....nampaknya kna la pi cari kat pertama untuk tampal nombor sebab kat sana boleh buat nombor yg sama macam NIKE buat untuk player kita tu....malangnya aku dah pi tadi, tp stok takda lagi....maklumlah, baru ja launch semlm jersi malaysia ni :nerd::nerd:

[ Last edited by  aizusan at 8-1-2007 06:46 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 06:37 PM | Show all posts
lupa plak nak cakap.....jersi malaysia harganya RM 259....seluarnya RM 100+.....stokin, tak tau lagi.....baju t-shirt berkolar, tak salah aku RM 99/ 89....ada kaler kuning dan itam.....pastu ada cap dan jaket!!!....first time kita  boleh beli jaket team malaysia!!!! ::...tp sayangnya kaler kuning!!!! .....sure kalau pakai  time malam ni org boleh nampak sebab kuning betul jaket malaysia ni :ketuk::ketuk:.....harganya aku tak pasti:hmm::hmm:

pastu mamat kat al ikhsan tu yg pegi launching jersi malaysia ni semalam cakap jersi yg dijual ni memang jersi player....dia sendiri tgk dan takda perbezaan pun....:nerd::nerd:...klau camtu, kira kita beli jersi player la ni!!!!:love::love:...mana taknya harga jersi local pun RM 259:pmuka::pmuka:

[ Last edited by  aizusan at 8-1-2007 06:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 06:41 PM | Show all posts
tunggu gred AAA lah nampaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 06:43 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 8-1-2007 06:41 PM
tunggu gred AAA lah nampaknya


hehehehe....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.063832 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list