|
Parit Buntar
Sejarah nama Bandar Parit Buntar berasal daripada nama seorang pemimpin masyarakat yang terkenal pada masa dahulu di mana beliau dan pengikut-pengikutnya telah membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah. Parit tersebut pada asalnya dikenali Parit Tok Buntar dan seterusnya dikenali sebagai Parit Buntar. Mercu tanda (landmark) bagi bandar Parit Buntar adalah Menara Jam yang terletak di Pekan Lama Parit Buntar. Menara jam ini telah dibina pada awal tahun 1961 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 24 Ogos 1961.
Kedudukan bandar ini terletak di Utara Daerah Kerian dan merupakan bandar yang bersempadan dengan Bandar Baharu, Kedah Darul Aman dan Nibong Tebal, Pulau Pinang. Bandar ini juga menjadi destinasi membeli belah yang menawarkan yang harga "competative". Bandar ini menjadi tumpuan utama untuk penduduk di Utara Perak, Seberang Prai Selatan dan Kedah Selatan.
Parit Buntar memainkan peranan penting sebagai pusat perdagangan dan perkhidmatan di wilayah utara. Di bandar ini terdapat cawangan-cawangan institusi kewangan utama. Terdapat banyak klinik-klinik perubatan, perkhidmatan auto mobil, elektrik dan sebagainya.
Bandar Parit Buntar terkenal dengan pasar minggunya yang dianggap terbesar di kawasan Utara. Ianya dibuka pada setiap hari Jumaat mulai jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.
Terdapat sebuah kawasan industri seluas 88.42 hektar yang mempunyai 28 buah kilang utama. Terkenal dalam pengeluaran perabot kayu, rotan dan tekstil. Pembungkusan hasil marine dan kereta mainan kawalan jauh. Antara kilang-kilang yang terkenal ialah Poh May Craft, Nikko Elektronik, Tanako dan Hunza Marine Product.
Sumber: http://mdkerian.perak.gov.my |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ni teman taip.....
Bandar Di Raja Kuala Kangsar ( Kg teman.....sebelah mak)
Kuala Kangsar mempunyai keunikan sejarahnya yg tersendiri bukan sahaja bagi Negeri Perak bahkan bagi keseluruhan semenanjung Malaysia. Menurut beberapa sumber, nama Kuala Kangsar telah mula terukir sejak abad ke 18, tetapi di kala itu hanya merupakan sebuah perkampungan kecil sahaja. Sebutan Kuala Kangsar itu adalah berasal dr perkataan " Kuala Kurang Sa" yg bererti sembilan puluh sembilan kuala anak sungai yg mengalir ke Sungai Perak dan sebutan ini diringkaskan menjadi Kuala Kangsar.
Gelaran " Bandar Diraja" telah diberikan kepada Kuala Kangsar apabila Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah ( Marhum Ghairullah) 1877-1887 mendirikan istananya di Sayong.
Apabila Raja Idris (ninda Sultan Perak sekarang ) ditabalkan menjadi Sultan dalam tahun 1877,baginda telah membuat istana di atas sebuah bukit berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong selalu sahaja ditenggelami air apabila Sungai Perak bah.Akhirnya, bukit tersebut dinamakan Baginda dengan sebutan Bukit Chandan, gelarannya Seri Andalan. Menurut ceritanya nama ini adalah mengambil sempena nama seekor gajah Sultan Yusuf yang bernama Kulup Chandan. Kononnya pada suatu hari gajah Kulup Chandan ini telah lari lalu Raja Idris ( ketika itu sbg Raja Muda) bersama juak-juaknya keluar mengikut jejak-jejak gajah tersebut hingga sampai ke kaki Gunung Bubu.Setibanya di sini baginda telah bertembung dengan seorang tua berjanggut panjang yg memakai jubah putih. Dengan tidak semena-mena orang tua tersebut telah berdatang sembah lalu berkata, " Tuanku adalah bakal menjadi Sultan Perak dan apabila telah ditabalkan nanti,jgnlah bersemayam di Sayong lagi tetapi hendaklah Tuanku membuat istana di atas bukit di pinggir Batang Hari Perak. Maka gajah yg bernama Kulop Chandan itu hendaklah tuanku bebaskan 7 hari selepas pertabalan tuanku itu.
Diringkaskan cerita, maka Raja Idris pun ditabalkan menjadi Sultan Perak yg ke 28 dan segala pesanan 'org tua' tersebut telah ditunaikan oleh baginda. Mulai dr tarikh itu maka kekallah nama Bukit Chandan sebagai tempat terletaknya istana rasmi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
Sumber : Koleksi Peribadi....... |
|
|
|
|
|
|
|
Teman dpt cerita ni drpd sedara mara....
Sejarah Larut Matang & Selama
Pada zaman Sultan Abdul Malik Mansur Shah iaitu Sultan Perak yg ke 19, satu angkatan dari Kedah telah datang ke Perak atas arahan Raja Siam. Angkatan ini kemudiannya telah bertempur dengan angkatan Perang Negeri Perak di sebuah tempat yg bernama Bukit Gantang. Angkatan Perak yg diketuai oleh Cik Alang Idin telah berundur dan bergabung dgn angkatan Perak di Kota Lama yg diketuai oleh Panjang Talib. Di atas kebijaksanaan Angkatan Perak maka perang tersebut dapat didamaikan.
Setelah perdamaian tersebut, Sultan Perak telah berkenan mengurniakan gelaran "Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja" kepada Cik Alang Idin. Mulai saat itu, Cik Alang Idin ditugaskan mengawal jalan genting ke utara Perak dr Bukit Gantang & memerintah di situ. Cik Alang Idin adalah keturunan dari Tun Saban iaitu pemerintah Hulu Perak sebelum Negeri Perak memakai gelaran Sultan.
Dalam tahun 1840, Cik Alang Idin telah menjemput anak saudaranya yg bernama Long Jaffar ke Bukit Gantang bagi membantunya menjadi pemungut cukai di Kerian dan di Kurau.
Cik Long Jaffar mempunyai seekor gajah yg bernama Larut dan gajah ini turut dibawa bersama ke Bukit Gantang dari Lubok Merbau ( dalam daerah Kuala Kangsar).
Menurut riwayat orang tua-tua, selang tidak berapa lama tinggal di Bukit Gantang, gajah cik Long Jaffar yg bernama Larut telah hilang utk beberapa hari. Setelah hampir 3 hari, barulah gajah tersebut dijumpai oleh Cik Long Jaffar. Cik Long Jaffar merasa hairan apabila melihat gajahnya disaluti oleh lumpur yg keras. Beliau kemudiannya telah membersihkan gajahnya itu dan di atas kesangsiannya melihat ketulan-ketulan lumpur yg keras itu maka beliau mengambil keputusan utk menyelidiki akan ketulan tersebut.
Cik Long Jaffar sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa ketulan itu adalah timah.
Memandangkan masyarakat Melayu pada masa itu amat kurang pengetahuan tentang bijih timah maka Long Jaffar telah pergi ke Pulau Pinang dan berjaya membawa balik 20 org Cina ke Larut.
Di atas peristiwa tersebut maka Daerah itu dinamai Larut iaitu mengambil sempena nama gajah Cik Long Jaffar. Lombong yg dibuka oleh Long Jaffar di Klian Pauh sangat berjaya menghasilkan bijih timah.Semenjak itu, ramailah org Cina yg dtg ke Larut utk memulakan kerja sbg pelombong.
Dalam masa yg singkat, Cik Long Jaffar yg dulunya dikenali sebagai Pemungut Cukai yg digajikan oleh Panglima Bukit Gantang,telah menjadi seorang yg kaya. Beliau seterusnya telah berusaha mempertingkatkan hasil lombong dgn wangnya sendiri.
Pada tahun 1850, Raja Muda Ngah Ali yg bertindak sbg Wakil Sultan Perak, telah mengurniakan Daerah Larut itu kepada Cik Long Jaffar dgn sepucuk surat akuan yg ditandatangani oleh Raja Muda Ngah Ali serta org Besar Besar Perak iaitu Temenggong, Panglima Bukit Gantang, Panglima Kinta,Syahbandar dan Seri Adika Raja.
[ Last edited by bantal_oren at 5-6-2007 04:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
benornye daerah Larut Matang & Selama ni banyak kisah sejarah tapi akoo tak nyempat lagi nak korek-korek cerite....
nanti kalau ada masa teman paste ler kat sini yer...hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bantal_oren at 5-6-2007 01:26 PM
Yg ni teman taip.....
Bandar Di Raja Kuala Kangsar ( Kg teman.....sebelah mak)
Kuala Kangsar mempunyai keunikan sejarahnya yg tersendiri bukan sahaja bagi Negeri Perak bahkan bagi kes ...
halamakkk.. syok la ko punya sejarah... tapi kan awat banyak bebenorgajah kat perak ni? entah |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by TheOne at 5-6-2007 03:29 PM
halamakkk.. syok la ko punya sejarah... tapi kan awat banyak bebenorgajah kat perak ni? entah |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah Gerik
Dari catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.
Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.
Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.
Asal-usul Nama 'Gerik'
Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).
Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.
Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.
Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.
Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.
dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jap.... keluar menda len lak....
saje tepek kat sini.....
[ Last edited by apouy at 5-6-2007 05:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak tambah sikit...
mengikut cerita orang-orang tua di kampung, grik dulunya di bawah kerajaan siam. ketua kawasan dikenali dengan pangkat Tok Mekong. malah, pangkat Tok Mekong ni diakui dan diterima oleh malaysia/perak yang mana sampai selepas grik diletakkan di bawah malaysia/perak, pangkat Tok Mekong ni dikekalkan.
aku juga ada dengar cerita pasal 3 beradik anak-anak seorang raja ni. yang bongsu ntah cemana diberikan mahkota pemerintahan oleh si bapak (raja). abang-abang berdua tak puas hati dan berpindah ke tempat-tempat lain. ada yang datang ke grik. dan mungkin dia merupakan Tok Mekong asal.
ada sorang forummer ni yang tau banyak pasal sejarah kaum melayu pattani tapi dia dah kat overseas sekarang. tak banyak masa dia nak log in berforum... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 TheOne's post
Ini penempatan awal Bgn Datoh yg aku baca sejarah BGN DATOH masa dpt buku dia pd Majlis Ulang Tahun ke 100 BGN DATOH pd 1995 yang lalu
Kg Pasang Api - di sinilah muara Sg Bgn Datuk satu ketika dahulu, mengikut sejarah sg ini boleh kita mudik hingga sampai ke Sabak Bernam, melalui Sg Tiang, Selekoh, Parit 14 (rumah The One hingga sampai ke Hutan Melintang) |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya penempatan awal manusia kat mana2 kebanyakan bermula dari sungai kan?... |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan penempatan awal manusia di kawasan sungai... |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan penempatan awal manusia di kawasan sungai... |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan penempatan awal manusia di kawasan sungai... |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan penempatan awal manusia di kawasan sungai... |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan penempatan awal manusia di kawasan sungai... |
|
|
|
|
|
|
|
kekekeke ingat lagi mike ye |
|
|
|
|
|
|
|
difahamkan . . . bagan datok ni dulunya merupakan sebuah pelabuhan entreport |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|