CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BeachBoys

Memories of Terengganu (Benua Terqanun)

[Copy link]
 Author| Post time 26-10-2007 08:29 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 25-10-2007 01:48 PM
ambik ko....feri yg boleh isi kete dah ada tahun 50an.....

percaya..jgan xpercaya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2007 08:33 PM | Show all posts
Originally posted by munkyG at 25-10-2007 04:19 PM
http://www.surau.ladang.net/modules/My_eGallery/gallery/Sejarah/Postal.jpg

ada lagi ko keto ni? bijok ni kalu kalar airbrush....

aku cadangkan tris yang sebagus ini di digestkan...

te ...

aku busy sebenornye ni,mung sume pakat2 la memeriahkan thread ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2007 08:34 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 26-10-2007 09:56 AM
kalu dok silap ni semua dari arkib www.surau.ladang.net bagus btul inisiatif dari PAS ladang....

rasanya juga kat www.tranungkite.net pernah ada gambar2 ni....

tepat skali...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 12:58 AM | Show all posts
nape napok tanda X jer nii
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 05:50 PM | Show all posts

Reply #19 Leonarzi's post

kt ni asal dari bandar nelayan ye?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 08:20 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 27-10-2007 05:50 PM
kt ni asal dari bandar nelayan ye?


ye la agaknya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2007 10:35 PM | Show all posts


masjid abidin atau masjid putih skrg
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 10:41 AM | Show all posts
Suka ganu...negeri tercantik in semenanjung malaysia in my opinion.....bujang2 dulu selalu gak travel spjg negeri ganu utk ke kuantan....suka tgk pantai.......lama dah tak buat tour....asyik balik kg ikut jerangau jabor....byk kelapa sawit je ...hubby malas ikut jln jauh...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2007 08:00 PM | Show all posts

Reply #28 peachRose's post

sama la kita....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 08:04 AM | Show all posts

Rumah Melayu Tradisional di Terengganu

a) Bentuk Rumah

Bentuk sesebuah rumah dikenal pasti berdasarkan bentuk bumbung.
Bumbung merupakan elemen terpenting yang membezakan bentuk朾entuk rumah tradisional di Terengganu.
Ada lima bentuk rumah Melayu tradisional di Terengganu.

Dangau / Teratak / Rumah Gajah Menyusu


Bentuk rumah terawal dibina di Terengganu ialah bentuk bumbung panjang dan bertebar layar dikenali dengan dangau @ teratak @ dikenali dengan rumah gajah menyusu kerana rumah ini disambung dengan satu unit lagi rumah yang lebih kecil ukirannya.
Bumbung serta lantai lebih rendah daripada rumah ibu dan ruang  tambahan dijadikan ruang dapur. Dibina dengan menggunakan bahan-bahan seperti buluh, kayu bulat, kulit kayu dan beratap daun. Sistem sendi yang mudah iaitu diikat dengan rotan @ akar kayu.

Rumah Berserambi


Bentuk rumah Melayu paling popular di Terengganu sebelum kedatangan pengaruh asing. Rumah ini mempunyai bumbung yang panjang dan melintang.Biasanya rumah jenis ini mempunyai dua pemeleh yang besar dan tebal di setiap hujung perabung.
Terdapat beberapa bentuk rumah ini dengan berbagai nama berdasarkan ruang dan tiang. Jika rumah dibina atas enam batang tiang dikenali dengan rumah bujang atau rumah berpeleh tiang enam. Jika terdapat dua unit rumah tiang enam yang bercantum dikenali dengan rumah bujang  atau rumah tiang enam berkembar. Jika didirikan di atas dua belas batang tiang dikenali dengan rumah berserambi atau rumah tiang dua belas dan jika ditambah empat batang lagi maka ia dikenali dengan rumah berserambi tiang enam belas. Di Terengganu, rumah berserambi biasanya menggunakan empat keping pemeleh di setiap hujung perabung. Jika menggunakan tiga keping pemeleh, ia dikenali dengan rumah berserambi selasar dan lantai ruang selasar lebih rendah daripada lantai serambi. Terdapat sebuah tangga yang menghubungkan serambi dan selasar dan antara selasar dengan tanah.

Rumah Bujang Barat


Rumah jenis ini mempunyai bentuk bumbung yang hampir sama dengan rumah berpeleh tetapi pemelehnya lebih kecil. Juga terdapat bentuk rumah seakan-akan rumah limas Belanda di mana pemelehnya sampai ke kaki atap dan sesetengahnya mempunyai buah guntung.

Rumah Perabung Lima / Limas Bungkus

Rumah jenis ini mempunyai lima batang perabung iaitu satu perabung lurus dan empat perabung menurun ke cucuran atap

Rumah Potong Belanda/ Limas Belanda

Rumah jenis ini berasal daripada rumah Limas Bungkus tetapi telah diubahsuai untuk menampakkan imej melayu iaitu dengan menambah bukaan atap kecil seperti V terbalik di sebelah atas supaya udara dapat masuk di dalam rumah.
              
Bahagian pembukaan dikenali dengan nama tebar layar dan dipasang pemeleh. Pemeleh akan dicantum kepada sebatang kayu yang dipanggil buah guntung. Rumah jenis ini, pemeleh yang dipasang tidak sampai ke penghujung @ cucuran atap.


[ Last edited by  BeachBoys at 1-11-2007 08:09 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 08:11 AM | Show all posts
b)Konsep dan Fungsi Ruang Rumah

i.Lambur


Ruang terbuka, tidak berdinding dan tidak beratap bagi sesetengah rumah.Kedudukan di antara tangga dan selasar, serambi, sorong @ beranda di bahagian hadapan rumah dan di antara tangga dengan dapur di bahagian belakang rumah. Lambur berfungsi sebagai tempat berinteraksi secara tidak formal. Di bahagian belakang lambur dipanggil ruang menjemur @ membasuh pakaian, pinggan mangkuk, @ berinteraksi dengan jiran-jiran.

ii.Tangga



Tangga sesebuah rumah biasanya tidak disambung terus ke ruang selasar @ dapur. Tujuannya untuk memberi peluang seseorang yang telah keluar rumah dan bila pulang ke rumah berhenti sekejap di lambur sebelum masuk ke serambi @ dapur. Masyarakat Melayu percaya bila seseorang itu keluar rumah, makhluk halus selalunya akan mengikutinya.

iii.Sorong


Ruang hadapan yang terdapat pada rumah jenis Limas Belanda dan Bujang Barat.
Ruang ini merupakan ruang menerima tetamu lelaki dan boleh disamakan sebagai ruang serambi. Ruang ini digunakan untuk upacara akad nikah, tahlil dan doa selamat. Kadang kala ruang ini digunakan sebagai ruang tidur kepada ketua rumah dan juga tempat menyimpan barang-barang berharga.

              
iv.Ruang Beranda


Ruang yang menghubungkan tangga, sorong dan ibu rumah. Kedudukan lantai beranda lebih rendah dan ia berfungsi sebagai tempat berehat kaum lelaki pada waktu petang. Di samping itu juga menjadi tempat tidur anak-anak muda di waktu malam.
              
v.Ruang Anjung


Ruang ini biasanya digunakan kaum lelaki untuk menjalankan kerja-kerja rumah seperti menganyam bakul, membaiki pukat, jaring dan lain-lain.

vi.Ruang Serambi

Biasanya lantai serambi sama tinggi dengan lantai rumah ibu pada rumah serambi. Ruang ini juga dikenali sebagai ruang lelaki kerana keseluruhannya digunakan oleh lelaki seperti untuk berehat dan tempat tidur anak-anak lelaki.
Oleh kerana ruang ini terbuka , maka majlis adat dan agama seperti perkahwinan, tahlil dan lain-lain diadakan

vii.Ruang Tengah


Ruang ini pada sesetengah rumah di Terengganu adalah terdiri daripada rumah ibu. Kedudukannya ialah di antara ruang hadapan dan ruang belakang. Ruang ini dikhaskan untuk keluarga sahaja. Biasanya dibatasi dengan dinding.

viii.Dapur.


Dikenali sebagai ruang perempuan iaitu sebagai ruang untuk meraikan tetamu perempuan selain daripada tempat memasak. Kedudukan lantai dapur lebih rendah daripada rumah ibu dan serambi.

ix.Ruang Bawah Rumah


Ruang ini menjadi tempat bengkel @ stor. Berbagai aktiviti dijalankan seperti bertukang, menumbuk padi, menerap batik dan lain-lain.Juga sebagai tempat menyimpan barang seperti alat pertanian, kayu api @ memelihara binatang.





[ Last edited by  BeachBoys at 1-11-2007 08:29 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 08:11 AM | Show all posts
Setiap ruang mempunyai makna dan fungsinya. Di peringkat awal, rumah ibu sahaja yang dibina tetapi bila anggota keluarga bertambah, ruang rumah juga bertambah. Maka lahirlah rumah tiang dua belas @ rumah serambi dua ruang, rumah tiang enam belas @ rumah serambi tiga ruang.
            
Terdapat tiga ruang utama iaitu ruang formal, ruang aktif dan ruang  pasif. Ruang formal merupakan ruang bagi tuan rumah menerima kunjungan tetamu iaitu seperti di serambi, selasar dan dapur. Ruang aktif pula merupakan ruang bahagian belakang di m na aktiviti harian keluarga berlaku.Manakala ruang pasif ialah bahagian ibu rumah dan bilik-bilik tidur yang terletak di antara ruang aktif dan ruang formal.           
Terdapat juga ruang yang dikhaskan untuk kaum lelaki dan ruang untuk kaum perempuan. Mengikut adat resam orang Melayu, orang lelaki tidak dibenarkan memasuki ruang orang perempuan tanpa izin kecuali anggota keluarga sendiri. Walau bagaimana pun terdapat ruang yang digunakan oleh kedua jantina ini seperti perigi dan dapur.
Ruang rumah Melayu juga tidak berbilik kerana masyarakat Melayu mementingkan perjumpaan atau berkumpul secara beramai-ramai untuk majlis keramaian dan juga upacara keagamaan.
Secara terperinci, ruang-ruang yang terdapat pada rumah Melayu tradisional di Terengganu ialah anjung @ sorong serambi, selasar, rumah ibu, bilik,serambi dalam, dapur, pelantar @ lambur @ jemuran dan ruang bawah rumah.
Pengurusan ruang dalam rumah Melayu sedemikian rupa adalah untuk memenuhi kehendak penghuni dan masyarakat berdasarkan sosio budaya, ekonomi dan agama.

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/rumah.htm


[ Last edited by  BeachBoys at 1-11-2007 08:29 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 08:31 AM | Show all posts

Sultan Zainal Abidin III - Umara bertaraf dunia

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah


SULTAN Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, diakui oleh beberapa orang ulama Mekah dan para cerdik cendekiawan bahawa baginda adalah di antara Sultan Melayu yang paling alim dan ahlil ilmi pada zamannya. Dua ulama yang berasal dari dunia Melayu di Mekah yang paling dekat dan menjadi rujukan pelbagai masalah baginda, ialah Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik) dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Sesuatu permasalahan yang sukar diselesaikan oleh Sultan Zainal Abidin III akan sentiasa dirujuk kepada kedua-dua ulama di Mekah itu. Kadang-kadang dengan cara mengirim surat atau adakalanya mengirim utusan yang khusus. Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani datang ke Kota Bharu, Kelantan, Sultan Zainal Abidin III berserta beberapa pembesar Terengganu datang menjemput beliau supaya sudi mengunjungi Kuala Terengganu. Syeikh Ahmad al-Fathani telah menggubah puisi 33 bait dalam bahasa Arab yang bercorak memuji Sultan Zainal Abidin III yang diiringi dengan pengharapan agar baginda memperkukuh kedudukan agama Islam, bahasa dan bangsa Melayu, diiringi pula sejarah bangsa Melayu yang lengkap. Sultan Zainal Abidin III yang dibicarakan ini lahir pada 1281 H/1865 M dan mangkat hari Selasa, 22 Safar 1337 H/26 November 1918 M.

Sekurang-kurangnya terdapat dua buah puisi mengenai Sultan Zainal Abidin III. Satu lagi ialah dalam judul Syair Tuan Hampris karya Hajah Wok Aisyah binti al-Haji Nik Idris Terengganu yang dikarang jauh kemudian daripada puisi Syeikh Ahmad al-Fathani. Pada beberapa bait ada persamaan maksudnya. Sebagai contoh beberapa bait untuk perbandingan dapat disemak di bawah ini:

Puisi Syeikh Ahmad al-Fathani

``Itulah Sultan Terengganu, Raja yang berani

Bermurah, dan bertuah.'' (bait yang ke-11)

Syair Tuan Hampris pula,

``Negeri khabarnya itu

seorang raja memerintah tentu

adil dan murah bukan suatu

sangatlah alim paduka ratu.'' (bait yang ke-18)

``Perangainya halim tangannya murah

sekalian kasih memandang wajah ... `` (bait yang ke-22, dua baris awal)

Kesimpulannya daripada petikan kedua-dua puisi di atas ialah memunculkan watak Sultan Zainal Abidin III itu sebagai seorang yang pemurah. Mengenai sifat pemurah itu disebut oleh Syeikh Ahmad al-Fathani pada bait yang lain, iaitu bait yang ke-8, katanya,

``Bagaikan laut, pemurah tiada tepi

Bagaikan hujan, penolong tiada beza

Memberi sebelum diminta.''

Watak seorang sultan yang berilmu pengetahuan juga terdapat pada Syair Tuan Hampris, disebut juga oleh Syeikh Ahmad al-Fathani pada bait ke-12 dan 13, katanya,

``Raja yang agung lagi bijaksana

Pandai mentadbir

Banyak berilmu

Petunjuk jalan bahagia.

Kemuncak usahanya ialah menggali ilmu, menyelami makrifah

menunjuk jalan hidayah.''

Pada Syair Tuan Hampris yang sama maksudnya dengan puisi di atas terdapat pada bait yang ke-20, 21 dan 22, iaitu:

``Rajanya alim lagi jauhari

kitab Quran sangat pelajari

alimnya tidak lagi terperi

termasyhurlah khabar ke sana ke mari.

Saleh dan warak lagi pendeta

bijak laksana jangan lagi dikata

masyhurlah khabar di dalam warta

di alam Melayu sekalian rata.

Perangainya halim tangannya murah

sekalian kasih memandang wajah

cukup fahamnya ilmu Arabiyah

baginda nan gemar ilmu falakiah.''

Setelah kita membandingkan beberapa contoh di atas yang perlu diberi ulasan ialah pada Bahagian II. Bahagian ini merupakan pujian khusus untuk Sultan Zainal Abidin III, kerana ia mengandungi unsur sejarah dan asal-usul Sultan Terengganu. Ada tiga bait yang perlu dibicarakan di sini, iaitu pada bait yang ke-18, 19 dan 20 ialah:

``Baginda adalah orang yang mulia,

bahkan kemuliaan itu, warisan daripada datuk neneknya keturunan mulia dari dahulu sampai sekarang.

Memang raja putera raja

Keturunan yang mempunyai rantai kemuliaan yang tiada pernah putusnya

Keturunan Saidina Ali

Saiyid anak Saiyid

Keturunan yang tak melahirkan,

kecuali hanya kemuliaan.''

Pada bait yang ke-18 dan 19, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa baginda adalah seorang raja yang mulia yang diwarisi daripada datuk neneknya. Yang diriwayatkan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani ini adalah benar, namun walau bagaimana pun silsilah yang telah ditemui masih terdapat perbezaan pendapat. Yang disebut oleh Syeikh Ahmad al-Fathani pada bait di atas relevan dengan tulisan Haji Muhammad Salleh bin Haji Awang (MISBAHA) dalam bukunya, Mengkaji Sejarah Terengganu, jilid ke-2, beliau menulis, ``... maka Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja ialah Sultan yang pertama dilantik bagi negeri Terengganu, keturunan beliaulah Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan Terengganu memerintah hingga ke hari ini bagi negeri Terengganu dan jajahan takluknya. Yang demikian jadinya keturunan Sultan Zainal Abidin itu Kerabat-Kerabat Diraja Terengganu kiranya disusuli sehingga kepada Bendahara Melaka yang pertama Tun Perpatih Besar (bapa saudara Sultan Muhammad Syah) sudah turun temurun dari semenjak kurun Masihi yang keempat belas lagi. Sultan Zainal Abidin ini adalah seorang daripada putera Bendahara Paduka Raja Abdul Majid Bendahara Padang Saujana, Bendahara Johor yang kesembilan belas, lahir di Johor kira-kira pada tahun 1089 Hijrah ...''

Puisi Syeikh Ahmad al-Fathani pada bait yang ke-25 dan ke-26 adalah penting untuk ditafsirkan. Namun di sini saya mulai daripada bait yang ke-24, maksudnya ialah:

``Dan yang lebih besar lagi, aku berharap,

semoga baginda berkenan menyuruh ulama dan cendekiawan yang memahami petunjuk

Agar mereka dapat membukukan bahasa Melayu

Kerana aku bimbang ia akan hilang atau dirosak oleh perubahan yang berlaku dari masa ke masa

Begitu pula hendaklah mereka itu mengarang Sejarah Melayu yang meliputi segala perihal Melayu

Kalau tidak, mereka nanti akan hilang, dalam lipatan sejarah.''

BUDI BAHASA

Surat menyurat antara Sultan Zainal Abidin III dengan Syeikh Ahmad al-Fathani sesuai dijadikan contoh `budi bahasa' untuk persuratan. Setelah Syeikh Ahmad al-Fathani menerima sepucuk surat daripada Sultan Zainal Abidin III lalu beliau menjawabnya. Di antara kalimat-kalimat yang halus, lunak dan berkesan, kata beliau, ``Bahawasa marqum yang mulia, yang Hadhrat Duli Tuanku kurnia kepada patik itu, telah patik sambuti akan dia, serta junjung ihtiram dan syukur''. Maksud-nya bahawa surat daripada sultan itu adalah surat mulia, oleh itu Syeikh Ahmad al-Fathani memandang perlu mencurahkan rasa hormat (ihtiram) dan rasa terima kasih terhadap sultan, itulah maksud perkataannya ``serta junjung ihtiram dan syukur''.

Syeikh Ahmad al-Fathani membangsakan surat Sultan Zainal Abidin III kepada beliau itu sebagai `nuran lil bashar wa syifa-an lima fish sadhri', mengandungi maksud `cahaya bagi pandangan mata dan ubat bagi penyakit yang tersembunyi di dalam hati'. Sepintas kilas jika kita perhatikan kalimat Syeikh Ahmad al-Fathani nampaknya beliau merendah diri, namun dalam masa yang sama ada sasaran untuk kepentingan memartabatkan Islam dan bangsa Melayu sebagaimana kata beliau, ``Dan dilimpahi dengan nikmat, dan rahmat, dan kekayaan, yang ada padanya berkat yang memberi manfaat bagi agama Islam. Dan terangkat dengan dia oleh sebutan jenis Melayu''. Jika kita tafsirkan sepotong pertama kalimatnya, iaitu ``... dan kekayaan, yang ada padanya berkat yang memberi manfaat bagi agama Islam''.

Walau pun surat Syeikh Ahmad al-Fathani itu ditujukan kepada Sultan Zainal Abidin III tetapi sasarannya boleh saja kepada semua sultan, semua pemimpin yang beragama Islam, semua orang Islam (Muslim/ Muslimat) yang memiliki `kekayaan'. Pada pandangan Syeikh Ahmad al-Fathani, `kekayaan' tiada bererti sekiranya pemiliknya tiada memanfaatkannya untuk kepentingan agama Islam. Jika menggunakan perkataan yang kasar atau `tidak berbudi bahasa', bahawa `Raja atau pemimpin yang beragama Islam yang memiliki kekayaan, yang kekayaan itu tiada manfaat bagi agama Islam, maka raja atau pemimpin itu adalah tidak bertanggungjawab terhadap Islam'.

Kalimat ini pun masih lunak, kerana masih banyak bahasa yang lebih kasar daripada itu, boleh saja dianggap sebagai `bakhil', `kedekut' dan lain-lain sejenisnya. Pada sepotong kalimat keduanya pula, iaitu ``Dan terangkat dengan dia oleh sebutan jenis Melayu''.

Kalimat ini jelas berbicara tentang Melayu. Tafsirannya juga sama, jika kita menggunakan perkataan yang kasar atau `tidak berbudi bahasa', bahawa ``Raja atau pemimpin Melayu, yang tiada manfaat bagi bangsa Melayu, maka raja atau pemimpin itu adalah pengkhianat terhadap bangsa Melayu, bangsanya sendiri.'' Daripada contoh di atas terbuktilah bahawa ulama perlu bijak dan `berbudi bahasa' dalam menyampaikan dakwah dan pendidikan melalui surat terhadap golongan tinggi seperti tersebut di atas. Sebaliknya umara (pemerintah) yang bijak perlu mendekati ulama ikhlas dan jujur.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ma&pg=ba_01.htm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 08:36 AM | Show all posts

Abdul Rahman Limbong: Ulama Dan Pejuang

Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Limbong atau Abdul Rahman Limbong merupakan salah satu nama besar dalam sejarah Melayu Terengganu.

Bagaimanapun ahli-ahli sejarah tidak mencatatkan secara komprehensif peranan besar Tok Limbong selain dakwaan beliau mengepalai sekumpulan penduduk Hulu Terengganu mengangkat senjata bagi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara pada sekitar 1920-an.

Selain memimpin gerakan yang dikenali sebagai "Pemberontakan Tani Terengganu", Tok Limbong juga terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah yang dihormati, ahli perniagaan dan pengusaha yang berjaya dan seorang petani yang gigih.

Beliau juga pernah tampil untuk membela sekumpulan pejuang yang dilabel Inggeris sebagai pemberontak dan penderhaka raja.

Tok Limbong mendalami ilmu keagamaan selepas dihantar oleh keluarganya ke Mekah.

Sebelum terbabit dengan kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong yang dilahirkan sekitar 1880-an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu, meluangkan sebahagian besar masanya mengendalikan perniagaan di pesisiran Laut China Selatan dan mengajar agama di beberapa tempat, termasuk di sebuah surau di Kampung Kubang Kurus, dekat Kuala Terengganu.

Walaupun surau berkenaan tidak lagi wujud, penduduk setempat mengabadikan sebuah perigi lama di sebelah bekas tapak surau itu dengan nama "Telaga Limbong" kerana air perigi itulah digunakan Tok Limbong untuk bersuci diri setiap kali berada di kampung itu.

GELARAN TOK LIMBONG

Cicit beliau, Mohd Ghazali Abdullah berkata moyangnya yang dibesarkan di Pahang menerima gelaran Tok Limbong atau Abdul Rahman Limbong kerana beliau pernah berkampung di satu tempat bernama Limbong di Kemaman. Kampung itu juga menjadi persinggahan tetapnya ketika mengendalikan urusan perniagaan di pesisiran pantai.

Mohd Ghazali berkata pembabitan moyangnya dalam penentangan terhadap penjajah bermula apabila beberapa peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun pada sekitar 1921.

Di bawah peraturan itu rakyat ditegah menerokai tanah untuk tujuan pertanian dan dikehendaki memiliki pas atau lesen untuk mengambil daun mengkuang untuk membuat tikar, daun lerek dan buluh untuk membuat lemang, daun palas untuk membuat ketupat dan menebang sagu untuk patinya.

Menurut Mohd Ghazali peraturan yang menindas itu menyebabkan sekumpulan petani di Hulu Terengganu melancarkan bantahan dengan tidak mengendahkan larangan terhadap pengambilan tumbuh-tumbuhan liar itu sepanjang Julai dan Ogos 1921.

Akibatnya, 43 orang daripada petani terbabit telah disaman dan dibicarakan di mahkamah rendah Kuala Terengganu atas tuduhan membuka tanah tanpa kebenaran.

MEMPEROLEHI LESEN UNTUK MEMBELA PETANI

Walaupun sibuk dengan urusan perniagaan dan dakwah, peristiwa itu menggamit Tok Limbong untuk tampil membantu. Lantas beliau memohon dan memperolehi lesen untuk membela nasib petani-petani berkenaan dalam perbicaraan yang menarik tumpuan ribuan rakyat Terengganu.

Dengan menggunakan panduan daripada Quran dan sunnah Rasul, walaupun dalam perbicaraan yang dijalankan di mahkamah sivil, pihak pendakwa gagal mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan Tok Limbong, sekali gus memberi kemenangan kepada 43 petani terbabit.

Kemenangan sekali lagi berpihak kepada Tok Limbong ketika kes itu diulangbicara di mahkamah tinggi.

Tok Limbong yang berniaga menggunakan "perahu besar" dikatakan sedang berada dalam perjalanan dari Beserah di Pahang ke Legor di Thailand apabila sekumpulan penduduk yang terlalu benci dengan kehadiran Inggeris di tanahair mereka melancarkan kebangkitan bersenjata di Padang Kacong, Telemong, Hulu Terengganu pada 21 Mei 1928.

Ia adalah susulan beberapa serangan yang menyaksikan antara lain pihak pejuang berjaya menawan balai polis Kuala Berang.

PERTEMPURAN DI PADANG KACONG

Dalam pertempuran di Padang Kacong itu, 12 penduduk kampung, termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Tok Janggut (bukan Tok Janggut yang terbabit dalam kebangkitan menentang penjajah di Kelantan) terkorban akibat tembakan.

Pihak Inggeris yakin Tok Limbong adalah dalang di sebalik kebangkitan itu dan terus mengenakan tekanan ke atas Sultan agar meletakkan Tok Limbong dalam tahanan.

Tok Limbong dipanggil menghadap Sultan Sulaiman di Istana Maziah, walaupun urusan perniagaan dan dakwahnya belum selesai ketika itu.

Tanpa sebarang perbicaraan, Tok Limbong ditahan dan seterusnya dibuang negeri, mula-mula ke Singapura di bawah tahanan pihak berkuasa Negeri-negeri Selat dan selepas itu ke Mekah di mana beliau meninggal dunia 15 bulan kemudian.

Menurut Mohd Ghazali, semasa di Mekah moyangnya menginap di sebuah rumah wakaf berhampiran Masjidil Haram di mana beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya mengajar agama. Malangnya janji kerajaan negeri ketika itu untuk menghantarnya elaun bulanan jika beliau berangkat ke Mekah tidak pernah dikota.

GENERASI WARISAN

Tidak banyak yang diketahui tentang apa yang berlaku selepas itu, terutama tentang harta benda dan urusan perniagaannya, kecuali generasi warisannya yang masih ramai boleh ditemui di sekitar Pulau Musang, Kuala Terengganu dan makam 12 pahlawan Melayu itu yang diabadikan di Padang Kacong, Kuala Telemong.

Walaupun sejarah tidak mencatatkan bahawa batang tubuh Tok Limbong pernah turun ke gelanggang tempur, yang pastinya semangat juang yang ditiup ke dalam sanubari orang Melayu ketika itu sedikit sebanyak turut mempengaruhi semangat generasi selepasnya untuk meneruskan perjuangan menentang penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 08:38 AM | Show all posts

Kapal Batu Di Kg. Gerdong




Kebenaran FO-LO-AN (Kuala Berang) sebagai sebuah pusat perdagangan di Abad ke 12,berkemungkinan ada kaitannya dengan sebuah kapal yang telah tersadai. Kapal ini telah menjadi batu dan bentuknya dapat dilihat seperti bunyikan, kemudi dan bahagian dalamnya. Kapal tersebut terletak di atas sebuah anak bukit tidak jauh dari sebuah anak sungai di Kampung Gerdong, kira-kira 40 km dari Bandar Kuala Be

[ Last edited by  BeachBoys at 1-11-2007 08:58 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 08:59 AM | Show all posts


Lanchara: De:   Malayos
  Lakaran kapal-kapal perdagangan   Melayu digunakan di Melaka dalam zaman pemerintahan Belanda.
  Persamaan dalam rupabentuk dengan Perahu Besar Pinis Gobel Terengganu .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2007 09:12 AM | Show all posts

Perahu Bedar dan Pinis-Bahtera Pedagang Terengganu









[ Last edited by  BeachBoys at 1-11-2007 09:18 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2007 05:35 PM | Show all posts
Two things distinguish Terengganu from the other 13 states of Malaysia: batik and fish sausage.

Above: Terengganu silk batik. 4 meters. Below: Closeup of same.



Above: Terengganu silk batik. 2 meters. Below: Closeup of same.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2007 05:36 PM | Show all posts

Terengganu Sebagai Pusat Perdagangan

Pada abad ke- 18 dan ke- 19, Kuala Terengganu telah menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Hal ini dijelaskan beberapa orang Eropah yang pernah melawat Terengganu, antaranya pada tahun 1719-172, Alexander Hamilton seorang Inggeris telah melaporkan keadaan Kuala Terengganu. Kata beliau penduduk Kuala Terengganu sebahagiannya terdiri dari orang China yang berdagang dengan Wankang atau Jong. Selain daripada itu terdapat kapal dari Siam, Kemboja dan Sambas. Pengeluaran negeri ini ialah lada hitam dan emas yang di ekspot ke China.
    Medhurst, seorang Mubaligh Kristian melaporkan keadaan negeri Terengganu semasa lawatan beliau pada tahun 1828, menyatakan terdapat banyak perahu-perahu kecil dipunyai orang Melayu, dua buah Jong Siam dan Perahu Besar kepunyaan Terengganu yang sedang bersiap untuk ke Singapura.
    Earl mengesahkan, menangkap ikan adalah suatu pekerjaan penting di Terengganu. Ikan yang dikeringkan akan ditukar dengan penduduk pendalaman seperti debu-debu emas dan lada hitam. Barang ini menjadi barang pertukaran dengan pedagang asing.Barang yang diperlukan ialah beras, tembakau, kapas dan barangan lain.
    Hugh Clifford pada tahun 1895 melaporkan kemahiran pengeluaran orang-orang Terengganu. Barang-barang utama pengeluaran Terengganu ialah sutera,kain-kain, alat-alat senjata seperti pisau, badik, pedang, keris, barang-barang logam dan ukiran kayu. Orang-orang Melayu Terengganu adalah pembuat bot yang pakar.
Masyarakat Terengganu telah menjalankan perdagangan antarabangsa menggunakan perahu besar membawa barangan seperti barangan tembaga, kain dan rotan dari Terengganu menuju negeri Indo-China dan Indonesia.



[ Last edited by  BeachBoys at 9-11-2007 09:01 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2007 05:43 PM | Show all posts

Keris, porcelain recovered from 400-year-old wreck

BY K. SUTHAKAR. DUNGUN : A long keris has been recovered from an estimated 400-year-old wrecked ship laden with Ming-era porcelain in waters off Kuala Dungun here. The wreck was discovered about five nautical miles off Kuala Dungun at a depth of 40m in June last year.  揟he keris is a mysterious find,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.079861 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list