|
aku duk semenyih !!! tapi selalu gak g pasar ari ahad kat beranang.. memang kene berenag heheee |
|
|
|
|
|
|
|
takat tunjuk jalan nak arah ke kampung2 tu buleh laa
tapi nak tunjuk umah, mmg tak tahu
tak kona
hehehe
Syd Post at 15-9-2009 12:55
Kg tu besarnya seluas mana agaknyer yer?
Agak2 berapa ramai penduduk situ agaknyer?
Kawe pon x der full address...
Ntah leh jumpe ker idak agaknyer... |
|
|
|
|
|
|
|
senang jerk nak pegi kampung tu.
kalau dah lalu kesuma lakes... jalan terusssssssssssss jerk ke depan lagi
pastu lalu kaw kilang.. pastu lalu kaw perumahan PKNS
pastu jupe traffic light, pastu terussss jerk...
pastu mcm menurun jalan nyer..
masuk ke kg kelubi nih masuk ke arah kanan (kalau dari kl)
pastu dia mcm bahaya gak laa skit
jalan menurun, berbelok dan masuk kanan. kena hati-hati |
|
|
|
|
|
|
|
senang jerk nak pegi kampung tu.
kalau dah lalu kesuma lakes... jalan terusssssssssssss jerk ke depan lagi
pastu lalu kaw kilang.. pastu lalu kaw perumahan PKNS
pastu jupe traffic light, past ...
Syd Post at 18-9-2009 17:25
TQ TQ TQQQQQQQQQ..
Kalau ler tersesat gi saner nanti ler gak try... Tp ntah biler agaknyer nak ke situ erk... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham laaa apa maksudnyer tu... |
|
|
|
|
|
|
|
salam...saya pun org beranang gak... |
|
|
|
|
|
|
|
aku de cinta tertinggal di beranang..hu4 |
|
|
|
|
|
|
|
aku dok semenyih..dah dekat nar dah ngan beranang... |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan gelap di Rinching, Broga undang bahaya
SEMENYIH 10 Nov. - Warga Semenyih khususnya di sekitar Rinching dan Broga kesal dengan sikap pihak berkuasa yang tidak mengambil berat terhadap ketiadaan lampu di sepanjang jalan dari Semenyih ke kedua-dua kawasan itu.
Kata mereka, keadaan itu amat membahayakan pengguna jalan itu khusus penunggang motosikal terutama di Jalan Semenyih-Rinching yang yang menuruni bukit dan sempit.
"Sudah hampir dua tahun kami terpaksa bergelap kerana lampu jalan utama tidak berfungsi. Kami tidak faham mengapa pembaikannya boleh ditangguhkan atas alasan ketiadaan bajet.
"Adakah keselamatan awam juga boleh ditangguhkan,'' luah penduduk di sekitar Semenyih yang sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tetapi masih tiada perubahan dan tindakan hingga kini.
Antara penduduk yang berdepan risiko kemalangan ialah penduduk Bandar Rinching, Pelangi Semenyih, Taman Manikavasagam, Taman Tasek Semenyih, Kampung Sentosa, Kampung Tanjung, Taman Sri Tanjung, Ladang Semenyih dan Broga.
Turut merasai keperitan ialah penduduk di sekeliling Zon 18 seperti dari Bandar Semenyih, Bandar Tasik Kesuma dan kawasan sekitarnya.
Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 18, Arunselvam berkata, sudah banyak aduan dibuat namun hingga kini masih tiada jawapan diterima.
Katanya, keadaan itu menyebabkan penduduk semakin risau tentang keselamatan mereka setiap kali melalui jalan tersebut.
Menurutnya, sejak Oktober tahun lalu sehingga September lalu, jalan itu sudah meragut empat nyawa.
"Jika keadaan ini tidak diselesaikan segera, lebih banyak nyawa akan hilang kerana jalan itu merupakan laluan utama yang digunakan oleh semua kenderaan termasuk kenderaan berat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai penyerahan memorandum kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Hulu Langat di sini baru-baru ini.
Memorandum yang disampaikan kepada Jurutera Daerah, Nor Azam Ramlee itu adalah bagi menzahirkan rasa dukacita penduduk terhadap masalah yang mereka hadapi.
Beliau berkata, memorandum itu adalah susulan daripada aduan yang diutarakan oleh penduduk menerusi pengerusi zon masing-masing tetapi masih tiada tindakan walaupun pegawai JKR hadir dalam setiap mesyuarat yang diadakan.
Arunselvam berkata, penduduk diberitahu bahawa jalan tersebut akan dinaik taraf dalam Rancangan Malaysia Ke-10 tetapi tiada jawapan diberikan terhadap lampu yang tidak berfungsi.
Beliau berkata, selain JKR, perkara itu turut dibangkitkan dalam setiap mesyuarat penuh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.
Seorang penduduk, Ravi Batumalai, 43, dari Taman Manikam berkata, semua pihak memang mengakui laluan tersebut berbahaya, tidak rata dan perlu dibaiki.
Katanya, penduduk memahami yang pihak berkuasa memerlukan masa untuk memperbaiki jalan tersebut tetapi tidak faham mengapa masalah lampu tidak dibaiki terlebih dahulu.
Mohd. Kamal Zakaria, 42, pula berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan segera.
Dia yang sudah menetap hampir 10 tahun di Bandar Rinching mengakui pelbagai masalah lain terutama keselamatan penduduk akan timbul jika perkara tersebut dibiarkan berterusan.
"Saya berharap keselamatan penduduk perlu lebih diutamakan. Jangan biarkan lebih banyak nyawa hilang baru tindakan diambil,'' ujarnya.
Sementara itu, pihak JKR daerah Hulu Langat ketika ditemui Utusan Malaysia enggan mengulas lanjut perkara tersebut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam, hehehe la ni mak haku tinggai ngan kak haku kat Kg. Sg. Jai, mak haku asai dia Kg. Sentosa...pekan Semenyih tu...ish pejam mata haku boleh jalan selamba hahahaha, tapi Semenyih lah ni pesat betui membangun, nak pulak area Pelangi Semenyih tu, dulu hutan kelapa sawit tak silap, la ni mak aiiiiiiiii rumah ratus2 ribu perghhhhhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
kat tanah lapang kat ngan tesco kat ngan pelangi semenyih tu
nak bukak Jasco dgr nyer |
|
|
|
|
|
|
|
32# Syd
makin bertambah jammed le S'myih |
|
|
|
|
|
|
|
32# Syd
makin bertambah jammed le S'myih
mawarbduri Post at 13-11-2009 02:46 PM
skrg pon dah jammed gilos... |
|
|
|
|
|
|
|
kat tanah lapang kat ngan tesco kat ngan pelangi semenyih tu
nak bukak Jasco dgr nyer
Syd Post at 12-11-2009 06:38 PM
taman aku tu syd...ekekekek
kalau bukak jusco, makin la haku tak jalan jauh ni...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
wah...ye ke nak buka jusco...best lah ek.... |
|
|
|
|
|
|
|
sebelah kfc/pizza tu
kemain besar lagi eh 'kawasan perumah polis + balai polis' kan?
no more gangstar paradise katanya
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
sebelah kfc/pizza tu
kemain besar lagi eh 'kawasan perumah polis + balai polis' kan?
no more gangstar paradise katanya
hehe
Syd Post at 16-11-2009 02:42 PM
khenn..skrg ni bolehla haku redah lampu merah trafik light kat dpn perumahan polis tu..bila dah ada polis dok situ nanti, harusla haku bersopan santun kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
orang dah ramai..
kawasan makin lebar..
tapi jalan nye.. tetap jelah kecik mcm tu jugak
time yang menurun tu..
laluan maut + 'berhantu' kan? |
|
|
|
|
|
|
|
yep...seriau jek haku lalu situ...time2 ujan gini.....katanya akan ada 2 laluan dibuat kat area2 situ la...
syd, ko pasan tak ada sorang mamat ni salu lepak dkt pondok pengawal kuar masok TPS tu...mcm org gila pon ada..haku salu nampak beliau dok mencangguk kat situ... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|