CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ianho

Kisah Dari Tanah Suci: Berkat sayang, muliakan kucing-updated

[Copy link]
Post time 18-12-2007 02:39 PM | Show all posts
semuga menjadi pengajaran dan iktibar utk kita semua

tiba2 terasa rindu kat anak2 dirumah... balik nak peluk semuaaa....

[ Last edited by  leotazz818 at 18-12-2007 03:19 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 03:53 PM | Show all posts

Reply #1 nik_aziz's post

  sedih sungguh....

terutama part ni ..."Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu. Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya"
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 06:20 PM | Show all posts
sian kucing tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 08:55 PM | Show all posts
"orang yang sayang kepada kucing adalah orang yang kuat imannya"

ade sekali tu diriwayatkan, oleh sebab tidak mahu mengganggu keenakan kucing tidur, rasululLah SAW sanggup memotong serbannya yang ditiduri kucing tersebut dan satu lagi peristiwa, baginda sanggup memotong lengan jubahnya disebabkan perkara yang sama jugak.

rasululLah selalu menggosok kepala kucing. ini dikatakan telah menyebabkan terdapatnya garis
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 09:35 PM | Show all posts

Reply #20 nik_aziz's post

nik...nape lah kau tak letak perenggan...berpinau mata aku membacanya.....................
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 03:14 PM | Show all posts
satu kisah...

Dipendekkan cerita laar, ibu ku telah membeli satu balang. Then lepas tuh ibu ku letaklah pokok ngan air kat dapur rumah ku. Konon-kononnya nampak lagi menarik laar... nak menarik lagi. Ibu ku letak sekor ikan dalam balang tuh. Ikan laga... sebab ikan tuh tahan lasak dan kaler-kaler yang garang kat badannya. Tapi takkan ibu ku tak tau rumah kita orang nih ada 3 makhluk pemangsa yang tak makan saman. Hohohoho !! Ikutilah kisah 3 ekor makhluk nih.



Mu tengok apa tuh? Makanan ka? Oh... itu ikan dalam balang. Korang bukan makan ikan pun. Korang mau main-main sampai mati itu ikan kan? Ikan goreng aku kasi pun korang tak moh makan. Mengada jer. Cheese mau plak. Mat saleh sungguh !!




Oh... baru perasan ku amik gambo kamu eh? Mu apa pandang-pandang? Mau kena selotep kat tapak kaki ka? Turun cepat sebelum ku letak selotep kat tapak kaki mu. Oi Cittai !! Mu belek apa lagik tuh? Abih teleng kepala. Hang jangan seluk tangan mu dalam air sudah. Tengok tak pa...




Uish !! Ngko nih Cittai. Tak makan saman sungguh. Ku suruh hang turun, lagi buat bodo eh? Fokus sungguh mata mu kat ikan yang blur tuh. Mamat tuh baru jer lagi dapat tinggal rumah baru tuh. Pi pi pi... jangan kaco ikan tuh. So sebab dia tak dengar kata-kata ku... hanya selotep saja yang mampu membuatkan mereka dengar kata. Ku amik selotep dan lekatkan kat tapak kaki Cittai tuh. HAHAHAHA !! Hang patut tengok camner dia joget lepas kena selotep kat tapak kaki. Fuh... lega rasanya. Selamat ikan ibu ku.




Buat pengetahuan korang... dalam rumah ku, makhluk yang paling hebat tak makan saman ialah si Atin nih. Mengikut kajian ku, dia memiliki memori macam ikan mas. 3 saat jer dia ingat. Lepas tuh dia dah lupa. Kalau hang amik remote tv atau astro hentak kat kepala dia kuat-kuat... dia akan lari kesakitan. Tapi tengok aah... 3 saat kemudian dia akan buat benda yang sama. Kesimpulannya, buang masa ngan buang karan jer aku ketuk kepala Atin yang bongok nih. Dia tak takut ngan semua benda. Vacuum cleaner pun dia tak takut.
Haaah !! Tuh apa tangan mau seluk dalam air tuh?!! Oi !! Terus ku jentik telinga dia ngan penuh perasaan. Yiak yiak yiak !! Blah kejap jer... tengok 3 saat lepas tuh...




Tengok !! Betol tak apa ku cakap? Ini dah peringkat kronik nih. Sudah masuk kepala ke dalam balang. Bahalol sungguh !! Akhirnya... ku amik si Atin nih, and letak dia dalam peti ais selama 5 minit. Hohohoho !! Best !! Tengok dia jadi bodo lepas tuh. Begitulah kisahnya. Tapi hanya bertahan selama semalam jer itu ikan selepas Atin berjaya terbalikkan balang tuh pada malam hari ketika aku sedang nyenyak tido. Ikan tuh sudah putus 3. Depa tak makan. Saja suka nak membunuh. Innalillah...




kisah kucing kawan ku...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2007 03:29 PM | Show all posts
hehe..kesianla kucin tu kene sumbat dalam peti ais..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 03:38 PM | Show all posts
kucing mmg ske main2 gitu tau..
ngan cicak lebih2 lagi..lipas pun kene gak
bkn mkn pun,saje wat main
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2007 03:40 PM | Show all posts
Originally posted by ena1986 at 19-12-2007 03:29 PM
hehe..kesianla kucin tu kene sumbat dalam peti ais..


ehehe..sayang,bukan peti ais lah
tangga umah tu...

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 03:42 PM | Show all posts

Reply #29 nik_aziz's post

Tengok !! Betol tak apa ku cakap? Ini dah peringkat kronik nih. Sudah masuk kepala ke dalam balang. Bahalol sungguh !! Akhirnya... ku amik si Atin nih, and letak dia dalam peti ais selama 5 minit. Hohohoho !! Best !! Tengok dia jadi bodo lepas tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by ati1402 at 19-12-2007 03:42 PM


ooo...ingat pic last tu..
yea..petis ais.

my ebok similar look cam atin..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 03:50 PM | Show all posts

Reply #31 nik_aziz's post

oic..comeyy.. patah tumbuh hilang berganti,nik

xde niat ke nak bela lagi...ramai lagi diluar sana yg perlukan pembelaan kita
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by ati1402 at 19-12-2007 03:50 PM
oic..comeyy.. patah tumbuh hilang berganti,nik

xde niat ke nak bela lagi...ramai lagi diluar sana yg perlu ...


got..new gen..kat kampung.my mom jaga..

nama DOB : merang & garfield

dan new born..lum ada nama..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 03:56 PM | Show all posts

Reply #33 nik_aziz's post

waaaa gud gud! dah ada pengganti..
same mcm me la nik..me mmg xley idup xde my fur kids ni..huhu
nnt lau balik umah mak,nik snap la gamba dorg ye..share ngan kami disini
nnt ati kasi tacang ye:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by ati1402 at 19-12-2007 03:56 PM
waaaa gud gud! dah ada pengganti..
same mcm me la nik..me mmg xley idup xde my fur kids ni..huhu
nnt lau balik umah mak,nik snap la gamba dorg ye..share ngan kami disini
nnt ati k ...


i will dear..kat handset i  jadi wallpaper.
will share later on..

cuma my mom bising sikit kalau nak posing2 kucing2 tu..
katanya org tua2 cakap jgn ambik pic kucing..
nanti kucing tu pergi atau mati..

mum oh mum..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 04:42 PM | Show all posts

Reply #35 nik_aziz's post

org tua..biasalah..kita kena lah bgtau..ajal maut Allah je yg tentukan
bkn lensa camera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2007 12:33 PM | Show all posts
citer ni aku dah baca lam umah abg jamil tu.. memang menginsafkan.. dan setiap mahluk tak kira manusia atau haiwan.. sepatutnya diberi hak yg sama.. kerna Allah pun tak membezakan makhluk2 ciptaanNya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 09:41 PM | Show all posts
sedih..aku slalu pk apa la nasib kucing2 tepi jalan tu..kalau nampak slalu doakan agar takde sapa langgar dorang semua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2007 01:41 PM | Show all posts

Berkat sayang, muliakan kucing

Oleh : Abdul Wahab Muhammad Nor

Sempena wukuf di Arafah hari ini (18 Disember) dan Hari Raya Korban esok (di Arab Saudi), disiarkan Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.
Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin. - lanh
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 01:55 PM | Show all posts
menarik kisah ni. dapat dari mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.330144 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list