CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: burung_pungguk

AIM 15 (2007)...Dayang Top 5

[Copy link]
Post time 18-4-2008 01:55 PM | Show all posts
Kulit Album terbaik



Antara 5 ni, rasanye dayangnye cover paling meletop!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2008 12:20 AM | Show all posts
ntah lah eh...dayang nye cover lawa cume expression muke dyg je kureng...
eh nape kover ct lain eh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 18-4-2008 01:55 PM
Kulit Album terbaik

http://img520.imageshack.us/img520/9654/coveraimcj0.jpg

Antara 5 ni, rasanye dayangnye cover paling meletop!!

macam ada harapan je untuk kulit album..pencabar lain cam biase..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by balay at 19-4-2008 11:14 AM

macam ada harapan je untuk kulit album..pencabar lain cam biase..



mcm ada harapan kan..

sama-sama kita doakan kemenangan berpihak pada dayang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 01:07 PM | Show all posts
cover album ni termasuk inlay..

cover dalam album CT pun cantik gak..
yg lain kita x tgk lagi dlm dia cemana..
so difficult to predict gak sape akan menang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 07:11 PM | Show all posts
Peluang Dayang menang untuk Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)?
Pilihan Popular :
1. Dato' Siti Nurhaliza - Hadiah Daripada Hati
2. Atilia - Sangkar

Underdog :
1. Atilia - Sangkar
2. Elyana - Jadi Diriku

Peluang Dayang Nurfaizah - Dayang 2007?
Kalau tgk review dalam media/internet, pencalonan dayang seolah-olah macam tempelan sahaja... Alih-alih Datuk Siti diramalkan untuk menang mudah, dan Atilia dikatakan boleh buat kejutan... Elyana pula kembali naik dengan album terbarunya dan semakin mendapat perhatian pendengar semenjak kebelakangan ini... Sementara itu, ramai yang terperanjat dan mempertikaikan pencalonan Karen Kong... Entah apa kriteria juri-juri... Ramai kata Karen Kong tak layak, tapi juri pilih juga... Ramai kata prestasi Datuk Siti dalam Hadiah daripada Hati kurang berbanding Transkripsi, tapi juri pilih juga... dan bila dah masuk senarai, memang peluang untuk dia menang tu masih tinggi berbanding yang lain...

Tak tau le... pada kita yang ada album dayang 2007 pasti kita mengharapkan dayang menang kerana semua lagu dalam lagu tu memang mencabar keupayaan vokal dayang... lagu rancak, lagu balada... dengan penyampaian dayang yang berkarakter...
Ramalan : Dato' Siti Nurhaliza - Hadiah Daripada Hati (Peratus Kemungkinan = 60%)
Kejutan : Atilia - Sangkar (Peratus Kemungkinan = 80%)

Peluang Dayang menang untuk Kulit Album Terbaik?
Pilihan Popular :
1. Anuar Sujud - Hadiah Daripada Hati - Dato' Siti Nurhaliza
2. Ajin - Hey - Singletrackmind

Underdog :
1. Anthony Ho - Dayang 2007 - Dayang Nurfaizah
2. Emir Ezwa - Chameleon - Ash Nair
3. Jenny Sun - After 8 - Liang

Agak terkejut kulit album Dayang 2007 tercalon. Tak tau la... Tak menang pun tak apa... Anugerah ni macam 'icing' je... 'the cake is the best vocal performance'... dapat 'cake' je dah cukup bagus, kalau dapat 'cake' sekali ngan 'icing'nya memang BEST! Kalau dapat 'icing' je... ermmmm...
Ramalan : Ajin - Hey - Singletrackmind (Peratus Kemungkinan = 60%)


Peluang Dayang menang untuk Album Pop Terbaik?
Pilihan Popular :
1. Hadiah Daripada Hati - Dato' Siti Nurhaliza - Dato' Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Audi Mok, Azlan Abu Hassan, Greg Henderson, Jenny Chin & Sharon Paul

Underdog :
1. Dayang 2007 - Dayang Nurfaizah - Greg Henderson, DJ Uno, Jenny Chin, Audi Mok & Mohariz Yaakup

Mintak-mintak lah Dayang 2007 menang... Dayang 2007 menang... Harap juri-juri profesional belaka... Kalau tak menang vokal pun, sekurang-kurangnya album Dayang 2007 dapat penilaian yang sewajarnya...
Ramalan : Dayang 2007 - Dayang Nurfaizah - Greg Henderson, DJ Uno, Jenny Chin, Audi Mok & Mohariz Yaakup (Peratus Kemungkinan = 70%)


Peluang Dayang menang untuk Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia)?
Pilihan Popular :
1. Irwan Simanjuntak - Tinggalkan Aku - Anuar Zain
2. Sharon Paul - Hati - Dato' Siti Nurhaliza
3. Audi Mok - Ingin Kumiliki - Dayang Nurfaizah

Kalau album Dayang menang album terbaik, anugerah ini sah Dayang ambik sekali...! Kalau album tu tak menang, Anuar Zain punya lagu kot...
Ramalan : Audi Mok - Ingin Kumiliki - Dayang Nurfaizah (Peratus Kemungkinan = 60%)


Entahlah... apa jua keputusannya nanti, kita terima saja... Untuk itu, jom kita sama-sama main balik cd Dayang 2007, tengok lagu mana yang masih diminati, lagu mana yang dah kurang diminati dan lagu mana yang makin diminati... Good Luck, Dayang!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2008 04:06 PM | Show all posts
kalau tgk inlay,dayang meletup pe..
especially gambar die kat kulit belakang..sexy and menggiurkan.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 10:20 PM | Show all posts
lepas ke tk eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2008 09:39 PM | Show all posts
Ait! Pelik aku... Kenapa posting aku beberapa hari lepas tak keluar kat sini? Takkan kena censor kot? Macam stuck je thread ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 09:43 PM | Show all posts
Memang sah... thread ni ada problem...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 01:47 AM | Show all posts
tadi dayang kat 8TV Chat room..
bnyk gak die cakap pasal AIM nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 05:07 PM | Show all posts
Dayang pulang dengan tangan kosong malam tadi. Dah lali benar aku dengan 'skrip' mana-mana anugerah 'berprestij' kat Malaysia ni. Bagi aku, yang membuatkan AIM siri ke-15 ini paling mengarut adalah tindakan para juri yang terlampau beria-ia hendak menjadikan anugerah tahun ni 'muhibah', kononnya untuk meningkatkan integrasi dan keharmonian sesama kaum, sehingga mengabaikan inti sebenar anuerah itu- iaitu bakat seni para artis.
Program pada mulanya nampaknya berjalan agak lancar, walaupun aku mengharapkan tali tarzan cum superman si Faizal Tahir tu terputus ke terjerut ke.... Punya gah aksi, motif persembahan entah apa apa. Rock ke??? Tapi lepas tu ok sikit, Adibah dan Aflin pandai mengacara. Tapi bila sampai bab Suki menang artis harapan, aku dah mula terbau sesuatu yang tak berapa baik. Semua penonton dapat lihat bahawa Fiq yang turut membuat persembahan pada malam itu jauh lebih baik dari segi vokal mahupun persembahan. Jadi, atas dasar apa sebenarnya Suki menang? Bila Karen Kong buat persembahan, lagilah 'kacau' majlis dibuatnya. Tone suara yang begitu teruk, entah macam mana si Kong ni boleh ketepikan artis lain macam Liza Hanim dan ramai lagi di luar sana?
Aku sebenarnya tonton AIM ni sebab satu saja- nak tengok Dayang buat persembahan. Dan persembahan Dayang, memang yang terbaik pada malam tadi. Walaupun, macam biasalah, si Siti tu juga yang teroverlah diketengahkan persembahannya, disuruh nyanyi last, lepas tu diapit pada akhir lagu. Haiyah, bosan sungguh gua. Persembahan dan vokal dia taklah meletoppp. Macam biasa saja. Lepas tu dicanangkan menang Persembahan Vokal Terbaik, untuk kali yang ke-9. My god, Malaysian Guiness Book Of Record ke ni? Lawak sungguh. Boleh sesiapa bagi tau saya berapa kali Celine Dion, Mariah Carey mahupun Whitney Houston menang Grammy's? Penjurian, aduhai malas aku nak komen. Kononnya semakin telus, telus apa ke benda kalau artis yang sama menang anugerah yang sama 9 kali di dalam tempoh 10 tahun????
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 01:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 09:54 AM | Show all posts

Reply #32 voiceofreason's post

aku sokong 101% apa yg kau tulis tu..aku sbnrnya dh naik muak dgn anugerah2 kat malaysia ni yg hanya mengiktiraf org yg sama jer setiap tahun..juri ke, peminat ke, semuanya x mau kluar dari 'kepompong'..lagi2 kalau anugerah yg melibatkn pencalonan Ct Nurhaliza,mmg boleh kerat jari la dia menang..ntah apa2 ntah...kesian kat penyanyi2 lain yg aku rasa vokal diorg lebih hebat drpd Ct tp x diberi peluang..Liza Hanim, Dayang Nurfaizah,Siti Sarah,Ning Baizura,pernah ke diorg menang vokal terbaik AIM?? Agaknye sebab ni la Ning beria2 nak lebarkn sayap kat luar negara, sebab org Malaysia x tau nak hargai bakat dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 06:17 PM | Show all posts
tahniah buat Dayang kerna persembahan vokal yg baik pd malam persembahan...kalah pemenang vokal AIM 15...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 09:58 AM | Show all posts

Reply #34 canopy_copy's post

tu la...sedih sangat sebab kebolehan dan talent dayang masih lagi dipandang sebelah mata...kalau nak cakap lebih2 nanti org kata biasa lah peminat mestilah mempertahankan artis yg dia minat...for me, itu bukan soalnya...masing2 adalah terbaik, namun penilaian yang dibuat haruslah secara telus dan bijaksana...suara setiap artis adalah anugerah yang diberikan Tuhan kepada mereka dan keunikan dan kebolehan pada vokal dalam menyampaikan lagu2 mereka harus dinilai dengan terperinci...bukan sekadar sedap ditelinga semata...

apapun, aku akan terus menyokong dayang dan perkembangan kariernya di Malaysia...harap dia akan terus buat yg terbaik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2008 05:19 PM | Show all posts
tiap kali ade anugerah2 ni...dayang mesti buat persembahan....aku bangga..
tp tiap kali die dicalonkan...tiap kali tu gak la die kalah...
aku rase its about time,dayang berenti je dr masuk calon nih...
bukan maksud aku anugerah tu xberprestij..
tp aku rase cara dan muzik dayang xreleven dgn industri muzik sini...
so, baik macam shiela majid tuh....
xpayah masuk ajl,hits dan sebagainye, esp pertandingan sms nih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 09:32 PM | Show all posts
dayang dah ada kelas nye yang tersendiri..
hope dayang tak giveup..
Go dayang!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 05:02 PM | Show all posts
kekadang tu, bile aku pk balik kan, dah memang nasib artis kat malaysia ni.

kalau dpd mula dia masuk industri ni, dah menang byk anugerah, dia akan terus menang berbagai2 lg anugerah. tapi...bile dah smpai tahap dayang ni, nak menang anugerah pun mcm mintak sedekah. kesiann kann... x adil sungguh.

walaupun dayang x memang di mata juri, dayang tetap menang dihati kita smua
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 04:25 PM | Show all posts
discussing pasai AIM, sapa ada video dayang performing time AIM tahun 2003...??
yang dia nyanyi with sheila majid tu...
aku nanak sangat2....
suka!!!
(time tu tak reti rekod guna vid cam laie... he he...)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.087951 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list