CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schumacher

KEDAH OH KEDAH 2009

[Copy link]
Post time 12-1-2009 12:06 PM | Show all posts
tinggal lagi 2 game......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 12:49 PM | Show all posts
masih bergantung pd pemain import
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 10:08 AM | Show all posts
doh..

kalau amek import tp x guna sepenuhnya nak watpe beli memahal woi..
buang duit je..
baik amek org kg aku jah..

**mentaliti tahap apa da..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 02:46 AM | Show all posts
salahkah kedah harap import?????? import tu pemain kedah gak kan ?????, kedah bayaq gaj kan ???i, kalau takleh harap buat pa ambik.......... man.utd, barca, real, liverpool, lagi lagi inter sumua pakai import da.... liga malaysia semakin keKAMPUNGAN
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 10:12 AM | Show all posts
pi bayaq mahai2 gaji import utk kalah buat per.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 06:37 PM | Show all posts
game baru mula la...mangkuk...

awal lagi..hero tamil mg camtu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2009 10:09 AM | Show all posts
bye bye la piala fa

game baru mula.......... ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 12:58 AM | Show all posts
farewell........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 10:39 AM | Show all posts
Kedah lembik, Kelantan menyengat



PEMAIN Kedah (tengah) dikatakan kurang menyerlah musim ini berbanding musim lepas.

--------------------------------------------------------------------------------


JUARA bertahan Piala FA, Kedah tersingkir awal.

Sengat yang mereka pamerkan dua musim lalu sudah hilang bisanya.

Reputasi selaku juara treble musim lalu mula dipersoalkan.

Prestasi mereka terumbang-ambing dan rentak permainan pun semakin membosankan.

Barisan pemain yang sama masih diberi kepercayaan tetapi mereka bagaikan sudah hilang kejantanan, tidak sehebat dua musim lalu

Dalam saingan Liga Super, rentak skuad Hijau Kuning itu juga tidak konsisten.

Aksi mereka tidak ubah seperti anak kapal yang kehilangan nakhoda.

Mungkin ada juga betulnya bila ada cakap-cakap yang menyatakan kejayaan mereka meraih gelaran treble sebelum ini banyak bergantung kepada kecemerlangan tiga pemain importnya yang memang sukar disekat lawan terutama, Marlon Alex James.

Penyokongnya pula beranggapan, kejayaan Kedah adalah hasil sentuhan jurulatih mereka, Mohd. Azraai Khor Abdullah.

Musim ini, Azraai mempunyai barisan pemain yang sama kecuali tiga pemain import, namun prestasi mereka turun dengan mendadak.

Pemain yang sama tetapi prestasi sudah jauh berubah.

Pada mulanya, Kedah dilihat pasukan yang mempunyai barisan pemain muda yang berwibawa, tetapi berdasarkan prestasi pemain mereka sekarang, tanggapan itu macam tidak tepat.

Pemain ini seharusnya bertindak lebih cemerlang untuk terus melonjakkan skuad Hijau Kuning itu.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan bahawa kehebatan pemain muda Kedah pada musim lalu banyak dibantu oleh pemain import mereka.

Mungkin ada kebenarannya, kerana kemerosotan mereka musim ini dilihat sangat ketara.

Apa pun Kedah sudah terkeluar walaupun pada mulanya mereka adalah pilihan berdasarkan reputasi sebagai juara selain membariskan barisan pemain yang sama.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila mereka ditunjuk jalan keluar lebih awal oleh UPB-MyTeam, pasukan berstatus kelab.

Penyingkiran serta kemerosotan Kedah musim ini turut menjejaskan reputasi Azraai yang dianggap antara jurulatih terbaik dalam Liga M.

Selain itu, dia juga disebut-sebut sebagai calon terbaik untuk mengisi jawatan jurulatih skuad kebangsaan.

Berdasarkan reputasi sekarang, adakah dia akan kekal sebagai pilihan untuk jawatan tersebut?

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan alasan Kedah sebaik tersingkir daripada Piala FA ialah masalah dalaman yang mereka alami seperti kecederaan dan juga keletihan.

Sebagai sebuah pasukan yang memiliki reputasi cemerlang, ia bukan alasan kerana sebelum ini Azraai pernah menyatakan bahawa barisan simpanannya juga tidak kurang hebatnya.

Tetapi ia tidak sama seperti yang dinyatakan kerana rentak mereka jauh berbeza berbanding ketika mereka berada di puncak.

Justeru, kemerosotan yang mereka lalui sekarang telah mengukuhkan tanggapan bahawa kecemerlangan mereka dua musim lalu banyak dibantu oleh tonggak import.

Apa pun, Kedah sudah terkeluar dan Piala FA pula akan membuka lembaran baru yang bakal menyaksikan kewibawaan pasukan baru.

Setakat ini, Kelantan dilihat sangat menyerlah, satu-satunya pasukan yang melangkah ke suku akhir dengan jumlah jaringan terbanyak.

Kelantan yang kini memimpin kedudukan Liga Super telah menghasilkan lapan gol pada pusingan kedua Piala FA dan ini membuktikan skuad yang mendapat jolokan Kijang itu bakal menjadi kuasa baru bola sepak tempatan.

Turut mewarnai Piala FA musim ini ialah skuad remaja negara, Harimau Muda yang dibimbing K. Rajagobal.

Mereka menyingkirkan pasukan berstatus elit, Terengganu dengan agregat 4-3.

Pasukan kelab dari Terengganu, T-Team juga memperlihatkan kewibawaan apabila menyingkirkan Sarawak dengan agregat 4-1.

Pastinya, kemaraan pasukan-pasukan baru ini akan lebih menghangatkan saingan dalam Piala FA dan tumpuan sudah pasti terarah kepada Kelantan yang dilihat mempunyai jentera penggempur paling ampuh setakat ini.

Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perlis memang dijangka layak berdasarkan pencapaian mereka dalam Piala FA sebelum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 10:40 AM | Show all posts
memang lembik..........
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 26-2-2009 10:40 AM
memang lembik..........



  memang pun
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 02:29 AM | Show all posts
kuang ajaq punya KOSMO
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 09:40 AM | Show all posts
kelantan tuh mula2 power la... sbb jadual jumpa tim2 cikai dulu... pastu bila jumpa selangor bungkus.... pahtu nak gaduh2
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 01:28 PM | Show all posts

Balas #33 rambutan\ catat

huii............ power tu woo.........
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 08:57 PM | Show all posts
kedah nie harap player import je tahun lepas...
tahun nie selangor treble...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 08:42 AM | Show all posts

Balas #35 mahatma_gundhu\ catat

liga jauh lagi........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2009 01:10 AM | Show all posts
Originally posted by <i>mahatma_gundhu</i> at 3-3-2009 20:57 <a href="http://mforum5.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=29317485&ptid=394696" target="_blank"><img src="http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
kedah nie harap player import je tahun lepas...<br />
tahun nie selangor treble...
<br />


AKU NAK TANYA SKET???

1- salahkah pemain import Kedah mantap?
2- pasaipa team lain tak cari import semantap depa?
3- buat pa nak ambik import yg setaraf local player.
4- bukan kah MANU,BAYERN,REAL,INTER pon mengharap import?
5- pasaipa import bagus pon jadi masalah, import bengong pon jadi masalah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 08:34 AM | Show all posts
takper la ..... dah cipta sejarah dah...... double treble........

PECAHKAN REKOD ITUUUUUUUUUUU.................
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 11:54 AM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 5-3-2009 08:34
takper la ..... dah cipta sejarah dah...... double treble........

PECAHKAN REKOD ITUUUUUUUUUUU.................



betul betul betul...  kalau tak bleh pecah rekod ni, dok diam diam sudah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 04:06 PM | Show all posts
kena cipta sesuatu yg unik baru org boleh ingat...........

masa final, sepak kepala pengadil ker............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.805044 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list