CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Denggi, Malaria & Chikungunya

[Copy link]
Post time 1-2-2009 01:00 PM | Show all posts
menantu jiran mak aku sampai masuk ICU la pasal denggi nih....nwo still kat spital.....cheras
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2009 01:12 PM | Show all posts
beza denggi ngan chikungunya


denggi:

- bawak maut
- tak kira umor (tua & muda)
- kalau amek darah, platlet darah sokmo rendah


chikungunya
- tak bawak maut (kecuali ada kombinasi2 penyakit lain...mmg cepat laa....selalu orang tua2)
- platlet darah tinggi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 02:14 PM | Show all posts
Hindari Chikungunya





Anda mengalami demam panas, sakit-sakit sendi, ruam pada badan, atau sakit kepala? Segeralah berjumpa doktor anda.


KAWALAN Aedes dilakukan dalam pelbagai kaedah sejak sekian lama, namun ia masih menghantui masyarakat kita.

KETIKA ada pihak yang tidak mahu laporan mengenai penyakit Chikungunya terus dihebohkan dalam media, lebih ramai yang mahukan informasi ini sampai ke pengetahuan mereka.

Ini bukan soal menimbulkan keresahan awam, tetapi tidak salah jika impak yang terbit daripadanya membuatkan masyarakat umum lebih bermaklumat, berwaspada dan seterusnya bertanggungjawab terhadap persekitaran mereka.


NYAMUK Aedes aegypti pembawa Chikungunya.

Mengikut risalah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Ia pertama kali dikesan di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu, ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di negara-negara Eropah.

Walaupun ia adalah endemik, iaitu selalu terjadi di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, dan Asia Tenggara, namun ia bukanlah sejenis penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

SIKAP masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan hanya menambah kemungkinan buruk.

Penyakit Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae. Ia berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut.

Ramai melabelkan Chikungunya sebagai 'adik-beradik' denggi yang turut berpunca daripada gigitan aedes yang menyebarkan virus penyakit tersebut.

AWASI kediaman anda terutamanya kesihatan orang yang anda sayangi.



Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari tiga hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya adalah di antara dari tiga hingga tujuh hari.

Soalan yang sering ditanyakan apabila muncul sesuatu penyakit adalah 'apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?'.

Maka, jawapan kepada soalan itu sangat bersifat kritikal, lantaran tindakan seseorang untuk mengenal pasti simptom-simptom penyakit Chikungunya boleh mempercepatkan proses rawatan dan untuk pesakit itu sembuh.

Antara simptom-simptom adalah seperti demam panas mengejut (demam yang mendadak boleh mencapai suhu 39 darjah Celcius), sakit teruk pada sendi (terutamanya sendi lutut, pergelangan dan jari), ruam pada badan dan sakit kepala. Seseorang pesakit boleh mengalami demam dari satu hingga lima hari atau seminggu.

Penyakit Chikungunya sering disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berusia pula boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

Seperti penyakit-penyakit lain yang disebabkan oleh virus, tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagi Chikungunya. Penyakit ini biasanya akan berakhir dan pesakit boleh sembuh dengan sendirinya. Rawatan untuk pesakit luar lazimnya diberi berdasarkan simptom yang dialami pesakit.

Pendek kata, penyakit ini tiada vaksin. Namun pada masa yang sama, doktor akan memeriksa pesakit secara keseluruhan bagi mengenepikan kemungkinan penyakit lain yang lebih berbahaya.

Maka, sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, anda dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 02:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 02:41 PM | Show all posts
aku ni xelok2 lagi nie demam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 03:01 PM | Show all posts

Reply #25 sweet_charcoals's post

sakit sendi2 lagi tak?

nak pijak tanah pun tapak kaki sakit kan?


tu aku ckp jlan huyung hayang mcm zombie
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-2-2009 03:03 PM | Show all posts
oh ye

ni yang orang2 kampung buat bila dorang dapat sakit nih;


1.  pucuk betik tu dorang rebus, buat ulam makan nasik. pahit mmg tak boleh ckp la. ada tu, dorang rebus dan blender pucuk betik tu..dan minum laaa

2.  kalau badan panas, dorang minum air asam jawa banyak2

3.  yang nih common laa, minum air kosong banyak2, air kelapa, air soya, 100+
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 03:15 PM | Show all posts
lupa plak nak tambah lagi tadi;

3.  makan sup ketam
4.  banyak makan buah betik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2009 10:55 AM | Show all posts
362 kes denggi di Shah Alam

SHAH ALAM 1 Feb. - Sebanyak 362 kes demam denggi dilaporkan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam tempoh 24 hari bulan Januari dengan 161 kes disahkan positif demam denggi dan satu kes lagi denggi berdarah.

Antara kawasan yang mencatatkan bilangan kes demam denggi tertinggi ialah Kampung Padang Jawa sebanyak 36 kes, Seksyen 8 (26 kes), Seksyen 24 (24 kes) dan Seksyen 25 (44 kes).

Pengawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, ekoran itu, pihaknya mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah peningkatan demam denggi dengan membuat pemantauan dan mengadakan pemeriksaan di 3,252 premis.

"Hasil pemeriksaan didapati 240 premis positif menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan pihak MBSA telah mengeluarkan 137 kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membawa kompaun sebanyak RM500.

"Sepanjang tempoh tersebut juga, MBSA membuat semburan kabus (fogging) di 165,889 premis untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes dan sekali gus mengawal jangkitan demam denggi daripada merebak," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Shahrin, daripada pemerhatian, didapati punca utama pembiakan nyamuk aedes ialah kerana sikap cuai masyarakat yang tidak menjaga kebersihan.

Justeru, MBSA akan mengedarkan poster dan risalah mengenai bahaya demam denggi dan langkah pencegahan lain yang boleh diambil untuk panduan orang ramai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 11:44 AM | Show all posts
banting x masuk list ke, member opis aku kene denggi tau

member opis aku yang lain ada ziarah, dia cackap penuh hospital banting tu dengan pesakit denggi

maksudnye banting pon area panas jugak kan, ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 01:08 PM | Show all posts
makcik yg duk kt pandamaran pun kena demam chiku nii ..1 keluarga kena tapi x de sampai msk hptal cuma masuk air je..lepas tu dibenarkan blk umh..katanye mmg ramai yg kena kt tmn tuu ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2009 10:08 AM | Show all posts
Kes denggi di Selangor membimbangkan


PEKAN: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kes denggi di Selangor semakin membimbangkan dengan 18 kematian dan 6,700 kes dilaporkan sepanjang bulan lalu.

Beliau berkata Selangor adalah negeri yang mencatat jumlah kes tertinggi setakat ini.

Liow berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Penerangan dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran mengenai bahaya nyamuk Aedes yang membawa denggi.

“Kementerian Penerangan akan membantu menerusi kempen dan ceramah berkaitan kes ini dan kita juga berharap pihak Berkuasa Tempatan akan turut meningkat usaha membersihkan kawasan perumahan dan bandar,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:14 PM | Show all posts
wabak chiku ni dengar dengar asalnya dari pendatang.... betul ke..???

Haritu g melawat sepital kajang...HAZABBBBBBB.. penuh giler... kalau taim melawat tu.. nak berjalan pon susah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2009 01:49 PM | Show all posts

Reply #33 mamia's post

a ah..

katanya dari afrika..

orang ckp kalau kita nih nak melawat negari2 kat afrika tu

at least ada 12 jenis suntikan nak kena amek

bayangkan lah betapa kronik nye dorang kat sana

gamaknya sistem badan kita nih lembik

tak sama mcm dorang kat sana kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2009 04:27 PM | Show all posts
3 kematian baru akibat denggi minggu lepas
16/02/2009 3:03pm

KUALA LUMPUR 16 Feb. — Tiga lagi kematian akibat wabak denggi dicatatkan pada minggu kelima sehingga 7 Feb lepas menjadikan jumlah terkumpul kematian bagi tahun ini meningkat kepada 18 kes berbanding tujuh kes pada tempoh yang sama tahun lalu.

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Liow Tiong Lai berkata 1,232 kes denggi dilaporkan dalam minggu tersebut, meningkat sebanyak 219 kes berbanding 1,013 kes pada minggu sebelumnya di mana 50 peratus kes dilaporkan di Selangor.

“Sebanyak lapan negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Kelantan (162 peratus), Johor (40 peratus), Selangor (33 peratus), Perak (18 peratus), Sabah (13 peratus), Melaka (10 peratus), Pahang (lapan peratus) dan Sarawak (dua peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi jumlah kes penyakit Chikungkunya pula sebanyak 109 kes dilaporkan sepanjang minggu kelima, meningkat 15 kes berbanding 94 kes pada minggu sebelumnya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak, 13 kawasan panas baru wabak denggi dikenal pasti, menjadikan jumlah terkini sebanyak 39 kawasan panas, iaitu Selangor dengan 33 kawasan panas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Putrajaya (empat) manakala Johor dan Sarawak masing-masing satu kawasan panas.

Selain itu, katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mendapati sebanyak 1,672 premis menunjukkan positif pembiakan nyamuk Aedes di mana 74 peratus daripadanya adalah rumah kediaman dan kedai.

Dalam usaha mengekang penularan penyakit itu, Liow menyarankan Jabatan Kesihatan Negeri memperkukuh aktiviti pencegahan dan kawalan denggi agar kawasan panas yang melebihi dua minggu dapat dijadikan kawasan bebas denggi.

“Usaha ini adalah perlu selaras dengan sasaran pihak Kementerian Kesihatan untuk menurunkan jumlah kes sebanyak 10 peratus setiap tahun,” katanya.

Sehubungan itu, beliau juga meminta Pengarah Kesihatan Negeri dan Pegawai Kesihatan Daerah memastikan agar tindakan pencegahan, kawalan dan pemantauan denggi dilakukan secara berterusan.

“Segenap lapisan masyarakat, agensi lain dan sektor juga perlu mempertingkat penglibatan mereka dalam aktiviti pencegahan dan kawalan dalam usaha mengekang penularan demam denggi,” katanya.

— BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 04:47 PM | Show all posts
aduiiilahhhh...tasik pemaisori pon panas ka? iskk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2009 07:12 PM | Show all posts
8,000 dengue cases, 18 deaths in just 6 wks this year
By AUDREY EDWARDS

PETALING JAYA: Nearly 8,000 dengue cases have been recorded with 18 deaths until Feb 14 this year although a drop was recorded in the sixth week of the year.

Health Ministry director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said in a statement Friday that the total number of cases for the year was 7,900 with 18 deaths compared to 4,758 cases and seven deaths for the same period last year.

A total of 1,134 dengue cases were recorded with no deaths from Feb 8 to Feb 14, which was a 9% drop compared to the previous week.

He added that up to Feb 14, there were 37 hotspots that had yet to be brought under control compared to 39 the previous week.

揟here are four new hotspots and six localities which are dengue free. The decrease is because the Health Ministry carried out dengue control and prevention activities besides community involvement in ensuring their environment is aedes-free,
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 12:16 PM | Show all posts
umah aku takde dalam list...
alhamdulillah jiran² aku pun stakat ni takde yg masuk spital sebab denggi @ chikungunya...
tp kan, setiap minggu MBSA sembur kawasan umah aku...
pelik ar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2009 10:36 AM | Show all posts
Kematian akibat denggi di Gombak membimbangkan


GOMBAK: Kematian akibat demam denggi di daerah ini semakin menakutkan sehingga mencapai tujuh kes dalam tempoh dua bulan berbanding hanya enam sepanjang tahun lalu.

Jumlah itu mungkin akan meningkat bukan saja disebabkan Kementerian Kesihatan didakwa lewat bertindak, malah katil yang ditempatkan di Unit Rawatan Kecemasan (ICU) Hospital Selayang tidak mencukupi kerana kebanyakan dipenuhi pesakit warga asing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal, berkata beliau yang melawat Hospital Selayang kelmarin terkejut apabila mengetahui pesakit denggi dirawat di wad biasa dan segelintir terpaksa dihantar pulang kerana katil tidak cukup.

“Perkara ini menakutkan kerana hanya terdapat 16 katil di sebuah hospital menelan kos pembinaan kos berjuta ringgit, malah kebanyakannya menempatkan warga asing yang menghidap penyakit lain,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2009 10:53 PM | Show all posts
Rumah terbiar sarang aedes akan dipecah masuk - Liow
11/03/2009 8:13pm

PUTRAJAYA 11 Mac
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.143524 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list