|
Balas #20 ladydolph\ catat
Katerina ok lah gak..
sbb ayu mati so katerina kena la ada kan...
wpon agak anti xlimak....
but still good... |
|
|
|
|
|
|
|
biar betoi nak wat citer nie...arap sebest novelnyer la...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan post korang n tajuk novel... hero citer nie budak nakal giler ..
tapi sesuai kerr farid kamil....
zahiril adzim macam lagi sesuai sebab dia muka dak jahat...
tapi features hero citer ni patutnyer camner..tough ker tinggi ker kurus ker ukur lilit pinggang nyer camner |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm tak dak ka budak setan lain yg boleh jadi hero? |
|
|
|
|
|
|
|
wahh...cte ni best gler...... |
|
|
|
|
|
|
|
novel mana ni? aku lupa laa, tahun 90-an ke? |
|
|
|
|
|
|
|
KAMI TAK NAK FARID KAMIL!!!!!!!!!!!!!! :@ :@ :@
katakan tak nak.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ngatkan Que yg pegang watak Kasyah....sebab aku baca kat mana tah, Que kata dia berlakon dalam filem ni...cuma tak bgtau watak apa je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 eye_of_ophelia's post
kashah ni he potrays as seorang yang sgt hensem..zahiril tak cukup ensemmm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 nashrudean's post
kalau rozita che wan tu anak dara muda kenanyaaa ngan ayuuu..aku suka sgt part masa depa belajar kat states |
|
|
|
|
|
|
|
Nama pelakon Lisa Surihani mula dikenali apabila dia membintangi filem ‘I'm Not Single’, arahan Pierre Andre. Dalam filem tersebut bakat lakonannya cukup menyerlah. Akibatnya, pelakon berkulit cerah itu mula dihujani pelbagai tawaran berlakon di dalam drama serta filem.
Terbaru dia bakal membintangi filem yang diadaptasikan daripada novel remaja popular, ‘Lagenda Budak Setan’ yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Lisa ketika ditemui baru-baru ini mengakui teruja untuk berlakon di dalam filem tersebut. Apatah lagi dia diberitahu terdapat ramai pelakon hebat lain yang turut membintangi filem remaja itu seperti Farid Kamil dan Fazura. "Sebelum ini, saya baru habis penggambaran filem ‘Remp-It V3’ yang diarahkan oleh Farid serta sebuah filem komedi berjudul ‘Kapoww’ arahan Azizi Chunk. Jadi kiranya ‘Lagenda Budak Setan’ adalah projek terbaru saya.
"Saya yakin novel ini pernah menjadi kegemaran para remaja dan berharap filem ini kelak akan mendapat sambutan. Apapun segalanya masih dalam perancangan dan kami dalam proses membaca skrip," ujar Lisa yang sebelum ini cukup terkenal sebagai model iklan komersial.
Ditanya tentang gandingannya dengan Farid hingga terdengar desas-desus yang mengatakan mereka berdua mempunyai hubungan intim, dia mengakui semakin serasi bersamanya. Namun katanya, keserasian mereka hanya terhad di dalam filem dan bidang lakonan. Bukannya sebagai pasangan kekasih seperti segelintir pihak sangkakan.
"Kalau filem terbaru ini jadi menggandingkan saya dengan Farid, ini merupakan gandingan kami berdua untuk kali keempat. Pada saya Farid merupakan seorang kawan yang banyak membantu dan dengan dia proses penggambaran menjadi lebih mudah.
"Saya juga banyak belajar mengenai filem dengannya. Sebabnya sebelum penggambaran dimulakan, dia selalu memberitahu saya mengapa adegan tersebut perlu dilakukan dan mengapa adegan tersebut dirakamkan daripada beberapa sudut yang berbeza.
"Daripada situ saya banyak belajar dan memahami selok belok dunia lakonan. Dulu, semasa mula-mula berlakon, saya sedikit malu-malu, tetapi kini saya semakin yakin dengan kemampuan diri," katanya yang selesa berlakon di bawah arahan Farid.
Tambahnya, ketika bekerja bersama Farid dia dapat rasakan pemuda tersebut merupakan seorang yang kreatif dan berkeyakinan tinggi. Malah dia menjangkakan Farid mampu menjadi pengarah yang disegani pada masa yang akan datang jika dia terus diberi peluang untuk mengasah bakatnya di dalam bidang pengarahan.
Diminta komennya tentang pendapat sesetengah pihak yang mengatakan dia dan Farid kelihatan serasi apabila berlakon bersama, dia ternyata gembira. Katanya di dalam setiap drama atau filem lakonannya, tidak kira siapapun jua pelakon yang bergandingan dengannya, dia akan cuba memberikan kualiti terbaik agar penonton berpuas hati.
"Kalau orang cakap begitu, saya ucapkan terima kasih. Tetapi untuk pengetahuan semua, pengarah yang mahu kami bergandingan berdua. Sebabnya sebagai pelakon, saya tak ada kuasa untuk memilih pelakon yang bakal bergandingan dengan saya.
"Setakat ini saya selesa berlakon dengan sesiapapun kerana pada saya semua orang ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Berlakon dengan ramai orang boleh menambahkan pengalaman saya dalam bidnag ini," ujar gadis berusia 23 tahun itu.
Bergiat aktif dalam bidang seni sejak berusia 11 tahun menjadi model iklan-iklan televisyen, Lisa melihat kejayaannya hari ini kerana atas kerja kerasnya. Sejak terlibat secara serius sebagai pelakon, dia telah berlakon tujuh buah filem serta beberapa buah drama hebat.
Kini, pelakon yang menjadi duta Astro Megadrama itu juga terlibat di dalam drama bersiri ‘3 Janda’ yang sedang hangat ditayangkan. Di dalam drama tersebut, dia sekali lagi bekerjasama dengan Farid di samping beberapa pelakon lain seperti Norliana Shamsudin, Rozita Che Wan dan Azhar Sulaiman.
Melihat akan rezekinya yang semakin murah sejak kebelakangan ini, Lisa yang kini sedang giat mengumpul duit untuk membeli sebuah rumah memberitahu, dia bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah. Namun katanya setiap tawaran yang diterima merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dilakukannya sebaik mungkin agar tidak mengecewakan sesiapa.
Masih bercita-cita untuk bergelar peguam suatu hari nanti, Lisa yang selesa ditemani ibu tercinta memberitahu buat masa ini dia mahu memberi tumpuan dalam bidang lakonan terlebih dahulu. Katanya dia bukan mahu mengenepikan kerjaya impiannya itu tetapi kini rezekinya lebih terarah pada bidang seni yang semakin dicintainya.
"Saya pun mahu warisi firma guaman keluarga saya. Cuma buat masa ini saya terlalu sibuk dengan kerjaya seni saya. Tunggulah bila tiba masanya kelak, saya pasti akan menyambung pengajian saya untuk melayakkan saya menjadi seorang peguam.
"Saya yakin masanya akan tiba jua nanti sebab itu memang sudah menjadi cita-cita saya. Lagipun saya tak mahu membuat beberapa kerja dalam satu-satu masa kerana risau tidak mampu melakukannya dengan baik," katanya.
http://www.gua.com.my/Entertainm ... aspx?ArticleID=3475
I guess Lisa is gonna be ayu.tak sesuaaai |
|
|
|
|
|
|
|
by the way saper jadik katerina yerkk katerina mix kan kalau ikut bukuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|