CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lzsdbx

Gempa Bumi di Kuala Pilah

[Copy link]
Post time 30-11-2009 07:30 PM | Show all posts
Den harap, Bidin dan family tersayang selamat hendaknya di Seri Menanti Kole Pilah tu
cmf_premierleag Post at 30-11-2009 17:29


amboi.. very the romantic.. curlasttttttttttttt
Bidin kau ntah2 x tau apo2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2009 07:31 PM | Show all posts
pg td den tepon omak den tanyo yo ko gempo bumi lps tu omak den plk tny den " MANO KAU TAU"??? sah2 la omak den x ghaso
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:27 AM | Show all posts
gegaran tu dari pusat bumi..memang tak raso buek maso ni..3.3 skala richter..kalo dah cocah 5 tu..memang raso la..tapi den fikirla kan....ni peringatan kek semuo..Allah kalo nak jatuh balo....anytime yo..yo la..biaso eh kek gompa bumi berpusat kek malaysia ni ..janda baik pahang yo slalu raso..yang lelain tu tempias kek indon..ni tetibo la kek pilah..fikir-fikirkanlah..den risau yo..kampung den weii..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:33 AM | Show all posts
Gempa bumi lemah terbaru di Kuala Pilah 2.30 petang tadi

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku buat kali keempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, jam 2.30 petang tadi.

Jabatan Meteorologi dalam kenyatannya berkata, gempa bumi itu berpusat di 22 kilometer (km) di timur Seremban dan kejadian terbaru daripada tiga kejadian gempa bumi yang berlaku di lokasi sama sejak semalam.

Kejadian gempa bumi pertama berlaku 2.30 petang semalam dan hari ini sebanyak tiga kejadian gempa bumi direkodkan oleh Jabatan Meteorologi yang berlaku 12.15 tengah malam, 9.10 pagi dan 2.30 petang ini, menurut kenyataan itu.

Gegaran akibat gempa bumi itu dapat dirasai penduduk di kawasan berkenaan, bagaimanapun, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana gegaran itu adalah lemah.

Menurut kenyataan itu, kejadian gempa bumi lemah adalah kesan daripada gempa bumi kuat yang berlaku di Indonesia baru-baru ini. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2009 08:40 AM | Show all posts
Dari carta gempa di atas, Negeri 9 ada 8 kali terasa gegaran dari awal kurun 1909 sampai June 2009.  Harap2 takde lah increase lagi carta tu kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2009 08:41 AM | Show all posts
gegaran tu dari pusat bumi..memang tak raso buek maso ni..3.3 skala richter..kalo dah cocah 5 tu..memang raso la..tapi den fikirla kan....ni peringatan kek semuo..Allah kalo nak jatuh balo....anytime  ...
nizam_syah82 Post at 1-12-2009 08:27


iyo lah.. den pun risau gak, walaupun bukan kg den, tapi org2 den minat duk pilah sana tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2009 08:44 AM | Show all posts
den duk pilah. kek area ampang tinggi. tak raso plak. maybe maso tu den dah nyonyak tido. tau tau kek radio sinar kata ada gempa bumi kat kuala pilah
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:46 AM | Show all posts
erkkk dah ada gempa bumi lakhmy3:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2009 08:52 AM | Show all posts
huh baik manyak2 uat amal tu ade maksud tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2009 09:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by lzsdbx at 1-12-2009 09:05

Strong Wind - Rough Seas Warning     ( IDM20016 )
8:50 pagi, 1hb Dis 2009  

--------------------------------------------------------------------------------

JMM-PRC(O)-LK-06

Dikeluarkan pada pukul 8.50 pagi 01 Dis 2009
  

AMARAN KATEGORI PERTAMA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA



SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR - Kemaskini

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak (Mukah dan Bintulu) dan Utara Sabah (Kudat) dijangka berterusan sehingga tengah hari, Selasa, 1 Disember 2009.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 kmsj dan laut bergelora dengan ombak boleh mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.



Dikemaskini pada 01 Dis 2009, jam 8.50 pagi
  

FIRST CATEGORY WARNING
WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS


Berhati2 lah yo..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 09:24 AM | Show all posts
iyo lah.. den pun risau gak, walaupun bukan kg den, tapi org2 den minat duk pilah sana tu..
lzsdbx Post at 1-12-2009 08:41


den pun..... ati den dah lokek kek pilah tuh...... cuak gak weiiiii......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2009 09:33 AM | Show all posts
den pun..... ati den dah lokek kek pilah tuh...... cuak gak weiiiii......
andik Post at 1-12-2009 09:24


kito doakan org2 yg kito sayang solamat yo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2009 11:07 AM | Show all posts
Tiada Laporan Gegaran, Kerosakan Gempa Bumi Di Kuala Pilah
SEREMBAN, 30 Nov (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Kuala Pilah Ibrahim Hassan berkata setakat ini pihaknya tiada menerima laporan sama ada daripada penduduk, pihak polis dan bomba mengenai kejadian gempa bumi di Kuala Pilah.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Kuala Pilah berkata setakat ini pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu, mahu pun kerosakan dan keretakan bangunan di daerah itu.

"Oleh itu, saya minta penduduk di daerah Kuala Pilah supaya tidak bimbang dengan kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, Kuala Lumpur hari ini menyatakan berlaku gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter di daerah itu pada 12.15 pagi ini, berpusat di 22km timur Seremban.

Bagaimanapun, menurut kenyataan tersebut tiada gegaran dirasai akibat gempa bumi itu.
Ibrahim bagaimanapun berkata jika pun ada kejadian itu berlaku, beliau tidak menolak kemungkinan ianya berlaku di kawasan hutan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti Abd Samad Ibrahim ketika ditemui berkata beliau sendiri tidak mengetahui ada gegaran berlaku di kawasan DUNnya.

Beliau sendiri terkejut apabila dimaklumkan pemberita bahawa telah berlaku gempa bumi pada skala 3.3 Richter di daerah itu pada tengah malam tadi.

Sementara itu, penduduk Kampung Tanjung Ipoh Halim Abdullah, 33, mengaku ada terasa pening semasa sedang menonton siaran televisyen tengah malam tadi.
"Rasa macam terbuai tetapi saya tidak mensyaki ada gempa bumi kerana tidak ada gegaran sehingga menyebabkan barangan rumah jatuh," katanya.

Rakan beliau Said Salleh, 36, yang bekerja sebagai penoreh getah berkata beliau hanya mengetahui kejadian itu melalui siaran radio.

"Mungkin ramai yang tidak tahu kerana sudah lewat malam dan orang dah tidur," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2009 11:07 AM | Show all posts
Kalau dah raso pening dan berbuai tu.. kuat kan gegarannyer...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 11:17 AM | Show all posts
Kalau dah raso pening dan berbuai tu.. kuat kan gegarannyer...
lzsdbx Post at 1-12-2009 11:07


yo lar....... yo lar..... kalo tak kuek, takkan ghaso poning2 lalek & berbuai2 lak
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 11:17 AM | Show all posts
kuala pilah yg gempa apasal omak den kt paroi nun lak rase gegar, dia bgtau den dlm kul 2.30 ptg kemarin..dia dgr org letup batu kot...hahahha...apepun..hrp2 selamat la n9..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2009 11:36 AM | Show all posts
yo lar....... yo lar..... kalo tak kuek, takkan ghaso poning2 lalek & berbuai2 lak
andik Post at 1-12-2009 11:17


tu lah yg den pernah ghaso buai2 n poning2 masa tsunami kek Acheh tu, atau abg halim kito nie tgh mimpi naik rollercoaster kek genting sano tuh, tu yg poning2 lalek tu!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 11:45 AM | Show all posts
tu lah yg den pernah ghaso buai2 n poning2 masa tsunami kek Acheh tu, atau abg halim kito nie tgh mimpi naik rollercoaster kek genting sano tuh, tu yg poning2 lalek tu!
lzsdbx Post at 1-12-2009 11:36


boto tuh..... den pun samo yo...... ghaso berbuai2 yo maso tuh...... nampak berbalam2 yo...... maso tuh lar gak poning datang......
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 12:16 PM | Show all posts
risau yo den dongar eh...pasal maso den balik rayo ari tu memang cuaco semacam yo
takk sangko pulo ado gompo bumi lopeh den balik ke selangor balik
nasib baik tak kuek......
ppagi somalam den kol omak den tanyo
dio bagitahu tak ado apo2
mungkin kojadian tu maso orang dah tidor
tapi sesiapo tengok bola tu mungkinl;ah raso...biasolah
maybe raso den gompo tu berpusat di ulu bondo.....
sobab kawasan tu kan sokarang nie dah dibangunkan
ado jalan baru
maybe kot pergorakan tanah jadikan gompo
tapi syukorlah tak ado apo2
kek omak den
aduh...risau lak dibuek eh...
tu yolah yo
nanti kito bincang laie
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 03:01 PM | Show all posts
alhamdulilah family den kek pilah ok sumo eh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.285297 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list