CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kerill

Talkshow SITI [Every Saturday & Sunday, 9.00 PM , Astro Ria]

[Copy link]
Post time 13-12-2010 11:36 AM | Show all posts
baju oren tu.. lengan ct nampak besar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2010 01:13 AM | Show all posts


macam lisa jugak

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 11:06 AM | Show all posts

KALAU dah namanya selebriti popular, buat apapun semua orang nak ambil tahu. Baru-baru ini ketika menikmati hidangan makan tengah hari bersama seorang penerbit terkenal, CAK diberitakan dia kini sedang sibuk menyiapkan program bual bicara.

Katanya program itu akan dihoskan oleh Datuk Siti Nurhaliza. Wah! Nampaknya semakin ligat isteri kesayangan Datuk K ini. Bertambah satu lagi profil seni anak jati Pahang bersuara lunak itu. Daripada penyanyi popular kemudian penulis lirik sehinggalah usahawan kosmetik berjaya dan kini bakal bergelar pengacara program bual bicara sendiri. Bila pula agaknya nak jadi pelakon?


Kisahnya program itu bakal disiarkan sebanyak 26 episod di saluran Astro, waktunya pula bukan calang-calang, waktu perdana! Siarannya pula setiap hujung minggu. Hai, memang rugi rasanya kalau CAK tak tengok sendiri kepetahan penyanyi nombor satu negara ini berkata-kata.

Menurut si penerbit itu lagi, bual bicara itu bukan program biasa. Selain berkongsi kisah menarik, program selama hampir satu jam itu akan dibahagikan kepada empat segmen khas. Antara yang menarik perhatian CAK ialah segmen Siti menjadi perantara untuk golongan kurang bernasib baik.




Melalui segmen itu, dikhabarkan Siti akan bertindak menjadi jambatan kepada golongan terbabit untuk dibantu golongan korporat dan sebagainya. Malahan mereka yang bakal dibantu itu semestinya bukan terdiri daripada mereka yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Betul juga, kalau nama sudah dapat bantuan JKM, takkan nak terus menerus berpaut pada bantuan lain kan? Daripada segi bentuk bantuan pula, ia akan lebih menjurus kepada memberi ‘jala untuk memukat’.

Selain segmen itu, program itu akan turut membabitkan ramai tetamu istimewa yang menjadi idola masyarakat. Siapa bakal tetamu itu masih dirahsiakan cuma kata si penerbit kehadiran tetamu istimewa itu diharap dapat membuka mata hati penonton.

Bagus juga apabila selebriti popular seperti Siti menjadi perantara, sekurang-
kurangnya orang tidak melihatnya sekadar sebagai penyanyi dan usahawan tapi sebagai ikon kepada masyarakat secara lebih terbuka. CAK doakan semoga program bual bicara yang bakal meletup itu nanti mampu membawa satu lagi pencapaian manis untuk selebriti kesayangan satu Malaysia itu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 06:28 PM | Show all posts
tk sabar nya nk tunggu... Feb 2011.... :D
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 06:28 PM | Show all posts
dato ct mmg cantik.. marveless... ye.. he..he..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 10:42 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2011 12:42 AM | Show all posts
yg tudung ijau tu tokti nampak gomak sgt2....terlebih make up ker tokti..tau la make up sponsor dr simplisity...hehhe

btw naper gak dia punya set cam ala2 satro punya set...talk show ni tayang kt astro ker??
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 12:53 AM | Show all posts
yg tudung ijau tu tokti nampak gomak sgt2....terlebih make up ker tokti..tau la make up sponsor dr s ...
graxier06 Post at 3-1-2011 12:42 AM



   iyerlah noks. tayang kat astro!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2011 01:02 AM | Show all posts
tak sabar tggu FEB...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 01:02 AM | Show all posts
ha'ah...time duduk tue CT nampak berisi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 04:29 PM | Show all posts
Siti tembual Dr M, Rajagobal      
            

   
                 
SELEPAS menempa nama sebagai penyanyi, pelakon pentas teater dan pengusaha kosmetik, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin melangkah setapak lagi dalam karier seninya dengan bergelar pengacara program bual bicara pula tahun ini.
Lebih menarik, program bual bicara berjudul Siti terbitan Global Station Sdn Bhd itu memaparkan Siti menemubual tokoh terkenal tempatan dalam segmen VIP seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, K Rajagobal.   Orang kenamaan lain yang ditemubual dalam program ini ialah Datuk Muhammad Sani Salleh (Sani Ekspress), Faridah Zakaria (Tudung Fareeda), produser MIG Productions, (David Teo), Datuk Dr Rozmey Che Din (pengasas Jus Mate 5), Datuk Dr Nora Ashikin (Primanora Medical Centre) dan Halimah Shuib (Jamu Mak Dara).                             Eksekutif Produser program ini, Zety Adila Ramly berkata, program bual bicara Siti adalah program terbaru sebanyak 26 episod di saluran Astro Ria ini bukan sekadar sebuah program bual bicara sebaliknya ia mempunyai objektif mengubah persepsi orang ramai dan memberi aspirasi dan inspirasi kepada penonton melalui segmen dalam program ini.

"Buat permulaan, program bual bicara ini disiarkan sebanyak 13 episod dan selama sejam setiap episod serta dibahagikan kepada enam segmen.  "Setiap segmen akan diterajui Siti dan segmen ini berperanan menonjolkan karisma Siti sebagai penghibur, penemuramah yang peka, individu yang sensitif, berjiwa khalayak dan seorang penggalak seni," katanya.
Adila berkata, dalam segmen VIP juga Siti akan menemubual orang dan tokoh yang sudah berjaya di negara ini, tetapi ramai yang tidak tahu kejayaan mereka itu.

"Segmen lain ialah bakat unik, Sentuhan Kasih dan Perspektif Siti. Antara topik menarik yang disentuh Siti dalam program ini ialah gejala buang bayi dan bahaya kasut tumit tinggi.

"Bagi segmen Masam-Masam Manis pula menampilkan penyanyi jelmaan Tan Sri P Ramlee, Musly Ramlee menjadi artis undangan untuk memeriahkan program ini," katanya.     Dalam perkembangan lain, rakaman Siti menemubual K Rajagobal dan personaliti lain sudah berlangsung kelmarin dan temubualnya dengan Dr Mahathir pula pada jam 3 petang di Filem Negara Malaysia, Jalan Utara, Petaling Jaya, hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 12:05 AM | Show all posts


Rakaman pada hari 5 Jan 2011.....



Temuramah untuk episod 1 dengan Tun Dr. Mahathir!



Photo credit: http://runwitme.blogspot.com/2011/01/celebrunner-siti-nurhaliza-siti-astro.html


ALL THE BEST SITI!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 12:54 AM | Show all posts
Ok i love Ct. She sings ... and magic appears in sound format!
But talkshow ?? Makk berdebar debar uolss. Mak kalau Ct berckp kat tvshow yg formal mcm konsert (bkn temubual snippet santai) mak ala2 cringe & tahan napas sbb walaupun idea dia bernas & matang, shes waayyyy too diplomatic most of the time and scripted.
Harap talkshow ni melets .... or at least decent.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 09:52 AM | Show all posts
Kelasss Siti...
Walaupon i pun worry gakss...
Berbakul bakul ler kena kutuk nanti....best ataupon tidak..

Tapi sebab namanya Siti, Dr M dan VIP yg lain terima okay untuk ditemuramah..
Kalau AC ker...Kak Nita....ada diorang nak???  heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 01:47 PM | Show all posts


KUALA LUMPUR, 6 JAN 2011: Bila lihat penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza menjadi hos dalam sebuah program bual bicara pasti ramai yang tidak percaya dengan kebolehannya kerana sebelum ini dia hanya dilihat lebih hebat menyanyi di atas pentas.

Bukan sahaja ramai yang akan berpendapat sebegitu, malah Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, 86, pun pada awalnya seakan tidak percaya dengan apa Siti lakukan itu.

Namun, akhirnya Mahathir memuji sendiri kebolehan Siti Nurhaliza ketika ditemui selepas rakaman program bual bicara yang berjudul Siti, di studio Filem Negara Malaysia, petang semalam.

"Ini pertama kali saya berjumpa dengan Siti, jika sebelum ini saya selalu dengar Siti menyanyi dan terasa ganjil pula bila saya ditemubual.

"Walaupun pertama kali menjadi pengacara, saya boleh katakan dia agak cekap dan mahir dalam persediaan menyediakan soalan. Dia juga lancar dalam berdialog, jadi saya rasa tenang ketika ditemu bual,"jelas beliau.

Program bual bicara ini bakal bersiaran di Astro Ria, jam 9 malam, bermula 12 Februari 2011. Program yang berlangsung selama sejam ini akan diterbitkan sebanyak 13 episod oleh Global Station Sdn Bhd.

Selain itu, Mahathir juga turut memuji program itu kerana dengan menjemputnya sebagai tetamu program itu secara tidak langsung beliau dapat berkongsi pengalaman hidup dan kejayaannya.

"Bagi saya, program ini merupakan salah satu cara untuk saya sebarkan pengalaman dan pada masa yang sama saya dapat menceritakan apa yang patut diberitahu kepada umum.

"Pendapat-pendapat yang diberikan itu mungkin berguna kepada mereka," katanya yang ingin hadir untuk menyaksikan pementasan teater muzikal Tun Mahathir yang akan berlangsung hujung Januari ini.

Sementara itu, Siti yang tidak menyangka Mahathir sudi menerima jemputannya sebagai tetamu undangan untuk program itu mengakui program tersebut telah menguji dirinya menjadi seorang pengacara yang cekap dalam menyediakan soalan-soalan berbentuk ilmiah.

"Sebelum ini memang saya tidak bersedia bila banyak produksi menawarkan saya menjadi pengacara program, tapi kini saya sudah bersedia dan bersiap sedia untuk bersaing dengan pengacara-pengacara profesional yang ada.

"Pengendalian program bual bicara ini ternyata satu pengalaman yang sangat berguna buat saya. ia agak berbeza kerjanya berbanding menjadi seorang penyanyi. Malah saya turut turun padang untuk melakukan penggambaran.

"Memang agak penat mengendalikan program ini, tapi ia ternyata berbaloi kerana pada masa yang sama juga saya turut menimba ilmu dan pengalaman," katanya yang menjadikan pengacara Hollywood popular, Oprah sebagai inspirasinya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 05:45 PM | Show all posts

split


Mahathir Puji Kebolehan Siti Nurhaliza Mengacara
KUALA LUMPUR, 6 JAN 2011: Bila lihat penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza menjadi hos dalam sebuah program bual bicara pasti ramai yang tidak percaya dengan kebolehannya kerana sebelum ini dia hanya dilihat lebih hebat menyanyi di atas pentas.

Bukan sahaja ramai yang akan berpendapat sebegitu, malah Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, 86, pun pada awalnya seakan tidak percaya dengan apa Siti lakukan itu.

Namun, akhirnya Mahathir memuji sendiri kebolehan Siti Nurhaliza ketika ditemui selepas rakaman program bual bicara yang berjudul Siti, di studio Filem Negara Malaysia, petang semalam.

"Ini pertama kali saya berjumpa dengan Siti, jika sebelum ini saya selalu dengar Siti menyanyi dan terasa ganjil pula bila saya ditemubual.

"Walaupun pertama kali menjadi pengacara, saya boleh katakan dia agak cekap dan mahir dalam persediaan menyediakan soalan. Dia juga lancar dalam berdialog, jadi saya rasa tenang ketika ditemu bual,"jelas beliau.

Program bual bicara ini bakal bersiaran di Astro Ria, jam 9 malam, bermula 12 Februari 2011. Program yang berlangsung selama sejam ini akan diterbitkan sebanyak 13 episod oleh Global Station Sdn Bhd.

Selain itu, Mahathir juga turut memuji program itu kerana dengan menjemputnya sebagai tetamu program itu secara tidak langsung beliau dapat berkongsi pengalaman hidup dan kejayaannya.

"Bagi saya, program ini merupakan salah satu cara untuk saya sebarkan pengalaman dan pada masa yang sama saya dapat menceritakan apa yang patut diberitahu kepada umum.

"Pendapat-pendapat yang diberikan itu mungkin berguna kepada mereka," katanya yang ingin hadir untuk menyaksikan pementasan teater muzikal Tun Mahathir yang akan berlangsung hujung Januari ini.

Sementara itu, Siti yang tidak menyangka Mahathir sudi menerima jemputannya sebagai tetamu undangan untuk program itu mengakui program tersebut telah menguji dirinya menjadi seorang pengacara yang cekap dalam menyediakan soalan-soalan berbentuk ilmiah.

"Sebelum ini memang saya tidak bersedia bila banyak produksi menawarkan saya menjadi pengacara program, tapi kini saya sudah bersedia dan bersiap sedia untuk bersaing dengan pengacara-pengacara profesional yang ada.

"Pengendalian program bual bicara ini ternyata satu pengalaman yang sangat berguna buat saya. ia agak berbeza kerjanya berbanding menjadi seorang penyanyi. Malah saya turut turun padang untuk melakukan penggambaran.

"Memang agak penat mengendalikan program ini, tapi ia ternyata berbaloi kerana pada masa yang sama juga saya turut menimba ilmu dan pengalaman," katanya yang menjadikan pengacara Hollywood popular, Oprah sebagai inspirasinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2011 02:32 PM | Show all posts
apehal Dr M baru 1st time jmp ct? bukan dah banyak kali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 02:37 PM | Show all posts
Reply 37# hyie

mgkn dimaksudkn talkshow kot:cf:
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 11:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nadia90 at 8-1-2011 23:37
Saturday, January 1, 2011
UNDANGAN DARIPADA DATO' SITI NURHALIZA



Monday, January 3,
2011DAPAT CALL DARIPADA DATO' SITI NURHALIZA


... rentetan daripada undangan Dato' di mana cik mahukan kepastian betul ke program Dato' Siti Nurhaliza yang mahukan cik membuat video clip untuk Dato dan seterusnya cik perlu buat video bagi menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh Dato sendiri. Yalah la ni ramai orang yang cuba mengambil kesempatan atas nama CSDP. 4 soalan yang diajukan ialah 1. Membuat video miming art, dilakukan seorang diri atau ada yang membantu. 2. Video2 cik shida sudah banyak yang kurang adakah cik shida merajuk (soalan ini cik tidak berapa bersetuju... tapi takpe cik tahu menjawabnye). 3. Kenapa di YouTube adakah kerana mahu melepaskan perasaan? 4. Dari mana belajar Miming Art? Cik dah siap pun video menjawab ni cuma sekarang kena tunggu dulu video mengaju soalan dari Dato dulu.

"Hello, aslmkm, saya Siti Nurhaliza, percaya ke?"
"Dah suara lemak merdu, tentu le percaye", sambil ketawe kecil.
Dan Dato' Siti memberitahu tentang program seperti yang telah diberitahu kepada cik sebelum ini,
"... saya kena percaya la ni yek?"
"... percayalaaaaaa... "kata Dato.

Hi hiii... sukanye dapat bercakap dengan penyanyi no.1 negara weh!



cr: http://cikshidadariparitmimingartvideos.blogspot.com/


wahhhh.. Siti jemput teacher Shida
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 11:39 PM | Show all posts
tk suka cikgu sheedaa.. cam sewel!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.275061 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list