Banyak kes2 berkaitan pelaburan yang konon2nye boleh bagi pulangan lumayan...
Mcmana la nak educate orang2 awam lagi, bukan kat Malaysia aje, satu dunia..
Cikgu ni pun berapa sangat lah dia nak melabur? paling kuat pun 100k, aku agak mungkin dalam 10-20k aje.. berbaloi ke membunuh?
Apa jenis orangla yang sanggup bunuh dan kerat2 mayat? mesti tengok cite dexter tak abis.. saikopat la ni..
Kejam nye. Dah la bunuh, kau kerat2 nye badan. Semoga pelaku dapat pembalasan dunia akhirat. Harap hidup pelaku tak tenang sampai mati. Selayak nye ke tali gantung, simpan pun tak guna.
TERKINI: Cikgu Istiqomah dibunuh oleh kenalan universiti, disyaki ada kaitan urusan pelaburan Forex
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad - Ogos 12, 2024 @ 12:12pm [email protected]
ALOR GAJAH: Kenalan lelaki ketika sama-sama belajar di universiti, disyaki mendalangi pembunuhan cikgu, Istiqomah Ahmad Rozi, yang mayatnya ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini pada 31 Disember lalu.
Lelaki terbabit juga bekas guru sebelum berhenti menjadi pedagang mata wang asing (Forex), dipercayai mempunyai urusan berkaitan pelaburan Forex dengan mangsa yang bertugas di Sekolah Kota Masai 3 dekat Pasir Gudang, Johor, yang dilaporkan hilang keluarganya sejak 26 Disember 2023.
Kereta milik mangsa yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu, dijumpai di kawasan pasar raya Lotus Kota Masai, Pasir Gudang, kira-kira 2 petang pada 27 Disember tahun lalu.
Hasil siasatan polis secara berterusan sejak penemuan tanpa kepala pada 31 Disember lalu, membawa kepada penahanan sepasang suami isteri di Chemor, Perak sebelum ditahan reman pada 6 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata identiti mayat wanita ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang, di sini, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.
Beliau berkata, penemuan itu hasil siasatan dan ujian deoxyribonucleic asid (DNA) yang dijalankan Bahagian Data Bank/DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ke atas ibu mangsa.
Katanya, mayat tidak lengkap anggota badan termasuk kedua-dua tangan dan kaki itu ditemui orang awam pada 31 Disember 2023.
"Hasil ujian yang dijalankan pada 2 Ogos lalu, mendapati DNA wanita terbabit adalah sepadan dengan sampel diambil daripada mayat tidak lengkap dan tanpa identiti itu," katanya.
Ashari berkata, bertindak atas maklumat itu, Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Poli Daerah Alor Gajah menjalankan risikan.
Beliau berkata, susulan itu polis berjaya menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak pada 5 Ogos lalu dan direman selama enam hari bermula 6 Ogos lalu hingga hari ini.
"Menerusi siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tengkorak dan tulang jari kira-kira enam kilometer dari kawasan tempat mayat mangsa dijumpai," katanya.
Mengulas lanjut Ashari berkata, suspek lelaki adalah kenalan mangsa dan mereka turut berhubung berkaitan pelaburan mata wang Forex.
"Reman ke atas suspek lelaki disambung selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes.
"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh," katanya.
Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke BSJ IPD Alor Gajah menerusi talian 06-5562222 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Norehan Omar di talian 010-4064003.
Terdahulu, kedua-dua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Gajah pada jam 9.10 pagi sebelum dihadapkan ke hadapan Majistret Teoh Shu Yee.
Post time 12-8-2024 02:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
_kelly replied at 12-8-2024 02:12 PM
boleh jadi jugak tapi bukan ke ada nampak cctv suspek drive kereta arwah tapi arwah tak keluar
Mungkin masa tu, ingat penculik?
Tak nampak muka dalam CCTV katanya.
Tapi, boleh jadi juga tak kenal.
Kalau tak kenal, mcm mana Polis dapat trace si Forex killer ni ye. Hebat juga.
Yelah padanan DNA baru dapat masa 2 Ogos, dalam beberapa hari, dah tahan reman
Post time 12-8-2024 02:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Setan babi laknat dok suka suki amek nyawa anak org,ibu org, isteri org. Tuhari yebi yabadi dh kena scam belas ribu, mujur nyawa x tergadai. Golongan cerdik pndai, staf nurse, ckgu cikgi, byk yg benti keja demi nk mkn untung investment bulan2 goyang bulu puki. Ujung2 kena scam, nyawa sekali tergadai. Klu hg kedarah gaji gomen tu aman2 smpai pencen bergaji,. Cukup2 mkn xda lebih, tp hati tenang. Innalillah.....
Kisah ni wlopun lama, tp straightforward. Dh tgkp suspek tu apa lg 302 terus. Xmcm kes adik zayn tu xstraightforwrd. Smpai harini pengakuan isma berubah2. Mnusia psiko byk btol nowadays.aku seram mcm mana anak2 aku nk hidup di zmn jenayah besok hari. Kita bukan menongkat langit..one day kita akan mati
Anak2 pndai ke x nk hidup dlm kdaan selamat. Allahu. Jaga lah anak2 aku selamanya.
Siang2 dh hntr p tadika pun terdetik hati eh td aku pass anak aku kt tgn ckgu ke x. Tkot anak xmasuk pagar tadika, pastu bhya menanti. Mcm2 pkir dlm kepala
Tu hntr sndiri. Belum lg biar van yg amik anak tghri, lg rsau kang van tu bawa anak ke mana..xpun anak xnaik van tu tp silap naik van lain. Tkot ya rabbi
Nywa mcm nyawa ayam ye skrg.
Semoga terus ke tali gantung..takde nak ubah2 hukuman jadi 40 tahun penjara ke..alang2 bg 100 tahun penjaran...huii abis sabsidi rakyat malaysia nak bela bagi makan berpuluh tahun dlm penjara. Tak guna.
Batul. Masa tu memula ramai org speku tu mayat Bella. Tapi lepas check, bukan. Spekuan lain plak kata warga asing. Skang terbukti orang kita. Kesian dikerat2 bogel, buang gitu je dlm longkang. Orang tu bersuami & anak kecik2 lagi.
geng nak jadi jutawan segera.. salam takziah la... mmg set2 cegu kuat masuk mlm , drop ship, porek bitcoin bagai ke?
moga2 jadi pengajaran kat set2 mlm juge... kaki kelepet mcm leader2 ketum metal cam nini comot + mak, mark henry lot lidi, terbaru geng xpoxxx the S sisters cegu misai kelempuk tu pun sama.. esok2 misai ke mana, badan ke mana
esok2 tau2 dah masuk berita kena simen dlm tong drum saje
ingat.. kome tu bukan sapa2, so takde high profile sangat.. polis nak settle kes pun makan tahun or bulan, nanti roh bergentayangan saje tanpa tujuan