CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rhyno

PENUNGGU ISTANA

[Copy link]
Post time 17-4-2011 06:15 PM | Show all posts
itu la kan. mula2 tgk trailer ni mcm seram. best jek. tetibe tnmpk muka uncle seekers la plak. terbantut trus. tak nak la aku tgk. tpiiiii, mcm best kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2011 08:32 PM | Show all posts
Kalau takat terjerit,terlolomg mcm org giler,baik xyh tgk pon xper,tgk jer la hat seekers dlm tv tu,buang ms betol..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 02:17 PM | Show all posts
hantu..hantu2.lari2..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 02:23 PM | Show all posts
mcm ala ala paranormal activity kerrrkurang gemar ngan style filem camnihh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 02:37 PM | Show all posts
mcm cite paranormal yg oversea punya plak... hadoii.. kuar kan kt tv dh la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 02:41 PM | Show all posts
Reply 6# ida88


    same ler dgn aiollsss tgu jer raye nanti......
buang duit jah g tngk wayng...tiket makin lame mkin mahei...kalo gi cter cam ampeh lagi kte maki2 duit habih.......bkn bole dpt blik pong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2011 11:00 AM | Show all posts
tunggu astro first..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 09:36 PM | Show all posts
Mummy dah tengok. Sumpah takut!!!!!

Ending sedih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2011 09:41 PM | Show all posts
kalo org melayu wat movie ala ala blair witch nie... sure result dia hampeh...

conclusion: tak yah tengok
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 11:02 PM | Show all posts
my friend pun baru tgk....bgth ok & best
ending sedih katanya.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 11:51 PM | Show all posts
kakak mek jing pergi tengok , dia kata ada lah unsur seram , best dan jgk sedih kata nya

act , dia ajak jugak ai pergi tgk ... tp ai klu cerita seram , awal-awal lagi dah tolak cuak okeh

cuma nk ty , cerita ni , dilakonkan balik atau err yg berlakon tu mmg org yg errr betul
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 08:41 AM | Show all posts
Sesapa yang lemah semangat, jangan tengok lah.... Seram dia lain sikit....

Terpikir-pikir sampai pagi ni.. apa jadi dengan Amar?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 04:50 PM | Show all posts
wah macam best jer
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 05:55 PM | Show all posts
Baru lepas tengok semalam. Best ah..

Cuma masa aku balik, cepat2 bukak lampu satu rumah, tidor pun bukak lampu!   Tak pasal-pasal seram sendiri..

Rumah aku terang berderang sampai pagi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 06:04 PM | Show all posts
UTUSAN MELAYU

Paranormal Penunggu Istana

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]



MEMANG tidak dinafikan lagi, genre seram dilihat sebagai taruhan paling selamat bagi penerbit filem tempatan dalam menarik perhatian audiens ke pawagam.

Menyedari pengaruh filem seram masih lagi kuat di kalangan penonton, Grand Brilliance dan Primeworks Studios telah membuat percaturan yang begitu berani dengan menerbitkan Penunggu Istana.

Mula ditayangkan di pawagam tempatan bermula semalam (21 April), Penunggu Istana bukanlah sembarangan karya seram apabila ia cuba membawa perubahan baru dalam definisi seram itu sendiri.

Penunggu Istana yang ditakrifkan sebagai sebuah filem dokumentari itu merupakan filem paranormal pertama yang pernah diterbitkan di negara ini.

Sebelum ini, Hollywood pernah digegarkan dengan filem paranormal The Blair Witch Project (1999) apabila ia mencetus gelombang baru dalam penerbitan filem seram di sana.

Lalu, apakah Penunggu Istana juga mampu mencipta fenomenanya dan mendapat sambutan luar biasa daripada penonton?

Segala yang dipaparkan dalam Penunggu Istana semuanya rakaman video yang sebenar daripada penyelidikan sekumpulan pelajar tentang sebuah rumah lama di Papan, Perak.

Cerita yang selama ini hanya didengar daripada masyarakat setempat tentang sebuah rumah yang dikenali sebagai Istana Bilah mula terungkai dengan penemuan beberapa peristiwa aneh dan misteri.

Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios yang juga Penerbit Eksekutif filem Penunggu Istana, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, filem itu diterbitkan untuk memberi peluang kepada audiens menilai sendiri kesahihan di sebalik kisah paranormal yang sering dicanangkan.

“Penunggu Istana merupakan sebuah filem yang merupakan cantuman daripada dokumentari yang dirakamkan oleh sekumpulan pelajar yang membuat penyelidikan tentang aktiviti paranormal.

“Filem ini adalah asli dan tiada sebarang tokok tambah dan semuanya adalah benar belaka. Namun, semuanya terpulang kepada masyarakat sama ada untuk mempercayainya atau tidak,” katanya.

Tambah Tengku Iesta lagi, pada awalnya kumpulan pelajar itu mahu melakukan kajian paranormal itu sebagai projek universiti mereka.

Namun, selepas mengesan sesuatu yang aneh sewaktu berada di Istana Bilah, mereka memberanikan diri untuk meneroka jauh dan mengenali dengan lebih dekat alam ghaib di rumah itu selama 15 hari di sana.

Apakah penemuan yang telah ditemui oleh mereka sepanjang di sana dan bagaimanakah pula dengan kesudahannya? Semuanya akan terjawab dalam Penunggu Istana yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 10:56 PM | Show all posts
ok first skali...
aku tak minat seekers aku tak suka uncle
tp oleh kerana aku seorang peminat misteri aku tgk
dan oleh kerana aku bukanb org melayu lapuk yg suka mengutuk dan mengata
sebelum pergi tgk dan nilai sendiri so aku pergi tgk semalam
aku menyokong industri filem negara dan menyokong org melayu (bukan uncle)
so smlm aku pergi tgk midnite lagi, hari pembukaan filem ini.
(sapa-sapa terasa, padan muka, pergi tgk dulu n nilaikan sendiri baru mengata)


so aku mulakan dgn sinopsis dia...

dalam prebiu n press relase sumernya citer mengarut, dorg cam merahsiakan cier sebnar
sinopsis tak berupa sinopsis.
citer ni di claim kan sedutan (footage) dari rakaman 5 org pelajar kolej (lebih pd kolej tak kpd universiti) yg digelar kumpulan Mus.
merera ingin membuat ttg kewujudan paranormal ditempat yg pernah berlaku kejadian paranormal iaitu istana billah, papan, perak.
actually tmptnya wujud dan mmg angker. so set citer ni mmg ditmpt real. bleh gi baca sejarah istana billah ni ok...
oleh kerana raja yg buat ni adalah keturunan ala-ala jawa sumatera so korg bleh fhm lah kan betapa angkernya...

ok.. so dorg ni minta tlg team uncle seekers untuk jadi guider dorg untuk mengkaji aktiviti paranormal..
tp dlm citer nie.. uncle cuma ajar dorg cara-cara nak  setup rakaman di dalam istana, gadjet2 seekers yg dipinjamkan oleh seekers kpd dorg... so pas dua hari dorg dapat rakam, tingkap terbuka sendiri di siang hari, tingkap tu ala-ala lama yg boleh dibuka dari dalam.

so pas dari tu uncle decide nak balik sbb dah dpt, tp kumpulan mus ni tak mau sbb nak dapat lagi gempak so dorg buat alasan supaya dapat pinjam brg2 uncle dan stay smpi 15 hari. Dimana sewaktu tu mereka mula diganggu dan gangguan tu akhirnya mengakibatkan trajedi berlaku kepada kesemua mereka kecuali seorang, yaya kerana dia balik pada hari ke berapa tah aku tak igt.
( so there is no uncle or seekers thing in this movie)

and citer ni di claimkan sebagai real life story which mean the real people yg jadi pelakon dalam 'real footage' yg dipertontonkan kan? hmm so debatable - tp still bleh di provekan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan pelajar itu sendiri (tu pun klo betul)
but if this is a re acting - lakonan semula kejadian seperti didalam footage - so kita bleh cari lah 'pelakon-pelakon' dalam tu....hehe

so aku tanak tulis algi nt korg sumer tanak tgk... jgn tanya org tp tanya diri sendiri... berani or tak korg nak pergi..

rating aku -

cerita - 7 / 10
action - 6 / 10
genre - 7 / 10
props - 6 / 10
screenplay - 6 / 10 (kesemuanya dalam bentuk footage)

overall - 6.5 / 10


p/s: aku akan beli dvd cerita ini untuk some collection coz this movie have an evidence that can be a rujukan for some cases (coz im in paranormal industry too) the movie vreal value is their own story. mmg lah sama jalan cerita dgn paranormal activity and blair witch project but reason kenapa pelajar ni nk buat kajian kat situ adalah kerana ada kejadian yg menimpa satu produksi yg shooting kat sini, cerita produksi tu pun tak disiarkan. so atas sbb tu lah dorg decide utk wat kajian kat istana ni. In real life istanan ni mmg misteri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2011 01:13 AM | Show all posts
aku da tngok cite nie smlm..byk gak la tande tnye lam otak aku nie...
oke2..
1st - nape die org x gune camera IF..atau night version ...?knape??kate nk tangkap image entiti kn..
2nd -  pelik...nape die org mcm xtakot ngn bende2 "lame" mcm tu??siap bergurau2 lagi..main2 dgn bende yg ade kt dlm istana tu?
3rd - ade surau kat sblah istana tu..die org ckp..setiap kali subuh ade org azan..soo..nape die x rakam bunyi org azan?klu betol2 la die org nk buat kajian..mesti setiap ape yg belaku kat sekeliling kwsan tu die org rakam kan....?
4th - dialog die org...mcm dah di buat..bkn mcm dialog yg xdi buat2..bkn dialog selamber..
5th - xade mne2 artikal yg menyata kan bhwa ade penkaji paranormal yg mati di istana tu...

aku tepek kn pic2 yg berasal dri blog uncle tu..



keadaan dlm istana billah yg menempatkn "camera 2" die org...pelik..bersih semacam..xsame mcm lam filem tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 01:55 AM | Show all posts
so sebenarnye ni kisah betul ke.. or ala2 blair witch?, tak silap ari tu.. pelakon2 blair witch, mase tayangan filem nye, mmg dh disuruh g bercuti luar negara.. n senyap2 la.. pasal nk kasi boom filem..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 02:40 AM | Show all posts
sara ali ada, boleh jawap segala misteri
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 02:42 AM | Show all posts
from http://www.activeboard.com/forum ... ID=42427219&p=3

entah betul ka tidak

Apa yg Korang Patut Tahu pasal Istana Bilah@Penunggu Istana!!!!   

--------------------------------------------------------------------------------


Tlg,tlg,tlg lah.....Bila korang baca apa yg ak tulis ni tlg lah amik perhatian especially pd bdk2 "u" yg kt luar sn yg sibuk nk cari menda2 halus ni utk projek class korang. Korang rentikan aje lah. carilah menda lain.....

Ak ckp cmni sbb ak xnk ap yg dh jdk pd bdk2 yg sibuk nk cari hantu/setan kt Istana Bilah tu jdk kt korang jgk. Korang akn phm ap yg ak ckp ni kalau korang tgk muvie Penunggu Istana.Ak bkn nk review sgt psl muvie ni tp tujuan ak ialh utk peringatan korang smua.

Terus terang ak ckp yg cter Penunggu Istana tu adlh muvie real tnpa ad sebarang penambahan pape video lain. [ak tau sbb member ak journalis,dia smpt g pra-tonton cter ni aritu+wakil2 pelakon dlm cter tu pn ad dtg gak tp xnk bg komen cuma diorg kta harap dpt bg lesson kt org lain].

Mungkin ad yg kt luar sn akn ckp cter tu fake or reka2 tp totally korang salah. Bdk yg mati dlm cter tu mmg mati, dn bdk yg hilang dlm cter tu mmg hilang......smp skang. Report polis da buat tp diorg still x jumpe bdk tu smp skang. Almost setahun lebih dah.

Klu korang nk tau, cter Penunggu Istana tu dibikin brdasarkan cantuman2 video yg 5 org bdk "u" rakamkan selama 15 hari pd sekitar 2009 kt Istana Bilah ni.

Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf.

Kes kematian dlm video2 tu dpt dirakamkan tp polis msh lg x jmpa suspek utama  iaitu Amar Asyraf. Dia hilangkan dri smp skang dn dlm ramai2 bdk "U" tu, dia salah sorang yg hidup, yg lain "jalan"....

Ok,ak cter sket psl cter Penunggu Istana a.k.a Istana Bilah.

Ad 5 bdk U dtg ke Papan [Perak] utk study/record sendiri aktiviti paranormal yg ad kt Istana Bilah. Diorg dtg tu dgn ditemani+dibantu oleh Uncle Seekers. Ringkas cter, diorg dpt footage aktiviti paranormal kt istana tu after 4,5 hari stay. Tp diorg xpuas hati lg sbb imej hantu/setan ni diorg xnmpak.

Lastly,diorg pinjam gadjet uncle seekers dn diorg gtau nk stay lg kt istana tu tp uncle seekers bg syarat diorg kna bg semua salinan video yg diorg rakamkn kt uncle seekers. Diorg stuju. Meanwhile, uncle kna balik sbb ad hal lain nk buat dn bdk2 5 org tu akn stay kt Istana tu sendirilah.

Ok,ms ni one of the member tarik diri [sbbnya dia x ckp la]. Klu x silap ak nm dia Nadhirah. Dia blah ms hari ke8 kt istana tu. Reason dia blah mybe sbb bdk2 jantan dlm group tu soh guna pad [****x] pompuan utk panggil hantu tu kuar. Dia x stuju. Bdk2 jantan tu nk guna pad pompuan sbb alasannya diorg still x nmpk2 hantu tu. Mknanya skang tinggal 4 org je la.


After stay 10-12 hari kt istana tu,nothing happen. Lastly diorg guna kemenyan+pad pompuan yg ad darah haid utk panggil "menda" tu kuar [one of the members diorg ms tu kebetulan period].Memula tu xde pape jdk,sama jek tp pd hari ke-15 semuanya brlaku. Kt sinilah cerita ni "bermula"......

Utk pengetahuan,diorg letak video camera kt setiap penjuru rmh tu dn diorg akn dtg tukar tape setiap 3 jam. Video cam tu akn berada dlm kedudukan statik ajelah kiranya ni. Video2 cam ni jgk la yg akn rakam sbrg aktvti yg brlaku kt dlm istana tu.

Ok pd mlm ke15 tu [lebih kurang kul 11++ mlm] slh sorang member diorg ni [Amar Ashraf] dh kna rasuk,[video dpt rakamkan hal ni ok]. W/pun xnmpk hantu jembalang dtg tp riak muka ngn gerakkan tubuh dia menunjukkan yg "ada" menda lain ikut dia. Amar hilang.

Member2 lain yg sedar Amar hilang terus geledah istana tu tp xjmpe.

Diorg cr kt luar rmh tp still xjmpe jgk n decide nk msk istana tu smula sbb diorg dgr ad suara mnjerit dr dlm. Cari punya cari,diorg x jumpa jgk n decide nk brpecah.

Ms kt tingkat 2 umah tu, si Mustaqim ni jumpe Amar kt dlm satu bilik, brdiri tegak tanpa suara. Dr footage tu jgk, menunjukkan yg Amar tetiba pkul member dia ni guna kaki meja. Ms tgk scene ni ak bbtl cuak+seram sbbnya ap yg brlaku tu bknnya direka2 tp real. Darah jgn ckp la, abis penuh baju si Amar ngan darah. After that,Amar terus brdiri tegak mcmna dia diri memula td mcm xde pape brlaku.


Manakala 2 org bdk pompuan lg tgh cr Amar ni kt tingkat bwh. Ms ni si Sara kna ganggu, olh krn dia cuak, dia terus lari ke luar rmh tinggalkan member dia trkontang-kanting sorg diri. Yang si Firah ni plak g naik level 2 utk panggil mmber dia Mustaqim tu tp yg sedihnya dia jumpa Mustaqim tu dh mati.

Dia trpandang si Amar kt pnjuru istana tu. Ingatkan nk mtk bantuan tp dia pn turut kna bntai gak guna kaki meja kayu.

Sara yg lari ke luar rumah ni smpt tepon uncle seekers utk tlg diorg tp dia pon kna hempuk ngan kaki meja jgk [kt topi dia ad pasang kamera].Firah+Sara,dua2 pon out....


End.

Ok menurut risikan kwn ak [pmberita], bdk2 tu dijumpai slps bberapa hari tp Amar tkde. Uncle seekers kna panggil utk siasatan.

Jurnal,buku catitan,kamera,video camera smuanya kna amik utk jadi bukti dn pihak polis yg 1st time tgk rakaman tu agak trperanjat ngn ap yg brlaku. Kalau x silap ak, ad lebih kurang 800 keping gmbr diorg snap [start dr 1st day sampailah hari ke 15].Polis x jmpe lg Amar.


Sblm ni bnyk cerita yg ckp istana ni brhantu tp bukti xde,nah skang bukti dh kt depan mata, ada beran?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.091208 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list