|
Reply 800wg
owhh...ingatkan silat aje yg ada pendamping2 ni...rupenyer taekwndo, judo etc tu ...
silkywhite Post at 25-5-2012 23:40
tak semua jenis tinju tu bebas dari anasir jin pendamping. Mostly tinju adalah teknik menumbuk lawan dengan pantas dan tiada sebarang upacara keagaamaa related to tinju modern. Nak betul2 sah , kalau belajar tinju tu...cakap aje kat pengajar tinju tu...saya belajar dan ambil yang haq semata-mata tiada yang bathil. Then boleh lah gagahkan diri kalau nak belajar tinju. Cari pengajar yang islam kalau boleh.
Bab pendamping jin nie, bertaubat hanya akan mengeluarkan dosa dari diri kita. Pendamping jin akan kekal dalam diri kita selagi kita tak bagi balik pada tuannya. That why banyak yang berlaku sesorang yang melakukan dosa zina sebagai contoh, bertaubat nasuha...tetapi ada yang kembali melakukan dosa tu. Nie sama jugak dengan kes penagih dadah, peminum arak dan sebagainya. Ini disebabkan jin or syaitan zina, syaitan dadah dan syaitan arak tidak keluar dari diri.
silat pun sama jugak. Bertaubat takkan menyelesaikan masalah jin pendamping silat tu. Dosa maybe boleh Allah ampunkan, tetapi jin pendamping tu akan kekal berada di dalam batin kita sehinggalah nyawa diambil Allah. Kepada yang pernah belajar silat akan faham maksud saya. Tinggalkan amalan silat dan bertaubat...tetap jin silat tu ada dalam diri. Time buang air, time lepak2..tangan akan bergerak sendiri...bersilat tanpa sebab. Sometime bunga dan buah tu..langsung kita tak pernah belajar.
saya banyak berjumpa kes-kes mcm nie. Ada seorang rakan saya, katanya dia dah buang silatnya. Saya tanya balik..bagaimana? dia cakap dia langgar pantang larang ilmu silat tu...menyelam dari satu tebing ke satu tebing tanpa timbul ditengah-tengah..hanya timbul kat tebing yang satu lagi.
saya cakap dan saya tengok jin pendamping silatnya masih ada. Dia cakap dia dah lama tak amalkan dan buat amalan langgar pantang larang...still dia setuju...yang pendamping silatnya masih ada padanya.
Saya hanya bercerita kerana Allah semata-mata. Nak terima or tolak...terpulanglah.
Wallahu aklam |
|
|
|
|
|
|
|
hehe
balik pada asas tu lebih baik
bertaubatlah setiap hari dengan sebenar2 taubat
wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
teakwando pun ada pedamping ke?? anak saudara saya 5 tahun baru dapat tali pinggang kuning hehehhe, dia belajar kat preschool dia...rasanya teakwando tiada akad dan ritual-ritual pelik seperti dalam silat.... |
|
|
|
|
|
|
|
if nak pulangkan sesuatu or nak batalkan akad mesti guna lisan face to face ke...if sms perawat tu saja boleh tak.....dulu ada perawat bagi amalan bacaan kat saya...tp saya tanya ustazah tidak pernah dengar.....risau saya |
|
|
|
|
|
|
|
hehe
balik pada asas tu lebih baik
bertaubatlah setiap hari dengan sebenar2 taubat
wallahuala ...
madmualij Post at 26-5-2012 01:07
bolehkah dengan taubat dapat menghilangkan ganguan jin-jin pendamping yang sudah jadi saka pula?? |
|
|
|
|
|
|
|
bolehkah dengan taubat dapat menghilangkan ganguan jin-jin pendamping yang sudah jadi saka pula? ...
go_go Post at 26-5-2012 01:54
Segenap masalah datang sebab Allah swt nak uji atau asbab DOSA kita pada Allah swt.
Solat taubat, terpulang la nak buat Boleh xnak buat pun tu masing2 la, saya beritahu aje.. bukan suh pi bakar kemenyan, pi mandi bunga ka mandi dot dot dot ka.. suruh solat taubat aje.
Buat sungguh2 setiap hari dengan sepenuh keyakinan.. walaupun kita rasa kita tak berdosa(ish..ish..ish..).. buat aje solat taubat tu.Jgn kita terlampau obsess pada jin sehingga tak tidur malam duk memikirkan itu jin buat ini jin ish2..
Apa yang berlaku ni kebanyakan atas silap sendiri.. akui la kesilapan tu..dan kita sememangnya tidak terlepas dari kesilapan..
kadang2 kita dirundung masalah bukanya disebabkan belajar silat aje.. Kita nampak ia berpunca sebab belajar silat/kebatinan n sebagainya.. tetapi sebenarnya boleh jadi ianya datang dari dosa2 sebelumnya yang tak perasan ??? kita sombong ngan Allah swt, sombong ngan mak ayah, kita zalim, riak, cakap besor dengan manusia dan binatang, sehingga hati jadi hitam, lalu terus terlali dengan bisikkan syaitan untuk belajar mende pelik2. Semua tu boleh jadi asbab Allah swt beri kita masalah supaya kita ni beringat sket.. ini semua proses, semua orang akan lalui tak kira la dari sudut mana puncanya.. tanda kasih dan sayang Allah swt pada kita.. tapi kalau Allah swt dah bagi peringatan macam2 pun kita tak beringat lagi, malah masih tunjuk sombong pada Allah swt..so paham2 ajela sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
if nak pulangkan sesuatu or nak batalkan akad mesti guna lisan face to face ke...if sms perawat tu s ...
go_go Post at 26-5-2012 01:52
akad pemutus ilmu or akad pulangkan ilmu sebenarnya satu ilmu yang dah lama ada. Cuma ilmu ini tak disebarkan kepada umum atas sebab yang tak dapat diterangkan. Nak pulangkan ilmu boleh guna apa sahaja cara asalkan siempunya badan dapat menyampaikan mesej kepada yang nak disampaikan mesej tu.
semacam akad cerai, boleh ceraikan isteri pakai sms, facebook, twitter , surat or voicebox. Nak akad putuskan ilmu pun sama, boleh cakap lisan depan2, nak pakai medium elektronic pun boleh.
akad lisan yang umum yang boleh digunakan untuk yang dah berkahwin adalah seperti berikut. (termasuk saka pun sebenarnya).
Saya memulangkan apa sahaja yang saya ambil dari XXXX (emak, ayah, tok guru silat, tomot...etc) yang ada pada saya, isteri saya (untuk perempuan ..tukar kepada suami saya), anak-anak saya, menantu-menantu saya (jika ada), cucu-cucu saya (jika ada). Jika buat lisan ..ulang 3 kali.( Jika sms dan yang lain, cukup sekali).
ilmu bathil/sihat/salah nie pendamping ilmu ini semacam hubungan isteri. Selagi tak diceraikan dan diputuskan, selagi itu dia akan ikut kita dan keturunan kita sampai kiamat.
waallahu aklam... |
|
|
|
|
|
|
|
bolehkah dengan taubat dapat menghilangkan ganguan jin-jin pendamping yang sudah jadi saka pula? ...
go_go Post at 26-5-2012 01:54
sebenarnya tak boleh buang or keluarkan jin pendamping ilmu salah yang jadi saka hanya dengan taubat. Taubat adalah meminta ampun atas dosa kita belajar ilmu salah dengan Allah. Itu sahaja.
belajar ilmu salah nie ada 2 perkara yang masuk kedalam tubuh kita. Satu dosa dan yang kedua adalah jin pendamping. Dosa kita boleh bertaubat, berzikir dan solat taubat. Untuk keluarkan jin pendamping cara yang paling mudah ialah putuskan ikatan ilmu tu melalui akad pemutus ilmu.
wallahu aklam. |
|
|
|
|
|
|
|
semacam hantukiller cakap...rumah or banglo jin pendamping itu ada dalam tubuh kita. Cara yang paling mudah dan amat berkesan ialah akad pemutus ilmu. bertaubat tak mampu pecahkan rumah jin dalam diri kita. tamatkan kontrak aje jawapannnya yang boleh.
belajar aje ilmu salah, jin ini akan dapat satu rumah or tapak didalam diri kita. Saya namakan diri kita itu ialah didalam batin kita. Nak pecahkan rumah nie adalah persoalannya. Nak putuskan pakai akad pemutus or gunakan cara lain. Cara lain lambat dan memakan masa.
wallahu aklam... |
|
|
|
|
|
|
|
Nk tanya jgak la.......cmner nk tau yg kita ni ada khadam or pendamping?...ade tk effect yg bole nmpak ketara kalo kita ni ade khadam/pendamping. tq |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 25# go_go
kata2 men.mad tu kena difahami dgn betul. bukan en.mad nak kata taubat tu sahaja boleh merawat jin yg ada dalam badan. kenalah berusaha cari perawat utk penyembuhan. bab solat taubat tu, itu usaha bagi pihak diri pesakit sendiri. disamping mengharapkan keserasian rawatan dgn perawat, pesakit pun kena tingkatkan amal ibadat mcm solat wajib & sunat, mengaji, berzikir, bersedekah, etc.. salah satu amalan yg bagus utk diamalkan ialah solat taubat. sbb ia boleh membersihkan diri kita. manalah tau sakit yg kita alami adalah kifarah atas dosa2 kita yg lampau.
kalau nak kata solat taubat tu xmembantu dlm rawatan, xpelah. tapi pada miss tak rugi pun kita buat solat taubat. hati jadi tenang & untung2 allah ampunkan dosa2 silam kita. tak rugi pun kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 30# Y2JoE
boleh
tapi kena kenal jin sendiri dulu
atau diri hang yg jin tuuuu
nanti leh kenal para2 jin |
|
|
|
|
|
|
|
khadam??
telah datang yang Haq, maka terhapuslah yang bathil.
carilah hakikat ilmu. ilmu yang Haq. ilmu ketuhanan. dengan mudah akan terhapus yang bathil.
nak belajar silat tak salah. sama aje macam belajar masak. sama aja macam belajar merangkak. tak jadi khadam.
yang diutamakan ialah tujuan. jika tahu hakikat ilmu, mandilah limau ke mandi laut ke mandi kolam ke mandi lumpur ke, takkan melekat yang bathil tu.
jauh sekali sampai jadi saka. tak usah rumitkan fikiran. carilah ilmu persilatan yang bergurukan guru yang kita yakin dia mampu bimbing dari segi ruhani sebagai keutamaan.
jika masih tidak yakin, teruskan saja dengan kehidupan biasa. pasti tiada jin, khadam mahupon saka.
teruskan dengan rutin harian yang biasa biasa. solat dan mengaji macam biasa. biasa biasa saja.
ilmu haq pon tidak, ilmu bathil pon tidak. duduk tengah2. tunggu saja berbungkus bungkus pahala ganjaran reward tu. cukup masa, pergi punch card masuk syurga. selesai masalah.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
salam
semua ada pendapat masing2. ilmu dan pengetahuan seseorang itu adalah kurniaan allah semata-mata. Ada yang cakap anda sekarang adalah himpunan ilmu dan pengalaman anda yang lepas dan lalu.
Ilmu kat dunia nie ada 2 jenis sahaja. Yang haq dan juga yang bathil. Macam jugak dosa dan pahala. 99 % ilmu haq bercampur 1% ilmu yang bathil= ilmu bathil. Dalam al-quran dah cerita bab nie jangan kamu campurkan yang haq dan juga yang bathil.
Anyway saya dah bercerita tentang pengalaman dan pengetahuan saya bab khadam. Khadam or pendamping ilmu sepanjang pengetahuan saya sukar nak atasi dengan cara perubatan biasa. Sukar orang nak terima konsep yang saya cerita kecuali orang tu memang ada belajar silat or ilmu khadam itu sendiri dan mereka mengalami sendiri gangguan dari ilmu yang mereka belajar.
Setiap apa yang kita cakap ada 2 taraf, pandangan ataupun fakta. Semua ada pandangan masing-masing tetapi pandangan belum tentu betul, belum tentu salah. fakta pulak tak berubah walau apa pun yang berlaku. Carilah bab fakta tu sendiri.
Tepuk dada, tanyalah iman. Bab2 macam nie, mudah aje. Mintak aje petunjuk dan jawapan yang benar dan haq daripada si empunya ilmu, Allah. Buatlah solat istikarah dan solat hajat. InsyaAllah kebenaran akan muncul untuk anda.
wallahu aklam. |
|
|
|
|
|
|
|
time kasih kpd sume yg bg jwpan yg membantu dan bernas...niat sakura bljr silat mmg tiada langsung untuk memelihara jin dn sebagainya.
sakura yakin Allah maha pengampun sekiranya sakura terbuat silap tanpa sedar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 35# misssakura
ni yg susah niselalunya pesilat mau kuat, hebat dan lagi2 leeee
tu yg buat puak jin suka tuuuu
walau kita tak seru pun
tapi depa tauuuuuu je datang berduyun duyun
manusia je yg tak perasan tuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
time kasih kpd sume yg bg jwpan yg membantu dan bernas...niat sakura bljr silat mmg tiada langsung u ...
misssakura Post at 27-5-2012 14:40
betul tu sakura.. Allah kan Maha Pengampun.. kalau kita ikhlas & sungguh2 bertaubat dari dosa2 yg sengaja mahupun yg tak sengaja, insyaAllah Allah akan ampunkan.. yg paling penting ialah keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah.. kalau obses sangat dgn jin/hantu sampai dok terpikir2 dan jadi takut segala, itu pun silap2 boleh jadi syirik juga.. takutlah hanya kepada Allah.. solat dan amalkan la segala yg wajb dan sunnah dgn ikhlas kerana Allah, bukan kerana takut kena ganggu dgn jin ( itu dah tak berapa betul kalau niat macam tu..) kalau ikhlas ikut segala syariat Allah, insyaAllah jin dan hantu pun automatik tak berani nak kacau..
nak berubat tidak ada salahnya.. malah digalakkan kalau betul niat dan caranya.. semoga kita hidup dalam iman, dan mati pun dalam iman.. |
|
|
|
|
|
|
|
time kasih kpd sume yg bg jwpan yg membantu dan bernas...niat sakura bljr silat mmg tiada langsung u ...
misssakura Post at 27-5-2012 14:40
salam cik sakura,
Saya hanya sampaikan kerana Allah. bab minta ampun dan bertaubat InsyaAllah tak jadi masalah. Saya hanya nak mengingatkan cik sakura dan pembaca tentang pendamping jin yang tetap melekat dalam batin kita yang datang bersama ilmu-ilmu nie. Berikut adalah
Kesan jin pendamping silat/beladiri/saka dalam diri.
1) Sukar untuk khusyuk dalam solat,
2) Hati gundah gulana, resah, kusut dan sempit.
3) Panas baran, dan sering cemas dan perasaan hasad dengki, dendam serta iri hati.
4) hati gatal, mudah dan sukakan maksiat dan dosa.
5) Jin nie akan menjadi saka kepada anak dan cucu-cucu cik kelak.
6) Time dah tua, jin pendamping ini akan menimbulkan banyak penyakit...nyayuk, pelupa, melatah dan sakit yang tak dapat dikesan dengan perubatan moden.
7) Kesukaran untuk sakaratul maut. Banyak berlaku kepada guru silat, tok bomoh, mak andam dan tok bidan kampung. Sukar dan perit nyawa nak berpisah dari badan disebabkan jin pendamping ini melekat pada roh anda..dan malaikat maut akan memukul anda berulang kali bagi nak memisahkan jin pendamping ini dari roh anda.
Jadi saya dah abis tugas menyampaikan. terpulanglah pada semua tindakan seterusnya. nak simpan pendamping pun boleh tapi kenalah hadapi masalah yang akan mendatang. Tepuk dada dan tanya lah iman masing-masing. Dalam al-Quran dah menyatakan bahawa adalah tanggungjawab kita untuk masuk kedalam islam dengan sepenuh-penuhnya.
Masalah yang besar tentang ilmu salah nie, walaupun kita tak amal, bertaubat...ilmu itu tetap ada dengan kita. Seperti ilmu pengasih, kalau kita ada belajar tetapi kita tak buang ilmu tu...ilmu itu tetap berjalan dalam diri kita. Sama jugak dengan silat, ilmu itu takde suis off...sentiasa on aje dalam dalam diri kita.
Selagi ilmu berjalan dalam diri, selagi itu kita dalam keadaan syirik. Sebab ilmu tu bathil aka sihir. Selagi ada ilmu sihir, selagi itu kita dalam keadaan syirik.
llah Subhanahu wa Ta`ala berfirman:
الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَئِكَ لَهُمُ الأمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ
"Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan". (Al-An`aam:88)
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
"Jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." (Az-Zumar: 65)
wallahu aklam.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam cik sakura,
Saya hanya sampaikan kerana Allah. bab minta ampun dan bertaubat InsyaAl ...
800wg Post at 28-5-2012 11:27
tekan butang like..hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|