|
GATH Rasmi 5/7/2013 ke MPO Concert (Laporan start pg 3, #36)
[Copy link]
|
|
cinta_ungu posted on 29-6-2013 08:38 PM
@dauswq ...as spoken ...cewahh ..
memang den tak pegi laa konsert ni..tapi dinner tu inshaA ...
bulan 9 ada apakah?
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm ada kawan nak bg suprise beli tiket konsert utk i je huhu |
|
|
|
|
|
|
|
eddysheddy posted on 1-7-2013 11:45 AM
bulan 9 ada apakah?
konsert tradisional...but not confirm yet
|
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 1-7-2013 11:51 AM
konsert tradisional...but not confirm yet
alamakkkk mcm best jer
|
|
|
|
|
|
|
|
food court kat KLCC bukan biasa sesak ke..kalu yg montok2 haruslah tersepit kat corridor k... |
|
|
|
|
|
|
|
harisbee posted on 2-7-2013 02:05 AM
food court kat KLCC bukan biasa sesak ke..kalu yg montok2 haruslah tersepit kat corridor k...
abis abg bee ade cdgn tmpt yg sesuai?
|
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 2-7-2013 10:59 AM
abis abg bee ade cdgn tmpt yg sesuai?
x der la..x biasa dgn klcc...lainla graxier..keje berkuntum kat situ jerk..abg bee tau food court situ jer..susah giler nak dpt seat...tp kalu x der pilihan ok jer..bertenggek atas tangga pun ok jer...no big deal..janji dpt tgk CT nyanyi lagu galau yg entah apa2 tu
|
|
|
|
|
|
|
|
how bout Secret Recipe...floor bwh..dekat dgn Pizza Hut (tapi tgh tutup skrg).opposite money changer |
|
|
|
|
|
|
|
ok..Pizza Hut KLCC dah bukak balik rupanya..cantik lps renovate..so buat kat situ je lah..
other than that ade KFC,Wendy's, Secret Recipe.. |
|
|
|
|
|
|
|
apang posted on 3-7-2013 09:17 PM
ok..Pizza Hut KLCC dah bukak balik rupanya..cantik lps renovate..so buat kat situ je lah..
other ...
@apang
@cinta_ungu
@khyree
@harisbee
@graxier06
ok..the venue will be at pizza hut KLCC...
be there klu sempat at 6.00 pm...
mgkn abg bee follow on lambat sket kot sbb dr putrajaya kan....aku, khyree, cintaungu boleh check in kemudian..
graxier kau mcmmn
|
|
|
|
|
|
|
|
cinta ungu kemain lagik nak blanja orang makan aiskrim ehh.
cisssssssssss 40kali.
|
|
|
|
|
|
|
|
meh dtg klem kredit kehadiran gath...
klu ade laporan nak dibuat, dipersilakan...
@cinta_ungu
@ruffleen
@apang
@harisbee
@graxier06
@khyree |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan GATH ke-2 FANS-CT-TASTICS (5/7/2013)
aku dr kerinchi bergerak ngan keta ke KLCC tepat kul 5.15 petang...jam jem teruk ya amat..susur keluar ke jln kinabalu smpiler ke jln pasar besar...
kemudian try nak elak kesesakan jln sultan ismail, lalu jln bukit nenas...CU & kak ruff sms dh smpi...ckp kt depa jumpa grax yg dh lame tgg kt pizza hut, ye ker??
dr jln bkt nenas, kemudian celah masuk ke jln p ramlee, smpiler ke klcc 7.00 kemudian..
lebih 1 jam 45 minit terperangkap dlm jln raya
biler aku dh smpi, rupanya semua dh mai kecuali abg bee jah...masing2 dh order pizza, spagethhi bercheese , roasted chicken, etc...
sempatlah amik gmbr...
gosip-gosipan: psl ct, psl album terbaru ct, psl bbrp forumer dlm ni hehe...
dr kiri: graxier06, apang, ruffleen & cinta_ungu
dr kanan: aku, khyree & adik khyree
CU & kak ruff dh balik dulu...
depa dtg just tuk bergadering sajoks...
katenye nak dtg konsert tradisional..jumpe di sana ye...
kesian abg bee dr putrajaya masih terperangkap kt jln raya...org suruh lalu smart die terlepas plak...
sib baik sempat klem tiket kul 820 gtuh...10 minit b4 performances
nampak die tergesa-gesa...choyyy abg bee
grax dh masuk dulu...
kiteorg (khyree & adik, aku & apang) cuma terlewat seminit jah, terus officers tu halang kiteorg masuk
sudahlah my all-time-feveret song, kau kekasihku dinyanyikan...dpt dgr celah pintu pun rase amazing sgt...
gemersiknya sore ct...smpi sheols tarik sore ala-ala pecah tekak gtuh...uols mampoo???
aruslah the best cover i pernah dgr sblm ni...
kemudian, lagu badarsila pulak didendangkan...wow alangkah bestnye dpt dgr & lihat ct nyanyi ats pentas...kempunannya...
khyree pun siap ngalun nyanyi..dpt rase heols frust tak dpt masuk gak & join kiteorg duk luar tgg kiu...
alhamdulillah dpt jugak weols masuk pastu...miss 2 lagu jah...
special thanks tuk apang yg sggp tunggu aku wlpn dia dh boleh masuk dulu huhu...
masuk jah kiteorg...ct nyanyi medley jerat-ACP-BCB-percayalah..
puaslah dgr sheols teran part akhir tu smpi 10 saat bagai...motif kira?? aruslah nak kasi anti kecewa gtuh boleh...
nyusul pula Di Taman Teman...combination ngan orkestra sgtlah masyukkk..suka lagu tradisional dimainkan ngan orkestra
kemudian masuk lagu hanya dia, duet ngan KD...tak expect sgt lagu ni sbb berbunyik lagu 1msia sheols nyanyi tu...
ct kemudian nyanyi medley lagu2 p ramlee...oklah, mendayu2 jek sheols alunkan...
pastu seindah biasa , biarlah rahsia...tak best arrangement...orkestra mcm tak kena jah...
segmen dinanti-nantikan: lagu cindai...ct jemput 2 org org pemain tarbus ke ats pentas...ct sempat main sejenis gendang, lupa namanya...(ct ckp marabuka..wht a joke hehe)
kemudian, lagu lebih indah...fefeling habis hokeyyyy...
(kuar dr konsert, masih terhafal lirik gtuh!!!)
masuk jah purnama merindu sheols nyanyi ngan penuh jiwa gtuh..cuma klu part "...bertemankan malam sepi" ct nyanyikan instead of intrumental orchestra will be much better
khyree kate mesti ade lagu wajib catchy feveret die...of coz ct tunaikan semalam..
sekali dlm medley ku mahu-ya maulai-balqis...
muzik latin dimainkan ngan versi orkestra...
medley terbaik pernah kudengar from ct... i like konduktor orkestra stop ngan sebutan "syahadah"
lagu penutup: muara hati...tak mau komen lagu ni hehe
biler kiteorg kuar...harapan adelah sesi tandatangan ngan ct...tp nan hado jah
sempatlah bergambar ngan abg bee...
sian abg bee miss half of performances sbb gara-gara ( )....biar abg bee jah yg explen hehe
dr kiri: aku, graxier06, khyree, apang, harisbee & kwn abg bee
Last edited by dauswq on 6-7-2013 11:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 6-7-2013 11:44 PM
Laporan GATH ke-2 FANS-CT-TASTICS (5/7/2013)
aku dr kerinchi bergerak ngan keta ke KLCC tepa ...
daus...mohon kekacang
thnks khy bg ole2 dri Spore..duit lebih mkn piza dlm rm9 telah disumbangkan kat kotak derma kat kaunter cashier pizza..
psl konsert, plg suka Senandung Smlm and Lebih Indah..catchy song especially chorus..di sekelilingmu ada dinding2 ada laut2 la la la.a feel good song..
expect ade at least 1 lagu english tpi xde lgsg...anyway good job..
agak2 ade x album live konsert ni? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siti unggul di DFP
Share This
Tags Kekuatan vokal, komunikasi baik pada konsert solo pertama catat memori indah buat peminat:-
Sedekad lalu, dia hanyalah penyanyi undangan kepada bintang legenda, Tan Sri SM Salim, sewaktu penyanyi malar segar itu menjayakan konsertnya bersama Orkestra Filharmonik Malaysia atau MPO. Kehadiran Datuk Siti Nurhaliza waktu itu sekadar menyampaikan dua lagu, iaitu Pandang-Pandang Jeling-Jeling dan Mohon Kasih.
Bermula saat itu, penyanyi jelita ini mula menyimpan hasrat untuk beraksi secara solo di pentas berprestij terbabit. Ternyata Tuhan menjawab doa Siti apabila impian itu akhirnya menjadi kenyataan.
Tanggal 5 Julai lalu, selama tiga malam berturut-turut, penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang, ini mencatat sejarah peribadi apabila diberi mandat mengadakan persembahan secara solo dengan diiringi kumpulan orkestra ternama itu.
Sebuah persembahan yang bukan saja dinanti-nantikan peminat tegar Siti, tetapi juga oleh si empunya diri. Selepas mengadakan persembahan di Royal Albert Hall, London, tujuh tahun lalu, Dewan Filharmonik Petronas ialah lokasi impian Siti demi memantapkan lagi portfolionya dalam bidang seni.
Bertemankan pemuzik berpengalaman yang hampir memenuhi ruang pentas, berserta seorang konduktor, Kevin Field, Siti memulakan tugasnya dengan menyampaikan lagu Kau Kekasihku. Ibarat cinta pandang pertama, lagu ciptaan Ajai dengan pantas meresap ke dalam jiwa penonton, sekali gus menjanjikan persembahan memakan masa selama dua jam itu amat berbaloi untuk ditonton.
Rasa bagai nak demam
Cabaran utama yang harus dilalui mana-mana penyanyi yang pernah beraksi di pentas DFP adalah bagaimana mahu terus membuat penonton teruja dan terpana dengan persembahan mereka. Berbeza dengan lokasi lain, menyanyi di pentas terbabit tidak memerlukan sebarang gimik. Malah, ruang pentas yang amat terhad juga membataskan pergerakan si artis. Justeru, tiada apa yang mampu ditawarkan selain vokal ampuh.
Ternyata, Siti ‘lulus’ ujian itu apabila suaranya diadun dengan begitu baik sekali bersama susunan muzik kebanyakan lagu yang didendangkan pada konsert itu.
“Beberapa hari sebelum persembahan, Siti akui gementar dan rasa nak demam. Lebih-lebih lagi apabila memikirkan yang Siti perlu menyanyi lagu yang mencabar vokal, seperti rangkaian lagu balada,” ujar Siti ketika berceloteh di atas pentas.
Walaupun mungkin ada yang menganggap, menyanyi bagi Siti umpama memakan kacang, namun bagi empunya badan, untuk mendapatkan nada yang sesuai apatah lagi diiringi orkestra, kesilapan boleh berlaku pada bila-bila masa jika tidak berhati-hati.
“Siti teringat pesanan Tan Sri SM Salim, menyanyi dengan orkestra ini bukan mudah. Ada kala mereka mengikut tempo kita, ada ketika kita pula terpaksa mengejar mereka. Seperkara yang Siti belajar, susunan muzik semalam, tak akan sama dengan hari ini. Jadi kita kena peka dan sentiasa bersedia,” kata Siti lagi.
Penghargaan buat legenda negara
Untuk segmen pertama, selain Kau Kekasihku, Siti memilih untuk menyampaikan lagu Badarsila, medley balada seperti Jerat Pecintaan, Bukan Cinta Biasa, Diari Hatimu dan Percayalah.
Turut didendangkan ialah lagu Hanya Dia, Di Taman Teman, Seindah Biasa dan Biarlah Rahsia, iaitu lagu yang bukan saja menyerlahkan vokal buluh perindu penyanyi ini, tetapi juga susunan muziknya yang menjadi. Saat Siti mendendangkan lagu berkenaan, penonton seperti terpaku dek kelunakan serta rasa yang diserlahkan olehnya.
Seperti yang dijanjikannya sebelum ini, Siti turut menyanyikan lagu penyanyi legenda lain seperti Tan Sri P Ramlee, iaitu Malam Bulan Di Pagar Bintang dan Tiada Kata Secantik Bahasa.
Sewaktu menyanyikan lagu Cindai pada segmen kedua pula, sempat Siti menunjukkan kemahirannya memukul gendang Arab atau Darbuka.
“Idea untuk memukul gendang ini memang sudah lama Siti fikirkan. Lucunya, disebabkan Siti sibuk dengan latihan nyanyian dan tarian, Siti terpaksa berlatih memukul Darbuka ini sewaktu hendak tidur. Mahu tak mahu, suami Siti (Datuk K) terpaksalah mendengarnya,” cerita Siti ketika ditemui pada sidang media kemudiannya.
Anggun mengenakan gaun berenda rekaan Cosry serta tatarias oleh Nurul Shukor, ketika menghiburkan peminat pada malam kedua, Siti juga semakin menunjukkan kematangan ketika berkomunikasi. Ada ketika dia berjenaka sekali gus membuatkan keheningan dewan itu dipecahkan dengan deraian ketawa hadirin.
Persembahan eksklusif
Jika pada segmen pertama Siti menyanyikan lagu P Ramlee, untuk segmen kedua, Siti memilih lagu yang pernah dipopularkan oleh Datuk Sudirman Arshad dan Jamal Abdillah, iaitu Terasing serta Senandung Semalam.
“Siti memang sengaja memilih lagu penyanyi lelaki kerana ini juga satu cara untuk Siti menguji vokal kerana nada suara lelaki berbeza dengan perempuan,” jelasnya.
Puas menyanyikan lagu perlahan, Siti mengubah atmosfera dengan menyanyikan lagu rancak iaitu rangkaian lagu Ku Mahu, Ya Maulai dan Balqis, sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada penonton menerusi lagu Muara Hati yang disampaikan secara solo, kali ini.
Persembahan selama tiga malam itu turut disifatkan Siti sebagai sangat eksklusif. Bukan bercakap kosong kerana konsert Siti Nurhaliza In Symphony itu tidak dirakam dalam bentuk audio mahupun visual.
“Ini memang kehendak Siti dan moga ia menjadi kenangan terindah buat penonton untuk sepuluh, dua puluh tahun akan datang,” katanya yang turut memperdengarkan lagu terbaru, yang ditujukan khas buat suami tersayang, berjudul Lebih Indah.
-BERITA HARIAN
|
|
|
|
|
|
|
|
apang posted on 10-7-2013 04:03 PM
Siti unggul di DFP
Share This
Tags Kekuatan vokal, komunikasi baik pada konsert solo pertama ...
what CT nyanyi lagu malam bulan dipagar bintang???
|
|
|
|
|
|
|
| |
|