CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: robotech

SEMUA MENGENAI JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA

[Copy link]
 Author| Post time 6-5-2015 06:45 PM | Show all posts
Dokumentari siaran hitam putih



KETERUJAAN setiap kali menonton dokumentari membabitkan operasi menyelamat bencana di kaca televisyen semasa zaman hitam putih, menjadi titik bermulanya minat beliau untuk menjadi anggota pasukan penyelamat.

Bermula dengan pengaruh televisyen, sedar tidak sedar episod perjalanannya sebagai anggota pasukan penyelamat sudah 36 tahun berlalu.

Pelbagai suka duka dan bermacam risiko serta pengalaman menarik telah dilalui sepanjang tempoh itu bagaikan sebuah rakaman video yang kembali berputar sejak awal penglibatannya pada 1 Julai 1978.

Itulah gambaran Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Muhamad Fuzi Ismail, 57, kepada penulis bagaimana bermula cintanya untuk menjadi seorang anggota penyelamat.

“Sejak zaman sekolah rendah lagi saya sudah meminati aktiviti-aktiviti yang mencabar dan lasak.

“ Program dokumentari berkaitan operasi menyelamat banyak mempengaruhi saya yang kerja menyelamat bukan mudah dan boleh dipandang enteng. Ianya tugas berat yang mencabar fizikal dan mental.

“Kepantasan dan kemahiran dalam apa juga aspek kerja menyelamat bagi saya amat penting kepada setiap anggota penyelamat kerana jika melakukan kesilapan, ia mungkin membahayakan mangsa atau menggagalkan misi menyelamat," ujar anak jati Kampung Gajah, Perak ini.

Menurut Muhamad Fuzi, perjalanan selama 36 tahun menyertai pasukan bomba sudah pastinya memberi pelbagai pengalaman menarik terutamanya ketika terlibat dengan operasi menyelamat.

“Apabila terlibat dengan sesebuah operasi, semua anggota sudah maklum berhadapan dengan saat-saat genting menyelamat mangsa tidak kira mangsa kebakaran mahupun kemalangan yang selalunya membawa berita sedih kepada keluarga yang kehilangan harta benda atau nyawa.

“Walau apa pun risiko dan cabaran, menjadi anggota penyelamat yang menabur jasa bakti dan khidmat kemanusiaan kepada orang ramai adalah satu kepuasan," jelas bapa kepada sembilan cahaya mata ini.

Pengorbanan dan khidmat baktinya sama sekali tidak dilupakan apabila beliau pernah beberapa kali menerima anugerah perkhidmatan cemerlang dan Pingat Jasa Bomba pada 1998.

Ujar Muhamad Fuzi, apa yang diterimanya itu dianggap sebagai penghargaan dan bukan untuknya merasa bangga.

“ Penghargaan itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus menabur bakti kepada masyarakat selagi terdaya.

“Dalam tugas pula, saya sebagai ketua amat menitikberatkan soal disiplin yang tinggi terhadap pasukan dan tegas meminta anggota pasukan di bawah jagaan saya mempraktikkan ilmu bukannya sekadar belajar melalui teori semata-mata," ujarnya sambil menegaskan latihan akan mengasah kemahiran seseorang.

Sumber:  
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... putih#ixzz3ZM2oLUl3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.082630 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list