Seremban: Seorang lelaki berusia 61 tahun yang tergamak mencabul anak jirannya berusia 16 tahun pada Oktober lalu dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, Mohd Fuad Harun dari Senawang, dekat sini, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh dalam penghakimannya turut memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan 12 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, Mohd Fuad didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatan diri remaja terbabit di sebuah rumah di Senawang kira-kira jam 9.30 malam, 29 Oktober lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu.
Mohd Fuad ketika dalam rayuannya memohon agar mahkamah memberikan hukuman ringan kerana perlu menanggung dan menjaga isterinya yang mengalami masalah kesihatan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zanudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:07 AM
«»
MOHD Fuad dijatuhi hukuman penjara satu bulan dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, semalam.
MOHD Fuad dijatuhi hukuman penjara satu bulan dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6622#sthash.Pi4FXUUc.dpuf
p/s:polis tu pun nyampah nak tengok muka dia Last edited by GhostWalking on 5-11-2014 01:04 AM
|