Rahsia Di Sebalik Keserasian Ungku Ismail, Siti Elizad26 March 2015, 03:47pm
Wartawan: Li Ee Kee
Saya tidak boleh bawa watak El jika bukan dia (Siti Elizad) yang membawa watak Kyra,” ujar Ungku Ismail Aziz terus terang. Siti Elizad Sharifuddin yang berada di sisinya mengakui perkara yang sama. “Jika bukan dia (Ungku Ismail) yang saya temui pada hari pertama perbincangan, kemungkinan besar saya tidak yakin untuk menerima dan membawa watak ini. Jika hero-nya orang lain, pasti keserasian itu berbeza. Antara kami, tidak ada berselindung. Kita boleh cakap apa saja. Hubungan kami telus. Tiada apa yang nak disembunyikan. Jika di depan orang ramai pun, kami akan gaduh juga,” kongsi Siti Elizad. Menurut Ungku Ismail, punca pergaduhan mereka timbul dari perbezaan idea dan percanggahan pendapat. Lebih menarik, “It’s how we communicate,” katanya. “Hinggakan semua orang sangka ada sesuatu di antara kami berdua tetapi sebenarnya tidak.” Menurut Ungku Ismail, dia tidak akan dapat membawa watak El jika bukan Siti Elizad yang memainkan karektor KyraMungkin itu yang menjadi rahsia chemistry dua teraju utama ‘Teman Lelaki Upahan’ ini. Begitu meyakinkan pembawaan watak mereka, rata-rata peminat jatuh cinta dengan El dan Kyra. Dan pastinya, sifat El yang romantis turut menjadi antara punca ramai gadis yang terpaut hati. “Dia tidak berpura-pura,” dedah Siti Elizad. “Dia bukan hero Akasia yang kebiasaannya, handsome, yang control. Orang ramai jatuh cinta pada El kerana karektornya yang selamba. Dia tak main benda-benda romantik. Apa yang dia lakukan itu bukan dibuat-buat.” Siti Elizad memberitahu majoriti penonton jatuh cinta pada watak El disebabkan sifatnya yang selambaSambung Ungku Ismail, “El sebenarnya bukanlah seorang yang romantik, he’s also not funny. Dia tak buat lawak pun. Dia cuma menjadi dirinya sendiri. Kebanyakan dialog, tindak balas kami dibuat secara ad lib, spontan. Saya juga tidak mahu mengehadkan fantasi wanita kerana semuanya mempunyai pilihan serta kegemaran masing-masing.” Ditanya sejauh manakah karektor El dan Kyra mencerminkan perwatakan sebenar mereka, Ungku Ismail memberitahu jika betul wujud seorang individu seperti El, “I’d think he’s a fool.” Elizad pula berkongsi seringkali disalah sangka seorang yang sombong padahal sebenarnya dia cuma mengambil masa yang lama untuk beramah mesra dengan orang yang baru dikenali. Melihat kepada impak ‘Teman Lelaki Upahan’, kedua-duanya mengakui sama sekali tidak menjangka kejayaan serta populariti yang diraih. Baik Ungku Ismail mahupun Siti Elizad tidak menjangka skala kejayaan yang diraih ‘Teman Lelaki Upahan’“We never expected this kerana tidak semua drama itu dijamin akan hit. Kejayaan ‘Teman Lelaki Upahan’ adalah kerana team work semua di set dan ketabahan seluruh tenaga kerja. Banyak cabaran yang telah kami lalui bersama ketika pembikinan drama ini tetapi kami kuatkan semangat dan teruskan perjuangan. Jujur saya katakan, pada hari ke-86 penggambaran, saya sebenarnya sudah penat dengan El. “Sebagai pelakon, pastinya kami gembira jika hasil kerja kami diterima tetapi skala populariti sebegini bukanlah apa yang kami kejarkan. Kami bukannya mahu menjadi selebriti. Kami hanya mahu menjadi actors,” kata Ungku Ismail mengakhiri perbualan.
|