CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intercurrent

Perbicaraan Kes Liwat Anwar Kembali...

  [Copy link]
Post time 14-5-2010 04:05 PM | Show all posts
Saiful dakwa turut diliwat Anwar di Hong Kong, Singapura dan Bangkok

Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL

...
Anak_Nogori Post at 14-5-2010 16:02



    mak ai!banyak kali upenye!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2010 04:09 PM | Show all posts
Liwat rela atau tak rela...Hakim putuskan tiada percanggahan...

Usaha peguam Karpal Singh untuk cuba mengugat kredibiliti pendakwaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal.

Mahkamah yang disambung semula pagi Rabu mendengar keputusan Hakim Datuk Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan ketua penal peguam Anwar itu untuk mendapatkan dokumen keterangan kes Saiful Bukhari Azlan kepada polis.

Alasan Karpal ini penting bagi menentukan isu liwat itu berlaku ' dengan rela' atau ' tanpa kerelaan' Saiful.

Beliau mendakwa terdapat percanggahan keterangan bekas pembantu peribadi Anwar yang dalam mahkamah kata diliwat tanpa kerelaan sedangkan dalam pendakwaan rasmi kes disebut dengan kerelaan.

Mohd Zabidin kata tidak dapat percanggahan antara keterangan Saiful kepada polis dan di mahkamah.

Beliau menjelaskan ia menjadi budibicara Peguam Negara untuk menetapkan dakwaan yang lebih ringan sekalipun ada bukti bagi dakwaan lebih berat dalam kes ini.

Menurut Mohd Zabidin sekalipun terdapat percanggahan antara keterangan Saiful kepada polis dan keterangan di mahkamah tetapi tidak timbul konflik terhadap keterangannya mendakwa kejadian sodomi berlaku.

"Saya setuju dengan Peguam Cara Negara, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bahawa walaupun tuduhan terhadap Anwar adalah di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, sedangkan keterangan Mohd Saiful di mahkamah mendakwa kejadian yang berlaku adalah tanpa kerelaannya, ia tidak boleh dijadikan asas untuk timbul gerak hati bahawa kenyataan Mohd Saiful bertentangan dengan keterangan di mahkamah bagi membolehkan kenyataannya diberi kepada peguam bela untuk tujuan pemeriksaan balas di bawah Seksyen 145 Akta Keterangan atau prosiding impeachment (mencabar kesahihan) di bawah Seksyen 155," katanya.

Semalam, Karpal memohon perintah mahkamah supaya pihak pendakwaan menyerahkan kenyataan saksi itu kepada pihak pembelaan bagi tujuan pemeriksaan balas terhadap Saiful dan juga bagi tujuan memulakan prosiding "impeachment" mengikut Seksyen 155 Akta Keterangan.

Ini kerana, katanya, pihak pembelaan mempunyai gerak hati bahawa apa yang terkandung dalam kenyataan Saiful itu adalah berbeza dengan keterangannya di mahkamah.

Mohd Zabidin dalam keputusannya berkata setakat ini keterangan Saiful, yang merupakan saksi utama dan saksi pertama pihak pendakwaan di mahkamah dan kenyataannya kepada polis tidak bercanggah iaitu kejadian liwat berlaku tanpa kerelaannya.

"Hanya kerana Pendakwa Raya memilih untuk menuduh tertuduh (Anwar) di bawah Seksyen 377B tidak menjadikan alasan untuk timbul gerak hati bagi membolehkan kenyataan Saiful diberikan kepada pembela," katanya.

Dalam keputusannya itu Mohd Zabidin merujuk satu keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa perlu ada percanggahan ketara atau sebab-sebab lain yang tidak dijelaskan oleh saksi di peringkat awal, sebelum peguam boleh memulakan tindakan untuk mencabar kesahihannya.

"Setakat mempunyai gerak hati saja tidak memadai," katanya.

Selepas mengumumkan keputusannya itu, Mohd Zabidin meminta peguam bela meneruskan pemeriksaan balas tetapi Karpal Singh memberitahu mahkamah beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu dan memohon supaya perbicaraan ditangguhkan sehingga keputusan bagi rayuan itu dicapai.

Ketua Pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah.

Karpal mendakwa Yusof datang dengan cukup persiapan macam sudah tahu keputusan permohonannya ditolak.

Hakim mengingatkan Karpal dakwaan itu satu perbuatan menghina mahkamah.

Beliau menolak permohonan bagi penangguhan itu.

Sebagai catatan jika Saiful digugurkan sebagai saksi utama menerusi impeachment yang nak dibawa oleh Karpal guna alasan percanggahan keterangan rela atau tak rela itu ia akan menjadikan kes itu berantakan bilamana dakwaan liwat itu sudah jadi macam tak kuat yakni tak laku.

Para pemerhati di luar mahkamah pula menilai rela tak rela itu tidak harus menjadi isu kerana mengikut perundangan Malaysia perbuatan sodomi antara lelaki samaada secara rela atau tidak rela adalah salah di sisi undang-undang.

Begitu juga misalnya kes mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur yang rela atau tidak rela tetap salah.


Perbicaraan diteruskan dan Saiful masuk ke kandang saksi pada 11.24 pagi dan mula disoal oleh Karpal.

Berikut soal balas Karpal dengan Saiful:

Karpal: Pada tarikh 24 Jun 2008 awak ada jumpa Datuk Seri Najib?

Saiful: Lepas maghrib pada kira-kira 8.30 malam.

Karpal: Adakah dia berseorangan atau ada orang lain?

Saiful: Saya rasa ada pengawal dan orang gaji.

Karpal: Rosmah tak ada?

Saiful: Tidak. Masa saya balik baru Nampak dia.

Karpal: Datuk Mumtaz ada?

Saiful: Tak. Saya pernah jumpa Datuk Mumtaz di rumahnya. Tak ingat bila. Saya dibawa oleh Rahimi

Karpal: Siapa yang bawa awak ke rumah Najib?

Saiful: Saya dibawa oleh Tuan Haji Khairil Anaz, iaitu pegawai khas Datuk Najib.

Karpal: Dia bawa kamu ke rumah Najib dari mana?

Saiful: Dari perkarangan rumah dia. Saya pergi rumah dia.

Karpal: Berapa lama kamu di rumah Najib?

Saiful: Lebih kurang 20 minit.

Karpal: Sebelum itu ada jumpa Najib?

Saiful: Tidak. Itu kali pertama.

Karpal: Pernah pergi pejabat dia?

Saiful: Pernah, pada Disember 2007 atau Januari 2008.

Karpal: Awak jumpa dia?

Saiful: Jumpa pegawai khas dia untuk dapat surat sokongan pinjaman pelajaran MARA untuk ikuti kursus kadet pilot.

Karpal: Masa itu kamu ada ijazah?

Saiful: Saya dah keluar universiti sebab keputusan teruk.

Karpal: Jadi kamu bukan pelajar yang bagus? Nak jadi pilot?

Saiful: Syarat kemasukan hanya perlukan SPM sahaja.

Karpal: Saya cadangkan, masa di rumah Najib, Datuk Mumtaz ada?

Saiful: Tak setuju.

Karpal: Kenal Rahimi?

Saiful: Ya, kenal. Rahimi Osman kawan rapat dan rakan sekerja.

Karpal: Kamu dibawa ke kediaman Najib oleh Datuk Mumtaz?

Saiful: Tak setuju.

Karpal: Selepas itu balik rumah?

Saiful: Saya dihantar semula ke perkaranngan kediaman Haji Khairil Anaz. Selepas lebih kurang sejak saya pergi berjumpa Rodwan di Hotel Melia.

Karpal: Siapa suruh? Atau awak dibawa ke sana?

Saiful: Selepas dihantar ke perkarangan kediaman Haji Khairil Anaz, saya terima panggilan dari Rodwan yang nak jumpa saya di hotel Melia.

Karpal: Masa di rumah Najib dia ada bagi nasihat buat laporan polis?

Saiful: Tidak.

SAC Rodwan Mohd Yusof kemudian dipanggil ke mahkamah untuk dikenalpasti oleh Saiful.

Karpal: Kami jumpa di hotel tapi tidak di balai. Bukankah itu pelik?

Saiful. Tidak, sebab meeting Datuk Seri Anwar pun semua dibuat di hotel. Tapi itulah kali pertama saya jumpa pegawai polis di hotel.

Karpal: Kamu jumpa di bilik atau lobi?

Saiful: Bilik.

Karpal: Adakah Rodwan mengambil apa-apa keterangan dari kamu?

Saiful: Secara bertulis tak ada. Saya sekadar beri keterangan secara lisan.

Karpal: Adakah dia menasihatkan kamu untuk buat laporan polis”

Saiful: tidak.

Karpal: Ada dia minta arahan lain?

Saiful: Dia minta saya jumpa dia keesokan harinya (25 Jun) di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Karpal: Dalam keterangan yang diambil oleh polis oleh kamu, ada tak sebut peranan Rodwan?

Saiful: Saya ada sebut nama dia dan saya ada juga sebut jumpa dia di hotel Melia dan Concorde.

Karpal: Musa Hassan (Ketua Polis Negara) ada hubungi awak?

Saiful: Saya ada contact dia pada 25 Jun pagi untuk mengadu masalah saya.

Karpal: Contact IGP? Tak ada tokoh lain nak buat aduan? Bagaimana kamu contact dia?

Saiful: Saya telefon dia, tapi kena marah. Dia cakap jangan hubungi dia pada masa depan.

Karpal: Siapa yang bagi nombor telefon dia?

Saiful: Saya terdengar seseorang memberikan nombor itu kepada Datuk Najib ketika saya di rumahnya. Saya tak ingat orang itu. Saya Cuma ingat Datuk Najib meminta nombor itu dan saya mendengarnya dan terus “key in” nombor itu dalam telefon.

Karpal: Ada beberapa orang ketika itu?

Saiful: Ada tiga orang, termasuk Rodwan

Karpal: Awak masukkan nombor telefon KPN itu ke dalam telefon? Mengapa?

Saiful: In case of emergency

Karpal: Kenal Ezam?

Saiful: Kenal. Ezam Mohd Noor.

Karpal: Macam mana kenal. Sebab kawan?

Saiful: Sebab dia public figure.

Karpal: Ada jumpa dia antara 26-28 Jun?

Saiful: Antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun.

Karpal: Jumpa di mana? Seorang sahaja?

Saiful: Rawang, Tasik Putri. Dengan Rahimi dan Encik Tuah, bapa saudara saya.

Karpal: Apa yang dibincangkan?

Saiful: Saya beritahu dia saya telah dianiaya.

Karpal: Jadi Ezam orang pertama awak mengadu?

Saiful: Tidak. Orang pertama ialah Tuah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.052898 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list