.
Diundang sebagai salah seorang diantara 10 juri profesional pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL27) Ahad lalu, biduanita tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang datang dengan penuh perasaan teruja mahu menyaksikan persembahan 12 finalis, sambil menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh pihak penganjur iaitu TV3. Keterujaan ratu Keroncong itu nyata kelihatan tatkala dari jauh melihatnya yang terhibur dengan persembahan sepanjang acara berlangsung. Paling jelas sewaktu Hafiz tampil mempersembahkan lagu Ku Akui, ada pihak media yang menyedari penghibur yang menjangkau usia 55 tahun ini memberikan standing ovasion kepada Hafiz, dari jauh.
Selesai saja acara langsung, MD berusaha menjejaki Hetty Koes Endang bagi mengetahui lebih lanjut akan reaksinya itu. Tatkala diminta mengulas tentang standing ovasion yang diberikan pada Hafiz, beliau berkata itu tindakan spontannya kerana suara penyanyi itu berjaya menyentuh perasaannya.
"Sejujurnya ibu tidak mengenali siapa anak muda itu. Jadi ibu hanya menjalankan tugas. Ibu sebagai penyanyi solo, jadi ibu memang amat peka tentang vokal. Hal-hal lain seperti persembahan atau apa, bukan bidang saya.
"Sebagai penyanyi solo, vokal memang diutamakan. Vokal Hafiz sangat menyentuh hati saya. Ditambah dengan lagu yang dibawakan memang vasss! Cara dia menyanyikan juga tepat dengan dirinya. Jadi ibu kira, ibu harus memilih dia.
"Saya tanyakan pada juri lain, mereka juga berpendapat yang sama", kata penyanyi yang sudah menceburi dunia seni nyanyian selama 40 tahun, ketika ditemui di majlis post-party AJL27.
Memandang Hetty Koes Endang sebelum ini pernah diundang sebagai pengkritik untuk program realiti Akademi Fantasia. Percaya yang dia masih ingat pada program yang juga 'tempat kelahiran' Hafiz itu, ditanyakan kepada beliau, kalau dulu Hafiz pernah melalui detik-detik dikritik dek kerana vokal tapi kini dia berjaya membuktikan kredibilitinya.
"Oh ya, dia juga daripada pada program itu? Kalau dia juga pernah melalui saat dikritik, mudah-mudahan dia dapat belajar dari pengalaman lalu. Kami sebagai pengkritik, mengkritik untuk membangun (kebaikan). Dan saya percaya dia telah mempelajarinya", ulasnya sambil tersenyum.
-mD
|