|
++ Thread Borak Warga Bod Mawi 13 ++ : Today Topik : Secret Mission
[Copy link]
|
|
assalamualaikum..
ngantuk nyer pagi2... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #421 noneng's post
w'salam neng |
|
|
|
|
|
|
|
ooo gomen nak bayor gaji dua kali sebulan ek... kekonon rakyat pandai manage duit la camtu
sptt seme elaun yg tak berpaedah utk pemimpin ataih nun dimansuhkan.... puak2 nie la byk dpt subsidi.... bukan rakyat..... serba serbi free..... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam dan selamat pagi
Hari ni pagi-pagi buta dah sakit kepala
|
|
|
|
|
|
|
|
Mendap ke ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap-harap diknaz masuk sini
|
|
|
|
|
|
|
|
awat teruk sangat mendapan ni :@
he he .. kejap je dah selesai kerja aku |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #416 niy's post
aku pun mula2 ingat betul2 note lagu...rupe- rupenye..... |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun cheksu dah report
aku buat report lagik
nasiblah kan |
|
|
|
|
|
|
|
Harga minyak kekal tahun iniOleh Wan Hazmir Bakar
PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika sidang media di pejabatnya di Putrajaya, semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Tan Seri Nor Muhamed Yakcop (kanan). - Gambar oleh Izhari Ariffin
Gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan mulai Ogos: PM
PUTRAJAYA: Kabinet semalam memutuskan harga pasaran petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi sepanjang tahun ini, manakala gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan iaitu pada pertengahan dan hujung bulan, mulai Ogos.
Keputusan mengekalkan harga pasaran petrol dan diesel walaupun harga petroleum mentah dunia terus meningkat, bertujuan meringankan beban rakyat yang masih menyesuaikan diri dengan peningkatan harga bahan api itu sejak minggu lalu.
Bayaran ansuran gaji kakitangan awam pula bagi membantu pengurusan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga minyak. Potongan seperti cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilakukan dalam pembayaran separuh kedua gaji pada hujung bulan.
Dua langkah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada sidang media khas di pejabatnya di sini, petang semalam.
Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, mekanisme subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol dan diesel seperti diumumkan minggu lalu, tidak dapat diteruskan kerana harga minyak mentah dunia meningkat mendadak kepada AS$139 Ahad lalu dan kini masih pada paras lebih AS$130 setong.
"Dengan kenaikan itu, harga pasaran bagi petrol juga meningkat kepada kira-kira RM3.45 seliter dan sekiranya kerajaan mengamalkan mekanisme subsidi 30 sen seliter, maka ia perlu diubah daripada RM2.70 seliter kepada RM3.15 seliter bulan depan.
"Namun, kerajaan sedar rakyat masih berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi. Justeru, Jemaah Menteri memutuskan agar harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan tahun ini," katanya.
Ditanya apakah kerajaan akan mengubah keputusan itu jika harga minyak mentah dunia meningkat melebihi paras tertentu kelak, Abdullah menegaskan: "Kita tak tentukan had itu. Kita hanya buat keputusan ini untuk tahun ini."
Perdana Menteri bagaimanapun berkata harga pasaran petrol dan diesel akan diturunkan jika harga minyak mentah dunia turun.
"Kalau harga minyak (mentah dunia) turun, maka kita boleh guna kaedah diskaun 30 sen," katanya.
Ditanya apakah keputusan itu akan memberi kesan kepada pendapatan serta bebanan kewangan kerajaan, Abdullah berkata, kerajaan berharap akan mendapat pendapatan tambahan, termasuk daripada Petronas.
"Kalau keputusan kita dah buat begitu, maka itulah yang kita akan kekalkan. Ini tentulah memberi kesan kepada kerajaan juga dan kerajaan perlu menanggung perbelanjaan tambahan melainkan ada sebab lain yang perlu kita timbang semula," katanya.
Ditanya apakah kerajaan menggalakkan majikan swasta mengikut pendekatan bayaran gaji dalam dua ansuran sebulan, Abdullah berkata:
"Saya percaya pendekatan ini satu pendekatan yang baik, maknanya ia membantu pekerja kita untuk menguruskan aliran tunai, ini amat penting." |
|
|
|
|
|
|
|
Air percuma: Syabas setuju, Selangor tanggung RM11 juta sebulan
11-06-2008 07:42:35 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
SHAH ALAM: Isu kerajaan negeri Selangor mahu memberikan air percuma selesai hari ini dengan lebih sejuta pengguna negeri itu akan menikmati bekalan air 20 meter padu seperti yang dijanjikan bermula 1 Jun lalu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkannya hari ini selepas perbincangan beliau bersama Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu anak syarikat kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Kata Khalid, KDEB akan membelanjakan anggaran kira-kira RM11 juta sebulan bagi melaksanakannya.
" Pengguna domestik yang menggunakan meter individu di Selangor akan mendapat bil baru dengan rebet air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan bermula hari Isnin depan iaitu 16 Jun 2008," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata, pengguna yang telah menerima bil sebelum 16 Jun akan menerima rebet 15 hari pertama bulan Jun dalam dalam bil bulan Julai.
Jelas beliau, kos pembayaran 20 meter padu yang diberikan secara percuma kepada rakyat Selangor itu akan dibiayai oleh KDEB.
Mengulas mengenai penolakan Syabas sebelum ini terhadap permintaan kerajaan negeri yang dibuat melalui KDEB, Khalid berkata perkara itu timbul kerana Syabas mahukan pelan pelaksanaan yang jelas bagi membolehkan mereka berbuat demikian.
"Hasil perbincangan hari ini, Syabas bersetuju dan menerima pelan pelaksaan yang kita cadangkan agar membolehkan mereka memberi rebet air kepada pengguna di Selangor," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan ketika ditemui berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan yang dikemukan KDEB.
"KDEB telah memberi akujanji untuk membayar bagi pihak kerajaan negeri untuk pengguna domestik yang mempunyai meter individu sahaja," katanya.
Ruslan berkata, KDEB akan membuat bayaran kepada Syabas dalam masa 30 hari selepas Syabas mengemukankan bil bulanan.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan akan timbul masalah pengguna tidak menerima potongan melalui bil yang diterima seperti yang dijanjikan.
"Bulan pertama mungkin ada masalah. Mungkin ada yang dapat potongan dan mungkin tidak. Tapi kita akan cuba atasi masalah tersebut secepat mungkin," katanya lagi.
Hadir sama pada sidang media itu ialah Presiden KDEB, Dato' Abdul Karim Munisar. |
|
|
|
|
|
|
|
mendapppppppppppppppppppppp :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
aiyooo..... teruknya mendapan |
|
|
|
|
|
|
| |
|