CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aprilsnow

[Penulis] Sesi Bersama Penulis : Anita Aruszi/Mazni Aznita

[Copy link]
Post time 7-5-2009 11:31 AM | Show all posts
baru jer habis baca RB mlm td...sanggup bersengkang mata.....
best sesgt...HR pun dah baca ari tu.......not bad....tp lagi suka kat RB....
terkesan lagi kat hati.....

arnita nak order SC lah....nnt sy email ekk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2009 12:37 AM | Show all posts
selesai sudah mmbaca Hujan Rindu..very touching story..luve it very much...
tak perlu banyak adegan romantis antara pasangan untuk menjadikan cerita ni digemari, cukup dengan sebuah kisah keluarga yang mengharukan dan sebak bila membacanya..

ada part dalam novel ni berjaya menitiskan airmata saya..sampaikan roomate tanya pehal ko ni? Buang tebiat ke?

anita, congrats untk HR dan RB..dua2 cerita anda saya gemari...tak sabar nak baca novel SC pulak...thnks utk t/t kiut tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by hauntinggod at 8-5-2009 00:37
selesai sudah mmbaca Hujan Rindu..very touching story..luve it very much...
tak perlu banyak adegan romantis antara pasangan untuk menjadikan cerita ni digemari, cukup dengan sebuah kisah keluar ...


haunting....bagilah review ckit.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 11:31 AM | Show all posts
kak nite..

kalu nak beli direct dari FP bleh order online tak. ader website tak
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 01:45 PM | Show all posts

Balas #444 MMISS\ catat

cube kakMMIS bukak kat web nih..boleh beli on9 asenye
http://fajarnovels.com.my/main.asp
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 03:04 PM | Show all posts
Originally posted by elninhamfz at 8-5-2009 09:37


haunting....bagilah review ckit.....


Camna nak review yek..ok HR ni kisahnya begini

Kisah tentang Sufiyah yang nekad melarikan diri dari rumahnya pada malam perkahwinannya dengan sepupunya sendiri Taufik kerana cintakan seorang lelaki bernama Razman. Sebab cinta dia sanggup tinggalkan mak ayah dia Tok Anjang dan Nek Jah. Sedangkan kedua org tua inilah yang sanggup bergolok bergadai hantar dia belajar kat luar negara. Tapi perkahwinan Sufiyah dan Razman yang tanpa restu ibu Razman menyebabkan Razman terpaksa ceraikan Sufiyah. Then Sufiyah ke luar negara dan sambung pengajian kedoktorannya dan kahwin dengan seorang lelaki Inggeris bernama Sufian Patrick. Dengan Patrick dia dapat anak dinamakan Anum Dahlia.

Sepanjang hidupnya di rantau orang Sufiyah ni rindu sgt nak pulang bertemu ibu ayahnya tapi dia risau kepulangannya nanti menyebabkan ayah dan ibunya marah. Jadi dari tahun ke tahun dia hidup bersama rindunya pada keluarganya dan pada kampungnya. Dia selalu bercerita pada anaknya Anum tentang asal usulnya, tentang tanah kelahirannya dan tentang ibubapanya sampaikan Anum Dahlia sudah sebati dengan cerita-cerita ibunya.,..

Tapi pada suatu hari, ketika Sufiyah, Sufian dan Anum hendak pergi bercuti. Kereta yang mereka naiki accident. Sufian mati manakala Sufiyah pula koma. Tinggal Anum Dahlia sorang-sorang aje. So Anum ambil keputusan untuk balik ke kampung ibunya mencari semula datuk-nenek dan keluarga ibunya. So dia menyamar jadi pelajar luar negara yng konon-konon nak buat kajian fasal silat coz Tok Anjang ni guru silat terkenal kat kampung tu. Mula2nya Tok Anjang cam tak sudi nak terima dia tinggal kat rumah tu tapi lama2 Tok Anjang ngan Nek Jah sayang gile kat Anum ni tanpa mengetahui Anumlah cucu mereka yang sebenar..Kat kampung tu juga dia berkenalan dengan Yuzer Taufik, Zaza dan Zurin tanpa mengetahui ketiga-tiga adik beradik ni anak kepada lelaki bekas tunangan ibunya dulu. Dengan Yuzer ada part2 yang kelakar juga dan sweet. hehehe...

Apa yang menyayat  hati sebenarnya dlm cerita ni bila Anum Dahlia berulangkali cuba nak beritahu pasangan suami isteri ni tentang siapa dia..tapi selalu cancel. then ada part Anum Dahlia bawa balik mayat ibunya ke kampung, tapi kena cerca dengan Tok Anjang yang masih marah pada Sufiyah, begitu juga part Tok Anjang terdengar fasal siapa anum dahlia dari mulut isterinya, then dia duduk sorang2 diri kat wakaf..bila datuknya berdegil tak mahu terima mayat ibunya, Anum buat keputusan nak kembali ke luar negara meskipun dia dah takde siapa-siapa lagi kat sana kecuali datuk dengan neneknya, time tu macam mencurah-curah airmata ni. DAlam hati aku kata sampainya hati orang tua ni.

Tapi apa pun HR ni bagi aku best...sorry la kalau aku tak pandai review.* * * * setengah bintang aku bagi.

opps lupa lak. dlm novel ni aku perasan...ada banyak sangat perkataan Rindu disebut..sesuailah dengan tajuknya Hujan Rindu...

[ Last edited by  hauntinggod at 9-5-2009 20:29 ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2009 01:32 PM | Show all posts

review Rembulan Berdarah

saya nak review RB plak

tahniah kpd k.nita kerana berjaya hasilkan novel yang hebat ni. Jalan cerita yang dihidangkan walaupun kita rasa 'biasa' berlaku dalam kehidupan dan mungkin dah ada pada novel2 lain tapi novel ni tetap hebat dengan gaya bahasa yang mantap dan pengolahan yang menarik. Ayat yang tidak meleret2 dan setiap watak yang ditonjolkan ada fungsi masing2 walaupun cuma mat pacak

Mula-mula tak suka sangat nama Nashriq. Rasa tak cool & macho nama tu tapi bila start baca.. aku rasakan macam..ohhh..gantengnya mamat nih watak Hana a.k.a Duha juga bagus kerana memaparkan kekuatan dalaman seorang wanita walau segala macam rintangan yang dihadapi. Hana a.k.a Duha tahu bila waktu untuk gembira...bila perlu berduka dan bila perlu berani.

saya tak pandai review tapi saya bagi 4 bintang untuk novel nih. Silalah dapatkan di pasaran. Saya order direct dengan KN sebab tak sabar.

Malam tadi pi kedai buku smart sec 9 shah alam. seronok tengok novel RB & BYMB berderet kat rak. tahniah untuk KN  (yang saya rasa mencipta rekod dengan keluaran 2 novel nih) dan tahniah untuk k.nita juga .

[ Last edited by  tennis at 11-5-2009 13:34 ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 01:35 PM | Show all posts
malam tadi nak pergi beli Dedalu Di Hati tapi takde stok la
Sudahnya nampak la Hujan Rindu
apalagi...terus sambar sebab taknak panasaran nanti

K.Nita, novel2 ibook ni susah sikit nak jumpa la sebab SC pun tak nampak semalam. Nanti saya ushar MPH plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2009 10:09 AM | Show all posts

Reply #445 yaya_owez's post

wokey.. thanks..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 10:16 AM | Show all posts

Reply #448 tennis's post

buku2 ibook mmg susah cari. tu hari kak nita kata dia ada lagi SC. apa kata ko eli direct dr kak nite. bleh minta dia sign sekali

DDH dah takde. aku tu hari pung mintak kak nita simpankan 1.





err.. kak nita. buku dah anto lom. tak sabo nak bc nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 12:28 PM | Show all posts

Balas #450 MMISS\ catat

semalam email ke ibook
ni jawapan depa

**********************
Assalammualaikum...

Untuk makluman pembaca, novel dedalu di hati telah kehabisan stock.

sekian terima kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 01:43 PM | Show all posts
seb baik yaya sempat grab mase kat bookfiar...huhuhuh, kalo x nngis gak...:-)
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 10:52 AM | Show all posts

Reply #451 tennis's post

cuba tanya kak nita sendiri. last week miss tanya dia kata dia ada jek SC
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 11:26 AM | Show all posts
ade..leh order online ngn k.nita..
ari 2 yaya dh tnye n k.nita emailkan term of pyment die..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 12:42 PM | Show all posts
kita nak baca DDH. belum ada mood nak baca SC. HR plak belum buka lagi plastik. Malam tadi dok pulun RHS
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 02:32 PM | Show all posts
RHS dh abes dh???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2009 09:55 AM | Show all posts

Balas #456 yaya_owez\ catat

OT:
ko tanya aku ker? ha'a. dah abis baca RHS. aku memang pulun kalau baca novel. RB tu dapat petang...malamnya aku buat speed reading. wiken baru aku pulun baca & hayati setiap perkataan. sebab aku tak sabar nak tau ending
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 12:07 PM | Show all posts
kak nita.. dah terima DDH. thanks :kiss:



sila abaikan email pagi tadi yek
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 12:30 PM | Show all posts
sis MMIS,

selamat mmbace...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 08:00 PM | Show all posts
Originally posted by tennis at 12-5-2009 12:28
semalam email ke ibook
ni jawapan depa

**********************
Assalammualaikum...

Untuk makluman pembaca, novel dedalu di hati telah kehabisan stock.

sekian terima kasih.



DDH ni dah berkurun dah dek non...ni novel zaman k nita mula2 nak involve dlm penulisan. Kata orang menulis pun tak reti lagi, ayat pun tunggang langgang dalam DDH ni. cuba-cuba saja time tu..

tp memang diakui ada masalah dgn penerbit bila buku ada permintaan, kedai buku minta tapi tak dikasi coz berbagai alasan.royalti pun baru sekali dapat. nak buat camna, kalau tak terkena macam ni, mungkin sampai bila2 pun cik penulis ni takkan celik mata..

baru-baru ni k nita dihubungi seseorang.. maybe kami nak produce semula DDH ni..dengan cover baru, editing baru, gaya bahasa baru dan mungkin perubahan dari segi jalan cerita yang baru, malah ending yang baru. Insya allah dalam perancangan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.077694 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list