CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♫ HoMe oF MiLaNiaNS ♫ Jom Request Malu Malu @ Radio ERA

 Close [Copy link]
Post time 3-12-2010 06:51 AM | Show all posts
Mcm dekat je Dewsbury ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2010 07:04 AM | Show all posts


Cik Mila bila sampai sana ambik gambo depan ni ye!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 07:33 AM | Show all posts
Reply 442# seraiwangi

bgnn apa ni ok nk titon dl..niteee
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 10:32 PM | Show all posts
Malam Milanians
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 10:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by taurus-71 at 3-12-2010 23:03
Matic for Rhythm nite will be held @ Matic KL Free entrance on 17,18,19 Dec 2010 8pm..for booking seat pls call Matic at 03-92354800/4848/4900 limited seat ....lets support Rhythm Nite



  


Aktiviti

-Aktiviti:      Rhythm
-Bila:          17.12.2010 - 19.12.2010 20.45 h - 23.00 h
-Di mana:    Tunku Abdul Rahman Hall
-Kategori:    Acara
-Keterangan Harap Maaf, keterangan tidak disediakan

Sumber; Matic (Pusat Pelancongan Malaysia)
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 11:22 PM | Show all posts
Dari fb Effa Jirin



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2010 02:38 AM | Show all posts
nitezzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 09:17 AM | Show all posts
Pagi Milanians
Hi Mila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2010 09:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by taurus-71 at 4-12-2010 09:33

Sumber; myMetro Online

Tiket ke pasaran antarabangsa
Oleh Norhayati Nordin


IMPIAN...Mila bercita-cita melangkah ke persada antarabangsa.


ORANGNYA bertubuh kecil, namun impian yang tersemat di jiwa Noorsyarmilla Jirin atau Mila sangat besar.
Ini kerana demi mengembangkan karier nyanyiannya ke luar negara, Mila, 23, sanggup berkorban apa saja termasuk kewangan.

Tanpa ditaja sesiapa, Mila ke Newcastle, England pada Oktober lalu menyertai pertandingan suku akhir Open Mic UK.
Kini, berkat semangat dan kegigihannya Mila gembira terpilih berentap di separuh akhir pertandingan nyanyian itu pada 11 Disember ini.





TERPILIH...Mila bakal pentaskan persembahan muzikal Rhythms...

Bakal berlangsung di Dewsbury Town Hall di Yorkshire, United Kingdom (UK), Mila mengharapkan tuah mengiringinya kerana dia enggan pulang dengan tangan kosong. Bagi gadis kecil molek ini dia mahu berentap hingga ke acara kemuncak.
Open Mic UK adalah pertandingan muzik terbesar di UK untuk penyanyi dan artis solo.
Lebih 8,000 peserta diuji bakat untuk pertandingan itu tahun lalu. Pemenang utama akan ditawarkan kontrak rakaman dan pembiayaan hampir RM150,000.

Bersandarkan pepatah Melayu, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, Mila berkata dia akan sedaya-upaya merebut peluang disediakan.
Ujarnya, menang atau kalah adat bertanding, yang pasti bersaing di peringkat akhir.

"Jika saya berjaya, secara automatik layak ke Grand Finale Open Mic UK di O2, London pada 15 Januari 2011.
"Saya harus melakukan sebaik mungkin memandangkan peluang ini bukan mudah. Ia sangat mencabar dan saya perlu berusaha gigih.



"Jujur, saya akui matlamat sebenar adalah mara ke peringkat akhir. Baru buruan untuk misi ini dirasakan lengkap dan sekiranya dinobatkan sebagai juara, itu satu bonus untuk saya. Justeru, saya takkan pernah berhenti berusaha sehingga berjaya," katanya.

Menurut anak kelahiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang ini, seandainya tewas dia tetap reda dengan ketentuan takdir dan barangkali mungkin belum rezekinya untuk melangkah ke pentas antarabangsa. Apa yang pasti, dia puas kerana sudah mencuba.


Bertanding di peringkat saringan pada Ogos lalu, Mila berkata selagi belum kemuncak pertandingan ini, jiwanya lara dan resah memikirkan nasib diri.
Ini kerana, dia memiliki impian besar untuk diri dan karier. Dalam soal ini, siapa yang tak mahu maju.

"Apapun, menyertai pertandingan ini adalah pengalaman sangat berharga kepada saya. "Ini kerana ketika bertanding pada peringkat suku akhir dulu, saya berentap dengan peserta peringkat wilayah. Itu pun sudah membuatkan saya sangat gementar.

"Inikan pula peringkat separuh akhir. Bagi saya, semua peserta bertanding mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. Mereka bukan hanya bersuara unik, malah kebanyakannya mahir bermain pelbagai alat muzik. Jadi, cukup mencabar," katanya.

Mila berkata dia sekadar mampu mempertaruhkan kekuatan vokalnya. Dalam pertandingan membabitkan kategori itu, juara akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai dan rakaman lagu single untuk diedarkan di seluruh UK.


MILA jayakan Rhythms...

SELAIN berhadapan debaran kencang untuk bersaing di Open Mic UK, beberapa hari lagi, Mila juga aktif memenuhi aktiviti seninya di tanah air. Sebaik pulang dari UK, Mila mempersiapkan dirinya untuk menjayakan persembahan muzikal Rhythms...

Persembahan anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia itu berlangsung selama tiga malam dari 17 hingga 19 Disember ini di Dewan Tunku Abdul Rahman (TAR), Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), jam 8.45 malam. Kemasukan penonton percuma.

Mila berkata persembahan muzikal Rhythms... dijayakan itu berkonsep penerokaan pelancongan 1Malaysia menerusi muzik dan tarian. Ia bertujuan mempromosi Malaysia kepada pelancong asing untuk menarik mereka berkunjung ke sini.

"Di negara ini, bukan saja unik kerana masyarakatnya berbilang kaum, tetapi berlainan agama dan budaya. Jadi, kekuatan budaya pelbagai bangsa ini wajar dipersembahkan kepada pelancong asing supaya mereka lebih kagum pada Malaysia.

"Masyarakat tempatan juga boleh datang menyaksikan persembahan muzikal ini kerana ia mencerminkan perpaduan kaum di Malaysia.
"Tidak dinafikan penat, tetapi ini juga adalah sumbangan saya kepada negara. Diharap penonton akan terhibur.

"Persembahan muzikal ini, pertama kali saya sertai. Ia dimuatkan dengan tujuh segmen untuk memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing dan rakyat tempatan.
"Saya juga diberi peluang menghiburkan penonton dengan dua lagu," katanya.

Menurut Mila, persembahan muzikal itu dijangka akan berlangsung selama 45 minit. Menyentuh mengenai penerbitan album, Mila berkata dia hanya perlu merakamkan lagu terakhir untuk album kedua yang akan menemui peminat tidak lama lagi.

"Saya harap album ini dapat dipasarkan pada awal Januari 2011. Ia memuatkan 10 lagu yang mana lima daripadanya single baru dan lima lagi ialah lagu lama yang diberi nafas baru. Saya mengambil langkah ini demi kepuasan peminat," katanya mengakui tiada masa untuk berlakon drama.
Baru-baru ini, Mila muncul dalam telefilem Lori Dara vs Duda Popular di Astro.


>ROFIL:
NAMA: Nursharmila Jirin
PANGGILAN KOMERSIAL: Mila
TARIKH LAHIR: 23 Disember 1987
USIA: 23 tahun
TEMPAT LAHIR: Teluk Kumbar, Pulau Pinang
KELUARGA: Anak sulung
PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Air Hitam, Pulau Pinang
KARIER: Penyanyi, Pelakon
PENCAPAIAN: Juara Akademi Fantasia 5 (AF5), Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, Menang Lagu Terbaik dan Anugerah Khas Juri di Discovery 2008 - 17th International Pop Music Festival di Bulgaria
ALBUM: Persis Mutiara
FILEM: Apa Kata Hati dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie
DRAMA/TELEFILEM: Kau Dan Aku, Lori Dara vs Duda Popular
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 10:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by taurus-71 at 4-12-2010 11:57


Cantik, ayu & seksi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 11:40 AM | Show all posts
Sumber; myMetro Online

Tiket ke pasaran antarabangsa
Oleh Norhayati Nordin


IMPIAN...Mila b ...
taurus-71 Post at 4-12-2010 09:29



    ...............
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 12:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by mila_jirin at 4-12-2010 12:57

thanks to metro for The artickle

to milanians thx so much as well

I always believe REZEKI itu ditangan Allah Dan x Ada yg mustahil Dalam dunia ini jika DI IZINKAN NYA

memang banyak suara sumbang mengutuk USAHA Mila ni... ada yang cakap membazir dan ada yang cakap angan angan sendiri ja Mila ni..

walau apa org nak cakap Mila tak peduli yg Penting Mila nak usahakan DIRI Mila..

semua org yg berjaya di luar sana pun bermuka dari kosong

bersyukur Pada Allah dengan Limpah kurnia rezeki dan kesihatan yg di berikan pada Mila..


i know Milanians always ada and support mila dlm susah dan senang..
just nak share dalam ada yang mengutuk usaha Mila dan
berkata SINIS tentang USAHA mila ni banyak lagi yang memberi kata kata semangat dan Mila beruntung Milanians selalu memberi Semangat pada MILA
pada Mila kepada mereka yang KEPANASAN dengan usaha
MILA ni tak apa lah... Mungkin mereka dah BERJAYA dan
selalu pandang RENDAH atas usaha orang lain.
tak pa lah.. Yg Maha kuasa tu ada dan tahu sapa umatnya yg berkerja keras atau sebaliknya...
Milanians Mila sangat sayang kan Anda semua!!

**Kepada silent Reader thanks so much kerana selalu
membaca di rumah Milanians ni..

walau apa jua tujuan anda ke rumah MILANIANS ini,
Terima kasih atas kunjungan

**Rambut sama Hitam hati lain lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 12:35 PM | Show all posts

sorry Milanians banyak pulak post hmy3:

pitty to some one ermmmmmmmm
FYI, Pelawak BoB di masukkan ke hospital..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 04:07 PM | Show all posts
Kredit to Mila Jirin (DaVom)

Next week Activity Mila Jirin
KPDNKK @ Legend Hotel show 12pm 6 dec
Recording studioRecording last song by Amir 7&8 dec
Photoshoot cover URTV on 9 dec...
Dinner show@Sogo KL on 9 dec
...Depart to UK 2am on 9 dec




Alhamdulillah...murah rezeki Mila...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 04:31 PM | Show all posts
thanks to metro for The artickle

to milanians thx so much as well

I always believe REZEKI i ...
mila_jirin Post at 4-12-2010 12:27



   
Mila...biaq pi lah orang nak cakap apa2 pon.. asalkan niat Mila baik, untuk memajukan diri Mila dan mengembangkan bakat seni/nyanyian Mila ke peringkat yg lebih tinggi lagi (Antarabangsa)...Jadikan kutukan/sindiran sinis tu sebagai pembakar semangat untuk Mila terus maju dan berjaya...dengan berkat doa, usaha gigih dan ketabahan Mila..Insyaallah Impian Mila akan tercapai..Kami Milanians doakan semoga Mila berjaya di UK nanti..all the best & Gud Luck!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 04:37 PM | Show all posts
sorry Milanians banyak pulak post

pitty to some one :d ...
mila_jirin Post at 4-12-2010 12:35



   
BoB sakit apa?...semoga bob cepat sembuh,sihat dan dirahmati Allah...amin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2010 04:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by taurus-71 at 4-12-2010 16:46

Kredit to fb Ailis Mustapha


Next activity Mila
17/18/19 Dec 8pm Mila di Matic Kuala Lumpur Ryhthm Nite Free entrance
17 dec 4.30pm Mila@ Futsal 1 Malaysia Putrajaya bersama KLFM
18 dec 4.00pm Mila perform@Sunway Lagoon resort Muzik Ria aktif
Jumpa anda disana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2010 06:50 PM | Show all posts
Wazzup Milanians
Singgah jap..byknyer benda terlepas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2010 06:52 PM | Show all posts
Kredit to fb Ailis Mustapha
taurus-71 Post at 4-12-2010 16:45


Wahh packnyer jadual 17 & 18
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2010 06:57 PM | Show all posts
Kredit to Mila Jirin (DaVom)





Alhamdulillah...murah rezeki Mila...
taurus-71 Post at 4-12-2010 16:07

Yay! Cover Magazine
Bilalah nak habis rekoding Mila ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.062385 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list