|
Temerloh[Bndr IKAN PATIN] : Pembangunan & Kemajuan
[Copy link]
|
|
Kesian kat warga emas ni, rindu kat anaknya
Warga emas cari anak lelaki
Wartawan Sinar Harian
27 Mac 2012
Warga emas cari anak lelaki
SEBERANG TEMERLOH – Seorang warga emas yang sudah uzur merayu anak lelakinya supaya pulang bertemunya selepas lebih 20 tahun keluar dari rumahnya dekat Kampung Bangau Parit, di sini.
Abdul Mutalib Said, 84, kini ­terlantar di rumah bersama seorang lagi anaknya, Fatimah Jasmas dengan keadaannya yang tidak mampu ­bergerak dan penglihatan kabur, ­justeru mengharapkan anak lelakinya Abdul Rahman, 48, pulang bertemunya.
Fatimah berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya Abdul Rahman kira-kira 10 tahun lepas ketika dia ­pulang ke kampung, namun selepas itu tiada lagi khabar berita darinya.
Menurutnya, ketika bertemu, Abdul Rahman memaklumkan kepadanya dia sudah berkeluarga dan menetap di Tawau, Sabah namun usaha mencari mengikut alamat ­diberikan tidak berhasil.
“Saya merayu Abdul Rahman ­supaya pulang menjenguk bapanya dan jika ada mana-mana individu yang mengenali atau mengetahui di mana Abdul Rahman berada diminta supaya memaklumkan keadaan ­bapanya yang uzur.
“Mungkin dia masih menetap di Sabah, atau sudah berpindah ke Semenanjung dan berkemungkinan juga masih berada di negeri ini,” katanya.
Fatimah berkata, apa yang dia runsingkan adalah keadaan bapanya yang semakin uzur dan tidak mampu lagi untuk bertutur dengan baik serta ditambah pula keadaan penglihatan yang semakin terjejas.
“Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga banyak berusaha untuk mengesan Abdul Rahman sejak beberapa tahun lepas,” katanya.
Kg Bangau Parit ni dipisahkan oleh Sg Pahang je dgn Kg Bangau Tanjong...kg ku |
|
|
|
|
|
|
|
dengor citer pangung wayang kat mentekak dah buke???
esok koi nok blk ke temeloh...
rindu weihhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 442# arish9867
gi shopping kat sini ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 443# sok_suci
jenuh arish buat announcement nak sampaikan salam kat semua org temerloh |
|
|
|
|
|
|
|
tak pegi pun ke star city mall
duk memerak kat umoh je |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 446# arish9867
koi pun bile dah balik tu malas nak jalan2
memerap kat rumah je....
ingat nak tau ler citer pasal shopping complex baru kat mentakab ter |
|
|
|
|
|
|
|
ingat nk pegi juge
tp bile dh ade kat kampung malas la pulok
ralik merayau keliling kg...
sbb kt jb nie koi duduk tgh2 bandor
so x pelik sgt ar... |
|
|
|
|
|
|
|
brape jauh shopping mall baru ni dari bandar temerloh tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 449# sok_suci
rasa2 agak2 lah lebih kurang dalam 10km....
shopping mall ni kat area mentakab |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 450# cintan66
ada berani ke meniti sg phg camni
|
|
|
|
|
|
|
|
tepek gambar lagi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kompleks produk pertanian terbesar akan dibina di Lanchang
TEMERLOH 27 April - Kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah kompleks memasarkan produk pertanian terbesar di Lanchang, dekat sini dalam usaha menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke daerah ini tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, langkah itu merupakan satu lagi nilai tambah kepada daya tarikan pelancongan sedia ada di Lanchang yang kini popular dengan Pusat Konservasi Gajah.
Malah katanya, Lanchang sangat relevan diketengahkan sebagai destinasi pelancongan kerana banyak lokasi menarik bertaraf dunia seperti titik tengah Semenanjung selain kedudukannya yang strategik kerana dihubungkan dengan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
"Kompleks berkenaan beserta dataran restoran itu kelak akan memudahkan pengunjung luar menikmati makanan tradisional Pahang seperti tempoyak ikan patin dan masakan asam rom selain membolehkan mereka membeli produk tempatan sebagai cenderahati. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 451# cintan66
kalau org kurus..angin tiup trus melayang |
|
|
|
|
|
|
|
ada siapa siapa nak kerja promoter tak di TF temerloh?? boleh hubungi 018-287 3106 kenny. |
|
|
|
|
|
|
|
dah mula dpt undangan kenduri kendara sedara mara kat temerloh
kalau kenduri kat kg masa dulu2 masak camni
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 456# cintan66
banyak giler kenduri siskat kg kome masih masak macam tu
guna sabok----> betul tak eja
lubang hak digali untuk memasak ter...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 457# ctsueraya
tu ler...tak terlayan, layan kenduri kendara kat kl/sgor je
kat bangau dah jarang dah jumpa......asik dok guna khidmat catering jerk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 458# cintan66
oo yer ker...kat area tanjung besar temerloh tue masih lagi gtg royongmaybe sibuk dah org bangau..hehe
catering senang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|