|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
30 December sama dgn tarikh lahir aku...
Tergamak sungguh bunuh budak2...
apa depa tadak perasaan ka?? huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
psl kes jon benet ni la mggu lepas ank sdara min ade citer... tk solve smpi skang kan... kes closed... tp rase nye baru2 ni ade gesaan utk buka semula kes ni... ade org saspek abg dia yg bunuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
ha'ah... lelaki kalo simpan rambut panjang paras bahu mungkin biasa zaman tu kot. tangan kanan si abg sulung yg tarik rambut tu jugak yg hampir putus ditetak. utk melepaskan rambutnya, si pembunuh tu tetak jah tangan budak tuh? suspek perempuan atau rakan subahat... ai cuma terfikir kakak Uncle yg duk sama kat flat tu.
Si nenek tua yg habitnya suka bersantai2 kat koridor tetiap pagi, tetiba kebetulan pulak cuci rambut... jgn2 dia nampak, tp oleh kerana ketakutan atau dia kenal suspek, jd dia buat2la cerita. Makin jahat teori ai kan
|
|
|
|
|
|
|
|
ai sekolah lg masa kes nih berlaku... tp tak follow sgt sbb media tempatan pun tak update. bila dah besar ni, baru tahu kes tu jd complicated sgt. beberapa tahun lepas... pernah masuk satu forum psl crime, dia org share gambar mayat jonbenet. memang sadis cara pembunuhannya... dijerut dgn tali.
nanti ai check dan tengok balik kes nih... ramai yg jd suspek termasuk maknya sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
channel peberet ai jugak hahaha tak cukup dgn tu tengok lg dokumentari psl crime cases kat youtube. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dedulu pon kejam jugak dorang bunuh budak2 kecik nie. Memang mental sape yang sanggup bunuh budak. i tak boleh nak daijes pikiran dorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nooriesz at 28-1-2017 11:20 AM
yeah.. tq TT |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin pembunuh tu x tahan tgk psgn tu bhagia sgt kut..biz pun om..sedangkan pembunuh seorg loser.. |
|
|
|
|
|
|
|
adorabelle1985 replied at 26-1-2017 02:36 PM
tt, cuba laa share cite pasal pembunuhan jon benet..budak kecik comel yg masuk beauty pagent kena bu ...
Ni budak 6 tahun kena bunuh tu ke?? Yg katanya dah besar sbnrnya ialah Katy Perry. Ada budak lain substitute jadi korban ritual illuminati ke apa. Sorry ingat2 lupa |
|
|
|
|
|
|
|
kadang-kadang kesian bila kes yang tak dapat diselesaikan ni.
yang bersorak gembira adalah pembunuh
terima kasih TT,
sangat menarik semua case..buat kita terfikir
|
|
|
|
|
|
|
|
sama2 cengkihgirl
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH HANTU GREENBRIER YANG MENYELESAIKAN KES PEMBUNUHANNYA SENDIRI
Rumah pasangan Shue
Kiri; Mary Jane Heaster, kanan; Zona Heaster Shue
Pada musim sejuk 1897 di daerah Greenbrier, West Virginia, Mary Jane Heaster memberitahu org sekelilingnya bahawa hantu anak perempuannya yg baru meninggal dunia telah menjelma di hadapannya. Elva ‘Zona’ Heaster Shue meninggal dunia secara mengejut sebulan sebelumnya; mayat wanita itu ditemui oleh seorg anak jiran pd 23hb Januari.
Andy Jones sebenarnya disuruh oleh suami Zona, Edward Shue, yg ketika itu bekerja di kedai tukang besi, utk mengambil pesanan membeli barang drpd isterinya. Setibanya di rumah Shue, Andy melihat mayat Zona terlentang di bawah tangga, sebelah tangannya diletak di atas abdomennya, kepalanya sedikit tertoleh, manakala matanya terbeliak dan seolah2 sedang merenung seseorg.
Autopsi yg dilakukan secara tergesa2 merumuskan punca kematian Zona sbg ‘pengsan berpanjangan’.
Mary Jane merasa amat sedih atas pemergian anaknya itu. Namun penampakan hantu Zona lebih menenangkan berbanding menambahkan penderitaan.
Melalui ‘lawatan’2 tengah malam tersebut, hantu Zona memberitahu Mary Jane bahawa kematiannya bukan akibat semulajadi atau kemalangan – Sebenarnya dia telah dibunuh oleh suaminya sendiri, Erasmus ‘Edward’ Stribbling Trout Shue.
Kematian Zona memang menimbulkan rasa syak wasangka dari mula, tetapi tiada bukti kukuh utk menuduh Edward. Dalam pd masa yg sama si anak jiran Andy, pergi memberitahu polis dan juga menunggu kedatangan doktor, Edward lantas memandikan dan memakaikan mayat isterinya pakaian baru. Walau bagaimanapun, perlakuan lelaki tersebut dianggap aneh kerana mengikut adat tradisi, membersihkan mayat wanita adalah tugas ibunya dan wanita2 lain.
Perkara yg menambahkan lg keanehan? Edward Shue menghalang doktor drpd meneruskan autopsi ke atas Zona. Semasa majlis pengebumian, Shue kelihatan sgt menjaga mayat isterinya, membetulkan kedudukan bantal dan kain cadar di sekeliling kepala Zona, dia juga menutupi leher mayat dgn kain skarf. Ini adalah supaya mayat berada dlm keadaan ‘selesa’ katanya.
Zona disemadikan pd 24 Januari, 1897. Selepas majlis pengebumian, Mary Jane mengeluarkan kain cadar drpd keranda. Oleh kerana Edward enggan menerima dan menyimpan kain tersebut, wanita itu pun membawanya pulang utk dibasuh.
Namun apabila kain cadar tersebut diletakkan di dlm besen, air rendaman tiba2 bertukar menjadi merah gelap.
Kejadian itu telah membuktikan kematian Zona bukanlah satu kemalangan. Namun, Mary Jane masih cuba bersangka baik terhadap menantunya, sehinggalah pd malam hantu Zona muncul di dlm bilik tidurnya.
Gambar Mary Jane, dan gambar perkahwinan Zona dan Edward Trout Shue
Dalam tempoh 4 malam, Zona akan menjelma di dlm bilik ibunya – menceritakan cara kematiannya yg ngeri di tangan suaminya yg suka mendera itu. Hantu wanita itu menyatakan kpd Mary Jane bahawa Shue telah mematahkan lehernya, dia terus buktikan dgn memutarkan kepalanya dari depan ke belakang.
Berbekalkan maklumat itu, Mary Jane membuat laporan polis. Testimoninya itu saja cukup bg pihak polis menggali semula mayat Zona dan menjalankan autopsi kali ke-2. Pada 22 Februari 1897, pakar perubatan memeriksa mayat wanita malang itu sekali lg, kali ini tanpa campur tangan drpd si suami. Mereka mendapati saluran pernafasan remuk dan ligamen terkoyak, di samping itu terdapat kesan lebam pd kulit leher mayat.
Jelas sekali Zona telah dikasari secara fizikal sebelum mati. Tidak lama kemudian, Edward ditangkap dan didakwa atas pembunuhan isterinya. Dengan itu juga, latar belakang dan kisah silam lelaki itu turut disiasat – Rupa2nya Zona adalah isteri ketiganya. Perkahwinan pertama dgn Allie Estelline Cutlip, melahirkan seorg anak tetapi berakhir dgn perceraian pd thn 1889 ketika Shue dipenjarakan atas jenayah mencuri kuda. Menurut Allie, dia tidak tahan dipukul oleh suaminya. Pada 1894, Shue berkahwin lg, kali ini dgn Lucy Ann Tritt. Namun, Lucy meninggal dunia lapan bulan kemudian dlm keadaan ‘misteri’. Shue menyatakan Lucy telah terjatuh dan kepalanya terhentak di atas batu besar, tetapi tidak ramai yg mempercayai ceritanya itu. Menyedari org kpg mula mengesyakinya dia pun berpindah ke Greenbrier pd musim bunga 1896.
Walaupun berada dlm penjara, Edward Shue tetap bersikap positif dan ceria, dia juga dikatakan sudah tidak meratapi kematian Zona. Malah lelaki itu turut mengumumkan cita2nya utk mengahwini tujuh org isteri. Memandangkan Zona baru saja isteri nombor 3, dan dia sendiri masih muda, Shue merasakan dia berpeluang utk memenuhi impiannya itu. Dengan penuh yakin, dia berkali2 memberitahu pihak wartawan dia bakal dibebaskan kerana pertuduhan ibu mertuanya tidak akan dpt dibuktikan.
Semasa perbicaraan, peguam bela Edward telah tersalah anggap yg testimoni Mary Jane yg penuh unsur paranormal itu akan melemahkan kes tersebut. Namun keseluruhan perbicaraan adalah berkisar cerita Mary Jane saja, dan hakim gagal meyakinkan pihak juri utk mengabaikan bahagian menyentuh perasaan di mana si anak bangkit dari kubur utk menemui ibunya.
Pada 11 Julai tahun yg sama, Edward didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Walau bagaimanapun, tiga tahun kemudian dia meninggal dunia akibat penyakit berjangkit yg melanda penjara waktu itu, dan disemadikan di dlm kubur yg tak bertanda.
Mary Jane Heaster meneruskan hidupnya 19thn lagi, tidak pernah goyah dan berganjak drpd cerita hantunya. Dan roh anaknya, Zona si Hantu Greenbrier? Dia tidak menjelma lg di dlm bilik ibunya.
Barangkali dia telah menemui ketenangan.
Wikipedia
Source 1/2
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cehh....... ade ati nk kawen sampai 7.......
Tapi...dlm perkahwinan.....tragedi ngeri bila org yg sepatutnya melindungi itu yg mnjadi pembunuh
Kalau aku yg jd andy tu.......mau sampai akhir hayat tk bole lupa kalau jumpa mayat camtu......terbeliak umpama sedang melihat kita......
Dan ........seram sungguh bila hantu jelma dpn kita dn cerita bagaimn kematiannye sambil pusing kepala dr belakang ke dpn tp...mungkin kasih syg seorg ibu lebih hebat....maka ketakutan itu hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 kt Malaysia, polis akan buka balik x kes kalo org report mcm ni?
Kudos kt TT. cita menarik lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
kisah jon benet i siap rakam kat chanel 732 tu. i suspect org dalam umah tu juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak agi nak agi |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks tt, enjoy reading story yg berlaku ratusan tahun. Dengan gambar lagi, klasik rasa |
|
|
|
|
|
|
|
mata terbeliak sbb marah sgt kot, tak sangka suami sanggup buat dia mcm tu sekali... saat2 akhir dah nak mati, barangkali zona bertekad nak balas dendam biarlah jd hantu sekalipun. siapa tahu kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman moden ni tak kira negara mana... rasanya polis bantai gelak je la kalo tetiba kita buat report, hantu si polan ni cakap dia sebenarnya dibunuh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|