Perlawanan ke 11 Pusingan ke 2 Liga Cari Xpert11
Preview Perlawanan :
Rocky FC vs Pasukan Hebat Fc di Stadium Sg Penchala
DonHenleyTough vs Nasri Kawase FC di Emrates Stadium
Saro FC vs korr FC di Stamford Bridge
TeaM cAp AyaM vs Saja Saja F.C di ol trapod
josekobenrossi vs kg boy fc di telok anson
1) Rocky FC vs Pasukan Hebat Fc
Tekanan kepada pendahulu liga apabila menerima kunjungan Pasukan hebat Fc hari ini di Sg Penchala.
Perlawanan dijangka seimbang dan pasukan yang paling kurang melakukan kesilapan akan muncul sebagai pemenang. Pasukan Hebat Fc dilihat mampu memebuat kejutan jika Stephan Davids berada di kemuncak prestasi.
Ramalan:
Rocky FC 1 - Pasukan Hebat Fc 0
2) DonHenleyTough vs Nasri Kawase Fc
Prestasi pasukan DonhenleyTough masih menjadi tanda tanya dengan tiada suntikan atau pembelian pemain-pemain baru sehingga setakat ini. Peluang bermain di tempat sendiri perlu digunakan sepenuhnya. Jika dilihat dari keputusan perlawanan lepas di tempat sendiri, Nasri Kawse Fc boleh mengecewakan pasukan tuan rumah di depan penyokong mereka sendiri.
Ramalan:
DonHenleyTough 1 - Nasri Kawase 2
3) Saro FC vs korr fc
Stamford Bridge bakal menyaksikan pertembungan antara Saro Fc dan korr fc hari ini. Berada di tangga kedua liga membuktikan pasukan korr fc konsisten baik di tempat lawan maunpun di laman sendiri. Pertahana kental korr fc dilihat bakal mengekang gerak jentera hadapan Saro FC.
Ramalan:
Saro Fc 0 - korr fc 0
4) Team cAp Ayam vs Saja Saja F.C
8 perlawanan tanpa kalah satu rekod yang menarik yang dicapai oleh Team cAp Ayam setakat ini. Bagaimanapun, 6 keputusan seri sehingga setakat ini agak merisaukan pengurus pasukan Team cAp AyaM hingga mereka tergelincir ke tangga ke tujuh dalam liga. TeaM cAp AyaM dilihat mempunyai kekuatan yang seimbang di semua bahagian.
Saja Saja F.C pula sebuah pasukan yang sedang meningkat naik dan mula mendaki tangga liga semenjak diambil alih oleh pengurusan baru. Kelebihan tetap kepada tuan rumah kecuali Saja Saja F.C memanfaatkan setiap peluang yang mereka miliki pada petang nanti.
Ramalan:
Team cAp Ayam 1 vs Saja Saja F.C 1
5) josekobenrossi vs kg boy fc ( Perlawan Tumpuan )
Pasukan josekobenrossi dilihat telah melakukan rombakan besar-besaran dengan pembelian beberapa pemain yang berskil tinggi terutama di bahagian pertahanan dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan di dalam liga. Kemenangan pertama yang dicari bakal dicipta hari ini di laman sendiri jika semua bahagian beraksi secara berpasukan. Bagaimanapun, kg boy fc juga tentunya tidak akan membiarkan pemain josekobenrossi menguasai tiap inci padang dengan selesa. Perlawan dijangka sengit.
Ramalan:
josekonebrossi 1 - kg boy fc 1
Xpert Pools masih menanti untuk disertai
Jumpa di padang kul 3.30pm nanti