|
Copy Paste Public Health Malaysia
Adakah anda ada mendengar lagu dengan lirik catchy
Apateu, apateu
Apateu, apateu
Apateu, apateu
Membedah lirik lagu popular seperti “ROSÉ & Bruno Mars - APT” amat penting, terutama apabila lagu ini semakin popular dan sering digunakan sebagai muzik latar di media sosial.
Antara bait lirik, Rosé menyanyikan:
“Kissy face, kissy face / Sent to your phone, but / I’m tryna kiss your lips for real.”
Bruno Mars menambah:
“Turn this apateu into a club / I’m talkin’ drink, dance, sm*ke, freak, party all night.”
Penggunaan istilah ‘APT.’ atau ‘apartment’ sebagai simbolik untuk tempat pertemuan dalam konteks menggoda juga memperlihatkan normalisasi terhadap tingkah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai budaya timur.
Apa yang lebih membimbangkan ialah bagaimana lagu ini sering digunakan sebagai muzik latar dalam video-video media sosial, menjadikannya sebahagian daripada kehidupan harian tanpa kita sedari. Anak-anak mungkin menghafal lirik ini tanpa menyedari mesej yang disampaikan
Sebagai ibu bapa, pendidik, dan masyarakat, kita harus lebih berhati-hati dan peka terhadap pengaruh budaya barat yang semakin diterima tanpa tapisan.
.
Mungkin ada interpretasi lain mengenai lagu ini yang akan dipertahankan oleh peminat. Anda boleh nilaikan sendiri dengan membedah bait bait lirik lagu popular ini. |
|