CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: harizs

[Tempatan] Wardina tegur Ustaz Don sbb selalu sebar kisah tak sahih utk tarik pdgr

[Copy link]
Post time 18-4-2014 06:09 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 18-4-2014 04:33 PM
lapanblas muka surat gaduh pasal agama.......ehmmmm

1400 tahun  bergaduh pasal ugama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 06:11 PM | Show all posts
peachRose posted on 18-4-2014 05:45 PM
bab seru2 roh ni part mana? ust don ada citer bab ni ke?
ini ke yg jadi punca wardina tegur ust d ...

cuba google video tu dan dengar seluruhnya.

Bab rambut Rasulullah yg dibeli Sultan Brunei aku tak mahu komen.  Mungkin ya mungkin tidak. Kalau bukan rambut Rasulullah pun tak ada mudarat pun kat org ramai (kecuali kat Sultan Brunei sebab beli RM4juta).  Kalau Ya..kita kata 'Maha Suci Allah kerana memuliakan jasad Rasulullah saw'

Aku hanya mahu sentuh bab telaga tu aje.  Yea.. mmg bunyi mcm cerita Ngankung dah.  Seru2 roh kat Telaga.  Percayalah, kalau benda ni tak dibendung dan diperjelas akan ada byk bidaah akan berlaku di Mekah nanti. Ada yg seru roh ibubapa utk tanya khabar, selesai masalah keluarga.  Ada yg seru roh yg mati kena bunuh tanya siapa yg bunuh mrk. Dan akhirnya ada yg seru roh tanya nombor ekor.

Seeloknya Ustaz Don tarik baliklah cerita mcm ni.  Biarlah aje cerita2 mcm ni tertulis dlm kitab2 lama.  Tak perlu dijadikan bahan ceramah pun sebab masih byk kisah2 sahih yg boleh dijadikan topik dan bahan ceramah. Byk lagi dalil yg sahih menceritakan akibat org2 bakhil didunia yg boleh dikisahkan semasa ceramah.  Kalau benda ni benar2 jadi pun ianya hanya utk kes2 kelebihan Wali Allah yg dikurnia utk org2 tertentu saja.  Tapi sebab dikhuatiri cerita mcm ni boleh mendatangkan perbuatan bidaah di kemudian hari, maka seeloknya tak payahlah dijaja cerita spt ini.

Isu ini bukanlah besar tp jadi besar sebab Wardina yg tersalah jalan. Sepatutnya dia tanya Ustaz Don direct dan elak benda ni jadi isu nasional. Kecualilah kalau Ustaz Don degil dan tetap mahu menyebarkan cerita2 seru roh di telaga, maka bolehlah dilaporkan ke JAKIM.  Tapi aku tak rasa Ustaz Don mcm tu.  Tapi Ustaz Don tak bolehlah sentap.. beliau hanya perlu ke depan dan jelaskan dgn hujah2 yg detail.  Kalau dia salah, just admit tersilap.  Tak de org pun yg expect dia tak buat silap.  Mana ada org yg maksum tak de buat silap?  Nanti Wardina pun akan termalu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 06:20 PM | Show all posts
berkenaan dgn Bani Ta-Mim yg direfer kpd Tanah Melayu inipun bukan boleh buat main.  sebab ini Hadis Rasulullah.  Tafsiran mesti bertanggungjawab dan sepatutnya org Islam perlu memilih pendapat yg paling kuat yg disokong majoriti ulamak.  

Adapun mengenai org melayu sbg bangsa paling cerdik pun tak de dalil.  Setahu aku ada dalil yg kata bangsa yg diberi kelebihan ialah bangsa Yahudi.  Kelebihan disini merujuk kpd kercerdikan, kekayaan, kekuatan.  Tak de sebut Bangsa Melayu.  Jadi aku pun tak tahu mana dalil yg kata Melayu bangsa paling cerdik.  Jadi ini mungkin hanya persepsi dia dan kumpulan dia sahaja dan sbg Ustaz dia perlu bagitau ttg itu.

Entah camner aku ada sense DNA Al-Arqam dlm ceramah Ustaz Don. Bab Bani Tamim org Melayu mmg itulah yg jadi modal Al-Arqam sejak dulu lagi. Gitu juga bab Melayu bangsa paling cerdik.  Dan akhirnya Melayu Raya - iaitu cita2 Al-Arqam utk menyatukan org melayu Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand & Kemboja sbg satu wilayah khilafah dibawah pimpinan Imam Al-Mahdi sblm turunnya Nabi Isa. Last edited by a_gen2 on 18-4-2014 06:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
a_gen2 posted on 18-4-2014 06:20 PM
berkenaan dgn Bani Tamim yg direfer kpd Tanah Melayu inipun bukan boleh buat main.  sebab ini Hadis  ...

Yu..bani tamim yg yuolz sebut ni tamim ad dar tu ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 06:24 PM | Show all posts
tobby posted on 18-4-2014 03:40 PM
itu masalahnya bila penceramah2 suka berceramah atas riwayat mimpi2 tok sheikh yg mrk sanjung. mem ...

yup,mmg masalah besar sbb kengkadang ilmuwan2 muda nih terlalu taksib dgn kata2 syeikh mereka......

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 06:31 PM | Show all posts
magnus posted on 18-4-2014 06:22 PM
Yu..bani tamim yg yuolz sebut ni tamim ad dar tu ke..?

Hadis dari Rasulullah mengenai Bani Ta-Mim yg akan jadi penyokong dan tentera Imam Al-Mahdi. AL-Arqam sejak dulu (sejak zaman aku sekolah tahun 80-an) pun dah sibuk pasal Bani Tamim itu refer kpd org Melayu (bukan melayu Malaysia saja tapi melayu Asia Tenggara seluruhnya). Mmg Arqam mahu wujudkan negara penyatuan Melayu dibawah pimpinan Asyaari yg akhirnya akan menyerahkan kpd Al-Mahdi.

Sebab tu aku sense ada DNA Al-Arqam kat video ceramah tu tapi aku tak mahu tuduh apa2.  Sebab tu aku nak fokus kat isu seru roh kat Telaga itu aje.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2014 06:32 PM | Show all posts
Santeira posted on 18-4-2014 04:46 PM
handbrake? lol. aku sembang dengan laki aku kejap lah.

apa yg ko royankan tu semua ada dah d ...

tu lah kan...ko nih mmg takde hujah pon ...cumanya bila si wardina tu yg buat statement....tetiba je ko naik meroyan, quote ayat quran pon boleh tahan, cerca org tak hingat dunia...hentikan lah...jgn ko tunjuk kecampur adukan ko tu kat aku...hokey. Lagi satu ko jgn nak kata ko ada sebut hujah2 sebelum nih... yg ko duk meroyan dari mula sampai la nih semua pasal tak puas hati wardina tu "hantam" bukan 'Tanya'..itu jer...ko check balik itu lah yg ko kompang lagi tadi cik kak oii...

so kesimpulannya ko mmg ada 'mental'disorder' sket la bila ko nampak nama 'wardina' tu....darah gemuruh je kan, kalau wardina ada depan mata mau jugak ko ngap dia...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 06:32 PM | Show all posts
I x tau pulak Melayu tue bani Tamim? I bkn nk support either sides pun. Si wardina pn i x minat neither ustad don tue
So, Melayu Srivijaya Melaka keturunan Greek alexander makadunia, skang neh bani Tamim pulak?
Ini inferiority complex ke cmne? Ker claim mcm indon?
Weols neh Proto-Melayu, yg kitorg tau, kau sume Melayu celup kat hilior tue keturunan Jakun ayor yg bapak2 Keling...
In contrast dgn yg duk Ulu, Jakun darat, Temuan hape nyer or yg campur dgn Cina hape tue
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
a_gen2 posted on 18-4-2014 06:31 PM
Hadis dari Rasulullah mengenai Bani Ta-Mim yg akan jadi penyokong dan tentera Imam Al-Mahdi. AL-Ar ...

Ooooo...so bani tamim bukan merujuk kpd tamim ad dar yg femes dalam kisah dajjal tu la ya...tamim add darr sahabat nabi...bani tamim tentera imam mahdi...ok...tq..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 06:46 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 18-4-2014 05:13 PM
Beginners, ko nie wardina atau suku sakat dia?

wardina jawab ade macam aku ker...

suku sakat wardina ade mcm aku jugak ker..

aku lone ranger la, tak sokong mana2, cuma aku kesian tenguk org2 islam kita ni sewenang2 nya cerca org ikut sedap. nak diskus pon guna lah hujah point by point, ini tak asyik nak 'character assasination' jer...tapi kalau ko nak jugak kata aku ni wardina ke, suku sakat ke, ape ke...kalau itu yg ko nak den iyokan ajo la....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:07 PM | Show all posts
engkusewel posted on 18-4-2014 06:32 PM
tu lah kan...ko nih mmg takde hujah pon ...cumanya bila si wardina tu yg buat statement....tetiba  ...

dia meroyan ada makna tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:08 PM | Show all posts
c_antique posted on 18-4-2014 03:30 PM
kredit to --- http://al-qayyim.org/index.php?option=com_content&view=article&id=1341%3Akenyataan-ras ...

siapa yang pernah tgk vid/rancangan Dr Zakir Naik
jelas sekali ada sesi Q & A...
bukan mengeluarkan statement sensasi di FB
sampai menggalakkan perbalahan di antara semua org
malu haihhhh dia ni, bikin panas

aku bukan minat pun si Don tu
kadang2 tgk pesen dia aneh jgk la
tp seingat aku dia sangat merendah diri orgnya
dlm rancangan TV dia tu, pernah dia salah quote ayat dlm episod sebelumnya
dan bila episod yg selepasnya, dia sendiri admit dia salah dan tak perasan
dia tak malu2 pun mengaku dia salah malah berterima kasih pada yg menegur

tp yang org dok pertikaikan kenapa si wardina ni keluarkan statement
seolah2 si Don ni mcm pembawa ajaran sesat sangat....

pastu jap keluarkan status mcm minta maaf tp ekor2 status bunyi sarcastic
nampak sangat tak nak mengalah.



Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:12 PM | Show all posts
peachRose posted on 18-4-2014 05:45 PM
bab seru2 roh ni part mana? ust don ada citer bab ni ke?
ini ke yg jadi punca wardina tegur ust d ...

yup, ada dalam bideo ceramah ustaz Don ada bab seru roh orang mati keluar dari telaga zam-zam.

ku seru ROH ROH di telaga zam zam, wahai roh keluarlah engkau .... tolong bagitahu dimana duit 1000 dinar & tolong bagitahu di mana gerangan bangkai pesawat MH370.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:15 PM | Show all posts
yg bani tamim merujuk kpd org melayu tu mmg nampak merapu sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:19 PM | Show all posts
matpiah posted on 18-4-2014 07:15 PM
yg bani tamim merujuk kpd org melayu tu mmg nampak merapu sangat....

tu yang hairan macamana bahasa Arab boleh jadi  Taa = Tanah  &  Mim = Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:23 PM | Show all posts
tobby posted on 18-4-2014 07:19 PM
tu yang hairan macamana bahasa Arab boleh jadi  Taa = Tanah  &  Mim = Melayu.

bab ni pun aku heran sungguh




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 07:44 PM | Show all posts
kalau tak pasti benda itu betul ataupun tidak, adalah lebih baik tak payah pakai buat modal ceramah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:59 PM | Show all posts
engkusewel posted on 18-4-2014 06:32 PM
tu lah kan...ko nih mmg takde hujah pon ...cumanya bila si wardina tu yg buat statement....tetiba  ...

dah la, tak payah nak perasan. semua g ko cakap tu dah aku terangkan dalam post2 aku sebelum ni. yg sebenarnya takda hujah tu engko, yg ko boleh sebut 'kalau nampak wardina mesti aku ngap' tu hujah ke? ke konar taraf tadika?

doesn't change a fact g wardina ialah kaki spin and an outright liar.

dah tuduh don mcm2 nak belagak murni konon2 cinta ilmu, piirah. belajar psikologi bertahun pun tak habis lagi,  kalau cinta ilmu, patut dia habiskan belajar dulu baru hentam org.

aku sikit pun tak sokong don tu. Last edited by Santeira on 18-4-2014 08:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:12 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 18-4-2014 05:39 PM
satu lagi aku bukan pro Wardina.  Tidak sama sekali.  Aku cuma tgk mana yg benar dan mana yg salah s ...

Salam,

Rasanya ada sedikit perbezaan dalam memahami apa yg dimaksudkan oleh Ustaz Don. Saya berpendapat point utama yang dimaksudkan oleh Ustaz Don ialah supaya menjaga tali silaturrahim dan bukannya menyuruh seru2 roh ni. Bab seru2 roh ni adalah penambah perisa sahaja sedangkan Ustaz Don boleh ambil hadis lain untuk bercerita pasal silaturrahim. Seperkara lagi kisah yang di bawa oleh Ustaz Don tu bukannya hadith nabi tapi cerita daripada ulama terdahulu. Jadi, tak ada isu berdusta atas nama nabi. Apa pun, kesimpulan ini hanyalah berdasarkna suntingan ceramah dia sahaja ni.

Di bawah ni saya paste kan pendapat daripada Ustaz Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri:PENJELASAN RINGKAS ISU KISAH TELAGA BARAHUT.

*Baca sehingga tamat. Sebelum kesimpulan disertakan 7 qaul berkenaan tempat roh berada setelah keluar daripada jasad. Pendapat yg ditarjihkan Ibn Qayyim itu adalah pendapat yang diterima pakai.

a) HADIS, ATHAR DAN PANDANGAN ULAMA' BERHUBUNG TELAGA BARAHUT
1. HADIS
• Daripada Ibn Abbas R.Anhuma Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ، فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ، وَشِفَاءٌ مِنَ السَّقَمِ، وَاللَّهِ مَا عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءٌ شَرٌّ مِنْ مَاءِ بِئْرٍ بِوَادِي بَرْهُوتَ، كَرِجْلِ الْـجَرَادِ مِنَ الْـهَوَامِّ، يُصْبِحُ يَتَدَفَّقُ وَيُمْسِي لَا بِلَالَ بِهَا
Maksudnya: “Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam zam, padanya makanan daripada segala makanan, dan penawar bagi segala penyakit, dan seburuk-buruk air di muka bumi air di lembah Barahut berhampiran qubah Hadramaut seperti kaki belalang daripada serangga jadilah ia membuak-buak pada waktu pagi dan pada waktu petang tanpa sebarang basahan.” [1]

• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasululalh SAW pernah bersabda:
إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَهُ الْمَوْتُ، حَضَرَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، جُعِلَتْ فِي حَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ، فَيُنْطَلَقُ بِهَا إِلَى بَابِ السَّمَاءِ، فَيَقُولُونَ: مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَطْيَبَ مِنْ هَذِهِ، فَيُقَالَ: دَعُوهُ يَسْتَرِيحُ، فَإِنَّهُ كَانَ فِي غُمٍّ، فَيُسْأَلُ: مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَتْ فُلَانَةُ؟ وَأَمَّا الْكَافِرُ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، وَذَهَبَ بِهَا إِلَى بَابِ الْأَرْضِ، يَقُولُ خَزَنَةُ الْأَرْضِ، مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَنْتُنَ مِنْ هَذِهِ، فَتَبْلُغُ بِهَا إِلَى الْأَرْضِ السُّفْلَى
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman apabila datang waktu kematian nescaya datang Malaikat rahmat. Apabila diambil nyawanya, maka dijadikan pada sutera putih yang di bawa dengannya ke pintu langit dan mereka berkata: Kami tidak dapati bau yang lebih harum daripada ini. Maka dikatakan: tinggalkanlahnya untuk dia beristirehat, maka sesungguhnya dia berada dalam keadaan dukacita. Lantas ditanya apa yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulanah? Adapun orang kafir apabila diambil nyawanya dan dibawa dengannya ke pintu bumi, lalu berkata penjaga bumi: “Kami tidak dapati bau yang lebih busuk daripada ini, sehingga sampai kepada perut bumi yang terkebawah.” [2]

• Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ فِيهَا أَرْوَاحَ الْكفَّار وَالْمـُنَافِقِينَ وَهِي بِئْرٌ عَادِيِةٌ قَدِيْمَةٌ عَمِيْقَةٌ فِي فَلَاةٍ وَوَادٍ مُظْلِمٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya pada telaga Barahut terdapat roh-roh orang kafir dan Munafiq, ia merupakan telaga yang berbahaya, dalam, lama pada tempat yang jauh dan wadi (lembah) yang gelap.” [3]
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:13 PM | Show all posts
2. ATHAR
• Saidina Ali RA berkata:
اَبْغَضُ الْبِقَاع إِلَى الله تَعَالَى وَادي بَرَهُوْتَ بِحَضْرَ مَوْتَ فِيهِ بِئْر مَاؤُهُ أَسْوَدُ مُنْتِنٌ تَأْوِى إِلَيْهِ أَرْوَاحُ الْكفَّارِ
Maksudnya: “Tempat yang paling dibenci Allah ialah wadi (lembah) Barahut di Hadramaut. Padanya telaga air hitam busuk dan menjadi himpunan perut orang kafir.”

• Diriwayatkan daripada Abu Bakar al-Najad daripada Ali Bin Abi Talib RA, katanya:
خَيْرُ وَادِي النَّاسِ وَادَي مَكَّةَ، وَشَرُّ وَادِي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَافِ، وَادٍ بِحَضْرَمَوْت يُقَالُ لَهُ: بَرَهُوْت فِيهِ أَرْوَاحُ الكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik lembah kepada manusia ialah lembah Mekah, dan seburuk-buruk lembah manusia ialah lembah Ahqaf, iaitu lembah di Hadramaut, dikatakan dengan nama Barahut di mana terdapat padanya ruh-ruh orang kafir.” [4]

• Riwayat Ali bin Abi Thalib berkata:
خَيْرُ وَادِيَيْنِ فِي النَّاسِ وَادِي مَكة وَوَادِي اِرَم بِأِرْضِ الِهنْدِ، وَشَرُّ وَادِيَيْن ِفي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَاف وَوَادِ بِحَضْرَمَوْت يُدْعَى بَرَهُوْت يُلْقَى فِيْهِ أَرْوَاحُ الْكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik dua wadi bagi manusia ialah, wadi Mekah dan Iram di bumi India. Seburuk-buruk dua wadi bagi manusia ialah wadi Ahqaf dan wadi Hadramaut yang dikenali sebagai Barahut, dicampak baginya roh orang kafir.” [5]

• Berkata Qatadah: Seorang lelaki menceritakan kepadaku, daripada Sa’id Ibn Musayyib daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ تُجْمَعُ بِالْجـَابِيَتَيْنِ وَأَرْوَاحُ الْكُفَّارِ تُجْمَعُ بِبَرَهُوْتِ: سَبْخَةِ بِحَضْرَ مَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang Mu’min akan dikumpulkan di al-Jabiyataini dan arwah-arwah orang kafir akan dihimpunkan di telaga Barahut (satu kawasan berhampiran di Hadramaut).” [6]

• Berkata Abu Hatim RA: Khabar ini diriwayatkan oleh Mu’az bin Hisyam daripada ayahnya daripada Qatadah daripada Qasamah bin Zuhair daripada Abi Hurairah secara marfu’
اَلْـجَابِيَتَانِ بِالْيَمَنِ وَبَرَهُوْتُ مِنْ نَاحِيَةِ الْيَمَنِ
Maksudnya: “Al-Jabiyatan di Yaman dan Barahut daripada pihak Yaman.” [7]

• Daripada Sa’id Bin Musayyib, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِأَرْضِ الجَابِيَةِ، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارُ بِسَبْخَةِ حَضْرَمَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang mukmin di tanah al-Jabiah dan arwah-arwah orang kuffar di sabkhah di Hadramaut.” [8]

3. PANDANGAN ULAMA'
Ramai ulama mengemukakan pandangan dan kisah berkenaan telaga Barahut, antaranya:

• Al-Asmu’ie berkata riwayat seorang lelaki Hadrami menyebut:
أنا نجد من ناحية برهوت رائحة منتنة فظيعة جدا فيأتينا الخبر أن عظيما من عظماء الكفار مات
Maksudnya: “Sesungguhnya kami dapati di satu sudut telaga Barahut bau yang sangat busuk. Kemudian datang khabar kepada kami bahawa seorang pembesar kafir mati di situ. Dan kami dapatinya bau tersebut memang dari situ.” [9]

• Al-Zamakhsyari berkata: “Barahut ialah telaga di Yaman, dikatakan bahawa padanya ditempatkan ruh-ruh orang kafir, dan dinamakan negeri yang terletaknya telaga itu ialah Yaman.”

• Dihikayatkan seorang lelaki tidur berhampiran wadi Barahut dan berkata:
كُنْتُ أَسْمَعُ طُوْلَ اللَيْلِ يَا دَوْمَة. يَا دَوْمَةَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِبَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ فَقَالَ: إِنَّ المَلَكَ المُوَكِّلَ بِأَرْوَاحِ الكُفَّارِ إِسْمُهُ دَوْمَه
Maksudnya: “Aku mendengar sepanjang malam sebutan “Ya Daumah”. Lalu aku bertanya kepada ahli ilmu. Dia menjawab: “Sesungguhnya Malaikat yang diwakilkan untuk roh-roh orang-orang kafir namanya Daumah.”
Cerita yang hampir sama diriwayatkan oleh Abban bin Taghlib. [10]

• Imam Syafie telah menyebut dalam mazhabnya:
إنَّ المَاءَ المَكْرُوْهَ ثَمَانِيَةُ أَنْوَاعِ: اَلـْمُشَمَّسُ، وَشَدِيْدُ الحَرَارَةِ، وَشَدِيْدُ الْبُرُوْدَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ ثَمُوْدَ إِلَّا بِئْرُ النَاقَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ قَوْمِ لُوْط، وَمَاءُ بِئْرِ بَرَهُوْت، وَمَاءُ أَرْضِ بَابِل، وَمَاءُ بِئْرِ ذَرْوَان
Maksudnya: “Sesungguhnya air yang makruh digunakan ada 8 jenis, antaranya: Air Musyammas, air yang sangat panas, air yang sangat sejuk, air dari perkampungan Thamud kecuali telaga Naqah, air perkampungan kaum Lut, air telaga Barahut, air bumi Babil dan air telaga Zarwan.”

• Sufian berkata: “kami telah bertanya penduduk Hadramaut, lantas mereka menjawab: “Tidak ada seorang yang mampu untuk tidur di kawasan tersebut pada waktu malam.” [11]

• Al-A’masy pernah berkata: “Adalah Mujahid tidak akan mendengar perkara yang pelik kecuali beliau pergi ke situ dan melihatnya sendiri. Beliau pernah pergi ke telaga Barahut di Hadramaut dan pergi ke Babil…… " [12]

• Abu Muhammad Abdullah bin Muslim al-Dainuri yang masyhur dengan gelaran Ibn Qutaibah berkata: “Semua ruh ahli neraka ditelaga di kawasan Hadramaut dikenali sebagai Barahut.” [13]

• Ibn Uyainah berkata: “Telah dikhabarkan kepadaku seorang lelaki berada pada waktu petang berhampiran telaga Barahut, katanya: “Seolah-olah padanya terdapat suara-suara yang bertelingkah dan aku tanya penduduk Hadramaut tentang itu, mereka menjawab: “Tidak mampu seseorang berada di situ pada waktu petang. [14]

• Dalam Kitab al-Mustathraf fi Kulli Fanni al-Mustazraf oleh Syihabuddin Muhammad Bin Ahmad al-Absyihi hlm, 420, seperti berikut: “Telaga Barahut terletak di Hadramaut dimana Nabi SAW bersabda: “Ia adalah himpunan roh orang kafir.” [15]

TARJIH
Selepas melihat pendapat ulama, saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. Hal ini, dikuatkan oleh pendapat Ibn Qayyim yang menolak pandangan Ibn Hazm yang berpendapat ini adalah sumber daripada Syiah Rafidhah. Sebenarnya bukan begitu bahkan telah disebut oleh ramai dikalangan sahabat dan tabien dalam kalangan ahli Sunnah. Inilah juga pendapat Ibn Mandah yang menyebut riwayat ramai para sahabat dan para tabi'en.

*************
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.245752 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list