|
nampak jelas kesengalan balaci dalam ini...hanya sebab yg berkata itu nizar.... |
|
|
|
|
|
|
|
x tau pula Islam ajar membazir beli no plate sampai beratus2 ribu
DTECCONAN Post at 29-5-2012 17:57
kalau ikut mazhab melayu, ianya diharuskan sebab kalau takda no plate ratus ribu tu, nanti kreta tak boleh gerak
harap pemimpin ini menghayati & mengamalkan apa yg dikhutbahkan oleh permaisuri beliau dlm column "mind matters" di akhbar sunday star tidak berapa lama dulu
ini antara petikan tulisan beliau
One of the things I saw, and which I will never forget, was of men and women queuing up to get their wang ihsan after the floods of 2006. They stood patiently in the grounds of a mosque as a government officer wrote down their names and addresses.
A couple of years ago, I was flipping through one of those glossy society magazines and I saw a designer handbag that cost RM90,000. Would I have asked my husband to buy it for me? No, because the sight of those flood victims standing in line to receive just RM500 makes such a purchase sinful. How many families would the cost of that handbag help feed? Thinking about this, I would like to understand more about taqwa, and what it truly means. I don’t need to know about wealth because I already live a privileged life. |
|
|
|
|
|
|
|
oh!!! makna kata dlm Islam bolehlah membazirkan membeli benda2 yg bukan jadi manfaat sampai beratus2 ...
DTECCONAN Post at 29-5-2012 18:07
harta DIA PUNYA....ikut suka dia lah depa kata nak buat apa pun....stetmen tak pandang langit tinggi rendah... |
|
|
|
|
|
|
|
pelik btl nk pertikai sultan johor nk buat pe ngn duit die..lantak dier la..dier mampu ....duit terlebih2 ....sultan brunie tu pun ha.....byk gile kete sumer...siap storage dlm kapal terbng sumer....xd plak nk pertikai .....ntah hapa2....dasar pemikiran kolot sgt ......masuk kisah nabi bagai ...mcm la org2 kaya kt msia nih ramai yg x suke membazir ...pdhal byk jah .... |
|
|
|
|
|
|
|
woi, hang pa sibuk buat apa, dia Islam kaya ikut suka dia la
asalkan dia dah menderma berjuta2 biaq la
kalau dia nak beli jamban berjuta2 pun hangpa kisah apa, tu duit dia, bukannya duit hangpa |
|
|
|
|
|
|
|
nanti di akhirat x ada tanya rezeki ambil bagi disalurkan ke mana, ikut suka dia la
hang pa tu bukannya malaikat |
|
|
|
|
|
|
|
pelik btl nk pertikai sultan johor nk buat pe ngn duit die..lantak dier la..dier mampu ....duit terl ...
juju_amin84 Post at 29-5-2012 18:33
Cakap ja lebih, yang bercakap tu sendiri kalau ada duit banyak sikit entah2 dia lagi over |
|
|
|
|
|
|
|
ka yg turunkan rezeki dekat org kaya lain dgn yg turunkan rezeki dekat org tak kaya? |
|
|
|
|
|
|
|
wasatiyah jangan lupa tau
inilah wasatiyah cara org kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hzln
bukan...
sebab yang dikata tu ku yem......
sentap mek2 plet J ni ha..... :lol ...
akubest Post at 29-5-2012 18:47
kalu sultan kau yg IQ tinggi tu aku tak rasa dia pakai nama dia sendiri...RAS sdn bhd kan adaaaaa......ummah pprt mana tau the "RAS" in RAS sdn bhd tu stands for what kannnnnn? |
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik rasa, sumbangan derma sultan johor tu berjuta kali ganda banyaknya dari lobai-lobai yang sibuk komplen cara dia berbelanja. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa denan yaakub bagi alasan yg serupa gak masa beli plat ccc dulu...duit dpt balik kat gomen katanya...ala2 kluar poket kiri masuk poket kanan...tak bazir apa punn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Oklah tu...At least kerajaan boleh tambah dana/pendapatan dengan meniaga nombor plat ni. Lagipun duit ni bukan keluar ke mana2..masuk dalam akaun kerajaan juga.
Mana tau, ini adalah salah satu cara sumbangan daripada mereka yang kaya raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerabat Diraja Johor Tidak Ambil Duit Dari Kerajaan Beli Nombor Plat "WWW 1"- TMJ
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak mengambil duit daripada kerajaan sejak Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.
Baginda berkata perkara itu boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman atau mana-mana pegawai kerajaan.
Baginda berkata demikian dalam Twitternya, Isnin, sebagai menjawab kritikan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung laporan bahawa Sultan Johor memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000.
Mohammad Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.
"Duit yang diperuntuk kepada ayahanda saya (Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar) dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.
"Tujuan yayasan itu (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) ialah untuk rakyat dan bagi membantu kerajaan negeri Johor," kata baginda.
"Saya sendiri, semasa menjadi Raja Muda, tidak pernah mengambil satu sen dari kerajaan sehingga hari ini. Ia adalah duit rakyat. Jadi sebelum anda membuka mulut, selidik dahulu," tegas baginda. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Bida nombor kenderaan ada unsur spekulatif?
Wartawan Sinar Harian
29 Mei 2012
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
SHAH ALAM - Pemimpin Pas, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mahu Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berkenaan pembidaan nombor plat pendaftaran kereta yang melibatkan unsur angka dan wang bidaan.
"Tunggu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan boleh tidak terlibat dalam pembidaan nombor pendaftaran kenderaan, yang berkemungkinan berunsur spekulatif," kata bekas Menteri Besar Perak ini dalam satu mesej Twitter hari ini.
Beliau melahirkan pendirian ini tanpa merujuk kepada mana-mana pihak tetapi dilihat berkaitan dengan bidaan nombor pendaftaran WWW yang menarik minat banyak pihak dan pelbagai kaum.
AKAN MENYUSUL |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu Pulau Pinang tercepit.
Melayu Pulau Pinang makin terhimpit
PULAU PINANG 14 Jan. - Sasterawan Negara, Profesor Muhammad Salleh berpendapat, falsafah pembangunan yang dipraktikkan di negara ini tidak peka kepada golongan bawahan, sejarah dan budaya.
Menurutnya, projek pembangunan hanya diukur berdasarkan satu faktor iaitu keuntungan kewangan dan tidak mempedulikan perkara lain.
"Inilah yang sedang berlaku di Pulau Pinang apabila orang Melayu di sini semakin 'tergesel' dengan projek-projek pembangunan yang dijalankan.
"Selama 70 tahun saya di sini, saya melihat perkara itu berlaku. Kalau dahulu orang Melayu ada di kawasan bandar, tetapi kini semakin mengecil tempatnya di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berkongsi pandangannya dalam syarahan umum bertajuk Selamatkan Kampung Warisan Batu Uban dan Kampung Tradisi Tanjung Tokong di Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.
Turut hadir pengerusi syarahan itu, Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff dan ahli akademik, Prof. Ahmad Murad Merican.
Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan tentang kerancakan sebuah projek pembangunan di Kampung Batu Uban yang merupakan bandar pelabuhan tradisional Melayu terawal di negeri ini yang wujud lebih 300 tahun dahulu.
Menurut Muhammad lagi, realiti pembangunan di negeri ini pada hari ini menyaksikan orang Melayu cuma mampu 'bernafas' dalam ruang yang sempit.
"Mereka kini berada di flat kos rendah dan sederhana. Keadaan ini berlaku dengan meluas di bahagian pulau seperti Batu Uban, Teluk Bahang, Teluk Tempoyak dan kini merebak ke Seberang Perai membabitkan Jawi, Sungai Bakap, Bukit Minyak dan Kepala Gajah.
"Di luar negara, projek pembangunan tidak boleh mengambil kawasan pantai untuk dibangunkan kerana ia hak bersama, namun perkara sebaliknya berlaku di negara kita," ujarnya.
Beliau turut mempersoalkan untuk siapakah bangunan-bangunan besar itu dibina dan apakah rakyat tempatan mendapat manfaatnya
~ eh!!! tersilap paste pula
lantakla hangpa org pulau, sapa suruh hangpa x kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010
BATU PAHAT: Lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang berhijrah ke negeri lain di antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka.
Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.
Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin (kanan) yang membuat pendedahan berkenaan mendakwa hasil kajian itu membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan DAP.
Mohammad Fairus yang pernah berkhidmat selama dua tahun di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga mendakwa tahu rancangan dan strategi disusun kerajaan negeri itu dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.
Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
“Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?
“Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang,” katanya berucap merasmikan Himpunan Perguruan Silat Batu Pahat di Dataran Sungai Suloh, Senggarang dekat sini, semalam.
Beliau juga mendakwa Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.
“Saya tahu rahsia dan rancangan mereka,” katanya.
Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.
Kajian itu mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.
Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.
Mohammad Fairus yang juga Naib Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) berkata, episod yang melanda bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut mendedahkan wajah sebenar Guan Eng dan DAP.
“Tunku Abdul Aziz adalah tokoh berpengalaman dan bekas Pengerusi Transparency International-Malaysia dan apabila dia kata tiada kebebasan bersuara dalam DAP sehingga meninggalkan parti itu, maka perjuangan pembangkang yang kononnya mahu menjuarai demokrasi negara ini akhirnya lenyap dan punah,” katanya.
Menyentuh isu lain, Mohammad Fairus berkata, beliau juga akan mendedahkan bukti dan dokumen berhubung tindakan parti itu menukar teras perjuangan negara Islam dan hudud demi kesinambungan serta survival pembangkang
~ ini semua salah DAP, ops silap paste lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
“Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?
“Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang,” katanya berucap merasmikan Himpunan Perguruan Silat Batu Pahat di Dataran Sungai Suloh, Senggarang dekat sini, semalam.
tu la, sapa suruh miskin |
|
|
|
|
|
|
| |
|