CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: baby_chimaera

PUTERI GUNUNG LEDANG - Now on Theatres

[Copy link]
Post time 8-9-2004 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by eyka at 2004-9-8 05:16 PM:


jauh tu kat mane?? aku kalau tgk kat klcc je..

aaaahh...ok la tu..
setakat klcc buleh..no hal dekat je
kalau betul pm aku..

aku baru nk ajak membe aku tgk sekali lagi
tp dia tak jd pegi
akak dia masuk sepital pulak...

berry...jom ar..join
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2004 05:41 PM | Show all posts
Originally posted by Strawberry at 8-9-2004 05:14 PM:
yeke? ikshhh awatnya? Patutlaa mcm penah baca Shahrudin tambi tu blakon PGL.
bila nak pegi tgk lagi.. nak bergather-gather ke? (thelauncher and I bleh usha AAR) heheh.
Jinakji kat mana?


eyka & berry pergi le dulu..kiter mmg ler teringin nak join tapi apakan daya tangan terikat di langit, kaki terpasak di bumi. Jasad jauh di rantau orang... (pinjam signature ko eyka)
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2004 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by thelauncher at 8-9-2004 04:01 PM:

:
kenape scene hang jebat tak ditayang kan di mesia??
adakah kerana sh tambi telah breech(betul ke aku eja) the contract??
wallahhualam....


contract apa agaknya ye? GAIA kata Shaharuddin ada hadir tayangan perdana hari tu. mesti dia takde problem dengan filem ni.

mungkin juga kalau ada scene Jebat tu filem ni jadi terlalu panjang kot? sekarang ni pun ramai yg komplen cerita ni slow.

atau ada sebab tertentu yg lain, mungkin tak mau Jebat lebih menonjol dari Tuah?? Shaharuddin kan ke berlakon lebih power dari M. Nasir.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2004 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by Strawberry at 7-9-2004 13:18:
GAIA, fyi.. AAR tu pilihan ke-3 lepas Azri Iskandar and Rosyam Nor tolak watak SM tu. gaia u kenal ke AAR tu.. send my regards ehh... I suka tul kat dia.

Hmm...pernah dengar...cuma ingat aku...si Azri tuh ditawrkan utk watak Tun Mamat.....

Aaaa...sorry lah Straw....wa tak kenal lah sama itu AAR.....


P/S : ha'ah...memang btol pun Hang Jebat hadir....tapi kalao PGL nie dikatakan cerita selepas HT bunuh HJ tak relevan lah kalau HJ idup lagi kan.....

[ Last edited by GAIA on 8-9-2004 at 07:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2004 09:55 PM | Show all posts
at last..berjaya jugak aku ngular semalam untuk tengok PGL

banyak scene yang orang suka....yang aku asyik teringat ialah cara Gusti berjalan dengan kainnya di Istana Melaka.....

Raya ni boleh ler buat fesyen baju camtu...boleh diangkat angkat kain itu dengan kaki......tapi jangan berkemban yer????
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2004 12:20 AM | Show all posts
:hmm: ye jugak kalau letak Hang Jebat camne lak.. sebab peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang tu selepas Hang jebat mati dan peminangan tu merupakan tugas terakhir HT sebagai laksamana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2004 09:43 AM | Show all posts
Hang Jebat tu muncul dalam flashback la kot. Mungkin Tuah teringat balik kisah dia dgn Jebat ke...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2004 10:04 AM | Show all posts
Thelauncher, eyka.. Me pun dekat gak ngan KL so klu nak plan bebila no hal. Sajelaa kan as peminat PGL. set date and place... Me ok jek.. Launcher, pekata kau organize..

Jinakji... mak aaiiiiiii.... Ko trylaa telepati ngan sesapa, manatau jasad, tangan dan kaki akan bersatu. hihihi..

Me rasa laa kan, cerita tu quite slow coz byk expression disampaikan secara gambaran alam semulajadi kot..

alahaii ruginya tak dpt tgk Shahrudin Thamby, bery suka tgk dia berlakon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2004 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by Strawberry at 2004-9-9 10:04 AM:
Thelauncher, eyka.. Me pun dekat gak ngan KL so klu nak plan bebila no hal. Sajelaa kan as peminat PGL. set date and place... Me ok jek.. Launcher, pekata kau organize..

Jinakji... mak aaiiiiiii ...

ff:
cek ur pm...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2004 01:27 AM | Show all posts
Originally posted by jinakji at 2004-9-8 05:41 PM:


eyka & berry pergi le dulu..kiter mmg ler teringin nak join tapi apakan daya tangan terikat di langit, kaki terpasak di bumi. Jasad jauh di rantau orang... (pinjam signature ko eyka)


:lol camtu kenalah jadi cam masa gusti putri bertelepati dgn gusti adipati kat pelabuhan melaka.. jasad kat atas gunung ledang......
Reply

Use magic Report

concepcion This user has been deleted
Post time 10-9-2004 08:57 AM | Show all posts
Akhirnya aku dapat nengok cuti PGL.. aku siap amek cuti lagi semalam semata2 nak nengok PGL pasal tiket asik sold out aje..

citer ni okaylah....

Part best:

1) Gusti libas bunga kat HT.
2) Gusti tahan rombongan dari naik...
3) Last sekali masa Gusti nangis and tepok bahu HT..


TETAPI bila aku pikir nak dipertonton kan citer ni kat .. walaupun gambarnya amat cantik dan jelas.. ntah mengapa aku rasa kalau citer ni disiarkan kat medan antarabangsa, persepsi yang orang antarabangsa yang orang melayu bukan bangsa yang betamaddun pada abad 15 memang akan diconfirmkan melalui PGL..

Aku rasa orang Melayu Melaka zaman dulu bertamaddun.. boleh membaca.. Masa orang kat UK pakai kain guni... kita pakai baju bersulamkan emas... Siap ada sistem undang-undang dan perdagangan yang sistematik ..ada dinar emas.. Tapi tengok dalam citer ni, langsung tak melambangkan yang Melaka ni bertamadun.. So, aku agak disapointed..

Aku rasa RAMAI yang akan tak setuju dengan statement aku ni tapi aku rasa sedikit sebanyak citer ni memburukkan kesultanan raja-raja melayu negeri melaka.. dan orang2 melayu gak..sebabnya:

1) 6 ketul rumah2 orang asli di bandar melaka...yang sepatutnya sebuah pelabuhan yang utama di selat melaka... Aku rasa bandar melaka tak seteruk tu kot.. Marco polo pun pernah singgah.. takkan lah seburuk tu bandar melaka.. Aku baca buku cerita PGL pun orang kata, bandar Melaka boleh nampak dari puncak Gunung Ledang .. Tapi ni  ada 6 bijik rumah orang asli... In a way, PGL ni menconfirmkan kepada masyarakat antara bangsa yang melaka dulu banyak orang asli...

2) Sultan Mahmud.. Macam tu ke sultan.. Bandingkan dengan sultan2 zaman sekarang.. Raja Nazrin Shah..Sultan Selangor.. SUltan pahang... Mana ada sultan muka berjerawat..Zaman dulu mana ade jerawat pasal dulu takde toxins.... Bagi lah yang gigi elok sikit.. SeriousSepatutnya tunjukkan lah sikit sltan tu, walaupun sleazy, ada kaliber sikit... Menjatuhkan lambang kerabat kebanggaan malaysia..

3) Istana.. Dalam .. terlalu plain and simple...Macam tu ke istana.. Letak lah bunga telur ke katsudut istana tu.. Kalau tengok citer Thai Legend of Suriyothai, bukan main lagi istana dia..

Istana ..Laman istana..rumput panang seperti bukan taman.... lepas tu pengawal 6 orang aje...

4) Tun Teja naik gunung ledang ( kalau nak kira dari bandar melaka ke Tangkak tu.. jalan kaki lagi) satu malam dah sampai...Hang Tuah berhari-hari..

5) Taming sari, dicampak dalam Sungai ( where's the sungai , by the way).. Aleh2 masa Tun Mamat serahkan barang2 Hang Tuah pada Tun Perak.. Ada plak Taming Sari tu.. ( perhatikan betul2.. memang taming sari )

6) Rumah kat Majapahit siap ada brickwall lagi....Brickwall baru dicipta pada abad ke 19...

7) Sekejap.. 'saya'.. sekejap 'beta'.. sekejap 'aku'..

8) Tun Perak..tak consisten....dia kata , kalau sultan bagi Gusti kawin dengan Demak, nanti menconteng arang di muka sendiri...tapi masa part akhir tu, kata tak yah plak...

9) Terlalu convenient untuk Tun Teja masuk ke dalam balairong semasa orang tengah bincang-bincang..kan senang untuk anaknya dibunuh.. Tiba2 jer masuk...

10) Part masa PGL jumpa HT kat sungai.. yang pusing.. pusing .. pusing.. tak tau lah, tapi aku pening gila masa tu...

11) dan lain-lain lagi.. tapi setakat ni aje lah.. aku boleh go on.. tapi tu pendapat aku lah..

Walaupun, overal.. fantastic graphics. .. and good cinematrography...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2004 10:02 AM | Show all posts
aku setuju dgn ko dan nak tambah lagi skit..masa scene crook nak gaduh dgn Tuah kat pasar melaka tu background tu ada ladang kelapa sawit terbentang...errr..mana punya tokey ladang sawit tu haaa???GUTHRIE ke?lol...apa pun PGL bukan lah sebuah filem yang terbaik dari Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2004 10:38 AM | Show all posts
mmm tak taula samaada aku ni terlalu obses dgn PGL atau aku ni mmg buta seni.masa aku tgk PGL aku langsung tak ambik  pusing pasal benda2 yg tak sedap yg wujud dlm filem tu..bukan tak sedar,bukan tak perasan.. i admit benda2 tu mmg 'muncul' dlm PGL,tp aku terlalu terleka dgn lakonan para2 pelakon yg mmg superb sehingga ia menutup kelemahan2 yg ada..
ditambah lagi dgn 'pemandangan yg cantik' dan' bunyi yg sedap'(pinjam kata2 A Wahab dlm kritikan dia) it's totally make my eyes wide shut thru the screen.betul la aku ni tak leh jd pengkritik pilem.nanti benda tak best aku kata best..hehehe..tak tau la
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2004 11:25 AM | Show all posts
aku macam nak setuju je dengan kata -kata korang nie...

hi..hi..hi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2004 02:34 PM | Show all posts
Originally posted by limau at 2004-9-10 11:25 AM:
aku macam nak setuju je dengan kata -kata korang nie...

hi..hi..hi..


setuju yg mana tu???
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2004 02:54 PM | Show all posts
aku pun setuju dengan sapa2 yg dah setuju..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


agogo This user has been deleted
Post time 10-9-2004 04:03 PM | Show all posts
AKU PUN SETUJUUUUUUUUUUUUU


bagi pendt teman:

a) PUTERI GUNUNG LEDANG = ORG-ORG TAK BERILMU BUAT FILEM
b) PUTERI GUNUNG LEDANG = MENJATUHKAN mertabat orang-orang Melayu dan org Islam (Kerajaan Islam Damak nak menyerang negara org tak tentu pasal sama seperti Al qaeda sekarang yang di tuduh membom negara org tak tentu pasal)
c) puteri gunung ledang = menyerlahkan betapa tidak hebatnya pengarah filem tersebut, (Teong Saw Hin) dan kehebatannya hanya indah khabar dari rupa.
d) Puteri gunung ledang = hanya akan membawa malu orang Melayu apabila ditayangkan di persada dunia.
e) Puteri gunung ledang - menunjjukan orang-orang Melayu semua hodoh-hodoh belaka terutama Sultan Melayu.
e) Puteri Gunung Ledang  = byk kelemahan yang tak masuk akal bila dibandingkan dengan budget dan publisiti yang diberikan tentang kehebatan orang-orang yang terlibat di dalam pembikinan filem ini.

dan oleh sebab-sebab diatas kalau sesiapa antara kengkawan kat thread ini kenal org-org kuat Enfiniti production, tolong kirim salam kecewa dan malu yang amat sangat dari aku kepada mereka.
Reply

Use magic Report

agogo This user has been deleted
Post time 10-9-2004 04:38 PM | Show all posts
2) ... [/quote]

Apa la ke jadahnya (bak pertuturan wartawan NTV7) cinematografi & filemnye cantik kalau bahan filem tersebut menjatuhkan maruah.  By the ways cinematografi filem ni tak la secantik mana pun...org tgk ada la >< 15 tempat je yg digunakan untuk semua  scene-scene dlm filem ni...bab scene pertarungan HT sama Raja Majapahit tu..aduh merah muka org ..malu nye lah hai...melompat-lompat, terbang-terbang macam....maleh nak habiskan ayat. lepas tu baju-baju yang org -org besar melaka pakai aduh kainnya macam beli RM4 se hela dari Kamdar...
Reply

Use magic Report

agogo This user has been deleted
Post time 10-9-2004 05:13 PM | Show all posts
Kengkawan baca lah tulisan  Raja Zarith Idris - NST  Life & Times, Friday 10/9/2004;

Alhamdullillah akhirnya ada juga pihak yang berkaliber & berkelayakan memberi komen ttg salahnya interpretasi filem PGL. Ini.  Raja Zarith Idris menulis - PUTERI GUNUNG LEDANG ITU PUTERI KITA , PUTERI LEGENDA MALAYSIA BUKANNYA PUTERI NEGARA LENGENDA KERAJAAN ASING.  Kata Raja Zarith - lesen artistik tidak boleh memberi kebebasan kepada pembikin filem untuk membuat keuntungan dengan mengadaikan maruah orang Melayu kita.  Kenapa puteri lagenda milik kita yang kita cerita dari satu zaman ke zaman dari datuk moyang kita dulu dikatakan puteri negara asig?????

Cerita-cerita mengenai kesultanan melayu melaka dalam buku sejarah melayu tu bukannya cerita dongeng.  Sejarah Melayu itu dengan jelas merupakan salur galur (genealogy) kesultanan Melayu dan telah dibuktikan kesahihannya. Jgn kerana hanya bersandarkan lesen artistik, pembikin-pembikin filem negara kita ni main robak robekkan sejarah melayu kita ni.  Dah la ramai org-org Melayu tak baca sejarah melayu tak tau asal-usul Melayu,  pembikin filem pulak bagi intrepretasi yang salah dan silap sama sekali tentang asal-usul dan kesultanan serta sejarah Melayu.  


Bak kata Raja Zarith lagi - walapupun hanya setitik darah Melayu yang ada dalam dirinya dia tidak akan sekali-kali berdiam diri melihat mana-mana pihak  menjatuhkan mertabat orang Melayu dan memesongkan SEJARAH.

p/s by the way - puteri gunung ledag di pinang oleh Sultan Mansur Syah bukannya Sultan Mahmud Syah.. SultanMahmud syah tu cucu cicit SUltan Mansur Syah La....ngok...
Reply

Use magic Report

concepcion This user has been deleted
Post time 10-9-2004 06:32 PM | Show all posts
Agogo, marah nampak... Cool beb/brader cool...

Tapi aku ada baca artikel dari Raja Zarith itu.. dan aku paham concern dia...Aku syorkan semua orang baca...Kalau nenek moyang aku dihina , aku pun akan tulis macam si Raja Zarith ni...

Aku quote Raja Zarith :

"..my main concern in retelling PGL was that i should remain as Malaysian as possible. Since Islam is the official religion of Malaysia, and I, too am Muslim, i did not want to offend others of my faith and so i depicted uteri as wearing baju kurung or baju kebaya.... When the locally produced film PGL portrayed the legendary princes as being part of a royal court from another country, i was crushed..."

" .. Each royal Court has its own Adat Istiadat. It seems strange to me taht none of them were asked to contribute details about such ceremonies when the producers of PGL decided to make a filem about the legendary princess"


Dari thread2 awal, aku tahu sangat ramai yang berpendapat  kita tak patut pertikaikan 'kreativiti' produser filem yang sanggup menyonsangkan fakta sejarah. Tak pelah songsang sikit sejarah , asalkan industri filem kita naik kan...

Sebelum aku nengok PGL, aku setuju.. Tapi bila aku nengok PGL, aku rasa penyonsangan PGL terlalu BANYAK.... sehinggakan akar umbi / dasar cerita diubah... salah tu...

...Sebenar-benarnya, penyonsangan ini adalah perkara yang SERIUS... and i take it very seriusly because diaorang nak bawak movie ni keluar negera...

Sebenarnya, Aku tak kisah kalau depa fictionalize a few things in the movie tapi jangan lah fictionalize DASAR citer ni.. .not to the point that puteri bukan dari Malaysia and beragama hindu lagi. Sultan pun sultan yang salah... U r right Agogo.. it is Mansur..

Dalam kekhayalan kita menikmati kisah cinta epik PGL dan lakonan yang begitu baik, sedikit sebanyak kita setuju menggadaikan identiti bangsa melayu dan islam kita..

Inilah pengorbanan yang kita sanggup lakukan demi hiburan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.080970 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list