|
All About Pasangan Popla - Tok Ti.. poo Situ Sana Sini & Tok K..ertu
[Copy link]
|
|
Originally posted by Blues at 23-8-2006 05:30 PM
yang tu patut ko pesan ngan CT...jgn buat jht sama sekali..jgn bersikap kejam..jgn hipo...jgn ckp belit2..tgk satu persatu dah dibyr cash..ckp tak super bikin!! apa yg dia buat ari ni tentu a ...
apa kata tuju kat diri sendiri dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 23-8-2006 05:33 PM
apa kata tuju kat diri sendiri dulu..
tuju kat diri sendiri tak sesuai..sebab so far semua ciri2 tu hanya ada padanya saja..org lain tak leh challenge!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by apai99 at 23-8-2006 05:31 PM
malam tadi wa puas hati lah....bg kaw2 punyer...hehehe...
brp round:D |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 23-8-2006 05:33 PM
apa kata tuju kat diri sendiri dulu..
Soal Datuk K
Siti Nurhaliza Sering Curhat ke KD
Jakarta, Diva Indonesia Krisdayanti termasuk salah satu orang yang ikut berbahagia dengan pernikahan Siti Nurhaliza-Datuk K. Dituturkan penyanyi yang akrab disapa KD itu, Siti memang sudah lama mengidam-idamkan untuk menikah dengan Datuk K yang duda beranak empat.
"Saya senang sekali akhirnya Siti menikah. Selama ini setiap ketemu, dia selalu curhat ke saya," kata KD dengan wajah berbinar saat ditemui di Hard Rock Cafe, Jakarta, Selasa (23/8/2006) malam.
Menurut istri Anang Hermansyah itu, sudah sejak dua tahun lalu ia menyuruh Siti segera menikah. "Waktu itu dia sudah ngenalin pacarnya," lanjut KD.
Tentunya permintaan KD agar Siti segera naik pelaminan, tak bisa dipenuhi. Kala diperkenalkan kepadanya dua tahun lalu, status Datuk K masih sebagai suami dari Tengku Zawiyah.
KD berharap setelah menikah Siti tak meninggalkan kegiatan yang sudah digelutinya selama puluhan tahun yaitu menyanyi. "Mudah-mudahan suaminya mengizinkan dia tetap nyanyi," tutup pelantun 'Menghitung Hari' itu.
Sekedar informasi, sebagai sahabat, KD berencana hadir di acara resepsi pernikahan Siti-Datuk K, 28 Agustus mendatang. Di resepsi yang akan digelar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, ia akan menyumbangkan suaranya.(eny)
;) |
|
|
|
|
|
|
|
6 round je...pas tu siti TKO...hehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by apai99 at 23-8-2006 05:39 PM
6 round je...pas tu siti TKO...hehehe....
peh!! ganaz..larat ke diusia tua2 gini? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 23-8-2006 05:33 PM
apa kata tuju kat diri sendiri dulu..
:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by apai99 at 23-8-2006 05:39 PM
6 round je...pas tu siti TKO...hehehe....
macam boxing jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syar at 19-8-2006 04:00 AM
dah terukti segala-galanya benar...kita sahaja diperbodoh-bodohkan..
aper yang benar?????:hmm: media ke siti?? itu hanya bergantung kpd kebijaksanaan individu shj bijak menilai yg betol atau salah ataupun tidak....
p/s: aku sentiasa ber positif dgn SITI:love: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by suraya76 at 23-8-2006 06:10 PM
:setuju:
:setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke gambar TZ dan anak2 kat KLIA?????? tolong jawabb..thx. |
|
|
|
|
|
|
Bu_er This user has been deleted
|
huhu....panjang nye thread ni....papehal...semoga siti tabah dalam menempuh halangan setelah bergelar isteri ni....biar ape org nak kate...bukan betul pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Blues at 23-8-2006 05:40 PM
peh!! ganaz..larat ke diusia tua2 gini?
bukan soal usia tua...tapi sakit kencing manis tahap kronik....merana la ko ct..ambik lagi laki orang. :lol |
|
|
|
|
|
|
|
sapa penulis ni aku tak tau, fwd email...
Asalamualaikum Yang Mulia Tengku Zawyah,
Pertama sekali izinkan saya menulis dalam bahasa melayu walaupun agak
janggal bagi sesetengah orang yang menganggapnya sebagai bahasa orang
bodoh. Harapan saya agar Tengku dapat membaca surat ini dengan lancar
walaupun diwaktu ini Tengku sedang berada di negara orang putih.
Apa kabar Tengku disana ? Semoga Tengku berbahagia bersama-sama anak
Tengku dalam percutian di Melbourne. Kami di Malaysia macam biasa saja.
TV, Radio dan suratkhabar sibuk bercerita tentang belanjawan yang akan
dibentangkan oleh Pak Lah pada awal bulan depan. Selain dari itu ada jugak
cerita tentang dua orang artis yang berlakon tampar menampar, lepas tu
jadi kes polis. Biasa ler tu... artis Malaysia ni kalau dah rasa mereka
dah kurang laku mereka akan mencari peluang untuk mencipta cerita panas.
Kalau rasa-rasanya duit mereka dah mulai kurang dan suara atau lakonan
mereka dah tak berapa orang peduli, mereka akan mencari sugar daddy atau
setidak-tidaknya akan cuba mengorat mana-mana datuk atau tan sri sebagai
tempat bergantung dihari muka.
Selain dari berita-berita diatas tu, ada juga satu berita tentang pasangan
pengantin yang akan berkompang besok. Tapi kami tak kisah sangat. Kami
cuma kisah bila beberapa siri kegemaran kami di TV terpaksa dibatalkan
atas sebab nak tayangkan siaran langsung pengantin tersebut. Namun begitu
kami lebih sanggup menonton saluran 5 Astro dari menonton siaran langsung
tersebut. Kerana bagi kami, lantak kau lah kalau nak kawin ke, nak beranak
ke, nak bercerai ke. Apa kena mengenanya dengan kami. Sebab kami tahu
walaubagaimana besarnya majlis itu nanti, akhirnya akan bercerai jua.
Kalau tak bercerai hidup, satu hari nanti mereka akan bercerai mati jugak.
Apalah sangat kehidupan ini. Tiada apa yang dikejarkan. Walau seharum mana
pun minyak wangi yang mereka pakai, kentut dan najis mereka tetap busuk.
Tentang bekas laki Tengku usahlah Tengku risau. Lambat laun dia akan
kembali melutut kepada Tengku juga nanti. Pertamanya disebabkan penyakit
kencing manis yang dihidapi oleh beliau, lambat laun akan memberi kesan
yang mendalam pada perkahwinan beliau nanti. Tengku sendiri pun sedia
maklum tentang kesan penyakit tersebut pada aktiviti seksual lelaki.
Apatah lagi jika isterinya masih muda. Bak kata orang tua-tua "tak akan
berkokok ayam didarat akibat air laut yang tak surut" . Tengku sendiri
tentunya lebih maklum tentang hal ini, kerana Tengku sendiri telah lama
mengalami mimpi ngeri tersebut. Kini biarlah orang lain pulak yang
bermimpi ngeri tersebut, malah tentunya akan lebih ngeri dari yang Tengku
lalui.
Lagi satu, bekas suami Tengku tidak lama lagi akan jadi papa kedana akibat
saman oleh seorang jutawan Malaysia yang samannya berjumlah lebih 7
billion ringgit. Janganlah kita terkejut bila satu hari nanti kita
terserempak dengan bekas laki Tengku sedang menjual CD cetak rompak album
isterinya sendiri, dipasar-pasar malam disekitar Kedah, Pulau Pinang dan
Perak. Tapi percayalah beliau tidak akan berani menjual dipasar-pasar
malam sekitar Kuala Lumpur, Kelang atau Shah Alam kerana bimbang
terserempak dengan jurugambar-jurugambar dari stesen TV yang telah begitu
bangga menayangkan siaran langsung perkahwinan kedua beliau.
Tentang isterinya yang baru, Tengku tentulah lebih faham kerana sebelum
ini pun Tengku begitu rapat dengannya hinggakan telah menganggapnya
sebagai adik Tengku sendiri. Jika pada mak ayahnya sendiri dia pernah
berbohong, apatah lagi kepada pembeli album serta penonton konsertnya.
Tidak mustahil juga satu hari nanti dia juga akan turut membohongi
suaminya. Pada peringkat ini pun sudah banyak majalah, suratkabar, stesen
radio serta TV yang telah termakan dengan pembohongannya. Malah, dengan
pembohongan tersebutlah pihak media membuat bertan-tan wang saban hari.
Tapi kini kami rakyat Malaysia telah insaf. Mulai esok, kami rakyat
Malaysia tidak akan membeli suratkabar, majalah atau apa-apa risalah yang
meletakkan gambar-gambar bekas laki Tengku dan penyanyi tersebut. Kami
juga akan samada menutup TV atau menukarkan kesaluran lain jika
ditayangkan kisah mereka. Kami telah jemu dengan cerita-cerita seperti
itu. Tiga tahun lepas pun kami telah ditipu oleh sepasang pengantin yang
telah membuatkan Kuala Lumpur jem sehari suntuk akibat perkahwinan mereka
yang telah diperbesarkan sebegitu rupa. Akhirnya, mereka bercerai berai.
Kami sudah insaf tentang tipu helah yang sentiasa dikenakan terhadap kami.
Kami tidak mahu generasi akan datang diracuni fikiran mereka dengan
perkara-perkara karut sedemikian lagi.
Kami kini lebih suka ambil peduli tentang kes-kes orang melayu yang murtad
daripada mengambil peduli tentang orang melayu yang cakap berdolak dalik
tentang cinta, skandal, dan status rumahtangga mereka. Tak payahlah mereka
nak berahsia atau nak menyatakan bahawa biarlah menjadi rahsia. Kami dah
muak dengan cerita orang-orang melayu yang lupa daratan dan hanyut dalam
dunia glamour ciptaan promoter-promoter aliran yahudi. Bagi kami, ianya
tidak menguntungkan kami dari segi akidah maupun dari segi ekonomi.
Akhir sekali untuk pengetahuan Tengku, pada 21 Ogos 2006 rakyat Malaysia
akan memulakan kempen HARI TIDAK MENONTON TV selama 2 hari. Kami juga
mulai esok tidak akan membeli mana-mana suratkabar yang meletakkan apa-apa
berita mengenai artis dimuka depannya. Ini disebabkan sepanjang tempoh
tersebut berita yang akan dipaparkan hanyalah berita mengenai pasangan
pengantin yang gila glamour dan hanyut dalam alam fantasi ciptaan
promoter-promoter yahudi yang lalai lagi melalaikan.
Orang-orang melayu telah lama dilalaikan oleh kisah-kisah begitu selama
ini. Hingga menyebabkan tumpulnya semangat patriotik menjelang sambutan
kemerdekaan yang ke 49. Lebih banyak cerita khayal dan glamour dari cerita
perjuangan dan pengorbanan wira-wira Melayu dalam menjadikan negara
Malaysia ini sebagai sebuah negara yang Merdeka. Malangnya setelah rakyat
sudah stabil ekonomi mereka, mereka dilanda pula oleh dakyah ala perang
minda yahudi, iaitu dengan memberi candu kepada orang Melayu supaya hidup
dalam dunia khayalan dan hiburan yang lalai lagi melalaikan.
Saya berdoa agar Tengku dan anak-anak sentiasa tenang dan dapat menjalani
kehidupan seperti biasa. Anggaplah apa yang berlaku ini hanyalah drama
swasta yang lambat laun akan tamat jua. Kami yakin yang satu hari nanti
bekas laki Tengku akan kembali kepangkuan keluarganya yang hakiki. Biarkan
dia hanyut untuk sementara waktu ini. Lambat laun dia akan kembali
kepengkalannya. Tengku sendiri pun sudah sedia maklum tentang dunia artis.
Tak pernah ada artis dapat hidup bahagia berpuloh-puloh tahun. Kita tunggu
je lah... satu hari nanti bekas laki Tengku akan berkata "anak-anak adalah
segala-galanya bagi saya" .... "siti bukanlah seperti yang saya harapkan"
...... "dunia glamour bukanlah tujuan hidup saya" ..... "Tengku Zawyiah
adalah perempuan dan isteri yang terbaik untuk saya" ....... "saya serik
dengan ujian ini , Tengku dan anak-anak adalah anugerah terbaik untuk
saya" ....... "sudah tiba masanya saya kembalikan siti kepada
peminat-peminatnya" ....... "anak-anak ku, maafkan ayah atas kesilapan
masa lalu yang pedih ini " ..... dan bermacam-macam lagilah tajuk-tajuk
besar didada suratkabar Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia satu
masa nanti.
Sekian.... selamat bercuti dan kirim salam kepada anak-anak Tengku.
Wasalam |
|
|
|
|
|
|
|
Harakah
CAP persoal keperluan hebahan besar-besaran perkahwinan artis
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Hrkh) - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mempersoalkan keperluan membesarkan-besarkan laporan perkahwinan seorang artis baru-baru ini yang dakwanya tidak banyak menyumbang kepada kebaikan rakyat dan negara.
Malah, menurut Presiden CAP, SM Mohamed Idris, hebahan besar-besaran majlis itu menyumbang ke arah nilai-niai negatif, antaranya pembaziran dan menyalahi hukum agama.
Berikut adalah kenyataan penuh CAP.
GAMBARAN dan laporan melampau berhubung perkahwinan seorang artis terkenal dengan seorang usahawan tempatan di dada-dada akhbar baru-baru ini telah menimbulkan persoalan, apakah kesannya kepada masyarakat sehingga mengkesampingkan isu-isu yang lebih penting daripadanya.
Adakah wartawan-wartawan hiburan tidak tahu memilih sesebuah berita atau itulah sahaja sebuah 'current issue'. Sedangkan banyak lagi isu yang boleh diketengahkan untuk tatapan umum.
Yang nyata kesannya kepada masyarakat ialah sehingga menganggap isu-isu itu adalah isu negara, isu terpenting dan kadang-kadang menenggelamkan teguran atau nasihat seorang mufti atau ulama.
Lebih parah lagi apabila isu-isu seperti ini di 'highlight', menggambarkan masyarakat Islam khususnya, gila kepada budaya pembaziran, budaya kemegahan, budaya hiburan. Ia menggambarkan juga di Malaysia ini orang-orang yang penting ialah golongan artis.
Kini, isu percintaan, perkahwinan, persiapan ke arah majlis kenduri perkahwinan melampaui isu-isu lain. Ia bukan saja mendapat penonjolan di dalam akhbar perdana di muka hadapan, tetapi juga mendapat liputan khas melalui TV, satu-satunya media elektronik yang sangat memberi pengaruh.
Semua liputan dan berita seolah-olah pasangan ini pasangan yang cukup 'ideal', melebihi percintaan Romeo dan Juliet, Laila dan Majnun, Uda dan Dara dan kemegahan membina tugu cinta mereka sama dengan Shah Jahan yang membina Taj Mahal.
Tetapi masyarakat yang mabuk dengan isu ini, yang menganggap artis adalah segala-galanya lupa beberapa sejarah pahit yang memalukan.
Perkahwinan sememangnya baik dan seharusnya kita berdoa agar pasangan (tidak saja artis) kekal jodoh sehingga akhir hayat. Tetapi kenapa berita ini menjadi lebih penting daripada yang lain dan digembar-gemburkan oleh media.
Ia sudah menjadi riak, takbur, membazir, melampau dan kadang-kadang sampai melanggar tata susila hukum. Namun apa yang mendukacitakan, ulasan-ulasan dan paparan dari wartawan hiburan seperti ini tidak mengambil kira hal-hal hukum kerana mahu meng'highlight'kan orang-orang seumpama ini.
Antaranya ialah sebanyak tujuh kamera digunakan di Masjid Wilayah Persekutuan bagi tujuan merakamkan upacara perkahwinan. Siaran secara langsung pula dibuat. Pentas khas diletakkan di dalam ruang masjid, satu-satunya rumah ibadah. Seramai 30 krew produksi pula akan bekerja keras.
Memanglah masjid sangat baik dijadikan tempat ijab qabul pernikahan. Tetapi apabila ia menunjukkan seperti melampau, riak dan bermegah-megah, menunjukkan kehebatan, apakah ia baik di sisi agama?
Kita tidak tahu, apakah ia mendapat restu dari pihak pentadbir agama dan masjid di situ? Jika ia direstu dan diluluskan begitu mudah, alangkah malangnya pemikiran sebegitu rupa kerana pihak bertanggungjawab juga terbawa-bawa dengan budaya keglamoran artis-artis.
Bukan masanya lagi apabila ada orang berkata, apa pun yang dilakukan oleh seseorang, itu adalah hak mereka. Memang sesiapa pun boleh mengeluar hantaran berjuta ringgit, belanja majlis perkahwinan berjuta, merancang akad nikah di dalam kolah masjid atau sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit.
Tetapi dalam masa yang sama, tidakkah kita merasa prihatin, sensitif dan peka terhadap enam ratus kanak-kanak yang menghidap sakit jantung, yang melanda kebanyakan keluarga berpendapatan rendah?
Bagaimana dengan nasib mangsa peperangan di Lubnan, Palestin, Iraq dan Afghanistan? Bagaimana dengan nasib masa depan anak dan isteri yang ditinggalkan ini?
Tergamakkah kita memakan juadah dan majlis santai meraikan pengantin, tetapi dalam masa yang sama, ada mereka yang menjerit kesakitan kerana luka dan berpenyakit kronik.
Memang di sisi lain mungkin akan dijawab ia tidak ada kena mengena. Tetapi itulah sebenarnya gambaran masyarakat kita. Jika ia tidak dilakukan oleh pihak yang terlibat, siapakah pula yang bertanggungjawab menggembar-gembur hal ini.
Lebih-lebih lagi para artis di negara kita menjadi 'role model' kepada golongan remaja dan kami percaya kita perlu menyemai budaya yang lebih baik dan bukannya pembaziran dalam melakukan sesuatu.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat hal ini. Ia bukan satu tafsiran cemburu tetapi mestilah dilihat dalam bentuk keprihatinan, kepekaan terhadap orang lain yang turut menjadi anggota masyarakat Malaysia. Ia juga satu bentuk budaya bermegah, membazir yang tidak dituntut oleh mana-mana agama mahupun budaya yang sihat.
Kesederhanaan adalah yang terbaik dan CAP mengharap semua pihak dapat mengamalkan sikap dan budaya ini. - lanh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bu_er at 25-8-2006 11:45 AM
huhu....panjang nye thread ni....papehal...semoga siti tabah dalam menempuh halangan setelah bergelar isteri ni....biar ape org nak kate...bukan betul pun....
betul tu.. mcm la yang ngata tu semua betul... perfect |
|
|
|
|
|
|
|
'Tergamakkah kita memakan juadah dan majlis santai meraikan pengantin, tetapi dalam masa yang sama, ada mereka yang menjerit kesakitan kerana luka dan berpenyakit kronik.'
kenyataan yang tak logik langsung..
banyak lagi keraian lain kenapa tak pertikaikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
rakan2 korporat dk pernah bertanya, kalu setakat nak kawin ngan siti seorang artis, kenapa sampai perlu ceraikan istri. dk kata sitit tak mau dimadu...btol la kata bang madu_tiga dulu.
pempuan ni memang kejiiiiii!!!!
wawancara akhbar indon dgn rakan karib TZ
Berikut adalah petikan akhbar dari Indonesia yg telah membuat wawancara dgn rakan karib tengku Zawyah iaitu Datin Zah. Datin Zah telah memberi tahu cerita sebenar disebalik kisah cinta gelap Siti - Datuk K yg dianggap sebagai perampas suami orang. Sumber : Koran Surya Online ---> http://www.surya.co.id/naskah.php?id=14361&rid=9
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surabaya
Pasangan itu ternyata sudah menjalin hubungan dua tahun lebih. Menurut Datin Zah--yang mengenal dekat Khalid dan mantan istrinya Tenku Zawyah--keduanya sudah mempunyai hubungan dekat seperti keluarga. Zawyah menganggap Siti seperti adik kandungnya sendiri. ``Bisa dibayangkan betapa remuknya hati Zawyah setelah tahu suaminya mempunyai hubungan cinta dengan Siti,`` kata Datin Zah yang ditemui Surya tadi malam.
Datin Zah, yang sekarang menjadi pengusaha teknologi informasi, menolak mengungkapkan jati dirinya secara utuh karena ingin menjaga hubungan dengan Khalid. Selain itu, dia juga tidak ingin lebih menyakiti hati Zawyah dengan mengungpakan kisah cinta gelap Khalid.
Berikut ini tanya jawab Surya dengan Datin Zah:
Selamat malam, Ibu!
Z: Selamat malam! (Ia tersenyum)
Wah, pernikahan Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid menjadi isu terhangat di Malaysia sepekan terakhir?
Z: Betul sekali. Tapi saya kaget sekali media di sini (Indonesia) begitu berani mengungkap fakta lain di balik berita pernikahan mereka (Siti-Datuk K). Di sana (Malaysia) media sangat hati-hati. Tak ada yang berani ungkap hal lain! Mereka tidak. (Tersenyum sambil geleng-geleng kepala. Zah bicara dengan penuh semangat)
Maksud ibu, soal yang mana?
Z: Soal sikap warga Malaysia yang memprotes perkawinan Siti. Memang betul ada kabar Siti akan dilempari jika ia diarak di tempat terbuka, tapi tidak tahu siapa yang akan melakukannya. Orang Malaysia sudah tahu semua. Itulah kenapa rencana naik kereta kuda batal. Bukan alasan security (keamanan).
Mengapa sampai begitu? Apa ada yang tidak suka dengan pernikahan Siti-Datuk K?
Z : Oh...pasti. Sejak pernikahan itu terjadi, penggemar Siti nak pisah jadi dua. Ada yang masih suka..ada yang sudah tidak suka sama sekali. Termasuk saya dan keluarga. (Zah lalu tertawa). Sudah banyak yang tahu siapa sebenarnya Siti termasuk kisah gelap mereka sebelum menikah.
Apa benar mantan istri Datuk K, Tengku Zawyah menolak pernikahan itu?
Z: Saya memang tak banyak cakap dengan dia (Tengku Zawyah) tapi family saya adalah sahabat Zawyah. Saya lebih kerap ketemu di berbagai majlis (pertemuan) dengan Datuk K. Pastilah pernikahan itu tak direstu. Tengku Zawyah dicerai, bukan minta cerai.
Sebenarnya sejak kapan Datuk K menjalin kasih dengan Siti?
Z: Begini ya. Siti itu sudah dianggap adik sendiri oleh Tengku Zawyah. Mereka kerap makan bersama dan Siti kerap bertandang ke rumah Datuk. Itu berlangsung sangat lama. Jadi tidak benar kalau Siti bilang baru di London dekat dengan Datuk. Awalnya memang hubungan bisnis lantas jadi pertemanan. Bisnis Datuk K yang paling menonjol sebagai suplier film. Jadi dekat dengan artis. Dia bantu Siti mendanai production housenya (Siti Nurhaliza Production House). Dari cerita Tengku Zawyah lewat kerabat saya, Siti dan Datuk intim dua tahun lebih. Coba bagaimana perasaan Anda andai jadi Tengku Zawyah? Jadi benar kalau menyebut Siti seorang perampas suami orang.
S : Kalau memang seperti keluarga, bagaimana sikap orangtua Siti melihat hubungan intim Siti dan Datuk K?
Z : Orangtua Siti, terutama ayahnya, malu sekali. Mereka baik sekali dengan Tengku Zawyah dan keluarganya. Tapi bagaimana jika Siti hendak terus (meneruskan hubungan dengan Datuk K)? Tengku Zawyah itu masih kerabat Kerajaan Kedah. Siti orang biasa yang ingin naik kelas. Pantaslah kalau Datuk Khalid yang diincar.
Datuk K termasuk orang kaya di Malaysia?
Z: Dia memang kaya. Pasti itu yang dicari Siti. Pria mapan yang mencukupinya dari materi. Banyak yang tahu rahasia konser Siti di London. Sebenarnya konser itu tak sesukses yang dikabarkan. Bahkan merugi. Datuk K yang menutup kerugian itu. Hubungan intim mereka jauh sebelum itu. Sebelum dengan Siti, Datuk K memang sudah sering banyak perempuan di dekatnya. Jadi ini bukan yang pertama.
Ibu tahu penyebab perceraian Datuk K-Tengku Zawyah?
Z : Semua sudah tahu. Tengku Zawyah sebenarnya rela dimadu. Dia biarkan kalau memang suaminya ingin menikahi Siti. Tapi Sitinya tak mau. Tengku Zawyah pun sempat marah. Mungkin karena merasa seorang Diva. Dia malu pasti jadi madu. Maka dia paksa Datuk K membuat pilihan. Siti tak madu dimadu. Tahu kan maksud saya? Sejak intim dengan Siti dan berniat menikahi, Datuk K sering bertengkar dengan Tengku Zawyah dan keluar itu kata cerai. Tapi mereka baikan lagi sebelum akhirnya benar-benar dicerai.
Kapan terakhir Anda bertemu dengan Tengku Zawyah?
Z: Mei lalu. Di majlis pernikahan kerabat saya. Tapi tak banyak bicara. Tengku Zawyah dan Datuk K sama-sama datang tapi sendiri-sendiri. Di majlis mereka juga pisah. Tengku Zawyah banyak bercakap dengan kerabat saya, sahabatnya. Terlihat jelas mereka sangat jauh (hubungan Datuk K-Tengku Zawyah).
Apakah anak Datuk K yang merestui pernikahan ayahnya?
Z: Macam mana ada anak yang suka ayahnya menikah lagi? Apalagi setelah menyakiti ibu kandungnya? Kalau memang anak-anak Datuk setuju, pasti mereka datang ke Majlis pernikahan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
laaa....DK ada penyakit kencing manis ker????
ishhh...parah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
sian kat bekas mod...tak de org nak reply;)
em.....nape tak buat cengkerama kat cini ek...........:hmm: |
|
|
|
|
|
|
| |
|