harumanis posted on 24-1-2014 03:12 PM
baca at mana? tempek arr sini..........
orang pn baru gugel tadi.....mycute penah cite pasal KF ngan patia ni dulu
nah kak....orng amek kt beautipul nara
Keith Foo Nafi Putus Cinta Dengan Aktres Indonesia Kerana Nur FathiaMungkin ramai yang telah mengenali Keith Foo, pelakon berbangsa cina kelahiran Negeri Sembilan yang juga merupakan pelakon yang terkenal di Indonesia. Kebelakangan ini Keith banyak menumpukan untuk membina kerjaya di Malaysia dan kemahirannya berbahasa Indonesia membolehkan dia membawa watak lelaki seberang dengan baik.Sejak sekian lama juga Keith diketahui bercinta dengan pelakon Indonesia Tyas Mirasih, namun baru-baru ini hubungan cinta mereka telah putus. Ada yang menyatakan terdapat seorang pelakon lelaki Malaysia yang merapati Tyas waktu aktres Indonesia itu bekerja di Malaysia baru-baru ini, dan ada juga desas-desus yang menyatakan Keith berpisah dengan Tyas kerana Nur Fathia, yang berlakon dengannya dalam drama ‘Dalam Setiap Sujud’ yang ditayangkan di TV9. Fathia juga dikatakan telah menolak lamaran cinta seorang kerabat diraja kerana sukakan Keith.
Bagaimanapun, Keith menafikan dakwaan itu, dan menganggap gosip sebagai lumrah dunia artis.
Fathia seorang wanita yang berbakat dan cantik tetapi itu tidak bererti kami bercinta kerana hubungan itu sekadar kawan sahaja.