Edited by JoyahMengayah at 19-10-2023 12:58 PM
BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mendakwa pihaknya menggagalkan ‘sel pengganas’ di Lubnan, sambil menuduh ada kumpulan tidak dikenali di seberang sempadan melancarkan serangan bom mortar ke kawasannya sewaktu berperang dengan pejuang Hamas.
Dalam satu kenyataan, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah kawasan di Lubnan yang mana pihaknya mengesyaki kereta kebal antipeluru berpandu melancarkan serangan terhadap komuniti Israel berhampiran sempadan.4
Mengikut dakwaan tentera Israel kelmarin, serangan dilancarkan pihaknya membunuh sekurang-kurangnya empat pejuang warga Lubnan kerana cuba menyusup melintasi sempadan.
Bagaimanapun, dalam kenyataan itu tidak memperincikan kemungkinan ada kumpulan yang bergabung dengan pejuang berkenaan.
Susulan perang Israel dengan Palestin, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat di seluruh dunia bahawa situasi itu berkemungkinan boleh merebak jika kumpulan pejuang Hezbollah yang disokong Iran di Lubnan, bertindak campur tangan di utara Israel. -Utusan
|