Reply 558# the0ne
mari sama sama tgok info nih.. baru carigali gak nih
Pengenalan Halia (Zingiber officinale Rsc.) adalah tanaman yang diusahakan secara kecil-kecilan untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan. Rizom halia banyak digunakan sebagai rempah perasa dalam makanan dan ubat. Halia ditanam samada sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah mineral dan gambut. Penanaman halia di tanah gambut mempunyai potensi sebagai tanaman kontan dan tanaman selingan. Halia biasanya ditanam di ladang-ladang nenas, kelapa sawit, getah dan buah-buahan. Khasiat dan Kegunaan Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-­ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri. Jenis-jenis Halia Jenis-jenis utama yang ditanam di negara ini ialah Halia Bentong, Halia Taiwan dan Halia Indonesia. Jenis Bentong – Mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (belendir dan berair).
Warnanya keputih-putihan. Jenis Taiwan – Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, berlendir dan sederhana pedas. Jenis Indonesia – Mempunyai rizom yang panjang dan berwarna kuning muda. |