Banjir melanda, Melaka buka empat PPS

[size=14.399999618530273px]Banjir di Lebuh AMJ, Melaka Tengah. - Foto FB Jabatan Kerja Raya Melaka
[size=14.399999618530273px]
MELAKA: Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di negeri ini susulan hujan lebat berterusan sejak jam 6 pagi tadi. Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, PPS terbabit adalah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim, Balai Raya Kampung Lapan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong bagi daerah Melaka Tengah, PPS di Jasin membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum. Katanya, PPS terbabit dibuka mulai jam 9 pagi dan sehingga tengah hari tadi, semua mangsa dalam proses mendaftar di PPS berkenaan. "Hujan lebat berterusan sejak jam 6 pagi tadi menyebabkan beberapa lokasi dan laluan sekitar Bandaraya Melaka dinaiki air, antaranya di Jalan Ong Kim Wee, Kampung Pengkalan Rama Pantai, Banda Kaba, Taman Desa Duyong, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Cheng dan Kampung Chetti. "Turut terjejas Kampung Batu Berendam, Kampung Kolam, Kampung Limbongan, Taman Pandan Mawar, Jalan Zahir Taman Malim Jaya, Jalan Merdeka, Taman Pandan Jaya, Taman Gadong Perdana, Taman Bertam Perdana, Taman Pandan Malim, Lorong Pandan, Bakar Batu, Taman Balqis Balai Panjang. "Taman Malim Permai, Kampung Solok Samak, Kampung Padang Pokok Mangga, Bandar Kaba,Bukit Cina, Bukit Tempurung, Kampung Bandar Hilir, Kampung Air Leleh, Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Kampung Pengkalan Renggam, Ayer Molek, Paya Dalam, Taman Rambai Indah, Kampung Klebang Kecil, Kampung Pokok Manggis Pulau Gadong," katanya. Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, beberapa kumpulan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi untuk membantu mangsa. "Seawal jam 8 pagi pihak kami menerima panggilan mengenai banjir di Lorong Pandan di Taman Kesidang. "Pasukan operasi membantu menyelamatkan seorang wanita dan bayinya yang berusia 12 bulan. "Kami juga menerima panggilan kecemasan untuk membantu seorang lelaki dan wanita berusia 50-an yang terperangkap di Pengkalan Rama Pantai," katanya. JBPM Melaka melakukan rondaan di kawasan dikenal pasti berisiko banjir selain memantau paras sungai utama dari semasa ke semasa. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dalam kenyataan mendoakan kesejahteraan semua mangsa bencana berkenaan. "Sama-sama kita berdoa hujan di Melaka segera berhenti. Saya juga berdoa semoga dipermudahkan segala urusan bagi warga Melaka yang ditimpa banjir, insya-Allah, bantuan sedang dilaksanakan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1369277/banjir-melanda-melaka-buka-empat-pps
|