Edited by dani-rox at 4-3-2017 04:15 AM
INSIDEN DYATLOV PASS
Pada 25 Januari 1959, Igor Dyatlov (23thn) mengetuai sekumpulan pendaki gunung yg terdiri drpd 8 org belia Soviet – tujuh lelaki termasuk Igor, dan dua perempuan -- kebanyakannya penuntut universiti, menuju ke pergunungan Ural. Mereka bercadang utk mencapai kemuncak Gunung Ortorten, bermula dari penempatan kecil di Vizhai.
Senarai ahli kumpulan pendaki/peluncur: 1. Igor Alekseievich Dyatlov (Игорь Алексеевич Дятлов), 23 thn 2. Yuri Nikolaievich Doroshenko (Юрий Николаевич Дорошенко), 21 thn 3. Lyudmila Alexandrovna Dubinina (Людмила Александровна Дубинина), 20 thn 4. Yuri (Georgiy) Alexeievich Krivonischenko (Юрий (Георгий) Алексеевич Кривонищенко), 23 thn 5. Alexander Sergeievich Kolevatov (Александр Сергеевич Колеватов), 24 thn 6. Zinaida Alekseevna Kolmogorova (Зинаида Алексеевна Колмогорова, 22 thn 7. Rustem Vladimirovich Slobodin (Рустем Владимирович Слободин), 23 thn 8. Nicolai Vladimirovich Thibeaux-Brignolles (Николай Владимирович Тибо-Бриньоль), 23thn 9. Semyon (Alexander) Alekseevich Zolotaryov (Семён (Александр) Алексеевич Золотарёв), 38 thn *Salah seorg peserta bernama Yuri Yefimovich Yudin (Юрий Ефимович Юдин), terpaksa balik awal di pertengahan pendakian kerana jatuh sakit. Beliau satu2nya terselamat drpd insiden tersebut, Yudin meninggal dunia pd 2013 berusia 75thn.
Akhirnya, ia mengambil 3 bulan utk menjejaki kesemua sembilan mayat mereka di Kholat Syakhl, yg juga dikenali sbg Gunung Kematian atau Gunung Orang Mati.
Peta posisi mayat
Mereka ditemui 6 batu dari destinasi yg dirancang, di dalam hutan yg sebatu jauhnya dr kawasan perkhemahan mereka, tanpa peralatan meluncur ski, kasut dan kot sedangkan waktu itu cuaca sejuk mencecah -30 darjah fahrenheit. Tengkorak dua drpd mereka didapati retak, dua lagi mengalami keretakan bahagian dada, manakala seorg lagi kehilangan lidah. Pihak penyiasat Soviet menyifatkan punca kematian pendaki muda itu sbg ‘semulajadi’, dan tergesa2 menutup kes itu tidak sampai sebulan selepas penemuan mayat.
Mayat Igor Dyatlov
Antara fakta2 kes yg telah diketahui umum; Enam drpd pendaki /peluncur mati akibat hipotermia (kesejukan terlampau) dan tiga lagi adalah kerana kecederaan. Mereka mati secara berasingan – dua drpd mereka ditemui di bawah pokok cedar berhampiran dgn unggun api, tiga mayat pula berada beberapa ratus kaki drpd pokok tersebut, empat lagi di celah gaung cetek 250 meter jauhnya drpd mayat2 lain. Dua mayatmempunyai tanda melecur pada tangan mereka. Mayat2 dlm gaung hanya berjaya ditemui pada 4 Mei, tiga bulan selepas insiden tersebut. Apa yg menambah kepelikan pd kes ini adalah mereka memakai pakaian bukan kepunyaan sendiri –kaki Ludmila Dubinina dibalut dgn cebisan drpd seluar Yuri Krivonischenko ,sementara Semyon Zolotaryov memakai topi dan kot Dubinina, sebahagian drpd pakaian itu terkoyak, seolah2 dibuka secara paksa drpd tubuh si pemakai. Terdapat 7-8 set kesan tapak kaki di dlm salji secara konsisten, yg para penyiasat sahkan milik para pendaki itu. Tiada tanda pergelutan atau orang asing, atau haiwan menceroboh kawasan perkhemahan mereka. Walau bagaimanapun, para penyiasat yakin waktu kematian mereka adalah pd malam 2 Februari, di mana berlakunya ribut salji – setelah membaca diari para pendaki malang itu.
Kawasan perkhemahan mereka terletak di lereng gunung Kholat Syakhl pd paras 3600 kaki. Seluruh para peluncur itu dikatakan pendaki gunung yg berpengalaman, pernah meluncur di tasik beku dan kawasan tandus. Walaupun menghadapi cuaca buruk dan perjalanan yg perlahan tidak spt yg dirancang, catatan terakhir diari mereka menggambarkan kegembiraan dan semangat positif. Selari dgn persahabatan ala Soviet waktu itu, mereka turut menerbitkan akhbar kecil yg menceritakan perjalanan mereka bertajuk ‘The Evening Ortoten’.
Yuri Yudin (tengah) memeluk Dubinina sebelum meninggalkan mereka semua dan balik ke kpg halaman atas sbb kesihatan.
Para peluncur bergambar bersama pekerja2 balak
Kiri ke kanan; Nicolai Thibeaux-Brignolle, Luydmila Dubinina, Semyon Zolotarev dan Zinaida Kolmogorova
Para peluncur sedang mendirikan khemah pd 2 Feb. 1959
Setelah 5 mayat pertama ditemui, satu penyiasatan rasmi bermula, tetapi ditamatkan dgn hipotermia sbg punca kematian. Ini kerana melihat pd keadaan mayat dlm fasa pakaian berbeza, termasuk salah seorg yg hanya berseluar dalam. Hal ini dinamakan sbg ‘paradoxical undressing’, berlaku kpd 25% mangsa hipotermia – di mana ‘hypothalamus malfunctions’ dan suhu badan terasa spt meningkat sedangkan hakikatnya tubuh badan mangsa semakin sejuk.
Walau bagaimanapun, semakin para penyiasat mengkaji dgn lebih mendalam, kes ini semakin aneh.
Khemah mangsa didapati rosak teruk – dgn potongan yg dibuat dr dalam, dan kesemua barangan mereka tidak terusik. Kenapa mereka dikatakan mati akibat terdedah pd kesejukan terlampau, memandangkan mereka masih boleh mendapatkan peralatan dan pakaian tebal SEBELUM keluar? Tempat kejadian menunjukkan mereka keluar secara kelam kabut dan tergesa2. Apa yg pelik, Zolotaryov meninggalkan khemah bersama kamera tetapi melupakan pakaian dan peralatan musim sejuknya. Begitu juga dgn Rustem Slobodin – bersama2 Dyatlov dan Zinaida Kolmogorova, mati dlm gaya seolah2 sedang kembali ke khemah mereka – tengkoraknya turut retak, tetapi para penyiasat mengatakan elemen semulajadi yg menyebabkan kematiannya. Tiada kecederaan luaran ditemui.
Para penyiasat bertambah bingung apabila empat mayat di dlm gaung ditemui dan diperiksa; kedua2 Dubinina dan Zolotaryov patah tulang rusuk, manakala tengkorak Nicolai Thibeaux-Brignolles retak teruk. Salah seorg penyiasat menyamakan kecederaan serius ini dgn apa yg dialami oleh mangsa kemalangan jalan raya. Kecederaan sebegini tidak mungkin dilakukan oleh manusia. Sekali lagi tiada tisu lembut yg terkesan, walaupun mayat mereka semua kelihatan spt telah dilenyek dgn sesuatu yg berat. Apabila lidah dan mata Dubinina didapati hilang, teori kehadiran org asing timbul – siapa yg sanggup berbuat kejam ke atas mangsa? Mengapa? Atau adakah rakan peluncur lain yg punya angkara? Ke mana lidah dan matanya dibawa/buang? – Apapun, tiada bukti menunjukkan org lain berada di kawasan itu, termasuk org tempatan kaum Mansi. Dan yg paling mengejutkan, pakaian pd beberapa mangsa telah disahkan mempunyai kesan radiasi.
Oleh kerana para penyiasat ‘tiada suspek’, penyiasatan ditutup pd Mei 1959, hanya beberapa minggu selepas penemuan empat mayat terakhir, fail2 berkaitan dgn kes ini terus dihantar ke arkib dan diklasifikasikan sbg rahsia. Selepas kejatuhan Soviet Union, fail2 ini dibuka semula namun ada beberapa bahagian yg hilang secara misteri.
Gambar misteri ini diambil dr kamera Yuri Krivonischenko
Siapa atau apa yg sedang bersembunyi di belakang?
Memandangkan tiada jawapan dan rumusan rasmi berkenaan kes yg aneh ini, maka sepanjang 50thn lebih teori2 baik yg rasional mahupun yg tidak masuk akal mula bertebaran. Namun apabila kerajaan Soviet yg berkeras ingin menutup kes ini dgn segera, menjadikan mereka sbg suspek utama oleh pengkaji dan peminat2 teori konspirasi. Dikatakan bbrp sfera berwarna jingga telah dilihat di langit pd mlm kejadian 50 batu dr kawasan perkhemahan; menurut pengkaji ini adalah hasil pelancaran peluru R-7 intercontinental dari Balikonur Cosmodrone ke Chyornaya Guba iaitu tempat ujian nuklear Soviet —secara kebetulan khemah para peluncur itu berada di dlm laluannya. Berdasarkan pd tahap radiasi pd pakaian mangsa, para pengkaji berspekulasi bahawa mangsa telah meminum cairan ais yg telah tercemar dgn bahan radioaktif. Seorg saksi berusia 12 thn yg juga menghadiri pengebumian lima peluncur memberitahu kulit mayat berwarna ‘perang gelap’.
Suasana majlis pengebumian
Sehingga ke hari ini, masih belum ada sebarang penjelasan saintifik mengenai kematian 9 org peluncur ini. Beratus2 penerbitan buku, kupasan oleh wartawan dan juga kisah fiksyen, satu pun tidak memuaskan hati bg sesiapa mengikuti kes misteri tersebut. Kawasan gunung di mana para pendaki/peluncur itu mendirikan khemah dinamakan sempena ketua mereka, Dyatlov dan Yayasan Dyatlov yg diasaskan oleh Yuri Kuntsevich – iaitu saksi remaja yg pernah menghadiri pengebumian mereka pd 1959 – berusaha mendesak kerajaan Rusia utk membuka semula penyiasatan. Yayasan itu juga mengendalikan Muzium Dyatlov di Ekaterinaburg, sbg tanda peringatan peluncur2 yg meninggal dunia dan menceritakan kematian mereka yg penuh tragis dan aneh itu.
Monument mangsa2 insiden Dyatlov Pass
|