|
Reply #565 dino's post
x la, dayang terlampau urban la, dah la dia buat lagu penawar Rindu lagi x sedap dr bersi Ina Naim
Jac sebab vokal power, Mawi sebab dia leh nyanyi lagu Melayu, kalau ada hantar 2 wakil kan senang |
|
|
|
|
|
|
|
Solo Artistes
WAKIL BEBAS
Reshmonu
Shanon Shah
WAKIL AF
Mawi
Adam
Farah
WAKIL OIAM
Dayang
WAKIL MI
Dina
Jac
Daniel Lee
WAKIL MENTOR
Ezlynn |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #569 lampor's post
mawi tue letak under wakil rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
PRELUDE IKON MALAYSIA - 21/5/07, 9 MLM, ASTRO RIA. :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Ikon Malaysia utamakan bakat bukan populariti
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
Mawi, Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor antara artis solo bakal bersaing bagi musim pertama
BERTENANGLAH peminat hiburan tanah air kerana peserta Ikon Malaysia akan dinilai berdasarkan bakat dan keupayaan mereka sebagai penyanyi dan tidak sesekali akan dipengaruhi oleh populariti mereka. Begitulah jaminan yang diberikan ketua juri program terbaru yang akan memulakan siarannya pada Isnin ini di Saluran Astro Ria, Ramli MS.
Dengan kuasa 70 peratus sistem penghakiman berada di tangannya serta dua lagi juri, Mac Chew dan Jenny Chin, Ramli berkeyakinan juara sebenar yang memiliki kebolehan yang tinggi sebagai penyanyi akan dapat dilahirkan.
"Pada pertandingan ini, kami melihat kepada kreativiti seseorang peserta serta apa yang mereka boleh lakukan di pentas dalam masa yang diberikan. Seseorang penyanyi sebenar perlu mempunyai semua kriteria ini - kebolehan dan kreativiti. Apabila dia muncul juara nanti, dia bukan lagi membawa nama sendiri, tetapi turut memikul nama Malaysia bersama. Jadi, pemenang harus muncul daripada mereka yang benar-benar berkemampuan.
"Kami juga akan menilai mereka sebagai penyanyi profesional, bukan pelajar atau sekadar peserta pertandingan. Pertandingan ini adalah untuk mencari penyanyi bukan personaliti," kata Ramli yang memberitahu peserta Ikon Malaysia boleh menyanyikan sebarang lagu, asalkan karya terbabit ialah hasil cipta komposer tempatan.
Ramli ditemui pada majlis pelancaran program berkenaan di The Ascott, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Hadir sama pada petang itu peserta program serta Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan.
Menurut Khairul, Ikon Malaysia sebuah program televisyen yang cukup berlainan daripada rancangan pertandingan nyanyian sedia ada. Ia akan disertai 10 artis solo dan sembilan kumpulan muzik di negara ini. Mereka bertanding bagi merebut gelaran juara, seterusnya mewakili Malaysia ke peringkat Asean.
"Selain Malaysia, rancangan serupa diadakan juga di Indonesia dan Filipina. Mereka akan memulakannya beberapa hari selepas negara ini menyiarkannya. Begitupun, kami masih lagi belum memutuskan tempat dan tarikh bagi konsert akhir membabitkan ketiga-tiga negara ini," kata Khairul yang berharap Ikon dapat dijadikan acara tahunan.
Katanya, matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk membantu memperkembangkan lagi industri muzik Malaysia dan serantau. Dia percaya, dengan Astro sebagai pelantarnya, mereka mampu melakukan sesuatu yang cukup bermanfaat pada dunia muzik peringkat Asean.
"Justeru, rasanya hadiah kemenangan bukan lagi perkara utama. Saya yakin, setiap artis terbabit lebih menghargai peluang diberikan kepada mereka, untuk menjadi sebahagian daripada program yang memberikan pendedahan secara besar-besaran, bukan hanya di negara sendiri, bahkan negara di rantau Asia Tenggara," ujarnya.
Khairul turut melahirkan kebanggaannya apabila Malaysia menjadi negara pertama rantau ini yang menerbitkan rancangan seumpamanya. Dia juga mendedahkan impian untuk menyaksikan program itu membabitkan lebih banyak negara Asia Tenggara pada masa akan datang.
Ikon Malaysia, padanya, mampu muncul program yang diperkatakan ramai orang, apatah lagi dengan kerjasama diberikan Ikon Media Group, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Era.
Artis solo yang bersaing dalam musim pertama Ikon Malaysia ialah Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Farah, Dina, Ezlynn, Mawi, Reshmonu, Daniel Lee, Adam dan Shanon Shah. Manakala bagi kategori kumpulan, ia membariskan DefGabC, Jinbara, May, Mirwana, Flop Poppy, Gerhana Ska Cinta, OAG, Disagree dan Amuk.
Ditanya apakah pihak Astro mampu memberikan keyakinan tiada lagi artis akan menarik diri pada saat akhir, selepas kumpulan rock Search mengumumkan pengunduran, Khairul berkata, dengan komitmen baik yang ditunjukkan artis terbabit, dia positif tidak ada lagi kes menarik diri akan terjadi selepas ini.
Tambahnya, kehadiran hampir kesemua peserta bertanding pada hari pelancaran itu sendiri memberikan gambaran cukup baik terhadap kesungguhan mereka menyertai rancangan berkenaan.
INFO:
CABARAN 10 artis solo bermula di Pentas Ikon Malaysia - Solo, pada 19 Jun ini, manakala sembilan kumpulan akan bersaing di Pentas Ikon Malaysia - Grup, pada 22 Jun, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
MELALUI sistem penghakiman 70 peratus juri dan 30 peratus undian peminat, empat artis solo dan empat kumpulan dengan markah tertinggi akan melangkah ke peringkat seterusnya. Selain itu, seorang artis solo dan sebuah kumpulan akan dipilih menerusi sistem penghakiman 100 peratus.
LIMA artis dari setiap kategori akan berentap pada peringkat separuh akhir pada 7 Julai, dengan dua artis solo dan dua kumpulan yang memiliki markah tertinggi akan ke peringkat akhir, pada 28 Julai.
PEMENANG tidak akan diumumkan selepas program siaran langsung tamat. Sebaliknya keputusan hanya diketahui apabila majlis pengumuman diadakan di Planet Hollywood, setiap Rabu, bermula 27 Jun.
BERMULA 21 Mei, 9 malam, penonton disajikan dengan barisan program Ikon Malaysia di Astro Ria, yang akan dihoskan Sarimah Ibrahim. Episod pertama, Intro Ikon Malaysia akan memberikan maklumat mengenai konsep, format, sistem undian serta pengenalan kepada peserta terbabit. Kesemua calon pula akan dapat dikenali lebih dekat menerusi 10 episod Profil Ikon Malaysia.
SMENTARA Buzz Ikon Malaysia yang menampilkan pengacara Dynaz, akan memberikan paparan mengenai gaya hidup dan temu bual eksklusif bersama peserta. Buzz juga akan mengimbas kembali persembahan peserta serta mengumumkan pemenang. Kompilasi video muzik dan klip persembahan artis dicalonkan akan disiarkan menerusi Klip Ikon Malaysia.
SEMPENA penganjuran program itu, EMI Malaysia mengedarkan album Anugerah Ikon 2007 membabitkan kesemua artis yang bertanding.
Juri Ikon Malaysia:
RAMLI MS
MAC CHEW
JENNY CHIN
Artis Solo:
DAYANG NURFAIZAH
JACLYN VICTOR
DINA
FARAH
EZLYNN
ADAM
RESHMONU
SHANON SHAH
MAWI
DANIEL LEE
Artis Berkumpulan:
MAY
AMUK
MIRWANA
OAG
DEFGABC
JINBARA
GERHANA SKA CINTA
FLOP POPPY
DISAGREE |
|
|
|
|
|
|
|
MAWI mesti masuk at least semi-final...
Al-maklumlah...nikan rancangan Astro....tayang kat astro...
YG tarik penonton... |
|
|
|
|
|
|
|
TOP 4 yg aku rasa akan masuk SEMI-FINAL based on quality
Artis Solo:
Hampir confirm . Peluang besar
DAYANG NURFAIZAH
JACLYN VICTOR
Lagi dua spot.....menjadi perebutan 8 artis
Satu mesti ada wakil penyanyi lelaki
So perebutan antara 3 artis yg ada peluang
RESHMONU - baru dpt award vokal terbaik
SHANON SHAH - Artis baru juga calon AIM yg meningkat naik
MAWI - artis paling popular
Satu Lagi Spot Adalah antara Artis berikut (kalau hanya 1 lelaki yg layak)
Ada harapan 50-50
DINA
FARAH
Harapan tipis...
ADAM - Harapan mungkin pada undian SMS
DANIEL LEE - emmm.....chinese tak tengok program nie
EZLYNN
|
|
|
|
|
|
|
|
Artis Berkumpulan CAm hampeh jerk...
Susah ler nak pilih
Wakil Kump. Rock - Mungkin 2 drpd di bawah masuk top 4
MAY
AMUK
JINBARA
DEFGABC
MIRWANA - satu-satunya kump Nasyid. Ada peluang masuk Top 4
GERHANA SKA CINTA - Juga berpeluang. Muzik yg berbeza
Salan satu daripada wakil group mainstream ini ada peluang but nor strong enough
OAG
FLOP POPPY
DISAGREE - Wakil artis inggeris tempatan |
|
|
|
|
|
|
|
Vokal terbaik AIM...
:pompom: Jac & Reshmonu :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
jac :pompom:
harapanku utk kalahkan artis2 filipina yg pasan bagus sgt tu |
|
|
|
|
|
|
lady_arviena This user has been deleted
|
saja je ena nak mawi menang |
|
|
|
|
|
|
|
nak JAC menang:pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
singapore tu ader ikon ker? semua hmapeh jer aku tgk... |
|
|
|
|
|
|
lady_arviena This user has been deleted
|
mawi :pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Intro Ikon Malaysia - 21/5, 9 mlm, Astro Ria
Profil Ikon Malaysia - 22/5, 9 mlm, Astro Ria
Ulangan: 12.30 tgh
[ Last edited by Rhyno at 21-5-2007 12:25 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
xder sorg pun artis mesia 'LAYAK' jadik IKON sumer plastik.. hahahaha.
Elok rancangan 2 diBUBARkan trus. Buang 'MASA', 'DUIT'.
IKON yang dipilih xlayak pun. Wakakaaka FANTASI tol korg nie |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Ramli MS jadi juri.. sah sah ler Jac dapat |
|
|
|
|
|
|
| |
|