|
Reply #583 artificialive's post
Cantiknya, teringin sungguh nak tanam...tapi....(aku ni mcm2 alasan) |
|
|
|
|
|
|
|
ni gambar pokok anak saya. memula beli mmg dia sibuk menjaganya. last2 sekarang, saya dgn abahnya pulak yang kena jaga. Masa beli ada 4 pots, and pots tu semua bertahan sampai sekarang.. dah 2-3 bulan jugak (kalau tak silap). macamana saya ensure ada pot baru yang akan keluar? or kena tunggu yang sedia ada tu kecut dulu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ummimon,
tu adalah spesis n. xventrata - hybrid di antara n. ventricosa dan n. alata. N. xVentrata ni adalah antara jenis neps yang sangta mudah utk hidup.
Setiap daun baru akan menghasilkan periuk, tak perlu tunggu pot lama kecut. Antara sebab utama tak keluar pot adalah, pokok tersebut diberi baja. Sebab tu la dia tak keluar pot. JANGAN bagi baja, melainkan dah biasa n tahu setakat mana keperluan nutrien pokok periuk kera
Antara sebab lain tak keluar pot adalah tak cukup pencahayaan. Periuk kera perlu cahaya yang terang, tapi bukan direct sunlight. Bright shaded sunlight.
Satu lagi sebab adalah kelembapan udara atau humidity. Tapi kebiasaannya, kadar humidity di malaysia dah cukup utk pokok neps menghasilkan periuknya.
Bergantung pada jenis, ada periuk kera yang daripada tanah rendah dan tanah tinggi. Kalau kita cuba utk tanam periuk kera dari tanah tinggi (kawasan sejuk) di kawasan tanah rendah, pokok tersebut tak akan mengeluarkan potnya, dan mungkin akan mati kalau suhu terlampau tinggi bagi pokok tersebut.
Kalau ada masalah ttg periuk kera, bole ditanya di thread ini atau bole pm saya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #586 artificialive's post
artificialive - thanks.
tiap2 2 minggu saya bubuh baja tahi ayam... hu hu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haaa, tu silap tu. heheh
ok, stop daripada bagi baja. buang baja dalam pasu tu kalau ada, flush dengan air banyak2 sampai air keluar dari bawah pot tu. Lagi banyak air yang dilalukan, lagi bagus utk membuang nutrien. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #588 artificialive's post
Art...maknanya pokok ni tak perlukan bajalah yee... |
|
|
|
|
|
|
|
Yupp.. tak perlu baja. kalau bagi baja, nanti dia tak keluarkan periuk, dan kemungkinan bole mati... jangan terus je ikut cakap apek/ nyonya nursery sbb diorang tak pandai sgt menjaga neps, melainkan nursery yg mmg khas jual neps.
Ada sekali tu, sy saje tanye nursery tu, knapa pokok saya layu n mati. saje je nk test dia. dia jawab, sebab tak cukup baja, so pokok tu mati. tu mmg jawapan yg SALAH sama sekali. Banyak info ttg penjagaan neps di internet boleh google.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #590 artificialive's post
Thanks Art, nampak gaya jimat belanja bela pokok nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yup, just siram air je pokok ni sensitif terhadap air.. kalau terkurang air je, periuknya akan kecut, kering dan mati. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak macam senang nak jaga... |
|
|
|
|
|
|
|
Alifinara,
Gambar number 1 dan gambar yang lain tu diambil dari kedai yang berbeza eh?
yang RM40 tu adalah N. xMiranda.. sebab tu mahal sikit berbanding dgn yang di nursery biasa. Yang di nursery biasa tu, adalah N. Fusca x Maxima. Rupa bentuknya sama, tapi saiznya berbeza. Yang xMiranda tu boleh membesar sehingga 2 kaki panjang kalau fusca x maxima, tak bole membesar sehingga mcmtu.
Yang gambar number 3 adalah sarracenia. Sarracenia adalah sejenis pitcher plant juga, tapi berasal dari amerika. Gambar tu adalah Sarracenia Purpurea. Bergantung pada jenis, ada sarracenia yang memerlukan waktu dorman atau dormancy period, seperti Venus Flytrap.
Gambar number 4 dan number 1 adalah dari jenis yang sama - n. ampullaria. cuma gambar yang last tu adalah dari anaknya. kalau dah besar, dia akan tumbuh basal shoots, dan akan menjadi gambar number 1.
* kadangkala, bagi mata yang belum ada 'training', semua pokok periuk kera nampak sama sahaja. heheh tapi bila dah mengenali satu per satu pokok periuk kera yang berlainan jenis, dan tahu nilai eksotik dan ancaman kepupusan yang dihadapi spesis-spesis ini, baru kita dapat appreciate bahawa pokok-pokok ini memerlukan perlindungan dan kasih sayang daripada kita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #596 artificialive's post
Art, semuanya dr gerai yg sama..
Yeke...saya ni memang tak tau jenis apa, belasah jer...ha..ha... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hitamputih at 20-8-2007 12:36
pokok kami kena serang!!
memula periuk tu kering, takper ar maybe hujan, then my grandma gantung bwh pokok dpn rumah, asalnyer bawah beranda, terus kena gigit gigit
daun tinggal berapa keping j ...
alamak, sorry tak prasan posting ni.
kalau kene gigit tu, maksudnya ada la serangga yang gigit tu. huhu
Try gunakan racun organik.
Lada, bawang dan sedikit sabun diblendkan, kemudian airnya disembur pada daun2 periuk kera tersebut. Periuk kera ni sensitif skit terhadap racun kimia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bicalcarata at 27-8-2007 14:57
art, klu nak tukar hari isnin 3hb depanlah kita post. renwardtiana yellow tu jenis rare lah mungkin kacukan var. merah dgn hijau ataupun sebab tanah dan suhu persekitarannya.
biji benih tu baru ...
baguslah biji benih dh sampai. heheh
bical, ada gambar reinwardtiana yellow tu tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #603 4u2luv's post
Ituler, sibuk nak mengambik gambo sampai lupa harganya. Takpe, hujung minggu ni saya pegi lagi,kali ni survey betul-betul. |
|
|
|
|
|
|
| |
|