Edited by theflash at 21-1-2017 01:36 AM
Aku tak pernah belajar bersilat,karate mahupun taichi Tapi wife aku selalu cakap aku selalu berlatih dekat beranda rumah.Aku takkan nak denied,nanti sampai Subuh aku kene explain 1 by 1.Sudahnya aku ya kan je
Almost 4 month sejak nenek meninggal dan dah dekat 4 kali Zila nampak aku bersilat,tidor sebelah dia pakai baju silat la,dan yang best,aku takda jumpa pun baju silat dalam tinggalan nenek hari tu.
One day, aku ke Kuala Kangsar, nak jumpa dengan Andak.Aku dah tak tahan dengan apa yang aku hadapi.
Sehari sebelum aku jumpa andak.
Malam tu aku saja je surf web,tengok Youtube etc. Then tetiba aku rasa macam di perhatikan. PC di rumah aku terletak di luar bilik tidor kami.So ada kawasan lapang sikit sebelum jumpa tangga.
Penat aku toleh 2-3 kali.Sebab macam ada yang berdiri belakang aku!
Aku toleh .dan itu tolehan aku yang terakhir!
Lepas aku toleh,aku terpempan. Ada ‘tarian dabus’ di ruang tamu aku!
Muka si penari dan tok bomoh aku tak cam. Aku tak kenal
‘Mereka’ menari penuh asyik Hinggalah bab tusuk menusuk lengan...tapi bukan sekadar lengan,leher,mata ,badan semua ‘mereka’ tusuk!
Aku tersandar di kerusi,macam di gam . Takhkala itula salah seorang ‘penari’ merangkak ke arah aku sambil merenjis2 anakdabus yang bersalut darah!
Cing...! Cing !!
Aku menjerit! Seraya itu,Zila tiba tiba menyelak daun pintu! Dan akhirnya Apa yang aku nampak.dia nampak juga malam tu!
Dia hampir histeria.Terduduk bilamana yang merangkak ke arah aku itu..mencabutkan tangannya..dan membiarkan ia merangkak ke arah Zila. Zila pengsan. Dan dengan sisa tenaga yang aku ada, aku azan sekuat hati.
Bila mata di buka.kosong.
Yang ada cuma anak dabus elok terletak di ruang tamu.
Selepas aku sedarkan Zila,dalam keadaan dia lemah Aku explain satu persatu.
Aku ada di rumah Andak Aku explain semua.Ternyata Andak memang angin gila dekat aku,sebagai ‘ubat’ aku di lempangnya! Tapi aku tahan,aku sabar.Memang salah aku.
“Aku rasa aku tahu siapa lelaki yang aku jumpa malam tu,siapa lelaki berbaju silat.kau tak kenal,tapi kami kenal” bentak Andak.
Aku diam.Cuma angguk kecil. Teruskan,getus hati aku
“Sulong Hitam. Itu laki nombor dua nenek kau.” ujar Andak
Seingat aku. Nenek memang pernah tiga kali kahwin.Suami pertama Askar Melayu yang gugur di medan perang,suami ke dua dan ke tiga aku tak tahu. Yang pertama pun sebab ada gambar dorang kawin tergantung di bilik nenek ,dan Atok lengkap berbaju askar.
Setahu aku juga, Nenek berkahwin nombor 2 dan 3 semuanya duda.dan masing2 takda anak. Maksud aku,tak silap, ada yang ikut mak dorang,tak ikut jagaan nenek.
“Siapa tu.”aku tanya.
“ Sulong tu yang ajar nenek kau silat,dan ilmu2 lain.Dan dia memang ada mengajar Dabus.Asal nya dari Bagan Datoh ,orang Kampung Gxxxx Sxxxxx.” sambung Andak.
“Aku tak penah jumpa depan depan.Tapi mak selalu cerita.Punca dia bercerai sebab jatuh hati dekat salah sorang penari dabus!”ujar Andak.
“Dah la.esok aku nak kau selesaikan hal ni.” bengis Andak merenung aku.
Esok pagi.
Aku di temukan dengan Ustaz Elias.( UE) Orang Sayong.Lingkungan 40an macam tu.
“Saya cuba selesaikan ya” senyum Ustaz Elias sambil bersalam dengan aku. Andak dah briefing abis pada UE.
Lepas maghrib,UE ada nasihatkan aku.Berkias,tapi aku paham.
“ Lan..benda benda pusaka ini, tak semua boleh kita ambil dan bahagi,kecuali tanah.tapi benda benda macam ni,seeloknya di biarkan begitu..takut takut ada yang berdamping,tapi saya tak salahkan kamu..saya selalu juga pergi Loken tu tengok2 barang lama.hihihi” ujar UE . Nampak macam sinis ketawa UE.Tapi aku tunduk diam.
Semua barang tembaga nenek aku bagi pada UE.
Kami bertiga sahaja malam tu di rumah Andak
Mak Andak,Zila,Amar dan anak2 Andak semua di Rumah Pakcik aku yang satu lagi dekat Bukit Chandan.
Kami mulakan dengan Yassin Pertengahan tu.. Aku perasan..
Anak dabus,tepak sirih
Semua nya bergetar.
Kling! Kling!! Cingg!
UE hanya senyum pada kami . Selesai bacaan. Aku gatal tangan nak betulkan kedudukan barang tu.
Aduhh! Panas! Barang2 macam di letak dalam api.Panas!
UE membacakan beberapa potong ayat Al Quran.
Kemudian..kedengaran bunyi loceng anak dabus di segenap rumah.Aku dah mula tak sedap hati. Dari celah celah daun pintu ,kelihatan ‘mereka’datang.
Si penari perempuan dan si Sulong Hitam. Berdiri di hadapan barang tersebut Segera UE ke depan dan duduk betul2 di depan mereka!
Hampir 2 min.Aku tengok UE hanya duduk terpacak depan mereka dan masing masing menjegilkan mata.
“Dahh! Baca Ayat Kursi kuat kuat!” tiba tiba saja UE bertempik seraya itu dia melompat ke belakang! Aku terketar2 membacanya dan aku tengok Andak rilek je berdiri tegak,takda muka takut pun!
Semasa pembacaan.Aku tengok ‘mereka’ itu perlahan lahan mengundur ke belakang dan sekelip mata hilang!
Bulu roma aku masih merinding tika itu. Aku terus di tepuk bahu oleh Andak
“Dah siap,kau jangan gatal2 lagi”bentak Andak.
Esok pagi,aku ,UE dan Andak ke Tasik Raban.Aku buang semua barang tembaga tu dekat tasik tu.Masa aku lempar barang barang tu,rasa lega di hati.
Oh ye, tak semua benda Zila tahu, aku tak cerita pun bab bab beromen tu pada dia.Dia takda tanya dan aku takda cerita pun!
UE cakap, malam tu mereka bercakap mengunnakan kaedah batin.
Semua tembaga tu jadi berpenunggu sebab.
Nenek dapat tahu Sulong Hitam curang .Mintak cerai.Tapi penari dabus tu sebenarnya nak main2 dengan Sulong..Sulong bengang la,dia lepaskan nenek sebab nak dia.tapi dia main main nya.
Lalu di tikam dengan anak dabus dan semangat penari tu di resap ke dalam alat alat tu.Zaman dulu,polis tak masuk campur hal hal dalam kampung dan Sulong dapat cover up misteri kehilangan wanita tu,dan Sulong Hitam meninggal pun tak sempat buang saka.
Salah aku.pergi ambil barang tu.
Korang nak tahu..
Masa aku nak lempar dulang tembaga tu,aku perasan ada benda bawah dulang.
Nota dari nenek aku,dalam tulisan jawi Dia tulis lebih kurang macam ni la
“ Yang ini sesiapa jangan sentuh atau guna.buang kan aja”
Ya,Memang salah aku. Selamat la wife aku tak pregnant anak jin!
Oh ya.Di sebabkan benda ni, aku akan jadi paranoid bila aku ternampak alatan tembaga. Aku ulang alat2 tembaga. Sebab,
Setiap aku aku g Loken ke,Bazar Karat atau tempat2 antik yang ada tembaga..mesti aku nampak ada 2-3 ekor benda yang menakutkan duk keliling benda benda tu !
Aku tanya UE,dia cakap temporary kot. Tapi aku rasa dah setahun dah ni !
--TAMAT--
|