|
Originally posted by jay_linn at 23-5-2006 04:35 PM
actually, jasa pak ungku aziz nie mmg x terbilanglah dari segi mermatabatkan org melayu itu sendiri.....tapi ada yang tak brapa cerita best yang lin dengar pasal dia nie....
i agree with u.. |
|
|
|
|
|
|
|
penat Pak Ungku jerit pasal kemiskinan, pentingnya makanan seimbang.....tp takde feedback memberangsangkan drpd gomen. I guess dorg tak interested ngan mende2 tu.....takde mendatangkan duit. |
|
|
|
|
|
|
|
Ungku Aziz: Orang kampung mesti 'kiasu'
22-11-2006 02:30:22 PM
KUALA LUMPUR: Prof Diraja Ungku Aziz, tokoh akademik yang sering mencetuskan pelbagai idea untuk membasmi kemiskinan Bumiputera, mencabar masyarakat itu supaya menjadi lebih berani dan mengamalkan sikap "kiasu" iaitu tidak mahu mengalah, ke arah menjadi usahawan berjaya.
"Kiasu adalah perkataan Hokkien (bermaksud takut kalah) yang popular dalam kalangan rakyat Singapura. Saya berpendapat masanya sudah tiba bagi penduduk luar bandar kita turut mempunyai sifat kiasu dan menjadi agresif sedikit.
"Disebabkan kiasu ini, seseorang itu akan kata dia mahu menjadi yang terbaik, menjadi nombor satu. PM (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) pula bercakap mengenai 'towering Malays' (Melayu hebat).
"Namun tidak semua Melayu boleh menjadi hebat tetapi semuanya boleh mempunyai sifat kiasu. Saya rasa penduduk luar bandar bersifat kompleks, pemalu, terlalu baik hati untuk menyemai sifat kiasu ini.
"Ini adalah satu daripada perkara penting untuk menjadi seorang usahawan Bumiputera yang berjaya," katanya pada pelancaran Kursi Profesor Diraja Ungku Aziz dan Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan di Universiti Malaya baru-baru ini.
Kursi dan pusat itu, yang dilancarkan oleh Abdullah, bertujuan menjadi pusat bagi kerja akademik, penyelidikan, perundingan dan bantuan teknikal dalam bidang pembasmian kemiskinan dan kemajuan untuk golongan akademik, orang awam, pembuat dasar dan masyarakat antarabangsa. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mok_nik at 23-5-2006 11:27 PM
mok nik rasa mok nik tahu,tambah kalau anda bekas student UM mesti tahu citer2 nie
tapi kan tak baik buka aib org, sekali kita lindung aib org, Allah akan sembunyikan aib kita
:setuju: jgn tgk keburukan, tapi tgk kebaikan, dan kemudian contohi kebaikan yg ada pd org tu. aku mula minat sgt kat Ungku Aziz sejak baca buku biografi dia masa skolah dulu. byk yg kita patut contohi. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah kerja dengan Profesor Ungku Aziz ni sehingga dia pencen.
Macam Mok Nik katalah, tak payahlah kita cerita aib orang. Sebagai manusia biasa mesti ada kelemahannya. |
|
|
|
|
|
|
terang This user has been deleted
|
Originally posted by carrim7 at 19-5-2006 11:03 AM
ungku aziz nih semmg antare bijak pandai kat malaysia nih.idea and his views selalu nyer bagus2.
:setuju::setuju:
cam mana dia boleh jadi bijak cam tu.............dia makan apa yek |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by terang at 22-11-2006 08:46 PM
:setuju::setuju:
cam mana dia boleh jadi bijak cam tu.............dia makan apa yek
Profesor DiRaja Ungku A. Aziz ni memang berasal daripada orang senang. Dia berasal dari kerabat di Raja Johor. Ibunya orang British bukan orang Turki. Mak Ungku pula dari keturunan Syed. Itulah sebabnya rupa mereka macam orang putih. Pak Ungku ni dia cakap melayu cuma lengkok cakapnya saja macam orang putih.
Bukankah banyak kali dia tekankan bahawa makanan yang mencukupi zatnya boleh menjadikan orang itu cerdik. Contohnya dia selalu bandingkan antara anak melayu dengan anak cina. Dia selalu kata, anak-anak cina, pagi2 mak dia dah beri mereka sarapan dengan cukup proteinnya. Sedangkan kita orang melalyu asyik beri anak kita, nasi lemak, mee goreng dan lain-lain makanan yang banyak mengandungi karbohidrat (maksudnya heavy breakfastlah). Jadi bila di sekolah anak orang melayu akan mengantuk tetapi anak cina tidak. Itu kata dialah. Kita jangan lupa pulak kadaq dan kadar Allah. Mana yang baik tu ikutlah, yang tak baik tu jadikan sempadan.
[ Last edited by haniman at 23-11-2006 10:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 23-5-2006 01:13 PM
dah kawin ek...sape laki zeti nih..
very low profile,tak penah dgr pun..
laki gabenor BNM tuu...the only menantu prof. diraja lak
orang citer dia ada sorang anak lelaki
tapi dah meninggal
jatuh helikopter ke apa tah dorang dok citer |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mok_nik at 23-5-2006 11:14 PM
dulu masa mok nik kat UM, Prof Ungku Aziz nie masih lagi jadi Chancellor kat UM, selalu jumpa beliau dok jogging. Kekadang kami join beliau jogging. Bagusnya beliau ialah, suka sembang dgn student ...
Saya memang setuju dengan mok nik pasal prof ungku aziz ni. My auntie dulu pernah jadi student prof ni masa kat um & dia memang betul2 nak menolong student melayu yang berasal dari kampung2. Personnaly, dulu saya rapat dengan istri beliau, she is very nice person, humble & waktu lunch she make sure makanan untuk prof siap sebab prof suka makan kat rumah. She even jahitkan sendiri baju kurung johor untuk saya beberapa pasang. :love: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 23-11-2006 01:44 PM
orang citer dia ada sorang anak lelaki
tapi dah meninggal
jatuh helikopter ke apa tah dorang dok citer
Tak pernah pulak dengar dengar tentang Pak Ungku ada anak lelaki. Yang kami tahu seorang sajalah ia itu sebagaiaman semua orang tahu. Tetapi beliau mempunyai 2 orang cucu lelaki.
[ Last edited by haniman at 23-11-2006 04:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haniman at 23-11-2006 04:34 PM
Tak pernah pulak dengar dengar tentang Pak Ungku ada anak lelaki. Yang kami tahu seorang sajalah ia itu sebagaiaman semua orang tahu. Tetapi beliau mempunyai 2 orang cucu lelaki.
itu yang orang dok citer.
tak tahu sumber mana.
yang kita tahu, mcm yang nih;
[quote]e) Y.M. Ungku 'Abdu'l Hamid bin Ungku 'Abdu'l Majid (s/o Ruqaya Khanum). Lieut. Timbalan Setia Negri 1906, Govt. Translator, MSC 1933, MEC 1935, Registrar and Sec. of the Royal Family Order 1936. Rcvd: DK (17.9.1933). m. Che Puan Hamida binti 'Abdu'llah. He had issue, one son:
i) Professor Y.M. Ungku Dr. 'Abdu'l Aziz bin Ungku 'Abdu'l Hamid. b. at London, 28th January 1922, educ. Malay Sch., Batu Pahat, Johor; Raffles Coll., Singapore; Univ. of Malaya, Singapore (BA 1951), and Wesada Univ., Tokyo (Dr. Econ. 1964). Joined Johor Civil Service 1951, Mbr. Johor State Cncl. 1952, Lectr. in Economics at Univ. of Malaya, Singapore 1952-1961, Prof. & Dean. of Economics 1961-1965, Prof. of Rural Dvpt. 1965-1968, Vice-Chanc. 1968-1988, Royal Prof. 17th June 1978, Dir. United Malay Banking Bhd. 1988, UMBC Securities Bhd. 1989, Highlands & Lowlands Bhd., PLUS, etc. Rcvd: Order of Arts & Letters of France (1965). m. (first) Sharifa Azah Alsagoff, daughter of Che Puan Aziza binti Ja'afar, daughter of Y. Bhg. Dato' Ja'afar bin Haji Muhammad, CMG, by his wife, Ruqaya Khanum, former wife of Y.M. Ungku 'Abdu'l Majid. m. (second) Che Puan Zeti binti Akhtar. He has issue, an only daughter, by his first wife:
(1) Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku 'Abdu'l Aziz. b. at Johor Bahru, 27th August 1947, educ. Univ. of Malaya, Kuala Lumpur (B.Econ. 1970), Univ. of Pennsylvania, USA (Ph.D. 1978). Attached to the South-East Asia Central Bank Training & Research Centre 1979-1984, Joined Bank Negara as Asst. Mngr. Economics Dept. 1985-1987, Sec. to the Board 1987-1989, Representative in London 1989-1994, Head of Economics Dept. 1994-1996, Asst. Governor 1996-1998, Actg. Governor 1998, Dep. Governor 1998-2000, Governor since 2000. Chair. International Centre for Leadership in Finance (ICLIF) since 2003, Dir. Khazanah Nasional Bhd. since 2000. Rcvd: PSM (2.6.2001), SSAP (25.10.2002), etc. m. Datuk Dr Tawfik Ayman (b. 1947), n |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 23-11-2006 04:44 PM
itu yang orang dok citer.
tak tahu sumber mana.
yang kita tahu, mcm yang nih;
Aar menantu Pak Ungku Chinese converted. Saya pernah tengok cucu yang pertama kerana Mak Ungku rajin membawa Alif ni kalau kami ada meraikan Pak Ungku. Mak Ungku macam nenek2 lain juga, jaga cucu bila Dr. Zeti ada hal.
[ Last edited by haniman at 23-11-2006 05:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Ungku kebanggaan orang Johor..Cayalah! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 22-11-2006 03:19 PM
Ungku Aziz: Orang kampung mesti 'kiasu'
22-11-2006 02:30:22 PM
KUALA LUMPUR: Prof Diraja Ungku Aziz, tokoh akademik yang sering mencetuskan pelbagai idea untuk membasmi kemiskinan Bumiputera, ...
Melayu mesti 慿iasu |
|
|
|
|
|
|
|
Ungku Aziz cari Dr. Hakim
DENGAN hormatnya saya telah membaca dengan penuh minat tulisan Dr. Hakim Ihsan bertajuk Ulama Jakim perlu berfikiran terbuka, progresif |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 Syd's post
Ulama Jakim perlu berfikiran terbuka, progresif
MEMBACA tulisan Zamihan Mat Zin dalam Utusan Malaysia 12 Februari lepas membuatkan banyak pihak berasa gerun. Bukannya gerun dengan 慻olongan tabdi |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Ungku masih menulis dari rumah rehat di Morib lagi ke? Ada org morib sini konperm kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Soal Jawab: (Prof Diraja Ungku Aziz) Melayu Baru mesti jadi bangsa bertaraf dunia
Oleh Rasid Rahaman dan Nasron Sira Rahim
Rakyat patut manfaat peluang bekerja di luar negara bagi tingkat kemahiran, daya saing, profesionalisme
FENOMENA adanya profesional Melayu yang lebih berminat bekerja di luar negara berbanding pulang mencurahkan bakti di negara sendiri mencetus
pertanyaan sama ada keadaan ini akan merugikan pembangunan negara. Bagaimanapun, pertemuan wartawan Berita Minggu, RASID RAHAMAN dan NASRON SIRA RAHIM dengan tokoh cendekiawan negara, Prof Diraja Ungku Aziz, mendapati masalah ini sebenarnya berpunca satu masalah lain lebih besar dalam masyarakat Melayu. Ungku Aziz berpandangan situasi penghijrahan warga Malaysia ke luar negara adalah kesan, manakala titik mulanya adalah perubahan dialami masyarakat Melayu sendiri, terutama selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.
Bagaimana pandangan Prof terhadap sikap profesional Melayu yang ingin terus menetap dan bekerja di luar negara dan enggan kembali menabur bakti di negara sendiri?
Ini mungkin satu trend daripada beberapa trend yang berlaku terhadap orang Melayu ketika ini. Pada asasnya, saya faham trend yang saudara ingin bincangkan, tetapi ia faktor asas. Mungkin masalah lain yang lebih besar lagi daripada masalah itu adalah masalah pelajar dalam negeri. Graduan menganggur.
Kita ingin tahu apa sebabnya (berlaku semua masalah ini), itu kita perlu faham dan adakah ini satu penyakit yang simptonnya sangat nyata, tetapi sebabnya tidak nyata. Kita ingin bincang secara rasional adakah soal zahir seperti statistik dan pilihan kerja dan soal batin seperti minda |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu Baru ini mementingkan material. Rakyat negara kita yang bekerja di England kerana mereka mendapat kerja yang bagus di sana. Pekerja Malaysia yang bekerja di luar negara kerana adanya peluang pekerjaan di sana dan pendapatan yang diberikan juga lumayan, mungkin RM15,000 hingga RM20,000 sebulan. Mereka pula memiliki kelayakan dan pengalaman untuk mendapat kerja di sana.
Bagaimanapun, jumlah orang Melayu yang bekerja di luar negara mungkin tidak ramai dan itu bukanlah masalah utama orang Melayu.
Jika anda seorang jurutera dan doktor yang bagus, anda boleh mendapat pekerjaan yang bagus di mana-mana negara di dunia. Contohnya dalam bidang media |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi Prof bersetuju atau tidak profesional Melayu ini terus bekerja di luar negara dan tidak pulang menabur bakti di Malaysia?
Secara prinsipnya, anda boleh bekerja di mana-mana saja di dunia ini jika anda betul-betul memiliki kelayakan.
Akan tetapi, bagi saya, untuk hidup di Malaysia adalah perkara yang terbaik. Walaupun nenek saya berbangsa Turki dan saya dilahirkan di London, seawal usia 10 tahun saya sudah belajar di sini. Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah berfikir untuk belajar di negara lain. Saya boleh hidup di sini.
Tetapi kalau ada orang yang hendak sangat kerja di California, Amerika Syarikat, jika ada prospek maka pergilah. Kalau hendak ikat orang tu, ikat secara sah (perjanjian).
Tidakkah keadaan ini akan merugikan Malaysia pada jangka masa panjang kerana kepakaran bangsa sendiri tidak digunakan untuk membangunkan negara?
Berapa lama untuk menilai kesan jangka masa panjang? Seorang ahli ekonomi terkenal pernah berkata, 慸alam kesan jangka masa panjang, kita semua sudah mati |
|
|
|
|
|
|
| |
|