|
Reply #40 gals2's post
agaknye mamaque ni ade dendam kesumat kat KU kot.
nk gak tau mamque ni study kt U mane, keje ape skrg? gaji baper? tinggi sgt ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 lady_nF's post
ff: lady_nF's keje kat KU kan?
sy student tmpt keje lady tu :nyorok:
[ Last edited by ruryelle at 26-1-2007 06:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ruryelle at 26-1-2007 05:58 AM
agaknye mamaque ni ade dendam kesumat kat KU kot.
nk gak tau mamque ni study kt U mane, keje ape skrg? gaji baper? tinggi sgt ke?
tu ar.. kemaruk hape.. kita idak ler kutuk pung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mamaque at 25-1-2007 08:46 PM
haha..best gak nyakat ex KU ni..huhu..tapi logiklah..semua org mmg kna backing bekas tempat dia belajar kan..huhu..aku rasa masalah KU ni bukan ape...kurang promosi...ko pi lah mane-mane..aku j ...
oh ignorant rupanya...
ada ke compare KU dengan kolej sedaya
muahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni korang semua berenti bergaduh, baik korang tolong aku buat keputusan lagi baguih,, sekarang ni aku dah dapat tiga offer sekaligus, aku dapat kpli untuk second intake (rayuan) pas tu dapat offer jadi lecturer subject management untuk APIIT satu lagi perkim goon, yang mana satu aku nak amik, mak bapak aku paksa aku amik kpli sebab gomen... secure , tapi rasa ruginya aku dah ada master ajar subject b. i budak sekolah rendah. aku kena buat keputusan next week, tolong yer.... |
|
|
|
|
|
|
|
:setuju:Originally posted by farahsultan at 26-1-2007 02:09 PM
sekarang ni korang semua berenti bergaduh, baik korang tolong aku buat keputusan lagi baguih,, sekarang ni aku dah dapat tiga offer sekaligus, aku dapat kpli untuk second intake (rayuan) pas tu d ...
ni pun aku setuju...baik ko masuk KPLI jer beb...bukan senang nak masuk situ...sekarang graduan makin ramai beb...tiap bulan pasti satu UNIVERSITI BARU DITUBUHKAN...dinaiktaraflah...tukar namalah..so baik ko cepat sebelum ..spt kata mamaque...sebelum politeknik dan maktab perguruan dinaiktaraf/tukar nama jadi UNIVERSITI...gomen secure beb..swasta ko x tau masa depan ekonomi dijangka akan terus melemah...gomen pun nak naik gaji x lama lagi...senang wat personal loan..interest rendah...senang loan keter..loan rumah...elaun dah banyak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by penjejakbadai at 26-1-2007 09:52 PM
:setuju:
haha cayalah mamaque...aku rasa ape yg ko cakap tu adalah ape yg kitaorg kat sini nak cakap tp x sampai hati coz kesian jerr... ko lg laser dr aku..patut credit ko byk k ...
aku stuju gk la ko ckp ....mmg btol KU nih kurang promosi....biasenye KU nih die akan wt promosi kt kolej2 matrikulasi...politeknik...ade dak diploma utm semarak ckp kt aku...hr tu ade gk KU promote kt dorg suh masuk KU. Pada pendapat aku la kan...kewujudan KU nih...hanya student2 matrikulasi, politekniik dan juga sesape yg pnh bukak website UPU or yg dlu isi borang UPU je yang tau...tapi kebanyakan industri2 yg besar da tau kewujudan KU....yg tak tau nih company2 kecik je...company2 yg besar nih tau pon sbb dr student yg pnh buat practikal kt situ.
insyaallah...lps tukar kepada name universiti penuh nih....aku rs KU nih sume akan kenal mcm UMS dan Unimas....maybe take time la...mungkin dlm 4-5 thn lg. Yang penting skali...aku nk tegas kn kt sini kualiti student2 kejuruteraan kt KU mmg jauh berbeza dr U yg hanya mementingkan teori drp practikal.... |
|
|
|
|
|
|
|
ok la kalu cam tu kan...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 farahsultan's post
kalo aku jd ko aku tolak kpli tu..rugi wooo ader master jd cikgu..... |
|
|
|
|
|
|
|
UMT Sasar 60 Peratus Tenaga Pengajar Miliki PhD Pada 2010
ni aku tolong post pasal KU yg dinaik taraf ke Universiti..pasal kualiti tak payah la nak lebihkan or nak kurangkan,semua subjektif punye hal..
KUALA TERENGGANU, 1 Feb (Bernama) -- Universiti Malaysia Terengganu (UMT), yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), menyasarkan untuk meningkatkan bilangan tenaga pengajarnya yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) sehingga 60 peratus menjelang 2010 berbanding 32 peratus sekarang.
Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Sulaiman Md Yassin berkata pada masa ini, UMT mempunyai seramai 350 tenaga pengajar dan kira-kira 100 daripada jumlah itu adalah mereka yang mempunyai kelulusan PhD.
"Kita akan hantar lebih ramai lagi tenaga pengajar untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat PhD dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman web UMT di sini hari Khamis.
Pelancaran laman web baru itu iaitu http://www.umt.edu.my adalah sempena pertukaran namanya daripada Kustem kepada UMT hari ini.
Dr Sulaiman berkata pada tahun ini, UMT akan menghantar seramai 70 tenaga pengajar untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD berbanding 60 orang tahun lepas.
Beliau berkata pada masa ini seramai 153 orang tenaga pengajar UMT sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan PHD di dalam dan luar negara.
Beliau berkata jumlah tenaga pengajar di UMT juga akan ditambah daripada 350 orang kepada 600 orang dari semasa ke semasa.
Mengulas mengenai pelancaran laman web baru itu, beliau berkata laman web memainkan peranan sebagai perantara untuk memperkenalkan universiti itu dan medium penyampaian informasi kepada dunia luar.
Katanya pelancaran laman web baru itu juga adalah bertepatan dengan hasrat UMT untuk menjadi salah sebuah universiti terbaik di dunia pada masa depan.
"UMT berhasrat tersenarai di dalam kelompok 500 universiti terbaik di dunia pada satu hari nanti," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
UTeM, Nama Baru KUTKM Untuk Lebih Kompetitif
MELAKA, 1 Feb (Bernama) -- Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) dikenali sebagai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkuatkuasa hari ini.
Naib Canselor UTeM Datuk Profesor Ismail Hassan berkata UTeM akan menjadi lebih kompetitif dan bakal bersaing dengan lebih teguh bagi memperkukuhkan peranannya sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lebih dinamik dan berwibawa.
"enjenamaan semula KUTKM kepada UTeM merupakan titik permulaan ke arah pewujudan universiti teknikal yang mampu menarik minat masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.
Kerajaan telah menjenamakan semula enam kolej universiti awam termasuk KUTKM.
Ismail berkata persepsi umum sebelum ini bahawa KUTKM adalah universiti kelas kedua akan dapat disingkirkan dengan penjenamaan semula itu.
UTeM adalah IPTA yang mengadaptasikan pengajaran dan pembelajaran berteraskan aplikasi dan amalan, katanya.
UTeM kini mempunyai seramai 1,141 orang staf dan pelajar berjumlah 5,336 orang terdiri daripada pelajar peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.
Bagi kemasukan sesi 2007/2008, UTeM akan menawarkan dua kursus baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi Wayarles) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan).
Tambahan dua kursus baru itu, menjadikan 22 program kursus peringkat ijazah sarjana muda yang ditawarkan oleh UTeM.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
KUKUM Jadi UniMAP Mulai Khamis Ini
ALOR STAR, 30 Jan (Bernama) -- Mulai Khamis ini, Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM), sebuah institusi pengajian tinggi awam yang beroperasi di Perlis, akan dikenali sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Rektor KUKUM Prof Datuk Kamarudin Hussin berkata penjenamaan semula itu kolej universiti berusia empat itu sejajar dengan lonjakan industri ilmu di Perlis serta keperluan melahirkan lebih banyak jurutera di negara ini.
Berucap pada majlis penyerahan watikah pelantikan Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) KUKUM di sini malam tadi, beliau berkata, walaupun KUKUM akan bertukar nama, logo dan lagunya masih dikekalkan, dengan sedikit pindaan pada liriknya.
"Nama KUKUM akan dipadam daripada papan tanda dan badan bas selain kepala surat tapi semangat KUKUM dan bidang tumpuannya iaitu kejuruteraan tidak akan terpadam," katanya.
KUKUM bermula dengan hanya 100 pelajar empat tahun lalu dan kini mempunyai kira-kira 3,000 pelajar, dengan 900 kakitangan.
"Banyak yang salah tanggapan bahawa taraf kolej universiti rendah tetapi sebenarnya ia juga melahirkan graduan yang berkebolehan," kata Kamarudin.
Menurutnya, sebuah kolej universiti akan memberi tumpuan kepada bidang pengkhususan dengan jumlah pelajarnya dihadkan kepada kira-kira 10,000 orang namun apabila ia bertukar kepada sebuah universiti, jumlah itu boleh ditingkatkan berkali ganda.
"Kami mempunyai harapan besar terhadap masa depan UniMAP. Harapan kami juga adalah harapan negara yang mahu melahirkan lebih banyak tenaga mahir untuk keperluan negara," katanya.
KUKUM kini mempunyai kampus yang berselerak di seluruh Perlis dan UniMAP akan mewarisi keadaan itu sehingga sebuah kampusnya dibina.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
semua nih politik.....bosan betul , kalau ku tuh ku jer laa x yah laa nak tuko2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 nakama's post
bkn politik semata2 sbnrnye. ko jgn sempitkan pemikiran ko tu. kalau ku nih jadi U...kualiti die akan meningkat. Makin ramai org kenal KU nih dan company2 sume akan tau pasal U tu. Lgpon graduan KU/teknikal universiti sgt2 berbeza klu nk compare ngn konvensional universiti...(student engineering shj). |
|
|
|
|
|
|
|
pesal eh hampir smua KU naik jd U? rimas plak aku tgk byk sgt U. si kolej2 swasta plak pun sibuk nk jd KU, pastu nnt sure mintak upgrade jd U. ek eleeee...ape kes? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #56 hyie's post
tu la ko tak bc paper lg. skg nih kerajaan nk tukarkan pemikiran org ramai yg anggap kolej U tu ipts...sedangkan KU tu ipta. skg nih istilah KU hanye utk ipts je sbb sume KU ipta da jadi nama U. Lg pn ex-kolej universiti nih sume tawarkan kos kritikal cam engineering semata2. Kos engineering tak sm cam kos2 lain. Wlpn belambak graduan engineering kuar...tp mmg sng dpt keje.
Encik/Cik hyie ko nih student lg ke da keje??
[ Last edited by XkostonX at 2-6-2007 11:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
im proud of being 1 of the ku student[now u]..
to all ku's studs,
plis ignore the mindless person those who r rily jealous of us.
u know wutt im talking about,guys.. |
|
|
|
|
|
|
|
member2 aku yg grade dr KU ramai yg dah keje....kat guardian mid valley ader sorang...sorang kat jusco...oklah tu ..at least ada keje...tapi amik engineering |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #59 mamaque's post
membe2 ko tu dah grad bape tahun? klu br grad 2-3 bulan aku tak heran la kos engineering tapi keje kt tpt2 cm tu. Dak2 U lain pon ramai keje part time sementara tgu dpt keje.
50% dak2 kos aku da keje jwtn engineer sebelum konvo.
mesti ko nih blaja kt U yg besar2 and ternama pastu keje bagus kn? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|