|
confirm pegi tengok...nampak gaya citer nie dapat takutkan aku.... |
|
|
|
|
|
|
|
congkak trailer dalam youtube...
|
|
|
|
|
|
|
movie nih patut tuka name jadi "Nenek 2:Maen Congkak La Plak" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #46 chaoz's post
ada filem nene 1 ke sebelum nih? |
|
|
|
|
|
|
|
drprd ongkak ni, aku lg tak sabar nak tgk histeria arahan james lee.. |
|
|
|
|
|
|
|
mintak2 ader improvement...
jgn cam criter JPB.. antooo plastik.... ... |
|
|
|
|
|
|
|
tengok trailer movie macam best, nak nonton ke tak ekk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 Feno's post
nape tak nak pulak...jom ... |
|
|
|
|
|
|
|
konfem best..
semalam member aku tgk press preview movie ni n die bg 4.5 STAR |
|
|
|
|
|
|
|
Pra Tonton Filem CONGKAK
March 27th, 2008 | Category: Filem, Jemputan, Erin Malek, Erynne Erynna |
Sebenarnya, Budiey telah memilih 5 orang pembaca untuk bersama Budiey menonton filem Congkak di majlis pra tonton filem arahan Ahmad Idham siang tadi. Terima kasih kepada Metrowealth kerana memberikan 5 kerusi di dewan 7, Golden Screen Cinemas, One Utama.
Terima kasih kepada 3 orang pembaca yang hadir iaitu Nur Hidayah, Iyas dan Saiful. Sanggup ya korang datang pagi-pagi lagi dan sampai tepat dengan masanya. Ada yang sanggup minta cuti semata-mata nak tengok Congkak. Namun, Budiey sangat kesal dengan tindakan 2 orang lagi pembaca lagi yang mengirim SMS mengatakan ada masalah untuk datang. Bayangkan korang ni kira bertuah sebab ramai lagi pembaca yang menghantar email untuk join pra tonton pagi tadi. Entahlah Budiey nak cakap apa, tapi sangat terkilan dengan korang yang tak tahu nak bagi tau awal-awal tak dapat datang.
Budiey sempat berborak dengan Ahmad Idham dan mengatakan pada pengarah filem ini pasal ramai sangat pembaca yang nak datang sebenarnya. Lebih 50 orang yang sanggup hantar email semata-mata mahu menjadi antara penonton pertama menonton filem Congkak sebelum ditayangkan kepada umum pada 14 April depan.
Komen Ahmad Idham厯Gile ko nak bawak ko punya pembaca tu sumbat panggung nih厰 Tak pe, nanti kalau ada badget kita sewa satu hall untuk korang semua. Yang penting kena sampai target 10 juta kutipan untuk filem Congkak nih. Dan itu janji David Teo yang pastinya menjanjikan pelayaran Star Cruise kepada pelakon dan para media sekiranya mencapai target kutipan 10 juta untuk Asia Tenggara!
Wah! Selepas menonton sendiri filem seram ini, Budiey rasa target 10 juta memang boleh capai. Rasanya penonton yang menyukai filem Jangan Pandang Belakang akan menjejakkan kaki mereka di panggung sekali lagi untuk menonton filem Congkak yang 100 kali ganda lebih seram dari Jangan Pandang Belakang! Seram giler beb!
TEMUBUAL BERSAMA HIDAYAH
Pagi tadi, Budiey rasa seronok kerana dapat berkongsi pengalaman menonton bersama pembaca. Menurut Hidayah yang masih lagi menuntut di bidang IT (majoring Multimedia System) di MMU ini merasakan filem Congkak lebih baik dari filem Jangan Pandang Belakang. Rasa amat takut dan teruja dengan filem lakonan Erin Malik ini, sehinggakan gadis montel ini memberikan 3.5 / 5 bintang. Baginya, pelakon terbaik dalam filem Congkak ialah Nanu Baharuddin dan Ruminah Sidek. Adegan paling seram bagi Hidayah pula ketika Opah (nenek jelmaan iblis lakonan Ruminah Sidek) ganggu ketika Kazman (Riezman), Sufiah (Nanu), Ely (Erin Malek) dan Lisa (Erynne) sedang tidur di tingkat atas rumah berhantu tu. Uish, seram siot. Budiey yang tengah tulis entri ni pun dah meremang bulu roma ingat beberapa adegan seram giler dalam Congkak. So, camna nak tulis ulasan kalau camni?
TEMUBUAL BERSAMA SAIFUL
Menurut pembaca setia bernama Saiful pula, filem Congkak menggunakan sistem bunyi yang terlalu overdose dan terlalu kuat membingitkan telinga sehingga boleh membuatkan jantung anda luruh. Malah, ada beberapa scene melibatkan Nanu Baharuddin di permulaan cerita di mana kamera fokus kepada batu nisan di kawasan kubur di tepi jalan. Di situ, penggunaan sistem bunyi memang kuat dan rasanya tak perlu keterlaluan sangat. Juga ketika scene di ladang getah di mana Ely (Erin Malek) ternampak M. Rajoli ketika mengutip biji getah untuk bermain congkak dengan bapanya, Kazman. Walhal takde apa-apa pun sebenarnya.
Bagaimana pun, filem Congkak bagi Saiful adalah lebih baik daripada filem Jangan Pandang Belakang. Scene paling seram bagi Saiful ketika mana Lisa bermain congkak pada waktu malam ketika semua orang sedang tidur dan scene Kazman melihat hantu nenek tu di dapur.
Dari sudut penggunaan CGI pula, Saiful tidak bersetuju dengan penggunaan special effect yang digunakan ketika Nanu terapung-apung di atas katil dan juga ketika mana bumi terbelah untuk menelan iblis pada penghujung cerita. Saiful menambah, filem Exorcist tidak menggunakan special effect tapi masih boleh membuatkan penonton rasa seram.
Pelakon terbaik bagi Saiful ialah Erynne Erynna dan Riezman. Saiful memberikan 3.5 / 5 bintang.
TEMUBUAL BERSAMA IYAS
Bagi pembaca dari Cheras bernama Iyas pula bersetuju bahawa filem ini antara filem paling seram dan menakutkan setakat ini. Penceritaan dan keseluruhan filem ini baginya setaraf dengan filem Anak Halal. Iyas yang juga pelajar kursus perubatan di HUKM ini mengakui adegan paling seram ialah ketika melibatkan Ruminah Sidek yang menjadi nenek yang sentiasa menangis dan merintih di rumah yang baru dibeli oleh Kazman (Riezman). Iyas juga banyak dikejutkan dengan sistem bunyi yang memang malatops dan sangat 慿emas |
|
|
|
|
|
|
|
Kos Kesan Bunyi Congkak RM200,000
KUALA LUMPUR, 26 MAC 2008: Bagi menambahkan elemen seram kepada filem Congkak, produser David Teo sanggup membelanjakan kira-kira RM200,000 untuk mengaplikasikan sistem Dolby Digital Surround EX kepada filem arahan Ahmad Idham itu.
Jumlah itu jelas berbeza dengan filem terdahulu terbitan syarikatnya, MIG Productions, Jangan Pandang Belakang yang dihasilkan kira-kira 2 tahun lalu iaitu sebanyak RM100,000 sahaja.
David berkata demikian selepas previu Congkak kepada pihak media tempatan di Midvalley, di sini pagi tadi.
Congkak dibintangi Nanu Baharudin, Riezman Khuzaimi, Erin Malek, Rusminah Sidek (Mak Mah), M Rajoli dan bintang kecil, Adik Erynne Erynna, 8 tahun. Filem karya Pierre Andre ini akan mula ditayangkan 17 April depan di 70 buah pawagam seluruh Malaysia.
Congkak mengetengahkan kisah horror dan misteri mengenai gangguan makhluk halus atau penunggu terhadap sebuah keluarga. Setiap kali bermain congkak di kawasan itu, ia bagaikan menyeru kemunculan penunggu terbabit.
Ditanya mengenai sasaran kutipan tiket, David meletakkan sasaran RM10 juta dan berharap ia dapat mengatasi Jangan Pandang Belakang, iaitu RM7.5 juta. Bukan itu saja, David juga berhasrat filem ini mampu menggegarkan industri perfileman di Asia Tenggara.
"Selain tanah air, filem ini akan ditayangkan di Indonesia, Thailand, Filipina serta Singapura. Oleh kerana itulah, saya mengharapkan kutipan lebih berbanding Jangan Pandang Belakang. Saya juga mengharap penonton dapat menerima kualiti audio dan visual yang saya ketengahkan dalam Congkak," ujarnya.
Yang pastinya, Filem ke-23 terbitan MIG ini diterbitkan dengan bajet RM1.8 juta dan menjalani pengambaran di Perlis Indera Kayangan.
Sinopsis
Kisah bermula apabila Kazman serta isterinya, Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai kediaman persinggahan semasa bercuti.
Rumah baru yang didudukinya sebenarnya tapak jagaan penunggu. Sufiah sentiasa merasakan bagai ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang.
Menyedari perkara pelik itu, Sufiah terus membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah itu tetapi akhirnya Kazman sedar Lisa sebenarnya bermain berhampiran kubur lama.
Satu demi satu kejadian seram berlaku sehingga Sufiah melihat seorang perempuan tua sedang bermain congkak di bilik itu. Seterusnya, Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari di mana Ely dan Lisa berada. |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu dan lihat ajer ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam best je baca preview...ermmm... |
|
|
|
|
|
|
|
I LIKE THIS MOVIE..WAJIB TONTON |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 ahmad_dhani91's post
ala nyah. jgn cmtu. tgk arrrr dl nnt br komen k. nyah, ko kalo drek mst cntik kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|