CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: buah_hati

orang semenyih ada x kat sini???

[Copy link]
Post time 16-8-2009 03:50 PM | Show all posts
Bila nak beristirehat gi Sg. Tekala. Puashati.
Bila nak mandi air panas gi Sg. Batangsi. Puashati.
Bila nak mancing, ada banyak kolam, pilih ajer. Puashati.
Bila nak belanja beli keperluan rumah,tak berebut, murah. Puashati.
Bila nak repair superbike, ada bengkel. Puashati.
Bila tak der air, amik di masjid.Tak payah bayar. Puashati.
Bila nak makan malam di luar ngan keluarga, ada restoran 24 jam. Puashati.
Bila waktu malam, sejuk. Puashati.
Bila subuh, kabus, macam Cameron Highland. Puashati.
Penduduk di sini peramah.Cerita apa saja, akan di layan. Puashati.

Nanti aku tempek gambar.
Bila komputer yang lagi satu siap repair.

Bila nak gi jungle trekking, gi tempat aku. Puashati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2009 11:36 AM | Show all posts
bakal bapak mertua aku ade bengkel welding sebelah kanan jalan kat kg.pasir baru
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 09:27 AM | Show all posts
ari jemaat lepas aku sajer je singgah pasar mlm kat tapak pasar mlm tu..ntah apa nama tptnya...slumber badak je penjual vcd haram cina jual cd porno..mamat muka melayu tgk aku nak lalu malu2 plak, purak2 cari cd lain walhal aku dok perati dia dr tadi membelek2 cd ituuu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2009 10:52 PM | Show all posts
Sekarang ni aku taknampak lagi diorang jual cd macam tu...
Ko nak gi kat the Store, ada outlet belah kanan pintu masuk.
Dalam bebanyak cd ori tu ada di selit belah belakang...belek- belek ajerlah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2009 11:03 PM | Show all posts
Semenyih (2.9 N, 101.85 E) is a small town in Selangor, Malaysia, about 8 km southeast of Kajang along the Kajang-Seremban road. The meaning of the name of the town is not certain. It might have been derived from a word in the Negeri Sembilan dialect, meaning "hidden". The town is becoming less and less hidden as the Kuala Lumpur conurbation (usually called the Klang Valley) expands. The town shares its name with the Semenyih River, which is the main river passing near the town. The catchment area of this river is an important source of water for Kuala Lumpur and other parts of the Klang Valley.

The surrounding area is quite hilly, the highest peak nearby being Bukit Arang, 560 m (1838 ft) high. This makes the area home to numerous scenic waterfalls. A more popular tourist attraction in the town is the Ostrich Wonderland Show Farm. The town is rapidly becoming more accessible, thanks to new highways (such as the Kajang-Seremban Highway and the Kajang SILK Highway), and more attractive due to new development (including, the Malaysian campus of the University of Nottingham). This transformation from town to metropolis is also reflected in the growth in its population.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2009 11:12 PM | Show all posts
KAJIAN GEOGRAFI SEMENYIH

OLEH ABD MALEK BIN ABD HANIF [email protected]

Istilah
Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau.
Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang negeri Sembilan yang bermaksud ' sembunyi '. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan.
Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.

Perletakan
Di dalam peta topografi, Semenyih terletak pada kedududukan 101.85 ` Timur dan 2.9 ` Utara.
Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.
Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang.

Jarak
Jarak di antara Semenyih dengan bandar atau pekan yang berhampiran adalah seperti berikut :
Semenyih ke Kajang 8 km (Dengan 13 lampu isyarat)
ke Kuala Lumpur 32 km
ke Beranang 8 km
ke Broga 12 km
ke Kuala Klawang 42 km
ke Bangi lama 8 km
ke Bandar baru Bangi 20 km
ke Seremban 32 km
ke KLIA

Semenyih hanya boleh dihubungi ke tempat-tempat di atas melalui jalan raya. Tidak ada landasan keretapi, jalan air mahupun landasan kapal terbang.

Bentuk mukabumi
Semenyih terletak pada ketinggian 150- 280 meter dari aras laut.
Muka bumi Semenyih tidak begitu rata. Permukaaannya pamah dan beralun. Di kawasan Hulu Semenyih diluputi kawasan berbukit-bukit. Kawasan yang agak rata terletak berhampiran dengan tepi Sungai Semenyih yang sekarang keruh.
Kawasan di Pekan Semenyih bolehlah dikatakan rata. Permukaanya semakin meninggi apabila menghala ke hulu Sungai Semenyih.
Sementara di kawasan hilir Sungai Semenyih, tanahnya lebih rendah. Pada suatu masa dahulu , iaitu tahun-tahun sebelum 1965 , kawasan hilir sungai Semenyih merupakan kawasan limpahan banjir. Banjir sering berlaku di tebing-tebing sungai. Contohnya di kawasan Kampung Sungai Purun, Kampung Batu Tiga dan Rinching Hilir.
Kini, banjir tidak berlaku lagi kerana sungai Semenyih telah diluruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dan terbinanya sebuah empangan di hulu sungai Semenyih.

Saliran
Terdapat beberapa sungai yang utama di Semenyih. Sungai tersebut adalah seperti berikut :-
a. Sungai Semenyih b. Sungai Batangsi
c. Sungai Lalang d. Sungai Saringgit
e. Sungai Kechau f. Sungai Broga
g. Sungai Rinching h. Sungai Purun
i. Sungai Tekala j. Sungai Pening.

Sungai yang utama dan terpanjang ialah sungai Semenyih. Punca sungai ini adalah dari Bukit Arang yang berhampiran dengan sempadan negeri Sembilan. . Lebar sungai ini kira-kira 40 kaki. Sementara airnya tidak dalam, kira-kira 1 -2 meter sahaja.
Sungai Semenyih ini bercantum dengan sungai utama di daerah Hulu Langat iaitu Sungai Langat.

Tanah Tinggi
Terdapat beberapa kawasan berbukit yang utama, terutama sekali di kawasan yang bersempadan dengan negeri Sembilan. Antaranya ialah :
a. Bukit Arang 1838 kaki b. Bukit Naning 1418 kaki
c. Bukit Tekala 783 kaki d. Bukit Pening 1068 kaki
e. Bukit Berak 331 kaki f. Bukit Ulu Beranang 2654 kaki
g. Bukit Rambai 490 kaki h. Bukit buluh 421 kaki
i. Bukit Tempurung 401 kaki j. Bukit Payung 354 kaki

Legeh pada bukit-bukit ini merupakan kawasan punca sungai. air sungai mengalir dari kawasan berbukit-bukit ini. Ia merupakan kawasan tadahan hujan yang paling sesuai. Kawasan tadahan hujan adalah luas. Oleh yang demikian , sebuah empangan telah dibina khusus untuk bekalan air bersih di daerah Hulu Langat khasnya Putrajaya. Empangan Semenyih ini menampung keperluan penduduk Lembah Kelang khususnya Kuala Lumpur , Shah Alam, Putrajaya, Petaling Jaya, Sepang , Kuala Langat dan lain-lain.

Cuaca
Secara am, cuaca di Semenyih adalah panas dan lembab . Keadaan ini berlaku siang dan malam sepanjang tahun. Suhu panas disederhanakan oleh pokok-pokok tanaman dan pokok semulajadi yang banyak terdapat di Semenyih.
Suhunya di antara 27 hingga 29 darjah Celcius.
Hujan sering turun pada waktu petang. Biasanya dari jenis hujan perolakan dan hujan bukit.
Tumbuhan Semulajadi
Tumbuhan semulajadinya adalah jenis Hutan Hujan Khatulistiwa. antaranya ialah pohon meranti, keruing, mahang, balau, cengal dan lain-lain.
Di beberapa kawasan Semenyih terutama kawasan berbukit-bukit terdapat kawasan hutan :
a. Hutan darat ( inland forest ) yang masih kekal sebagai hutan simpan.
b. Hutan perlindungan ( protective forest )
c. Hutan tidak berhasil
d. Hutan lipur ( amenity forest )

Air Terjun Sungai Tekala :
Jaraknya dari Semenyih ialah 15 kilometer. dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta. Air Terjun Sungai Tekala ini begitu jernih dan alam persekitaran begitu damai sekali serta boleh melapangkan fikiran.
Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya.Caj kemasukan dikenakan.
Selain air terjun Sungai Tekala , terdapat tiga lagi kawasan rekreasi berhampiran iaitu Air Terjun Sungai Lalang, Air terjun Sungai Gabai dan Sungai Batangsi.
Kedudukannya sangat strategik di pinggir jalan raya ke Hulu Langat dan ke Kuala Klawang di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai gerai menjual makanan dan minuman. Surau ,bilik persalinan , jambatan dan kerusi dan tempat teduh , tong sampah ada disediakan. Jumlah pelancong tempatan yang datang pada hari minggu lebih 3000 orang .
Terdapat juga kawasan tapak semaian Jabatan Hutan cawangan Sungai Lalang, Negeri Selangor. Antara semaian ialah meranti, meranti sengkuang merah ( shorea sengkuang ) , meranti tembaga ( shorea leprosula ) , penarahan ( myristieaceae ) , keruing mempelas 9 diptrocarpus crinitus ) dan semaian pokok petai, durian dan jering.
Di negeri Selangor terdapat 183, 329 hektar kawasan hutan darat yang masih kekal sebagai hutan simpan dan merupakan 23 % sahaja dari kawasan tanahnya.

Berikut adalah nama pokok-pokok yang terdapat di Hutan Lipur dan Hutan Pelajaran Sungai Tekala

Kasai ( pometia spp)
kasai daun besar ( pometia pinnata)
terentang ( campnoosperma spp)
medang
jelawai jaha ( terminalia subspathulata hing )
keruing ( diptrocarpus spp )
keledang tampang
kelat ( syzygium spp)
cempedak ( artocarpus kemando)
kenanga ( cananga odorata )
kembang semangkok ( serphium spp)
balek angin ( mallotus spp)
durian kampung ( durio ziberthinus murray )
terap nasi ( artocarpus elasticus )
meranti paang ( shorea bracteolata dyer )
meranti tembaga ( shorea loprosula )
meranti melantai
meranti rambai daun ( shorea acuminate dyer )
meranti nemesu ( shorea pauciflora king )
meranti kepong ( shorea ovalis )
meranti sarang punai sesenduk
damar hitam ( shorea spp )
damar hitam pipit ( shorea multiflora symington )
kedondong ( dacryodes spp)
kedondong sengkuang ( seutinanthe brunnea)
kedondong kerantai licin ( santiria leevigata )
leban ( vitex spp)
merbau ( linisia palembanica)
melunak ( pentace spp)
ara ( ficus spp)
merawan siput jantan ( hopea odorata )
gapis (saraca spp)
mahang ( makaranga spp)
bayur bukit mempening ( lithocarpus spp)
penarahan (horsfielda spp)

(Rujukan : Utusan Malaysia )
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2009 02:59 AM | Show all posts
Dengar- dengar RDF nak buat jalan alternatif untuk laluan lori- lori sampah mereka.
Kos nya lebih kurang RM3.6 juta.

Tunggu dan lihat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 03:05 AM | Show all posts
Semenyih Fishing Village telah di buka untuk orang ramai.
Terdapat lima belas kolam pancing.
Ikan terbesar yang pernah di pancing naik adalah seberat 65kg.
Jenisnya Mekong cat fish.
Terdapat sebuah restoran yang boleh memuatkan 600 orang pada sesatu masa.

Pembesaran Semenyih Fishing Village masih lagi diteruskan.
Sebuah air terjun buatan, surau, chalet, domitari, jungle trekking (6 laluan) dan sebuah restoran melayu juga dalam perancangan.

Lokasi berdekatan dengan Taman Sri Haneco Industrial Park, Semenyih.
3.5 km dari pekan Semenyih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2009 09:12 AM | Show all posts
semenyih nih masalahnya jalan utama yg dah tak boleh upgrade dah... kedai terlalu rapat ngan jalan..... takde jln alternatif kecuali highway wang baru nak maguk gear dah jumpa tol balik

yg lain2  hokey... kemudahan awam okey.... balai polis pon nak sip dah kat PGA tuh...

sepatutnya dah ada masjid utama dah kat area rinching, pelangi, kesuma tuh.... tak perlu lagi ke masjid tengah bandar dan kat simpang... tak sesuai dah kedudukan tuh pada masa skang........

satu hari haku pon nak pindah semenyih gak kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 09:12 AM | Show all posts
dable post
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 02:52 AM | Show all posts
Kalau pepagi kat sini kabus ajer...
Macam kat Cameron Highlands.

Kat sini dah ada Tesco jugak.
Tiada kenderaan di waktu malam, jam 10 mlm dah mula nak sepi...
Rumah kat sini pun harga boleh dikatakan murah.

Tapi kena cepat beli...Banyak yang buat pelaburan harta rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 02:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by rdzaccess at 15-10-2009 02:33

  

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 02:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 01:49 PM | Show all posts
53# rdzaccess
bilalah agaknya jalan kat pekan semenyih tu nak diperbesarkan lagi....asik jem je..letih wooo...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 02:15 PM | Show all posts
53# rdzaccess
bilalah agaknya jalan kat pekan semenyih tu nak diperbesarkan lagi....asik jem je..letih wooo...
ping_pong Post at 29-12-2009 01:49 PM


khenn..hazab nak turun kerja pepagi..bila dah masok skolah next week...habeslaaa....kompom sesak giler....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2010 04:09 PM | Show all posts
wujud lg thread aku nie....

now jln utama semenyih dlm proses utk dibesarkan....
ngok iklan dlm thn nie gak siap....
harap2 la....
dah x larat nak tempoh jemm hari2....
nasih kete auto... kalu manual.... berpeloh la gamatnyer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2010 02:40 AM | Show all posts
Kalau dari Sg. Tekala waktu pagi ikut jalan pintas melalui kilang sawit (50 meter dari stesen minyak) dan akan sampai ke Sunway Semenyih.

Atau ikut lebuhraya 'Lekas' menghala ke Seremban dan masuk ke Tol Bangi, kemudian patah balik ke Pekan Semenyih.

Atau tunggu hingga jam lapan malam baru gerak dari opis.

Atau mula gerak dari rumah sebaik saja abis solat subuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 02:41 AM | Show all posts
Waktu hujan, harus berhati hati. Banyak pokok yang akan tumbang merentangi jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 02:47 AM | Show all posts
Aku rasa pelebaran jalan adalah untuk kemudahan lori sampah yang nak lalu.
Lebihkurang 250 buah dari pelbagai jenis akan menggunakan jalan ini setiap hari tanpa gagal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 08:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by kabintang at 11-2-2010 20:14

akak dok kat kg. sentosa, semenyih dari tahun 1973, 1972 akak dok kat Sg. Lalang, duduk ngan makcik akak, suami dia jaga pondok polis masa tu org panggil kat estet dominian, dekat ngan kg. pasir, pastu akak pindah lak duduk kat kg. tanjong, mak akak sewa umah anak arwah nenek Banun, masa tu mungkin korang ni semua belum lahir lagi ... akak sekolah kat Sek. Ren. Semenyih, akak kenal ngan arwah Atuk Deraman, masa tu dia bilal kat mesjid, guru besar akak masa tu, Cikgu Mohamed Ali, tak taw masih ade lagi ker idak, akak ingat lagi ustadz Raja Omar, akak satu kelas ngan anak dia Raja Sulaiman, Cikgu Idris, tak taw semua ade lagi ker idak, dolu cikgu idris pegi sekolah bawak basikal jer ... pastu akak pindah lak duduk kat kg sentosa, umah kat tepi sungai, skang umah tu dah tak dek, umah akak dekat ngan pakcik Talib, org panggil dia Townbot, sbb dia keje ngan majlis perbandaran, tepi umah dia ade paya, akak suka main kat situ ... kalau banjir umah akak pun kene. Pastu akak pindah lak umah kat dlm sikit, dekat umah pakcik Abu anak arwah Atuk Deraman ... masa tahun 1974 ade kakak satu sekolah ngan akak tu lemas kat lombong ... kitorang pun pegi la melawat ... kat sungai yg memisah kan kg. tanjong ngan kg sentosa ade satu lombong kat belakang ... skang tak taw la ade lagi tak ... banyak kenangan akak kat sini ... org pandang hina pada org luar, endak2 lak mak akak balu ... kdg rasa rindu nak pegi sana ... kalo korang benar2 org kg. sentosa korang tanya ngan mak pak korang, dorang kenal tak ngan To' ong, makcik Soyah yg leher dia bengkak tu (tak taw ade lagi ker idak) atok Isa (kalo tak silap) dia sengau ... pastu dulu ade satu kedai, ade nenek tu berkedai kat situ ... selalu kat situ ade eksiden ... dulu org penah cerita, ade eksiden teruk, pastu ade org perah asam limau, tpt tu cam keras sikit ... laluan kaum cina nak ke jirat ... dolu2 siap gendang cina ... itu la antara kenangan akak kat sini ... akak bercadang nak jejak kasih kengkawan akak kat sini, skang akak duduk kat  Jln Ulu Langat, dulu kat Semenyih ni pemes ngan polong, skang ade lagi ke polong, pelesit pun ade kan ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.315259 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list