|
Raja Muda & Raja Puan Muda Perlis Dikurnia Putera
[Copy link]
|
|
Tahniah ! |
|
|
|
|
|
|
|
name penuh putera mohd danish ape...............?? |
|
|
|
|
|
|
|
tahnaih..
roziah tu sape? |
|
|
|
|
|
|
|
dpt gak bb boy eh..mesti seronok sgt pasnih leh tutup kedai |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah akhirnya dpt jugak sorang putera.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Muda dedah putera
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
| TUANKU Lailatul Shahreen memangku bayi puteranya sambil diperhatikan oleh Tuanku Syed Faizuddin dan dua puteri mereka di HTF, Kangar kelmarin.
|
KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai berkenan mendedahkan wajah putera sulungnya kepada umum melalui media di Wad Diraja, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini petang kelmarin.
Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, keadaan kesihatan puteranya bertambah sihat selepas dilahirkan pada Ahad lalu, begitu juga Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.
Ekoran itu, baginda memaklumkan, satu majlis pemasyhuran nama putera mereka akan diadakan secara sederhana di Istana Arau pada Ahad ini.
"Beta sudah mempunyai nama yang sesuai untuk putera beta, bagaimanapun ia hanya akan dimaklumkan kepada rakyat jelata Ahad ini,'' katanya selepas mengadakan majlis memperkenalkan putera sulungnya kepada media di HTF kelmarin.
Turut berangkat pada majlis tersebut ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Ahad lalu, pasangan Diraja itu menerima khabar gembira apabila Tuanku Lailatul Shahreen selamat melahirkan seorang putera seberat 3.4 kilogram pada pukul 10.13 pagi.
Ketika ini, pasangan tersebut telah pun dikurniakan dua orang puteri iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah yang dilahirkan pada 10 Februari 1995 di Kuala Lumpur.
Seorang lagi, Sharifah Farah Adriana pula di Zollikerberg, Switzerland pada 4 Mac 2001. |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Perlis Awarded PJM
Edited by Flower007 at 2-4-2015 03:19 PM
Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
congrats...must be very very happy at last the long waited prince has born.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sedar pun dia ngandung.. aleh2 dah bersalin.. many congratulations to them... Tuanku Lailatul ni, tak sombong.. sentiasa tersenyum manis aje orangnya..
ye laa, nak tau sapa roziah tu.. ada few forumners jugak bertanya sapa gerangannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #54 sweetie_returns\ catat
Edited by Flower007 at 2-4-2015 03:18 PM
Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Putera Raja Muda Perlis dimasyhurkan
KANGAR 18 April - Putera Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah hari ini dimasyhurkan dengan nama Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Upacara pemasyhuran 'ikat nama putera' sebagai pewaris takhta negeri Perlis itu diadakan di Balairung Seri, Istana Arau di sini dengan penuh adat istiadat diraja.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid turut berkenan berangkat pada majlis tersebut.
Pada pemasyhuran itu, majlis akikah, cukur rambut dan tahnik (belah mulut) turut dilakukan mengikut sunah.
Nama putera Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis itu bermaksud pemimpin yang mengikuti petunjuk agama secara mendalam dan bijaksana.
Majlis itu turut dihadiri kerabat diraja, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan isteri, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua dan pegawai kanan jabatan kerajaan.
Ahad lalu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah melahirkan seorang putera sulung seberat 3.4 kilogram pada pukul 10.13 pagi di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Sebelum ini pasangan diraja tersebut dikurniakan dua puteri iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah pada 10 Februari 1995 di Kuala Lumpur dan Sharifah Farah Adriana pada 4 Mac 2001 di Zollikerberg, Switzerland. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #56 gekgucekgi's post
haku rasa roziah tu rakyat biasa jee..mak kpd bayi yg tuanku sheeren pi lawat ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org tak berapa kaya dan terkenal sibuk nak bersalin kat hospital swasta...Tp Raja Muda ni bersalin kat hospital kerajaan..Dah lah tu raja (suami) lak sanggup tinggal di hospital temankan isteri dia...Sungguh menarik kan kisah Raja Muda Perlis ni...Begitu humble... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #59 ting's post
Itu la namanya loving husband....bukan "leaving" husband..bila bini bersalin dalam pantang...husband pun pantang sama..PANTANG lihat dahi licin.
Apa2 pun semoga baginda bahagia dgn family....Bravo |
|
|
|
|
|
|
| |
|