CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AyieBoyZ

Siti Nurhaliza Bakal jadi juri di AJL 26 ???...vogue atas red carpet jek uols :

[Copy link]
Post time 16-12-2011 11:23 PM | Show all posts
aku suka medley gerimis di lautan + kesian dia + sepetang di pinggir bukit...

meletop CT..joget2 sore tetap jelas dan merdu....dengan senyum melenggang...mcm mana la aku x minat dia nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2011 07:03 PM | Show all posts
teringat kn ajl thn lepas...dlm lagu2 pop, indi, rock, tetibe last ada irama malaysia...berseri2 skit rasa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 07:17 PM | Show all posts
sorry menyampuk n sorry kalo x kena rumah.....
terkesima tengok bdk ni nyanyi lagu badarsila....

sorry kalo  video ni da lame...just to share...tp xreti nk tepek...hehehe..tolong2...

http://www.youtube.com/watch?v=6 ... 4fykMqA&lf=plcp
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 07:20 PM | Show all posts
tengok dia nyanyi, terus tengok video siti kt london...lenggok dia terbaek..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 07:02 PM | Show all posts
utk pengetahuan semua, DCT x akan perform di AJL, ct nak berehat panjang ckit, lgpun dah 2 thn berturut2 ct perform...ok harap maklum, tp x taulakan tetiba tv3 na gak ct perform...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:40 PM | Show all posts
amboi mane ko tau bedah? petanda ct pregnant ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2012 10:24 PM | Show all posts
OFFICIAL

CT takkan perform @ AJL

Boleh check kat GUA.

Tak de nama Siti @ Pembukaan/Interlude
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:33 PM | Show all posts
choiii CT x wak show...:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 10:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nadia90 at 5-1-2012 23:09

Debaran Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL 26) kini semakin hampir. Jika dihitung, semua finalis mempunyai masa kira-kira tiga minggu sahaja untuk membuat persiapan. Sebentar tadi, satu sidang media telah diadakan bagi membuat undian giliran persembahan setiap finalis. Undian yang memerlukan setiap finalis memilih salah satu payung yang dibawa oleh 12 orang penari akhirnya meletakkan Projek Pistol sebagai artis pembuka pentas persaingan AJL26. Manakala gabungan 3 Suara yang mempertaruhkan lagu ‘Beribu Sesalan’ bakal menutup pentas persaingan merebut gelaran Juara Lagu.


Berikut adalah senarai penuh giliran finalis yang membuat persembahan pada malam kemuncak nanti :-

1) Wanita Seluruh Dunia – Projek Pistol
2) Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
3) Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque
4) Penakut -Yuna
5) Kalau Berpacaran - Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet     
6) Cinta Muka Buku - Najwa Latif
7) Karma - Faizal Tahir
8) Kisah Hati – Alyah
9) Sungai Lui – Aizat
10) Gadis Semasa – Yuna
11) Awan Nano – Hafiz
12) Beribu Sesalan – 3 Suara


Penganjuran AJL 26 menyaksikan elemen air dipilih sebagai tema atau konsep keseluruhan persembahan.  Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, ‘Air’ dipilih kerana ia sesuai menggambarkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama industri muzik Malaysia ketika ini.


“Setelah dua dekad penganjurannya, AJL terus mendapat perhatian dan kemunculannya bagaikan satu tradisi pemecah revolusi yang terus dinantikan oleh peminat muzik tanah air. Jadi, sudah menjadi matlamat kami untuk memastikan AJL terus diangkat sebagai acara berprestij. Setiap tahun kita akan membawa konsep berlainan dan tahun ini kita memilih elemen air sebagai tema.


Pada malam berkenaan AJL 26 akan diselang-selikan dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa yang saya percaya mampu memberi impak kepada penonton,” ujar Ahmad Izham.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak produksi masih mengekalkan gandingan Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai hos. Selain menjanjikan beberapa kejutan, pihak produksi juga bakal mempersembahkan satu persembahan pembukaan dan interlude istimewa. Untuk pembukaan, penonton akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Awie, Jamal Abdilah dan Datuk Sheila Majid. Manakala Black, Hazama dan Azlan & The Typewriter beraksi untuk persembahan interlude.


AJL 26 bakal bersiaran dari Stadium Putra Bukit Jalil pada 29 Januari ini, jam 9.00 malam di TV3. Acara Karpet Biru akan dimulakan pada jam 7.30 malam da dibawakan secara langsung melalui laman web rasmi AJL 26, www.tv3.com.my/ajl26.

Sementara itu, bahang AJL 26 disemarakkan lagi dengan roadshow finalis di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 8 Januari (Ahad) ini bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.

-GUA



betul la CT x perform..huhu.. lagipun dah 2 kali kan ct jd artis jemputan.. hmmmm...

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:16 PM | Show all posts
ya kah??

kalau tak perform... maka thread ini akan ditutup dalam masa 24 jam ;)
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:22 PM | Show all posts
Reply 46# hyie


    dr sumber terdekatla, yg pasti bkn dr GUA... aku pun tetiba berfirasat ct berusaha pregnant,chewaahhh...apa2 pun moga dimakbulkn tuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 12:01 AM | Show all posts
isyhhh...

tak perlah, mmg patut ct berehat...
harap perut ct memboyot sbb ade bayi bukan isi makanan
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 12:08 AM | Show all posts
sumber itu adalah dari FB KZ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:17 AM | Show all posts
heeheee, pandaiiiiiii..........
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 12:06 PM | Show all posts

         
                                                                                    Binatang Dalam Sarkis Hanyalah Perumpamaan - Siti Nurhaliza
                      19 Jan 2012, 02:18pm   |        sultanmuzaffar  |           Utama >       HIBURAN >       BERITA ARTIS >


        
                                                                                                                      
          Kongsi Article Ini:
       
19     Share35     

   

   
        
Berbicara mengenai dokumentari khas bertajuk “Siti Nurhaliza” yang disiarkan di Saluran History semepena ulangtahun kelahirannya baru-baru ini, Siti menjelaskan dia tidak sedikit pun berasa tersinggung dengan kenyataan yang dilontarkan jurusolek rasminya, Nurul Shukor.

“Siti faham apa yang dimaksudkan oleh Kak Nurul. Memang kenyataan “Siti, kau ni dah macam binatang dalam sarkis kan.” kedengaran agak kasar tetapi ia adalah satu perumpamaan. Kak Nurul bukannya cakap “Kau binatang!” Kan lain maksudnya. Siti memang akui kehidupan Siti pada waktu tersebut sentiasa menjadi tontonan masyarakat dan bila perumpamaan itu digunakan Siti faham maksud yang tersirat.” ujar Siti yang bakal membuat kemunculan istimewa di Anugerah Juara Lagu 26 pada 29 Januari ini.

Sebagai orang yang paling rapat dengan Siti, ada di kalangan peminat yang mengecam kenyataan tersebut yang dianggap mereka sebagai kasar.



“Kak Nurul orang Melaka, memang bila dia bercakap agak lantang. Bagi Siti, Kak Nurul ialah orang yang paling rapat dengan Siti dan pastinya Siti memahami maksud yang mahu dia sampaikan. Dia sentiasa berada di sisi Siti melihat sendiri bagaimana kehidupan Siti ketika populariti sedang memuncak. Siti tidak tersinggung langsung dengan kenyataan Kak Nurul.” tambah Siti lagi.
Dalam dokumentari sepanjang 1 jam itu, penonton dibawa menyusur kehidupan peribadi dan perjalanan kerjaya penyanyi nombor satu negara yang meniti ke puncak populariti dengan lagu Jerat Percintaan.

“Paling Siti tersentuh pastinya sewaktu segmen pemergiaan abah Siti yang meninggal dunia pada 15 Februari 2009. Siti kawal perasaan sedih itu. Namun dalam tempoh satu jam itu banyak juga kenangan yang manis yang diimbau kembali antaranya konsert solo Siti di Royal Albert Hall, London dan banyak lagi.”

Bagi peminat yang mengikuti Twitter milik penyanyi itu, pastinya mengetahui yang Siti baru sahaja pulang dari bercuti di Marrakesh, Morocco dan Dubai, UAE sempena ulangtahun kelahirannya. Di Marrakesh, Siti telah menginap di hotel paling mewah di Marrakesh iaitu La Mamounia, hotel yang pernah dilabelkan sebagai “Hotel of the Year 2010” oleh Tatler Travel Guide.
“Itulah hadiah istimewa yang telah diberikan oleh suami untuk Siti pada tahun ini. Namun yang paling Siti tidak boleh lupakan pastinya menikmati makan malam di restoran paling tinggi di dunia iaitu At.mosphere yang terletak di Burj Khalifa, bangunan yang diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia. Restoran itu terletak di tingkat 122. Ia satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan sampai bila-bila. Sebelum itu menyaksikan persembahan The Dubai Fountain, melihat pancutan air menari mengikut pelbagai irama lagu. Memang best.”

Datuk Siti Nurhaliza ditemui dalam satu sesi wawancara sewaktu meluangkan masa lebih kurang 1 jam bersembang bersama peminat secara online di GUA StarChat di Alt Media, Sri Pentas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 12:08 PM | Show all posts
klu bukan wat persembahan, kate sorg forumer - die akn jadi juri....so persoalannya, betulkah kenyataan itu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2012 12:13 PM | Show all posts
ntah2 utk perf. FT kot.. lagu Karma
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 12:34 PM | Show all posts
Reply 57# Nadia90

besarnye pengaruh FT smpikn ct gigih nyanyi background jek
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 09:41 PM | Show all posts
wah bestnye CT pegi Burj Khalifa! LIKE Mesti lepas ni berbondong2 artis nak pegi sana..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 12:30 AM | Show all posts
tv3 ni nak gak ct wujud kat AJL tu.....tp x taula kan btl2 wujud x 29hb nnt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.068137 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list