CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: laxmanall

Amalan Manusia Yang Diangkat Ke Hadhrat Allah SWT Yang Maha Agung

[Copy link]
Post time 8-1-2013 02:13 AM | Show all posts
berkira-kira, mengandai-andai, memandai-memandai dan prasangka
tidak ikhlaslah tu....

cer.. terangkan lagi tentang ikhlas.. aku reverse-engineer jer...
sbb kurang sngt kefahaman...

(my seposen)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 03:10 PM | Show all posts
nak disenangkan
BACALAH
HAYATILAH
DALAMILAH

Surah AL IKHLAS (SEPERTIGA AL QURAN)

tu diaaaaaa, 4 AYAT je tuuuu
senang je nampaknyeee
tapi MELIPUTI PETALA LANGIT DAN BUMI.........................
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 06:17 PM | Show all posts
salam

orang orang yang membentok dan membena kaseh dan sayang ..
itulah orang .. yang dapat ikhlas ..

kerana ikhlas itu ..
tiada yang suroh ..
tiada yang meyuroh ..

wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 01:48 AM | Show all posts
hantukiller posted on 7-1-2013 04:13 PM
Ramai orang boleh bercerita tentang ikhlas, tapi apa yg sebenar benarnya dinamakan ikhlas dalam be ...


......askm hk & dinsman, mmg ternyata soal ikhlas ni sgt misteri krn pd pendapat sy, ia khusus melibatkan hubungan antara Allah swt dgn hambaNya shj, krn ikhlas ini sukar dihakimi oleh orang sekeliling secara mutlak; secara ringkas pengertian ikhlas itu sudah terjawab pd ayat sdr hk :
"Ramai orang boleh bercerita tentang ikhlas, tapi apa yg sebenar benarnya dinamakan ikhlas dalam beribadah kerana Allah????" .......beribadah krn Allah itula sudah menunjukkan ciri keikhlasannye, iaitu bukan untuk menunjuk2 kpd manusia dsb. Ikhlas adalah niat suci murni hanya kerana Allah swt semata2 (pure & sincere intention)......dulu ade disiarkan cerita Kiamat Sudah Dekat mengisahkan seorang jejaka disyaratkan supaya mencari dulu ilmu ikhlas sebelum boleh menikahi anaknye lakonan Deddy Mizwar & Zaskia A Mecca....mungkin juge berkaitan maksud ikhlas ni.....utk mendalami maksud ikhlas ni dgn lebih mendalam, mungkn anda sume boleh klik link yg berikut : http://www.thewaytotruth.org/heart/ihlas.html

Tawba (Repentance), Inaba (Sincere Penitence), And Awba (Turning To God In Contrition)
Muhasaba (Self-Criticism Or Self-Interrogation)
Tafakkur (Reflection)
Firar And I慣isam (Fleeing And Taking Shelter)
Halwat And 慤zlat (Privacy And Seclusion)
Hal And Maqam (State And Station)
Qalb (Heart)
....anda juge boleh klik pd link berikut :-
http://www.thewaytotruth.org/heart/heart_index.html
Last edited by laxmanall on 9-1-2013 01:52 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 02:02 AM | Show all posts
laxmanall posted on 9-1-2013 01:48 AM
......askm hk & dinsman, mmg ternyata soal ikhlas ni sgt misteri krn pd pendapat sy, ia khusus m ...

ikhlas tu memang misteri , susah diterjemahkan kerana hanya Allah yg tau ....ia pun melibatkan qada' dan qadar .....

contohnya ..... si polan berpuasa penuh di bulan ramadhan kerana niat yg ikhlas sebelum tu ....kerana tercapai puasa penuh tu tiba2 ringan mulut si polan nie bertanya pada kawan2nya adalah mereka berjaya berpuasa penuh ....di situ pun dah nampak macam si polan nie membandingkan diri dengan orang lain seolah2 si polan nie tak ikhlas berpuasa ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2013 02:51 AM | Show all posts
                         KEISTIMEWAAN PARA SYUHADA JIKA DIIZINKAN ALLAH SWT

               Dalam
Islam, mati syahid (Bahasa Arab: شَهيد ‎ šyahīd, jamak: شُهَداء šyuhadā') ertinya Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah (jihad fi sabilillah).

               
                Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, adalah sebagai berikut:

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
               Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (
Surah Ali ‘Imran:169-171)


Last edited by laxmanall on 3-4-2013 02:53 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-4-2013 02:54 AM | Show all posts
         Adapun hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkenaan dengan masalah golongan yang meninggal dalam keadaan syahid banyak dijumpai diantaranya adalah sebagai berikut:
1. Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142))
2. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim(3539))
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2013 02:59 AM | Show all posts
              Rasulullah bersabda:
"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

  • diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
  • melihat tempatnya didalam surga
  • dilindungi dari azab kubur
  • dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
  • merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
  • dan diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

SUMBER : http://ms.wikipedia.org/wiki/Syahid


Last edited by laxmanall on 3-4-2013 03:00 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.041697 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list