CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bobok_berhabok

Nabila Huda ada kekasih baru ??

[Copy link]
Post time 18-9-2013 10:05 AM | Show all posts
berhari raya dengan kawan
sbb hati berbelah bagi

nak raya ngan mak ataupun nak raya ngan ayah

raya ngan kawan, fun jugak occay!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2013 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
nurfariezza posted on 18-9-2013 09:36 AM
orang bkn nk taking advantage...tp dia sndri yg cr psal n show off sgt dgn life dia...

Does that mean that when a person is already down, then kita patut terus-terusan down kan dia? Nak org jadi gile ker?

Something bad just happened to her and her child, bagi chance la for her recover. Put urself in her shoes, ape u akan rasa? Mgkn u tak sesosial dia but we are human with many past mistakes yg org lain ingat and tak suka.

Renung2kan lah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:18 AM | Show all posts
x amik iktibar lagi ke abil nh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:23 AM | Show all posts
aku kadang2 hangin dengan wartawan ni
nak tulis cerita pun agak2 lah
orang tu baru dapat musibah now ko saja2 nak publish cerita dan gambar dia yang membuatkan orang lagi judge dia
kita ni KL je bukan holiwood
duhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:24 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 18-9-2013 07:28 AM
kan?

Wahhhh tq momod yip for the tacangs....heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:26 AM | Show all posts
kukulangau posted on 18-9-2013 10:23 AM
aku kadang2 hangin dengan wartawan ni
nak tulis cerita pun agak2 lah
orang tu baru dapat musibah n ...

kesinambungan dari kisah

Nabila Huda.....kisah pembalasan Tuhan




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2013 10:32 AM | Show all posts
Dadadi posted on 18-9-2013 08:14 AM
Dia bahagia ye hidup cmni....
Xpaham aku...

bahagia ka???
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:36 AM | Show all posts
seksi menyeksa si Abil nih...
aduhai..mudah2an xcident aritu akan beri dia satu peringatan..
bahawa hidup kita di dunia nih..singkat jer..
kejarilah akhirat sebelum terlambat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2013 10:39 AM | Show all posts
bobok_berhabok posted on 18-9-2013 09:58 AM
uolls berdua sekolah mane dlu

convent jb
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:39 AM | Show all posts
Dadadi posted on 18-9-2013 08:14 AM
Dia bahagia ye hidup cmni....
Xpaham aku...

sebab tak bahagia la dia jadi macam tu. hidup tunggang langgang pasal jiwa tak tenang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:47 AM | Show all posts
nila jantan yg dia beraya sama tu ek???




waiting 4 nabila huda masuk forum cari..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:49 AM | Show all posts
SENTAP LAGI LA AMY NANTI
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:54 AM | Show all posts
dari kecik hidup bebas.
bila dah besar bukan senang nak kawal.
nak berubah pun bkn senang jika tiada hidayah tuhan.
dah bergaul pulak dgn kawan2 yg salah. suruhlah dia berkawan dgn geng wardina, yatt, heliza, irma etc..
barulah nampak jln nak berubah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 11:05 AM | Show all posts
ni laa orgnya yg dia gi beraya tu smp Amy Search bengang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2013 11:09 AM | Show all posts
beraya rumah kawan katanyaa .. ptot la amy bengang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2013 11:10 AM | Show all posts
whiteputih posted on 18-9-2013 09:33 AM
life nabila ni mengingatkan pada kisah benar yang terjadi pada zaiton sameon...

ape kisah zaiton sameon ? tau dia xcident je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2013 11:13 AM | Show all posts
artis lain ... kalau kena je satu kontroversi , teros hilang ,kena banned dgn pengarah , dgn stesen tv. tapi dia .. kontroversi mencanak2 , pengarah n stesen tv still amek dia . patot dia bersyukur n istiqamah sikit . ni tak .. semoga dia ingat yang nikmat ni sementara je . kalau tuhan nak , dia ambil balik .
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 11:19 AM | Show all posts
eton sameon tuh mmg hazab masa memuda
sombong berlagak semua adalah

pastu kena accident

now semua berubah

tapi kisah dia mmg patut jadik iktibar kat sesape pung
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 11:26 AM | Show all posts
moga dapat hidayah dari Allah..
tak mustahil satu ari nnt abil berubah, tp bukan 1 ari je la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 11:40 AM | Show all posts
Syd posted on 18-9-2013 11:19 AM
eton sameon tuh mmg hazab masa memuda
sombong berlagak semua adalah

ni..secebis kisah eksiden tuh...wat yang tak tahu sangat kes tuh...maklumlah kes lama. masuk arkib sudehhh...

25 December 2011

                  Kemalangan jalan raya 4 artis terkenal (1990)


Apabila mengimbas kembali kisah kemalangan jalan raya yang melibatkan artis terkenal pada 1990, nama Zaiton Sameon yang akan muncul dahulu kerana kesan yang menimpa beliau dianggap sangat tragis hingga ke hari ini. Oleh kerana itu tidak ramai orang yang mengingati kisah-kisah 'kemalangan popular' lain yang berlaku pada tahun yang sama.

Pada 18 Jun 1990 berlaku kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Gombak, Selangor. Salah sebuah kereta dinaiki oleh pemain gitar terkenal, Man Kidal, daripada kumpulan rock Lefthanded. Kemalangan yang berlaku pada pukul 10.00 malam itu mengakibatkan kematian anak bongsu Man Kidal iaitu Syafida yang berusia 18 bulan. Kereta yang mereka naiki ketika itu dipandu oleh pemain dram Lefthanded, Man Dayak, yang mengalami cedera ringan. Penumpang lain dalam kereta tersebut ialah 3 ahli keluarga Man Kidal iaitu isterinya, anak sulungnya (Farah) dan adik iparnya. Kesemua mereka mengalami kecederaan kecil.

Keesokan harinya, pada 19 Jun 1990 berlaku pula kemalangan yang melibatkan penyanyi Azmeer (kini pencipta lagu) dan Ramlah Ram. Kereta yang mereka naiki bersama ketika itu dipandu oleh sepupu Ramlah yang bernama Hamdan Harun. Mereka bertiga dalam perjalanan untuk keluar makan apabila kemalangan itu berlaku di Jalan Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam. Akibat kemalangan tersebut, Azmeer yang duduk di kerusi penumpang bahagian depan cedera serius di bahagian muka dan mata kanannya dimasuki kaca, manakala Ramlah dan Hamdan sekadar cedera ringan.

Azmeer dibawa ke wad kecemasan Hospital Universiti pada pukul 12.33 tengah malam. "Menurut keterangan yang dikeluarkan oleh Pengarah Hospital Universiti, Dr. Gurmukh Singh, bahagian muka Azmeer dipenuhi kaca ketika dibawa ke wad kecemasan hospital tersebut". Pada awal pagi 20 Jun itu Azmeer terus menjalani pembedahan pertama yang tamat pada pukul 3.30 pagi. Pada petang hari yang sama keluarga Azmeer yang berasal dari Singapura telah mendapat kebenaran daripada Hospital Universiti untuk memindahkan Azmeer ke Hospital Besar Singapura. Azmeer dibawa keluar dari Hospital Universiti dengan kawalan rapi oleh ahli keluarganya yang menghalang para jurugambar daripada merakamkan wajah Azmeer secara dekat. Untuk pengetahuan, kemalangan tersebut bukanlah yang pertama buat Azmeer kerana beliau "pernah terlibat dalam satu kemalangan hingga mengakibatkan tangan kirinya cacat"

Kedua-dua kemalangan tersebut sememangnya tidak dapat 'menandingi' tragedi yang berlaku lebih awal pada 21 Februari 1990. Kisah sedih yang menimpa Zaiton Sameon itu kini sedang difilemkan dan akan ditayangkan pada 2012. Penyanyi popular 1980-an itu cedera parah di bahagian kepala setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali. Kecederaan Zaiton dikatakan telah melemahkan daya ingatannya hingga memusnahkan terus kegemilangan yang pernah dikecapinya sebagai penyanyi suatu masa dahulu. Lebih menambahkan kesengsaraan ialah apabila anak tunggal Zaiton, Azirwan Abu Bakar, meninggal dunia dalam kemalangan yang sama. Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori dalam kemalangan dahsyat itu (ada digambarkan dalam filem). Seorang lagi yang meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari.

Di bawah ialah gambar-gambar Zaiton Sameon semasa dirawat di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada sekitar April 1990, iaitu semasa musim Hari Raya Aidilfitri:




Zaiton Sameon terlantar di Wad ICU & Wad 6A, Hospital Besar, Kuala Lumpur selama 83 hari sejak hari pertama kemalangannya. Gambar-gambar di bawah ialah keadaan beliau semasa hari terakhirnya di hospital itu pada 14 Mei 1990 sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Masih kelihatan jelas kesan parut pada bahagian leher dan bawah mulutnya. Kakitangan hospital dan para peminat melambaikan tangan semasa melihat Zaiton dibawa pulang oleh ahli keluarganya.



Menurut cerita kakak Zaiton iaitu Lily Sameon, sejurus selepas kemalangan berlaku Zaiton dibawa ke Wad ICU dalam keadaan koma, mukanya bengkak serta patah kaki kiri. Melihat keadaan Zaiton ketika itu, doktor yang merawatnya meramalkan yang Zaiton tidak mempunyai harapan untuk hidup. Menurut Lily lagi, dalam proses rawatan selanjutnya semasa di hospital selepas itu, Zaiton sering meracau dan tidak dapat tidur. Keluarnya Zaiton dari hospital dalam keadaan selamat telah menidakkan ramalan awal doktor. Zaiton mungkin dilihat tidak sembuh sepenuhnya seperti keadaan asal semasa beliau bergelar penyanyi popular dahulu, tetapi pada ahli keluarganya Zaiton Sameon telah "hidup semula"

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.063940 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list