ARTIKAL BERKATAN
Bantah projek 33 tingkat: Penduduk Damansara Damai lega keputusan MBPJ
SHAH ALAM 21 APRIL: Penduduk Damansara Damai lega berikutan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak akan mengeluarkan kebenaran kepada pemaju bagi membina projek pembinaan pangsapuri 33 tingkat selagi laluan kedua ke kawasan terbabit tidak dibina. Pegerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Apartment Saujana, Nazri Ismail berkata, penduduk di Damansara Damai juga berharap janji yang diberikan Datuk Bandar, Datin Paduka Alinah Ahmad kepada ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong itu dikotakan.“Kami mengalu-alukan keputusan ini sebab memang ini yang kita harapkan dan harap dia dapat kotakan janji ini demi kepentingan masyarakat di sini. “Kami juga berharap, bukan cuma projek 33 tingkat sahaja tetapi projek-projek lain di sini juga hendaklah ditangguhkan sehingga laluan kedua disiapkan,” kata Nazri Ismail ketika dihubungi Selangor Kini di sini.
http://bm.selangorku.com/
|