Najib mahu suara rakyat jadi asas Bajet 2016Najib akan membentangkan Bajet 2016 di Parlimen, pada 23 Oktober ini. - Foto arkib TRP
[size=100%]KUALA LUMPUR, 2 September:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu suara rakyat menjadi asas utama kepada Bajet 2016. “Dalam keadaan ekonomi dunia masa kini, bermakna lebih penting untuk kita mengemukakan belanjawan yang berwawasan, tetapi pada masa yang sama munasabah, yang akan dapat menentukan hala tuju dan kepesatan pembangunan negara kita,” tulisnya di laman Twitternya. Setakat ini, beberapa cadangan sudah dikemukakan menerusi laman najibrazak.com, dengan isu pengangkutan awam dan kos sara hidup adalah topik paling popular. Abu Talib Othman mencadangkan kerusi kereta percuma untuk bayi pertama dalam keluarga, manakala Schumi Lam pula mahu perkhidmatan awam menggunakan sistem tanpa tunai. AZ menyarankan kerajaan meningkatkan dan memperluaskan perkhidmatan bas percuma GoKL. Dalam kategori kos sara hidup, Azmi Atan mencadangkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pengeluaran lima peratus simpanan daripada Akaun 1 untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup. “Hentikan pemberian BR1M, sebaliknya gunakan wang itu untuk meningkatkan ekonomi Malaysia dan menambah peluang pekerjaan,” saran Muhammad Adib Azman. Dalam kategori pendidikan, Aravind mahu kerajaan menyediakan pendidikan percuma buat semua rakyat Malaysia, sementara HK Tan meminta kerajaan mewujudkan Sekolah Kebangsaan Inggeris dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 20 peratus. Sharuzzaman pula mahu kerajaan memberi penekanan terhadap sektor pembuatan tempatan. Bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) itu, akan dibentang di Parlimen pada 23 Oktober ini
|