CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eRiKa

hina sangat ke jadi perempuan geMuk?

 Close [Copy link]
Post time 30-8-2009 09:27 AM | Show all posts
sy lak kene kutuk dgn abg ipar sbb kurus cekeding...dia kata lawa lg anak dia yg 10taun muda dari sy berat lebih 30kg dari sy....tak rugi bg makan katanye....sy ni rugi pinang mahal2 tulang je.....tu lg hinanya org kurus di mata dia.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2009 07:45 AM | Show all posts
woo relax sis...
hehehe...
ok la kalau badan besar asal hati baik...
tp biasa org besar ramai yg hati baik dan mempunyai suara yg sedap
tebu80 Post at 28-8-2009 11:21


haha...no komen la psl sore sdp ke x...
tp wl aku x la kategori yg sgt2 gemok tu, kdg2 rs rendah diri jgk..
ye la kan..dernag cntik..kite ni ape la yg ada...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 09:07 AM | Show all posts
haha...no komen la psl sore sdp ke x...
tp wl aku x la kategori yg sgt2 gemok tu, kdg2 rs rendah diri jgk..
ye la kan..dernag cntik..kite ni ape la yg ada...
seroja23 Post at 1-9-2009 07:45

ada mata yang cantik untuk melihat
ada telinga untuk mendengar
ada suara untuk berkata kata..
banyak lagi yang ada....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 09:39 AM | Show all posts
ada mata yang cantik untuk melihat
ada telinga untuk mendengar
ada suara untuk berkata kata..
banyak lagi yang ada....
cmf_tupaihangus Post at 1-9-2009 09:07


yup...ptt nye kite kena bersyukur kan...
sekurang2 nya kite sempurna...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 03:42 PM | Show all posts
ada kata aku gemuk, ada kata aku ok biasa saja bak kata teacher aku dulu "u have a medium built body" bak kata iwan dangdut "yg sedang2 saja" yg penting aku hepi n sihat...ada anak yg comel n suami yg baik...berat aku dalam 60++
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 03:44 PM | Show all posts
kalo org kutuk jwb balik " ada aku mintak makan dari hangpa ka?"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2009 03:50 PM | Show all posts
sy lak kene kutuk dgn abg ipar sbb kurus cekeding...dia kata lawa lg anak dia yg 10taun muda dari sy berat lebih 30kg dari sy....tak rugi bg makan katanye....sy ni rugi pinang mahal2 tulang je.....tu  ...
220796 Post at 30-8-2009 09:27


kdg2 org laki ni mmg ckp men lps je...kurus2 pn jnji sehat dak ler kn..
x ksh la bdn cmna pn...jnji hati mau baekkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 09:35 PM | Show all posts
589# scarlett-jo [/

betul tu...yg penting hati mau baeekkk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2009 11:59 PM | Show all posts
jumpe ni kt forum jiran~
tapi kt thread lawak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 08:24 AM | Show all posts
588# moimed
who cares what people says..feel good about yourself..segala gala nya cukup seperti yang di anugerah Ilahi!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 11:10 AM | Show all posts
kadang kita kena "care" gak apa yg org kata (tp org yg ckp betul la...bukan yg kutuk)
sbb org lain je leh "mirror" kita
kita tak nmpk badan kita camne
actually bg tuan empunya badan mungkin leh ckp peduli apa org ckp
tp jauh disudut hati nak gak kan badan yg cantik...?
tul tak...?
so bg aku yg dh terlebih obes harap jaga lah pemakanan anda
dan jgn lupa bersenam
tak sempat bersenam cuba pilih naik tangga instead of naik lif
bukan apa...badan kita nak pakai lama
walau hati kita baik...tp kalau badan kita selalu tak sihat pun tak best gak kan?
dpt mcm2 jenis penyakit...
siapa yg susah...kita jugak yg susah...
sbb aku tau ramai pompuan yg kat luar sana telah berjaya turun their weight
nak tak nak je....
tp kalau korang dh suka dgn bentuk badan skang (obes) aku takleh nk ckp apa lah
itu hak peribadi masing2
cuma aku harap walau anda obes atau gemuk tp harap la selalu sihat
sbb biasa org yg obes "jarang" ada yg betul sihat
mesti akan ada lps tu...jantung, stroke, kencing manis...
mintak jauh la semua tu
so sama2 lah kita exercise dan jaga pemakanan kita seharian...
lebih2 lg bulan puasa ni mmg bagus bg sesiapa yg nak turun weight (bakar lemak)
ok gud luck semua
aku mmg syg korang...taknak sape2 pun sakit "kalau boleh"
tu pasal aku "care" korang semua...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 11:51 AM | Show all posts
593# tebu80
If they care, sepatutnya mereka menegur dgn berhemah bukan dgn menyakitkan hati..dan beri semangat dan cara penjagaan kesihatan yang baik. bukan mengeluarkan kata kata yang menyinggung perasaan i
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 11:52 AM | Show all posts
aku pun gumuks..

mmg sedih gak bila hubby pun asyik komplen jerk.. ada ke patut dia kata aku ni cam peti ais 2 tingkat???


aku sebenarnya dah ada akaun cari sebelum ni, tapi tak aktif.. terpaksa login id baru.. camner ek nak aktifkan??
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 12:18 PM | Show all posts
hmm bila rasa nak gemuk..gemuklah jadinya...bila rasa nak kurus...kuruslah jadinya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 02:03 PM | Show all posts
593# tebu80  
If they care, sepatutnya mereka menegur dgn berhemah bukan dgn menyakitkan hati..dan beri semangat dan cara penjagaan kesihatan yang baik. bukan mengeluarkan kata kata yang menyinggung ...
cmf_tupaihangus Post at 2-9-2009 11:51


tu la kadang2 laki2 ni silap cara tegur dia
aku mmg tak suka laki yg tegur wife atau awek dia entah apa2
cam bagus je dia tu
nak tegur orang...perut dia tu dah lebih dari paras dada...boroi!!!
apa daa...
agak2 la nak tegur bini pun
tgk la badan kita dulu...
cam contoh kawan kita kat atas...ada ke dia ckp cam peti sejuk 2 tingkat
tak ke sedih hati dia
mmg yg ni aku admit mmg salah lelaki cara dia menegur
tp my wife skang aku tak paksa pun dia bersenam or apa2
sbb lepas bersalin dulu dia gemuk
tp since aku mmg kaki gym...so skang ni dia pun follow kelas pilates ngan aerobik
skang ni alhamduillah dh turun dh berat dia...
dh leh pakai baju kebaya raya nnti...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 09:01 AM | Show all posts
aku pun gumuks..

mmg sedih gak bila hubby pun asyik komplen jerk.. ada ke patut dia kata aku ni cam peti ais 2 tingkat???


pearlsbutterfly Post at 2-9-2009 11:52


kalau yer pun..kenapalah sampai hati cakap camtu kan... cakaplah elok2.... ni ada ke nak samakan dengan peti ais....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2009 03:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by pearlsweets at 3-9-2009 07:47

itu la.. tapi aku rasa dia cakap camtu sebagai pendorong tuh.. mintak2 wife berubah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 09:20 AM | Show all posts
nak kongsi sikit:

Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan
 
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 03:58 PM | Show all posts
aku pernah jadik gemuk dan aku tau perasaaan menjadi gemuk
memang self -esteem sgt low
tapi once dh berjaya kurus, mmg sgt gembira
bergerak senang jalan senag..n more fit
nak carik baju pun senang
so pada yg gemuk, aku paham perasaan korang so aku mmg x kutuk
cuma kalau nak kurus n sihat'jaga pemakanan dan wajib senam (ini pglaman sendiri)
tapi if korang dah buat tetap gemuk, xper yg penting korg sihat dan comfortable with your figure
p/s: aku takler kurus sgt skang tapi sedang2 jerk
buruk aku nie if skinny sgt,,ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 08:51 PM | Show all posts
hai kwn2 semua...saja nak tanya pendapat korang semua..kenapa org selalu memandang hina pada perempuan yg gemuk...?kenapa org suka menyindir bentuk fizikal org gemuk...?masyarakat treat org gemuk ni m ...
eRiKa Post at 4-8-2004 14:12


xde salah pun jadi gemuk................... kita kurus ke, kita gemuk ke....bkn kacau org lain...lau kita makan byk sampai gemuk pun bkn kita guna duit diaorg yg mengutuk tu...duit kita kan????huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.188392 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list